Masalah & Peluang

3

Category : Perniagaan

Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaian, Namun ada yang melihat masalah sebagai satu perkara yang menyusahkan. Setiap masalah yang datang akan hadir bersama dalam satu pakej.Iaitu setiap masalah pasti ada jalan penyelesaian. Sebagai seorang usahawan, anda hendaklah melihat masalah sebagai peluang untuk anda memperolehi kejayaan.

Setiap kali anda menyelesaikan masalah, bermakna anda telah maju setapak kearah kejayaan. Masalah berada di mana-mana, yang penting anda tahu bagaimana untuk menyelesaikan masalah.

Seorang usahawan yang pintar melihat masalah sebagai satu cara untuk menghasilkan wang. Seorang usahawan yang baik akan menjadikan masalah yang dihadapi oleh orang sekeliling sebagai punca pendapatan. Saya tidak bermaksud usahawan yang baik dan bijak adalah usahawan yang pandai mengambil kesempatan terhadap orang yang bermasalah.
Seorang usahawan hendaklah menganalisa dan mengkaji apakah produk yamg terbaik untuk dijual dengan mencari masalah yang berada disekeliling dan menjadikan produk anda sebagai penyelesaian bagi masalah tersebut. Kerana untuk menjalankan perniagaan anda hendaklah menjual apa yang orang inginkan, bukan menjual apa yang anda ingin jual.

Masalah akan membawa keburukkan sekiranya anda tidak tahu bagaimana untuk menghadapi masalah. Tetapi masalah adalah peluang sekiranya anda boleh melihat masalah sebagai sesuatu yang positif.

p/s:Jangan lari daripada masalah..kerana ia tidak dapat menyelesaikan masalah…Hadapi dengan tenang, cuba selesaikan dan Tawakkal..

Layakkah anda menjadi usahawan?

8

Category : Perniagaan

Jika anda menganggap diri anda seorang usahawan,anda tidak jauh bezanya dengan Rambo ataupun James bond. Anda hendaklah cekap, lasak dan pintar dalam menghadapi dan melepaskan diri dari setiap rintangan.

Usahawan ialah orang yang berusaha menukar cita-cita atau impian kepada kenyataan melalui perniagaan. Anda tidak bergelar usahawan sekiranya anda tidak kuat berusaha.
Sekiranya anda kuat berusaha sudah tentu akan menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran. Orang malas pun ada rintangan, inikan pula berusaha.

Untu mengatasi setiap kesusahan,cabaran dan rintangan .Anda perlu berusaha dengan penuh kesabaran. Anda juga perlu serba tahu dan pintar, boleh menukar masalah kepada kejayaan, lasak dan tidak mengalah.

Untuk mendapat ciri-ciri yang saya tuliskan di atas, anda hendaklah berpengetahuan mengenai perniagaan untuk mendapatkan pengetahuan, semestinya anda mesti sentiasa belajar dan terus belajar.

Tinggal kenangan…

9

Category : Pengalaman

Hari ini adalah hari kedua saya berada dikampung. InsyaALLAH sekiranya tiada apa-apa halangan saya akan bercuti sehingga this weekend.Saya berasal dari Bukit Besar Kuala Terengganu. Inilah tempat lahir saya. Terlalu banyak kenangan pahit dan manis yang saya alami.

Bukan niat saya ingin membuka pekung di dada , cuma sekadar ingin berkongsi cerita pengalaman saya.Sekiranya baik jadikanlah teladan, yang buruk jangan ikut.

Saya sejak lahir dibesarkan oleh datuk dan nenek saya, kerana berlaku telah perceraian diantara ibu dan bapa saya yang sehingga kini saya tidak pernah tahu apa puncanya.

Biasalah hidup dengan nenek. sekalipun dilimpahi oleh kasih sayang seorang nenek tak sama sekiranya dibandingkan dengan kasih sayang seorang ibu. Ketika itu saya hanya mnumpang kasih seorang nenek dan sedikit kasih sayang ibu saudara. Nasihat saya sekiranya anda dijaga oleh ibu dan bapa anda, sekiranya anda masih mempunyai mereka disisi hargailah mereka, dalam kehidupan seorang manusia kita hanya mempunyai seorang ibu dan bapa. Tiada duanya.

