6 hakikat kekayaan

13

Category : Info

Satu perkara baru yang saya pelajari melalui salah satu buku yang dibeli hari ini, benar-benar membuatkan saya sedar dan insaf. Buku tersebut adalah tulisan seorang pendakwah indonesia dan juga usahawan yang berjaya saudara Aa Gym. Buku beliau bertajuk saya tidak mahu kaya, tetapi harus kaya. Buku tersebut terjual sebanyak 20,000 naskah di Indonesia, dan sekarang ianya dijual dinegara kita dengan bantuan penerbit PTS.

Buku ini, saya sudah pun habis membacanya, dan tertarik dengan konsep kekayaan yang ditulis di dalam buku tersebut. Beliau mengatakan, di dalam hidup kita, kita perlu mempunyai 6 kekayaan. Namun yang paling menarik, apabila beliau meletakkan kekayaan harta berada di tangga keenam.

Apakah kelima-lima kekayaan yang perlu kita capai, sebelum kita memiliki kekayaan harta?

1. Kaya Semangat-mengapa ianya penting? Kerana orang yang kaya semangat tidak pernah ada istilah putus asa.Dan semua ini adalah hasil daripada keimanan yang kukuh kepada ALLAH.

2.Kaya input- Apakah maksudnya, sebagaimana yang kita sedia tahu, semakin banyak input ilmu yang kita perolehi, semakin terampil kehidupan kita, apalagi sekiranya ilmu tersebut diamalkan dengan ikhlas.

3. Kaya gagasan/ kreativiti-Dengan kreativiti yang kita ada, setiap masalah akan kita dapat hadapi dengan penyelesaian yang baik, dan dapat menghasilkan idea yang baru.

4. Kaya Ibadat- Seperti yang kita tahu, segala-galanya adalah dari ALLAH. Oleh itu, kita perlu yakin ALLAH sentiasa bersama kita walau dalam apa jua keadaan.

5.Kaya Hati-Tiada ertinya sekiranya kita mempunyai harta yang menimpah ruah, tetapi hati kita tidak tenteram dan miskin daripada kebaikkan dan kemuliaan.

6Kaya Harta-Ini adalah bonus kekayaan sekiranya kita memiliki kelima-lima kekayaan di atas. Kerana orang kaya harta tanpa semangat, pastinya harta akan hilang. Tidak berilmu, akan ditipu, Apabila banyak ibadat yang dilakukan, ianya akan memupuk prestasi ke akhirat, dan seterusnya kita tidak akan jadi hamba kepada harta benda, dan tiada guna sekiranya mempunyai kaya harta, tetapi miskin kemuliaan dan kebaikan, Hidup juga menjadi tidak tenteram.

Sebenarnya terdapat banyak lagi rahsia, tentang konsep kekayaan yang saya perolehi dari pembacaan buku tersebut. Apa pun saya benar-benar mengesyorkan anda, membaca buku tersebut, untuk kita sama-sama mengetahui konsep kekayaan yang sebenar sebagai seorang muslim.

Disclaimer:Saya tidak pernah mengenali penulis ini secara peribadi, Saya sekadar, ingin berkongsi ilmu yang saya anggap baik untuk kita sama-sama pelajari dan hayati. Saya tidak mempunyai apa-apa keuntungan, sekiranya anda membeli buku ini, ataupun ianya menjadi bestseller di Malaysia. Ini sekadar perkongsian ikhlas, saya bersama anda, kerana buku ini, amat baik untuk dijadikan panduan di dalam kehidupan kita. :smile:

Masih lagi pesta buku..

5

Category : Pengalaman

Hari ini, sedikit lambat update blog, Awal-awal pagi dah keluar dari rumah, kebetulan pagi ini ada drug seminar di KL Hilton. Seminar tersebut habis pada pukul 2, then, after solat zuhur , terus saya pergi menjelajah ke pesta buku, selepas 2 hari memendam rasa. Namun begitu, hari ini, saya terus pergi ke booth, untuk membeli buku yang saya telah saya rancang sebelum ini. Alhamdulillah, saya berpeluang berborak dengan Azizi Ali penulis jutawan, kebetulan beliau berada di booth kepunyaannya. Siap dapat tandatangan beliau, walaupun saya tidak membeli buku tulisannya. Sebenarnya saya sudah pun memiliki kesemua koleksi buku tulisan beliau, kerana beliau adalah salah seorang author kegemaran saya.

Saya tidak dapat mengunjungi kesemua gerai yang ada di situ, kerana tuntutan kesihatan dan tugas. Kaki belum betul-betul sembuh, walaupun sudah 1 bulan berehat dari tugas, selain itu hari ini juga adalah hari terakhir untuk saya melakukan tugasan panggilan (oncall) . Minggu depan bermula besok, baru saya betul-betul merdeka dan saya merancang untuk merayap ke pesta buku pada cuti hari pekerja dan hari wesak. Walau bagaimana pun sambutan untuk pesta buku, memang hebat, penuh sesak. Orang Malaysia , memang suka membaca.

