Mencipta mindset Kejayaan

6

Category : Motivasi

Saya minta maaf kerana minggu ini, saya tidak konsisten menulis dan menjawab komen anda. Dalam 2 minggu , bermula minggu ini, saya agak sibuk kerana menghadiri seminar yang agak penting bagi saya. Bagaimana pun saya masih lagi akan menulis walaupun tidak seperti biasa, sehingga seminar saya berakhir.

Namun begitu, hampir setiap hari , saya akan meletakkan satu video mengenai affirmasi. Di blog saya , samada mengenai affirmasi ataupun cara penggunaan ayat bagi affirmasi.

Untuk video terbaru, yang saya perolehi, saya telah meletakkan video yang mempunyai perkataan affirmasi bagi membantu pembaca yang mempunyai masalah audio,seperti dalam satu komen yang saya terima. Buat masa ini, hanya cara ini, dapat saya membantu anda. Namun begitu, saya akan cuba mempermudahkan lagi, untuk membantu anda sedaya yang mampu. Tujuan saya mengumpulkan video-video tersebut. Supaya anda dapat mempercayai slogan ‘ Kekayaan tidak perlu dicari, hanya perlu berusaha untuk mencapainya.Bagaimana untuk mencapainya , anda perlu berusaha dengan cara yang sebenarnya. Ini adalah koleksi terbaru video affirmasi untuk anda. Attract money today affirmations dan 1 minute to become a money magnet.

Apa pun hari ini, saya juga ingin berkongsi satu affirmasi bagi mencipta mindset kejayaan dalam diri anda. Mindset kejayaan amat penting sekiranya anda benar-benar inginkan kejayaaan. Mengapa? Seorang yang mempunyai mindset kejayaan, beliau akan merasakan setiap masalah adalah satu proses pembelajaran untuk menghadapi kejayaan. Tetapi bagi seseorang yang tidak memiliki mindset kejayaan, setiap masalah akan dikatakan sebagai satu kegagalan untuk mencapai apa yang diinginkan.

Bagaimana untuk mencipta mindset kejayaan? Anda hanya perlu ambil masa selama 18 jam untuk affirmasi ini. Mengapa tidak 24 jam? . 6 Jam lagi masa untuk anda tidur. Bagaimana untuk melakukan affirmasi tersebut? .

Setiap satu jam, lakukan affirmasi ini , ucapkan pada diri anda. Samada hanya dalam hati ataupun dengan jelas. ‘AKU ADALAH KEJAYAAN, KEJAYAAN ADALAH AKU’.

Saya telah melakukan affirmasi ini dan sehingga sekarang saya masih lagi melakukannya. Anda boleh melihat perubahan dalam hidup anda. Samada dari segi emosi dan semangat untuk berjaya. Dan sekiranya anda masih lagi merasakan ianya terlalu sukar untuk dilakukan setiap satu jam iaitu 18 kali dalam masa 18 jam. Sila email saya di Hubungi Kami. saya Saya akan memberitahu kaedah untuk memudahkan lagi kaedah yang sudah sememangnya mudah. Tetapi saya benar-benar tidak berharap anda merasakan ianya satu perkara yang sukar, kerana sekiranya saya menyuruh kanak-kanak sekolah rendah melakukannya. Saya pasti mereka akan dapat melakukannya dengan mudah. :wink:

Import dan export- Perlu selari

10

Category : komentar

Dua hari saya tidak update blog saya. Actually saya sendiri tidak pasti apa lagi yang saya ingin kongsi bersama pembaca blog ini. Idea tidak datang seperti biasa. So ezine minda sukses masih lagi dalam proses. So kepada Nuraz, tak perlu risau, sekiranya saya masih lagi belum menghantar email mengenai ezine cover, kerana saya masih lagi belum ada idea bagi tema ezine cover, infact post ini pun saya tulis lebih awal, daripada tarikh post yg sebenarnya, kerana saya ada tugas lain yang perlu saya selesaikan. Ketika ini, saya masih lagi sedang bercuti.

Sepatutnya hari ini, saya perlu membuat rumusan tentang pendapat anda, mengenai persoalan yang saya kemukakan mengenai tajuk ‘Jom seberang Sungai’. Malangnya pembaca blog ini, hanya tahu bagaimana untuk mengimport ilmu, tetapi tidak tahu bagaimana untuk mengeksport ilmu atau pendapat yang ada, Apa pun tahniah dan terima kasih kepada Raymond dan Maria, kerana sudi memberikan pendapat. Terbukti anda berdua adalah seorang yang berani, kerana tidak pernah lari daripada masalah yang anda berdua hadapi. Sebenarnya apa jua jawapan yang anda berdua berikan, itu adalah cara yang anda lakukan, apabila anda menghadapi masalah. Masalah tidak akan selesai, sekiranya kita lari daripada masalah, malahan ianya akan sentiasa mengejar anda.

Bercakap mengenai import dan export.Bayangkan anda seorang ahli perniagaan, anda hanya mengimport atau membeli barang, tetapi tidak mengeksport dengan cara menjual, adakah anda akan mendapat keuntungan? . Adakah barang tersebut akan memberikan nilain wang atau keuntungan kepada anda? .

Begitu juga dengan perbincangan atau sebarang ilmu yang anda ada, sekiranya anda hanya tahu untuk mengimport dan tidak tahu untuk berkongsi dengan orang lain adakah anda merasakan ilmu yang anda tahu adalah benar mengikut pendapat orang lain. Itu pentingnya perbincangan. Melalui perbincangan pasti lebih banyak ilmu yang akan dapat kita perolehi, sekiranya terdapat kesilapan fakta, sama-sama boleh diperbetulkan.