Dah ditakdirkan oleh ALLAH hidup saya penuh dengan dugaan, namun saya masih mampu menerima dengan redha. Ketika zaman kanak-kanak saya selalu diperlekehkan oleh seseorang. Beliau selalu membandingkan saya dengan anak-anaknya. anaknya yang terbaik, sayalah yang paling teruk. Adakalanya saya difitnah sehingga badan saya calar-calar akibat dipukul oleh nenek saya. Sehingga apabila saya sudah dewasa, nenek saya memperakui saya adalah cucu yang paling kerap kena rotan akibat kedegilan saya.

Dan satu yang paling saya tak dapat lupakan , saya digelar tong sampah oleh salah seorang ibu saudara saya, kerana makanan yang tak habis dimakan oleh orang lain, saya kebiasaan menghabiskannya. Tapi Alhamdulillah, sehingga sekarang saya tidak pernah berdendam, sememangnya sikap saya yang pemaaf dan tidak pandai untuk mendendami sesiapa. Itu cerita dulu..sudah tinggal sejarah.

Tetapi hari ini, ibu saudara yang dulu selalu merendahkan saya sudah berubah sikap. Selepas saya berjaya menjadi graduan universiti dan mempunyai pekerjaan dan pendapatan yang bagus. Kalau dulu saya terasa seperti disisihkan, tetapi sekarang saya mendapat layanan yang terbaik bagi diri saya. Kesemua orang sekeliling boleh memandang dengan baik, jika dulu saya hanya dipandang dengan sebelah mata.

Oleh itu sekiranya anda dipandang rendah orang lain. Bangkitlah untuk membuktikan anda yang terbaik. Setiap apa keburukkan yang orang lakukan terhadap diri anda, jangan anda lakukan kepada orang lain. Sekiranya anda pernah merasa sakit akibat perbuatan orang lain terhadap anda,jangan sakiti orang lain dan yang paling penting jauhkanlah diri anda dari sikap dendam, walaupun setiap apa yang anda alami amat sukar untuk anda lupakan.

Alhamdulillah, sekarang saya cuba lakukan yang terbaik. Sehinggakan saya merasakan saya mempunyai 4 orang ibu walaupun bukan ibu yang sebenarnya. Ini mungkin nikmat ALLAH apabila saya tidak mempunyai sifat dendam dan dijauhkan dari sifat lupa diri. Masih hidup di alam yang nyata. Nikmat ALLAH yang saya terima ketika ini benar-benar membahagiakan saya.

p/s:
1.Jagalah ibu bapa anda ketika mereka masih ada.
2.Sentiasa buktikan anda yang terbaik dan jauhkan diri anda dari sifat dendam. InsyaALLAH anda akan mendapat nikmat dan kepuasan hidup.

Pemasaran..pemasaran…

6

Category : Perniagaan

Sekiranya air asia bersaing dengan MAS menggunakan kaedah penerbangan tambang murah. Hari ini saya melihat satu lagi persaingan tetapi kali ini persaingan diantara bas pengangkutan awam. Bermula semalam, rapidkl menggunakan kaedah perjalanan tanpa had dengan hanya membayar Maksimum RM2 sehari . Ini adalah berita baik bagi pengguna bas awam di lembah kelang.

Pendapat saya ini adalah satu strategi yang baik bagi menarik penumpang untuk menggunakan Rapidkl sebagai alternatif sekiranya metrobus atau syarikat pengangkutan bas awam yang lain masih lagi mengenakan tambang yang tinggi.

Pagi ini saya juga terbaca dalam utusan online bagaimana strategi pemasaran yang digunakan oleh 2 wanita bagi menjual kuih di bazar ramadhan.