Semalam, saya sudah pun membeli domain dari ecommercemastery milik Saifulsham , khas untuk saya terbitkan ezine untuk anda. InsyaALLAH, segalanya dalam perancangan. Terima kasih, kepada yang sudi menyumbangkan artikel, dan usahawan internet yang sudi diinterview oleh saya. Semoga setiap perkongsian ilmu dari mereka , akan dijadikan iktibar . Siapa usahawan tersebut? Tunggu!

Namun begitu, saya kurang berpuas hati dengan promoter yang mempromosi kursus bahasa, salah seorang dari promoter tersebut, benar-benar membuatkan saya naik angin. Walaupun saya sudah menolak dengan baik, beliau tetap memaksa saya untuk mendengar cerita tentang produk beliau. Pada pendapat saya, tidak salah, kalau untuk approach customer bagi product beliau, tetapi buatlah dengan cara yang berhemah. Amalkan cara komunikasi yang betul, jangan membuatkan pelanggan naik angin. Bukankah komunikasi yang berkesan itu adalah salah satu cara bagi meningkatkan jualan , bukan setakat itu saja, ianya juga akan meningkatkan lagi rasa hormat pelanggan kepada beliau sebagai seorang peniaga.

Apa pun, saya memang seronok, hadir kepesta buku tersebut. Kepada yang belum pergi, bolehlah pergi, cari ilmu banyak-banyak, errm kepada En. Mizan, terima kasih atas perkongsian ilmu yang dihantar melalui email. InsyaALLAH saya akan kongsikan ianya bersama pembaca blog yang lain. Sampai di sini dahulu :wink:

Keranamu buku..

6

Category : Pengalaman

Sehingga ke saat saya menaip entry ini, fikiran saya memang tidak senang. Memang hebat, penangan buku dalam hidup saya. Pesta buku, seolah-olah memanggil-manggil menantikan kehadiran saya. Tetapi akibat kekangan keadaan pesta buku yang bermula sejak semalam, saya masih belum dapat jejaki. Gelisah juga rasanya.

Perasaan ini tidak pernah ada pada pesta keraian yang lain, malah festival jualan murah sekalipun, sekiranya saya tidak menjejaki kemana-mana gedung perniagaan yang menyertai festival tersebut, sudah tentu saya tidak akan tahu ketika itu ada festival jualan murah. Mungkin saya tidak pernah peka dengan semua itu. Tetapi tidak untuk pesta buku , kerana saya sudah pun menandakan pada diari dan kalendar saya sebulan lebih awal, untuk memastikan saya tidak lupa akan kehadiran pesta ini.

Jika tahun sebelumnya, hampir setiap hari saya akan menjelajah PWTC, untuk melihat buku-buku terkini, tetapi tahun ini terasa amat terbatas, kecuali saya nekad untuk menerima risiko dan sanggup menjelajah pesta tersebut, dengan fikiran tidak tenang, dan sesekali terpaksa melihat handphone saya, sekadar ‘aware ‘ samada terdapat tugas panggilan yang terpaksa dilakukan.

Selain itu, saya juga tidak dapat melupakan satu lagi jualan gudang anjuran ‘times bookshop’ yang diadakan di dataran Hamodal, Petaling Jaya. Lagi satu rungutan, kenapa mesti nak ianya diadakan pada waktu yang hampir sama dengan pesta buku, Bertambahlah lagi budget saya untuk buku. Itu belum lagi , budget yang telah saya reserve kan untuk kedai perabot terkenal IKEA. Mahu atau tidak, saya terpaksa beli rak buku yang baru, lebih tinggi untuk menampung keperluan buku -buku yang tiada tempat tinggal di dalam bilik bacaan saya. Mahu atau tidak ianya wajib dibeli secepat yang mungkin, jika tidak pastinya telinga saya bingit mendengar leteran kakak saya, kerana keadaan bilik , seperti gudang buku, akibat kedua-dua rak buku kepunyaan saya sudah tidak mampu menampung jumlah buku yang saya miliki.

Keranamu buku..aku gelisah, perasaan tak tenteram..keranamu buku, aku nekad untuk lakukan apa saja..namun yang penting, keranamu buku..aku jadi seorang yang berilmu. Terima Kasih buku..aku benar-benar menghargaimu!

Kunci Tarik Wang…

3

Category : Petua & Tips

Ramai diantara kita selalu mengeluh, bagaimana untuk mendapatkan wang. Hari ini, saya kongsi sedikit, bagaimana untuk tarik wang. Anda tak perlu jumpa bomoh atau bertapa dalam gua, cukuplah dengan menguasai sepenuhnya minda separa sedar yang kita miliki. Dibawah adalah kunci tarik wang, tanpa perlu pergi puja kubur keramat :-)

1.Tunjukkan penghargaan pada wang yang anda miliki. Bersyukur diatas setiap nilai wang yang anda miliki. Walaupun nilainya hanya RM0.10. Sekiranya anda melahirkan rasa syukur, ia menunjukkan anda fokus kepada sesuatu yang positif, ataupun pada perkara yang diinginkan iaitu wang

2.Hargai wang, menghargai wang bukan setakat bersyukur, tetapi anda juga perlu menyayangi wang yang masuk kedalam kehidupan anda, walaupun nilainya hanya satu sen, Yang penting, bagaimana perasaan anda pada wang yang , kerana tanpa kita sedari, minda separa sedar akan merakamkan setiap perasaan anda terhadap wang.

