Berikan Pendapat..Menangi Hadiah Misteri

13

Category : Cabaran

Berikan yang terbaik untuk orang tuamu
Allah pasti akan memberikan yang terbaik untuk hidupmu.

Berikan sebahagian rezekimu kepada yang memerlukan Allah pasti akan menggantinya berkali ganda dari apa yang telah kau berikan itu.

Berikan cintamu kepada keluargamu dengan sepenuh hati
Maka cinta Allah akan terlimpahkan begitu besar kepadamu

Berikan hidupmu untuk akhiratmu
Maka Allah akan berikan dunia ini kepadamu..

*Berikan Pendapat Anda mengenai kata-kata di atas..Pendapat yang terbaik akan menerima satu lagi hadiah Misteri

Benih manakah anda?

4

Category : Motivasi

Ada satu cerita utuk dikongsikan bersama anda. Ada seorang penabur benih yang merantau sambil membawa sekarung benih. Sepanjang perjalanannya, sebahagian benih jatuh di tepi jalan, setelah beberapa waktu, datanglah seekor burung dan memakannya.

Sebahagian lagi jatuh di tanah yang berbatu, yang tidak banyak tanahnya, dan benih itu pun segera tumbuh, tetapi tidak dapat bertahan lama kerana tanahnya kurang, maka akarnya pendek, Maka ianya menjadi pendek dan layu.

Sebahagian lagi jatuh di dalam semak yang berduri, lalu semasa pertumbuhan benih tersebut, ia terhimpit oleh semak belukar, sehingga ia tidak berbuah.

Dan sebahagian lainnya jatuh di tanah yang subur, ia tumbuh dengan subur dan banyak buahnya.

Hidup manusia pun boleh diumpamakan seperti benih di atas. Mereka yang hidup tanpa mengetahui potensi diri mereka boleh diumpamakan seperti benih yang pertama. Mereka sama sekali tidak menghasilkan apa-apa kejayaan dalam sepanjang kehidupannya.

Mereka yang mampu mencipta kejayaan dengan cepat dan pesat, namun akarnya(kehidupannnya) sangat rapuh dan kering.Boleh disamakan seperti kumpulan benih yang kedua. Mereka adalah golongan yang bekerja keras tanpa memikirkan kualiti kesihatan, mental ,fizikal dan sosial. Golongan ini mempunyai kualiti kehidupan yang kurang baik, kurang kebahagiaan ,dan keharmonian keluarga .

Seperti benih ketiga, walaupun mereka mempunyai akar kuat dan mampu tumbuh tinggi, tetapi mereka tidak berbuah. Orang-orang seperti ini hanya hidup untuk dirinya sendiri, dan sesungguhnya mereka tidak memberikan ‘nilai’ atau faedah kepada lain. Orang ini hidup hanya sekadar mengejar kejayaan peribadi tanpa memikirkan orang sekelilingnya. Jadi boleh diandaikan golongan ini tidak dapat menghasilkan ‘buah’ kepada orang lain.

Manakal golongan seperti benih keempat di mana mereka mempunyai tanah yang subur dengan mineral yang cukup, di mana akhirnya potensi dari benih tersebut dapat dihasilkan secara maksima dan juga memberikan faedah kepada orang lain. Mereka adalah golongan yang menjaga keseimbangan di antara seluruh aspek hidup mereka, kerana selain menghasilkanbuah dengan baik,mereka juga memiliki akar yang kuat.

Benih yang manakah menggambarkan kehidupan anda? Adakah hidup anda seperti benih yang pertama, yang hidup dengan sia-sia tanpa menghasilkan apa -apa? Atau seperti benih kedua, yang dibutakan oleh harta semata-mata tanpa mempedulikan kebahagiaan dan kesihatan diri anda? Dan akhirnya anda akan merasa kehidupan anda sia-sia?

Atau seperti benih ketiga, yang hanya ego dan mementingkan diri, tetapi tidak mendatangkan faedah kepada masyarakat ? .

Kita amat berbeza sekiranya dibandingkan dengan benih, kerana kita mempunyai kekuatan dan daya untuk menentukan dimanakah tanah yang ingin kita diami. Jika ketika ini kita berada di tanah yang salah, kita masih mempunyai kemampuan untuk berpindah . Tidak seperti benih yang hanya pasrah, kita masih mempunyai ‘kaki’, fikiran, dan hati untuk meninggalkan tanah yang lama dan menuju tanah subur impian benih tersebut.

Jika kita merasa belum berada di tanah subur, maka jangan buang waktu lagi, carilah tanah tersebut. Tanamkanlah akar dengan kuat, tumbuhkanlah batang pokok kita dengan tinggi, dan yang paling penting, hasilkanlah buah yang manis untuk orang lain.

