Idea tak ada, tapi still nak update..

6

Category : Pengalaman

Sebenarnya sudah beberapa kali saya cuba untuk update blog hari ini, tetapi idea masih tidak datang lagi. Otak tiba-tiba rasa kosong, untuk memikirkan apakah perkara yang akan saya kongsi bersama pembaca blog hari ini. Hinggakan pada saat ini, idea masih lagi belum datang, tetapi masih berharap apa yang saya kongsikan hari ini akan memberikan manfaat kepada pembaca blog ini.

Apa yang saya boleh katakan, update blog ini bagaikan satu kemestian bagi saya setiap hari, walau ada kalanya saya terdapat hari-hari yang terpaksa saya elakkan daripada update blog kerana faktor keadaan yang tidak mengizinkan.

Saya menulis blog ini, dengan harapan ingin berkongsi ilmu bersama anda mengenai kuasa minda. Saya tahu, tidak ramai yang mampu untuk mnghadiri seminar mengenai kuasa minda separa sedar yang diadakan di negara kita, apalagi seminar yang diadakan di luar negara. Saya pernah merasakan pengalaman, bagaimana saya mengumpul duit untuk menghadiri seminar. Tapi bak kata pepatah, Nak seribu daya. Ikat perut pun tak kisah. Bagi saya semua itu adalah pelaburan dan saya sudah pun mendapat hasilnya.

Namun satu perkara yang memberikan kesan kepada diri saya dan juga menjadi pengajaran ialah, setiap apa yang kita fikirkan adalah berkait rapat dengan setiap perkataan yang kita luahkan, dan setiap apa yang dikatakan akan menghasilkan perbuatan dan dari setiap perbuatan yang kita lakukan akan menjadi satu tabiat, dari tabiat pula akan membentuk satu peribadi dan seterusnya dari peribadi, kita akan menentukan nasib kehidupan yang kita akan kita lalui .Secara ringkasnya, ‘anda apa yang anda fikirkan’.

P/S:Hebatnya kuasa separa minda yang dikurniakan ALLAH kepada manusia. Alhamdulillah!

Menghubungi Minda Separa Sedar (2)

3

Category : Minda Separa Sedar

Entry ini adalah sambungan bagi entry semalam. Untuk lebih memahami, sila baca entry yang pertama.
Mengapa kita perlu relaks dan tenang? Kerana dengan cara ini, kita dapat melalaikan ‘pengawal’ yang menjadi penghalang pekerja-pekerja (minda separa sedar) untuk menjalankan tugas.

Walaupun adakalanya kita merasakan amat mudah untuk mencapai ketenangan, namun ianya adalah satu perkara yang perlu dipelajari. Walaupun bagaimana serabut dan tegangnya keadaan seseorang,proses mendapatkan ketenagan ini tetap akan berjaya asalkan kita mempunyai kesabaran dan ketekunan.

Terdapat pelbagai cara untuk menghasilkan ketenangan dan berada dalam keadaan rehat, dan ianya bergantung kepada cara masing-masing. Ada yang bolh menghasilkan ketenangan melalui proses meditasi, hanya yang boleh mendapatkan ketenangan dengna menggunakan kaedah menarik nafas (kaedah yang betul), ada juga yang melakukan senaman bagi memupukkan ketenangan dan seterusnya melepaskan diri daripada ketenangan.

Apabila tubuh berkeadaan relaks, aktiviti mental dan emosi akan terpengaruh dan ianya akan menghasilkan ketenangan, dan ini ialah satu langkah awal untuk melalaikan, dan seterusnya melepaskan diri daripada ‘pengawal’ tersebut.

Sambung lagi..kalau idea datang :-)

Menghubungi Minda Separa Sedar

2

Category : Minda Separa Sedar

Adakalanya terlalu sukar untuk berhubung dengan minda separa sedar. Pelbagai rintangan dihadapi ketika cuba untuk mempengaruhi minda separa sedar. Kadang-kadang apabila cuba untuk mempengaruhi minda separa sedar, mereka merasakan wujudnya sesuatu yang menghalang untuk terus berhubung dengan minda separa sedar.

Katakan Adam menyatakan kepada dirinya,’ Aku tidak akan menghisap rokok lagi ‘, tetapi beliau mendapati dirinya masih lagi menghisap rokok. Ini bermakna Adam telah gagal menyampaikan arahan kepada minda separa sedarnya.

Sekiranya Adam mempunyai keazaman yang kuat beliau menganggap adalah satu kegagalan sekiranya beliau tidak berupaya untuk memaksa minda separa sedar melakukan apa yang diingininya.

