Kembali ke zaman sekolah…Selepas kita penat belajar, penat pikul buku, penat dengar guru berleter(penat ke?) kita kena hadapi peperiksaan untuk menguji sejauh mana pemahaman dan penerimaan kita dalam pelajaran. Kita memang dah sedia maklumkan sesuatu yang paling dilarang ketika dalam peperiksaan ialah meniru.Tidak kiralah time tu kita belajar di sekolah rendah, menengah atau universiti. Kenapa kita dilarang meniru?.Apa yang saya faham, kita dilarang meniru kerana untuk mengji sejauh mana pemahaman dan penerimaan kita tentang apa yang kita belajar termasuklah usaha dan kerja keras kita. Jadi bagi yang rajin belajar, otak senang terima apa yang diajar dapatlah keputusan yang baik. Manakala bagi yang lemah sikit atau malas belajar, dapatlah nombor corot.( Saya selalu dapat nombor corot sbb saya dulu dalam kategori nakal dan malas belajar, jgn ingat lelaki je nakal,perempuan pun nakal juga.) Tu zaman dulu2 , sekarang dah baik…:-)
Bila dah dewasa, dah kerja income still tak cukup mulalah teringin nak berniaga,so..berjinaklah dalam MLM, internet dan lain-lain perniagaan. Kalau MLM dah ada konsep meniru atau copykat. Upline kita akan cakap..tiru jer apa yang diorang buat, macam leader yang dah berjaya.( betulkan saya kalau saya silap) sbb saya tak minat MLM. Yalah semua leader pun bermula dari bawah, kalau tak silap saya semua MLM ada sistem yang tersendiri..so follow the system ).
Bila tengok , muncul pula usahawan internet seperti Saifulsham, Irfan Khairi, kidino , Alang , Shuth dan lain-lain lagi, sibuk pula nak tiru macam diorang, so pergilah seminar, belajar buat website, internet marketing dan lain-lain. Tapi cukup ke kalau setakat meniru hanya yang itu.
Sebenarnya tak salah kalau kita hendak meniru mereka yang telah berjaya ini dan jadikan mereka idola. Tapi janganlah kita hanya meniru apa yang anda nampak di depan mata yang hanya tersurat dan semua orang boleh nampak dan tahu, tetapi kita patut meniru setiap kelebihan yang tersirat di dalam diri mereka. Tiru macam mana mereka bekerja, macam mana mereka usaha, kaji dan tiru apa matlamat dan bagaimana mereka mengejar matlamat supaya usaha mereka tidak sia-sia. Pendek cerita tiru semua sikap positif yang ada pada diri mereka sehingga membawa mereka ketahap apa yang mereka ada. Itu yang paling penting.
Bila kita ada semua sikap positif untuk berjaya, bukan setakat jutawan internet atau MLM,apa jenis jutawan pun kita boleh jadi. Alang-alang nak meniru, meniru betul-betul supa kita benar -benar berjaya seperti mereka.
P/s: Catatan ini hanya untuk diri saya dan sesiapa yang rasa ada kena mengena dengan diri mereka sahaja..