Kerana dengan cara inilah, dapat menghasilkan potensi yang maksima dari dalam diri. Benih yang berjaya menanamkan akar yang kuat, dan batang yang menjulang tinggi, tapi tidak menghasilkan buah juga tidak berguna, kerana Ia akan ditebang dan dibuang, dan akan digantikan dengan pohon yang lain yang dapat memberikan hasil yang lebih baik.

Law Of Attraction (4)

6

Category : LOA

Benarkah dalam dunia ini wujud nasib malang?. Jika dulu saya menganggap nasib malang sememangnya ditakdirkan oleh kita. Apabila saya memikirkannya balik, segala nasib malang adalah hadir daripada cara kita berfikir. Ada yang mengatakan terlalu sukar menghindarkan diri daripada nasib malang. Ini semua berlaku akibat tindakan LOA yang ada pada diri anda.

Pernahkah anda dengar perumpamaan, ‘sudah jatuh ditimpa tangga’. Pandai generasi terdahulu mencipta perumpamaan. Mengapa sudah jatuh, selepas itu ditimpa tangga . Ini kerana, apabila anda jatuh, anda masih lagi terbayang atau berfikir tentang keadaan tersebut, dan emosi takut menghadirkan perasaan yang negatif kepada diri anda. Sudah tentu, LOA akan bertindak menarik dan menghasilkan lagi sesuatu yang negatif selari mengikut apa yang anda fikirkan.

Apa yang perlu anda lakukan ialah mengalih pemikiran anda kepada sesuatu yang boleh menimbulkan perasaan senang, tenang, damai dan bahagia. Dalam kata lain sesuatu yang mendatangkan perasaan positif ke dalam diri anda atau ‘feel good’ . Teknik ini dinamakan sebagai ‘distraction’.

Bagaimana, adakah anda yakin, nasib malang masih lagi wujud? Segalanya bergantung pada diri anda. Apa yang penting lakukan deklarasi minda. Lakukan teknik ‘distraction’, untuk sentiasa berfikiran positif, kerana nasib malang hanya hadir, apabila anda mencipta melalui fikiran atau minda anda.

Nota:
Baca sini

1.Law Of Attraction (1)
2.Law Of Attraction (2)
3. Law Of Attraction (3)

Law Of Attraction (3)

4

Category : kuasa Minda

Law of Attraction- Everything that’s coming into your life, you are attracting into your life.And it is attracted to you by virtue of the images you are holding in your mind. It is what you are thinking. Whatever is going on in your mind, you are attracting to you. If you see it in your mind you are going to hold it in your mind Bob Proctor.

The simplest way for me to look at the law of attraction is if I think of myself as a magnet, and i know that a magnet will attract to it. John Assaraf

The law of attraction doesn’t care whether you perceive something to be good or bad, whether you want or you don’t want it. It is responding to your thought. So if you are looking at a mountain of debt, feeling terrible about it, that’s the signal you are putting out into the universe. Bob Doyle

You can see the law of attraction everywhere, You draw everything to yourself, the people, the job, the circumstances, the health, the wealth, the debt,the joy, the car that you drive, the community that you are in. And you have drown them all to you, like a magnet. What you think about you bring about. Your whole life is a manifestation of the thoughts that go on in your head -Lisa Nichols

Apa yang tertulis di atas adalah pandangan pakar-pakar minda yang terkenal mengenai Law of Attraction. Sebenarnya mereka adalah segelintir pakar yang dihimpun di dalam buku ‘the secret’ yang ditulis dan disusun oleh Rhonda Byrne.

Sekiranya anda membaca tentang pendapat dan pandangan di atas. Anda boleh lihat. Apakah persamaan yang ada di antara mereka mengenai LOA. Kesemua mereka mengatakan segalanya bermula dari apa yang anda gambarkan di minda atau anda fikirkan. Samada negatif atau positif. Walaupun anda tidak menginginkannya berlaku kepada diri anda, tetapi anda telah membayangkannya di minda anda, anda akan memperolehi apa yang anda tidak inginkan. Itulah asas yang perlu anda tahu apa yang dimaksudkan dengan LOA. LOA tidak sekali-kali bertindak dengan apa yang anda ucapkan.

Jadi untuk anda memanfaatkan LOA untuk kebaikan diri anda, anda perlu kenal diri anda sendiri. Tahu bagaimana untuk mengarahkan setiap apa yang anda fikirkan. Jadi bagaimana untuk anda melakukannya?

Salah satu yang membezakan minda seorang kaya dan minda orang miskin yang lain ialah orang miskin hanya perlukan kekayaan , tetapi seorang kaya inginkan kekayaan. Mahu (needs) mencerminkan keadaan kita saat ini, what-it-is. Sedangkan keinginan (wants) mewakili keadaan what-it-shall-be.

