Merujuk kepada tulisan saya sebelum ini,mengapa di sekeliling kita ada yang kaya dan miskin, ada yang mempunyai rumah yang besar dan ada juga yang tinggal di bawah jambatan.
Sebelum itu terima kasih kepada saudari Idaman dan Saudara Fuad , kerana sudi memberikan pendapat dan jawapan anda.
Jawapan yang diberikan oleh Idaman, ialah pengurusan diri dan masa, manakala Jawapan yang Saudara Fuad berikan pula adalah usaha dan ilmu. Jawapan yang diberikan adalah betul, tetapi saya masih mempunyai jawapan saya sendiri.
Saya yakin, semuanya bermula daripada bagaimana anda mengawal minda anda. Kebiasaan orang yang berjaya, sentiasa berjaya mengawal fikiran atau minda mereka. Sentiasa membenarkan minda mereka mengeluarkan dan merakamkan sesuatu yang positif.
Manakala seorang yang gagal sentiasa dikawal oleh pemikiran atau minda mereka,sentiasa membenarkan diri mereka mengikuti perkara negatif yang disalurkan oleh minda separuh sedar mereka.
Kebiasaan orang yang gagal, apabila diberi peluang sentiasa berfikiran negatif, seperti bertanya, ‘bagaimana sekiranya aku gagal?’, ‘tentu banyak duit yang aku akan rugi’. Jika dibandingkan dengan orang yang berjaya, mereka sentiasa menganggap peluang berada disekeliling mereka, dan yakin mereka akan mencapainya.
Itulah yang membezakan orang kaya dan miskin, semuanya bermula dengan minda, Sekiranya anda menggunakan minda anda denga sebaiknya, insyaALLAH kejayaan akan menjadi milik anda, Sekiranya anda sentiasa berfikiran negatif dan sentiasa membenarkan diri anda dikawal oleh pemikiran itu, anda pasti tidak akan kemana-mana, Anda akan masih ditakuk lama.
Oleh itu sentiasa berfikiran positif, gunakan sebaiknya anugerah minda separa sedar yang menjadi milik semua manusia,gunakan ia seoptimum yang mungkin, seperti visualisasi positif, memberi pernyataan atau saranan positif dan perkara positif yang lain.
Anugerah ALLAH kepada manusia tiada bezanya. kedudukan atau taraf manusia berbeza, kerana cara kita menggunakan anugerah ALLAH tersebut dengan cara yang berbeza, kerana itulah hasilnya berbeza.