Kita tidak boleh mengerah minda bawah sedar untuk berkhidmat dengan kita, tetapi kita boleh mendapatkan bantuannya dengan menggunakan kaedah-kaedah yang lebih berilmu. Kaedah -kaedah ini akan membolehkan kita mendapatkan bantuan daripada unsur-unsur positif dalam minda separa sedar yang sememangnya akan membantu merealisasikan apa yang diinginkan.

Sebenarnya tugas-tugas untuk menyampaikan saranan positif kedalam minda separa sedar anda akan menjadi lebih mudah sekiranya kita menganggap komposisi mental kita sebagai sebuah gedung perniagaan yang pelbagai jabatan yang terletak dipelbagai aras yang berbeza.

Di aras pertama terletak pengurus, iaitu intelek dan keazaman yang mewakili minda sedar. Diparas bawah terletak para pekerja yang akan melaksanakan segala arahan yang diberikan kepada mereka, dan tugas mereka ialah mengekalkan fungsi rutin kehidupan emosi dan fizikal. Para pekerja ini secara kasarnya mewakili minda separa sedar. Mereka pula dilindungi oleh para pengawal yang berfungsi untuk menghalang arahan-arahan daripada sampai kepada pekerja ini, ini kerana pekerja-pekerja tersebut akan melakukan apa saja yang diarah tanpa mengira apa yang diarah dan siapa pengarah mereka.

Pengawal itu wujud untuk menjadi penghalang kepada pekerja, jika tidak apabila kita menonton sesuatu iklan di TV,kita terus akan bergegas untuk membeli apa yang diiklankan oleh iklan tersebut.

Bagi menyampaikan saranan-sarana kepada pekerja-pekerja minda bawah sedar tersebut, Perkara pertama yang harus dilakukan ialah kita perlu melalaikan pengawal tersebut supaya tidak menjadi terlalu aktif, dan dengan senyap-senyap menyalurkan mesej-mesej kepada para pekerja yang sedia berkhidmat untuk anda, bagi memenuhi setiap keinginan kehidupan kita.

Langkah pertama yang perlu dilakukan ialah dengan memastikan fizikal kita relaks atau tenang…

Bersambung pada entry seterusnya…sorry tiba-tiba blank!

Golongan pengamal Kuasa Minda..

4

Category : kuasa Minda

Secara amnya, terdapat empat golongan manusia yang sedar akan kehebatan minda separa sedar untuk mengubah kehidupan manusia.

Yang pertama, golongan ahli politik, pakar pengiklanan dan perhubungan awam.

Kedua,golongan individu yang telah mempelajari seni menggunakan kuasa minda, seperti pakar hipnosis.

Ketiga, golongan yang mengajar orang lain bagaimana untuk menggunakan teknik bagi memperolehi kawalan mental dan emosi yang meningkat dan mengatasi gejala-gejala psikosomatik.

Golongan keempat ialah golongan yang telah menyedari bahawa mereka memerlukan bantuan untuk melepaskan diri mereka daripada pengaruh pemikiran negatif, kerisauan atau sebarang gejala psikosomatik yang menentang segala usaha dan keazaman.

Saya yakin, keempat-empat golongan di atas adalah golongan yang percaya  kepada kuasa saranan  minda.

Meditasi atau Tafakur

8

Category : Meditasi

Menurut penulis buku “Meditation: New Perspective” David Fontana, Meditasi ialah satu amalan sihat dan pengamal mampu melihat dengan jelas apa yang berlaku di dalam diri dan minda, dan ianya juga membantu pengamal melihat keadaan yang berlaku pada dunia luar.

Meditasi ialah memfokuskan fikiran pada satu titik bagi membina kekuatan minda dan fizikal. Meditasi kebiasaan digunakan untuk:

  • Mencari ketenangan
  • Membantu minda menumpu perhatian
  • Menjadikan seseorang lebih peka pada dunia luar
  • Menerap nilai kemanusiaan
  • Mengenal diri

Antara kebaikan bermeditasi ialah:

  • Mengurangkan tekanan dan melapangkan fikiran
  • Menajamkan daya ingatan
  • Meningkatkan daya ingatan
  • Meningkatkan tahap kesihatan
  • Mengawal emosi di dalam keadaan yang tertekan

Guru terbaik bagi mempelajari meditasi adalah pengalaman peribadi iaitu setelah kita mempraktikkan atau mengamalkan meditasi dalam hidup kita. Tidak ada guru atau buku-buku yang dapat mengajarkan secara pasti bagaimana seharusnya kita melakukan meditasi, kecuali melakukannya sendiri.