Anda boleh lihat, mereka mempunyai asas pemikiran utama yang berbeza. Disebabkan asas fikiran yang utama berbeza, tentu anda dapat membuat andaian apakah imaginasi yang hadir difikiran mereka.Yang selalu tergambar difikiran orang miskin adalah keadaan mereka yang serba kekurangan, dan menderita. Oleh itu, apa yang tergambar difikiran mereka akan mengaktifkan emosi negatif yang akan membantu LOA bertindak.Jadi tanpa mereka sedari mereka akan memperolehi setiap apa yang mereka inginkan melalui gambaran di minda. Kerana itulah orang miskin akan menjadi semakin miskin.

Berbeza dengan orang kaya. Apa yang mereka fikirkan adalah apa yang mereka inginkan (wants). Emosi yang muncul adalah emosi positif. Akibatnya? Mereka menjadi semakin kaya.

Jadi bagaimana untuk anda mengarahkan fikiran anda, anda perlu tahu bagaimana untuk membezakan atau mengawal emosi anda…. Bersambung.

Nota:
Baca sini

1.Law Of Attraction (1)
2.Law Of Attraction (2)

Ps: Saya hanya membuka board kawalan minda danKursus dan Seminar  hanya untuk ahli yang berdaftar dengan Forum Minda Sukses. Sekiranya anda ingin membaca nota dan perbincangan mengenai teknik kawalan minda seperti Visualisasi, imaginasi creative , meditasi atau apa saja yang berkaitan dengan kawalan minda . Anda perlu mendaftar, untuk membacanya. Sila klik Register untuk mendaftar secara percuma.

Sedikit Pengumuman

5

Category : Info

Lewat benar saya update blog hari ini. Banyak kerja yang perlu saya siapkan. Kebiasaan saya kan update blog pada sebelah malam sebelum tidur, dan saya akan setkan tarikh dan masa keesokan harinya. Tetapi semalam, saya tidur sedikit awal dari biasa, selepas perasaan bimbang dan risau berakhir, dengan melancarkan Ezine Minda Sukses semalam.

Alhamdulillah saya menerima respons yang baik daripada pembaca. Walaupun ada sedikit spoil, apabila setting sedikit lari dari yang telah disetkan apabila di convert pada PDF. Walau bagaimana pun syukur, apabila kerja saya ini dibantu oleh rakan yang lain. Berkat kerja berkumpulan, segala yang dirasakan amat payah, menjadi senang.

Hari ini saya juga ada menerima email, tidak dapat buka dan baca ezine tersebut, terutamanya selepas file di edit balik. Untuk pengetahuan, Save dahulu fail tersebut. sila extract file zip tersebut dengan right klik , dan extract file tersebut untuk dapatkan ezine. Sekiranya anda telah mendownload dan masih tidak dapat membaca ezine tersebut. Sila email kepada saya linncomel@gmail.com . Saya akan hantar ezine tersebut melalui email. Saya akan membantu semampu yang boleh.

Sebenarnya saya masih lagi dalam mood untuk bercerita mengenai LOA. Tetapi izinkan saya menyimpan cerita tentang LOA , untuk saya siarkan pada isnin minggu hadapan. Saya yakin ramai yang menunggu, Sambungan mengenai LOA, kerana saya telah pun menerima email meminta saya menyambung cerita tentang LOA. Sebenarnya hari ini saya terpaksa lupakan tentang LOA, kerana saya ada pengumuman mengenai ezine yang akan datang.

‘Untuk Ezine yang akan datang dan seterusnya. InsyaALLAH kami akan menghidangkan anda dengan artikel yang menarik. Lebih-lebih lagi, apabila seseorang yang saya anggap istimewa, akan menjadi penulis tetap bagi motivasi remaja.

Selain itu saya yakin En.Nazri pasti akan menyambung cerita tentang Trump ;-) . Kepada En Nazri, hantar cepat2 ye.. nak elak kerja last minute. Selain itu saya akan berusaha untuk mendapatkan usahawan internet yang lain bagi ruangan ‘motivasi dan ruangan niaga.. Siapa dia? Tunggu…

Pihak penerbitan Ezine juga mengalu-alukan sumbangan artikel motivasi daripada anda untuk keluaran seterusnya. Nama anda akan dikreditkan sebagai penulis, dan kami akan memasukkan nama laman web dan blog anda sekiranya anda mempunyai laman web atau blog. Boleh dikatakan ianya sebagai promosi percuma untuk anda.

Sekiranya anda berminat, sila hantar artikel tersebut sebelum 7hb Jun 2007. Kami benar-benar mengalu-alukan sumbangan  daripada anda.

Esok dan Ahad, saya kan bercuti dari update blog. Saya ingin berehat . Saya akan update kembali blog pada hari isnin, dengan sambungan cerita LOA.

Kecemerlangan Anda Kejayaan Kami,

Admin,

Mindasukses.com