BALING 26 Sept. – Dua gadis membuktikan mereka mampu mengaut keuntungan walaupun menjual kuih dengan harga 10 sen setiap satu di bazar Ramadan di sini.

Norhashina Zainol Abidin, 24, dan adiknya, Mazuin, 20, berkata, mereka tidak mengalami kerugian walaupun menjual pada harga yang lebih rendah berbanding peniaga lain.

Norhashina dan Mazuin yang menjual sebanyak 22 jenis kuih yang kesemuanya berharga 10 sen sebiji, berjaya menghabiskan jualannya dalam tempoh yang singkat berbanding peniaga lain.

Antara kuih yang dijual termasuk kuih lopes, sagu, lompang, karipap, donat dan mini burger yang mendapat sambutan daripada pelanggan. “Kami berpuas hati walaupun dijual dengan harga 10 sen namun ia sudah cukup bagi kami untuk mengaut keuntungan setiap hari,” katanya yang tinggal di Kampung Bendang Sera dekat sini hari ini.

Menurut Norhashina, mereka mendapat keuntungan antara RM10 dan RM15 bagi setiap jenis kuih yang dijual.

Dengan kuantiti yang banyak iaitu melebihi 1,000 biji, katanya, mereka mampu meraih keuntungan yang berlipat kali ganda pada setiap petang. ‘‘Walaupun berlaku kenaikan harga barangan di pasaran tetapi ia tidak bermakna peniaga seperti kami tidak boleh membuat keuntungan dengan menjual kuih dengan harga murah,” katanya. Mazuin pula berkata, walaupun saiz lebih kecil namun pelanggan tetap berpuas hati.-Utusan Malaysia

Saya sememangnya tertarik apabila membaca artikel di atas. Pelbagai kaedah digunakan untuk menarik pelanggan datang ke gerai apabila berlaku banyak persaingan.

Dengan menurunkan harga kuih, walaupun bersaiz lebih kecil, tetapi sekiranya rasanya enak,insyaALLAH kuih tersebut masih tetap laku dan mendapat keuntungan. Inilah persaingan yang sihat dan menguntungkan pembeli dan peniaga.

Pengorbanan SEKETIKA seorang usahawan..

9

Category : Perniagaan

Sekiranya anda ingin melangkahkan kaki untuk menjadi seorang usahawan, banyak perkara yang perlu kita fikirkan samada pro atau kontra. Setiap apa yang anda lakukan mestilah ada persediaan terutamanya mental anda.

Sekiranya anda memilih untuk menjadi usahawan sepenuh masa, sediakan fikiran anda tentang risiko yang perlu anda hadapi, ini amat penting bagi anda merancang yang terbaik untuk diri anda dan keluarga.

Dengan memilih sebagai usahawan sepenuh masa:

  • Anda akan kehilangan gaji yang anda terima setiap bulan
  • Anda juga kehilangan faedah perubatan, cuti tahunan yang anda perolehi daripada majikan anda.
  • Anda tidak dapat lagi melakukan tugas yang sama seperti waktu anda bekerja.( Sekiranya bekerja anda tahu apa bidang tugas yang anda lakukan sekiranya dibandingkan jika menjadi usahawan.
  • Anda akan kehilangan wang persaraan anda sekiranya anda adalah kakitangan awam.
  • Menjadi seorang usahawan memberikan risiko yang besar kepada harta , kesihatan dan maruah diri anda.
  • Kehidupan keluarga juga mungkin akan berubah, kerana mungkin anda perlu mengorbankan masa bersama keluarga anda sebelum perniagaan anda menunjukkan signal yang positif ( ada kemajuan).
  • Otak anda sentiasa bekerja tidak kira dimana saja anda berada, walaupun ketika berada di rumah.(Jasad je kat rumah)

Errm dah tak ada idea, insyaALLAH kalau idea datang balik, saya akan kongsi bersama anda dikemudian hari .InsyaALLAH!

P/S: Anda ada idea untuk dikongsi? Jom bagi idea anda