3.Berlakon seperti orang kaya, cuba bayangkan apa yang anda lakukan, penampilan, perasaan dan personaliti anda, seperti orang kaya. Hadirkan perasaan tersebut dan baiki penampilan secara sedikit demi sedikit. Apabila anda lakukan semua ini, anda akan merasa semakin bersyukur dan menghargai kehidupan yang dijadikan oleh ALLAH.

4.Sentiasa bersikap terbuka, sekiranya anda mempunyai peluang kekayaan. Sekiranya anda kerap menolak peluang perniagaan, atau menghasilkan kekayaan, minda separa sedar membaca sikap anda yang tidak mahukan peluang kekayaan. Akhirnya anda semakin kurang menerima peluang untuk menghasilkan wang dan tidak mampu melihat peluang kekayaan yang berada disekeliling anda.

Keputusan Pertandingan perbincangan 1

9

Category : Minda Separa Sedar

Hari ini , seperti yang dijanjikan, saya akan mengumumkan pemenang bagi pendapat yang paling bernas, bagi soalan Didalam Pertandingan ini.

Senario 1
Saya pernah terbaca satu kajian yang pernah dilakukan mengenai pemenang loteri atau judi. Walaupun hadiah yang dimiliki mencecah jutaan dollar, tetapi wang tersebut tidak kekal lama. Selepas 2 hingga 3 tahun,kehidupan pemenang loteri tersebut kembali kepada status asal iaitu kayap.
Senario 2
Kebanyakkan jutawan, pernah muflis dan bangkit balik malah memperolehi kekayaan yang lebih baik sebelum mengalami muflis.Donald Trumph,adalah contoh terbaik yang saya boleh berikan.

Sebenarnya pendapat yang saya berikan bagi senario diatas adalah terlalu ringkas. InsyaALLAH hari ini saya akan menghuraikan sedikit sebanyak mengenai pendapat saya.

Mengapa pemenang loteri tidak dapat mengekalkan hartanya, kerana, beliau tidak mempunyai ramuan minda seorang jutawan. Bagaimana untuk mengetahui ramuan minda seorang jutawan?

1.Seorang jutawan, sentiasa berfikir beliau boleh ‘mencipta kehidupan’, tetapi orang kebanyakkan sentiasa mengatakan, kehidupan yang dilalui olehnya semata-mata disebabkan oleh nasib.

2.Seorang jutawan, menggunakan wang untuk mencipta lebih kejayaan, tetapi orang kebanyakkan menggunakan wang untuk bertahan dari kegagalan.

3.Seorang jutawan, komited untuk menjadi kaya, tetapi orang kebanyakkan hanya ingin jadi kaya.

4.Seorang jutawan, berfikir besar, tetapi orang kebanyakkan berfikir kecil.

5.Seorang jutawan, fokus kepada kejayaan, tetapi orang kebanyakkan fokus tentang potensi kegagalan.

Sebenarnya terdapat banyak lagi ramuan, seorang yang berminda jutawan, tetapi saya akan menghuraikan satu persatu huraian bagi apa yang disenaraikan diatas, di dalam entry yang lain. Selain itu saya akan menambahkan senarai lagi, dibawah topik minda jutawan. Hari ini, saya akan mengumumkan pemenang.

Walaupun pendapat yang diberikan tidak begitu tepat seperti yang saya inginkan.Tetapi saya juga mengambil kira fakta-fakta tertentu yang berkaitan, serta kesungguhan beliau berkongsi pendapat bersama kita dibawah tajuk tersebut, Dengan itu saya mengisytiharkan En. Nazri sebagai pemenang pertandingan ini. Apa pun terima kasih,kepada sesiapa yang sama-sama sudi memberikan pendapat, Ilmu anda terlalu berharga buat pembaca disini. Hadiah misteri yang sayaakan berikan ialah

Buku hasil tulisan John C.Maxwell bertajuk ‘Your Roadmap To Success’. Semoga dengan ilmu yang dikongsikan di dalam buku tersebut, akan meningkatkan lagi pengetahuan En. Nazri. Apa pun tahniah saya ucapkan.

Oleh itu, saya minta En. Nazri menghantarkan alamat anda ke linncomel@gmail.com . Untuk saya menghantarkan hadiah :smile:

Ok, Soalan perbincangan seterusnya akan saya umumkan dalam masa yang terdekat.

PS: Selamat Hari Pertabalan, Buat Tuanku Mizan, semoga Malaysia semakin makmur dibawah naungan baginda.