Sebagaimana kita sebagai seorang manusia, jika kita hanya tahu mengimport makanan ke dalam badan, tetapi tiada saluran untuk membuangnya. Tiada cara untuk export bahan buangan yang ada dalam badan, entah bagaimana tahap kesihatan kita. Sudah memang prinsip alam. Setiap yang masuk pasti ada jalan keluar. Ciptaan ALLAH sangat sempurna, mengapa kita tidak menggunakan ianya dengan sebaik yang mungkin. ALLAH menciptakan manusia untuk berjaya, untuk menang, mengapa masih ada yang gagal?, kerana tidak tahu menghargai setiap apa yang ALLAH berikan kepada kita.

Begitu juga dengan konsep rezeki. Kekayaan sebenarnya sudah menjadi milik kita, kerana sejak dilahirkan, ALLAH telah menciptakan rezeki untuk kita, apa yang perlu kita lakukan hanya perlu berusaha. Kita tidak perlu lagi mencari, hanya perlu berusaha untuk mendapatkannya. bagaimana untuk menjemput rezeki yang sememangnya telah menjadi milik kita. Bagaimana? . Hanya satu kunci untuk mendapatkannya iaitu HARGAI SETIAP APA YANG ALLAH BERIKAN KEPADA KITA.

Itu saja untuk hari ini, Apa pun saya ada mencari dan menyediakan beberapa video, bagaimana untuk attract rezeki, mengikut kaedah barat. Apa pun anda boleh tonton video ini Secret to becoming money magnet Dr. Michael J. Duckett, InsyaALLAH ada beberapa video menarik lagi untuk saya kongsikan bersama anda.

Jom seberang sungai..

5

Category : Cabaran

Bayangkan anda berjalan-jalan di satu tempat, Tiba-tiba anda terjumpa sebatang sungai yang kecil, walaupun ianya tidak lebar, tetapi disebabkan air yang keruh, anda tidak tahu, berapa dalamnya sungai tersebut.

Soalan saya,apakah yang anda lakukan untuk menyeberangi sungai tersebut dengan selamat. Sila hantar komen anda, fikir baik-baik, dan pastikan setiap jawapan anda, disertakan alasan. Jom kita bincang..

Kaya Bukan Satu Dosa..

20

Category : komentar

Sekejap saja masa berlalu, hari ini, genap setahun domain linncomel.com ini wujud. Saya hampir terlupa untuk renew domain, kerana menyangkakan domain akan expire lagi 2 hari. Rupa-rupanya semalam adalah hari terakhir. Nasib baik semalam tergerak hati untuk renew. Jika tidak pasti hari ni saya yang kelam kabut.

Kebetulan juga semalam adalah hari ulangtahun kelahiran sahabat karib saya, Jadi semalam, saya ke Victoria Station, untuk meraikan beliau. Bukan saya ingin bercerita tentang dinner semalam. Tetapi saya tertarik dengan perbualan 2 orang wanita yang makan di meja bersebelahan dengan saya dan sahabat saya itu. Bukan niat saya untuk mendengar atau mengintip perbualan beliau, tetapi disebabkan keheningan suasana di restoran tersebut. Membuatkan telinga saya dapat menangkap butir perbualan mereka dengan jelas. Malangnya isi perbualan mereka menarik perhatian saya untuk terus dengar dan dengar.

Butir perbualan mereka, salah seorang mereka mengatakan bahawa beliau telah pergi makan di salah satu kelab yang dikenali sebagai KLGCC. Ketika ingin memesan makanan, apabila ditanya kepada seorang pelayan yang berada disitu, beliau bertanya apakah pilihan minuman yang ada ditempat itu, dan salah satu pilihan minuman yang disebut adalah ‘beer’. Jadi wanita tersebut amat marah, kerana beliau adalah muslim, tetapi ditawarkan minuman seperti itu.

Saya tertarik, bila mendengar alasan daripada wanita tersebut. “Biasalah kalau orang melayu dah kaya. Mesti minum punya”. Saya yang mendengar ketika itu hanya dapat mnggelengkan kepala. Cara wanita itu bercakap seolah ianya satu penjenamaan.Orang melayu bila dah kaya, pasti tak ingat agama.

Ketika dalam perjalanan pulang ke rumah. Saya berbincang dengan sahabat saya, mengenai perkara ini. Satu persoalan saya, mengapa tanggapan orang kepada orang kaya seperti itu. Adakah kekayaan boleh membuatkan seseorang lupa diri dan agama. Mengapa tidak mengatakan biasalah orang melayu yang tipis ilmu agama, tidak mustahil minta beer untuk minum.

Kekayaan tidak pernah bersalah, sekiranya ada yang berubah sikap apabila dapat mengecapi kekayaan tersebut. yang bersalah adalah diri individu itu sendiri. Tidak mempunyai pegangan agama dan pendirian yang kuat. Saya percaya semua agama mengajak kearah kebaikan. Kadangkala penganut agama itu sendiri yang merosakkan imej agama .

Tidak kira sama ada anda kaya atau miskin, jika pegangan anda tidak kental. Anda masih brpeluang untk terjerumus dalam sesuatu yang tidak dibenarkan. Bukan miskin atau kaya yang jadi faktor penentu. Tetapi ianya datang dari HATI anda sendiri. Sekali lagi saya ulang. Anda yang bertanggungjawab terhadap diri anda sendiri. Segala-galanya dari hati.

Sekiranya ada individu yang mmandang negatif kepada kekayaan. Bagaimana individu tersebut akan kaya? . Sebagai contoh, anda mempunyai teman, tetapi anda memandang negatif kepada teman anda. Kalau teman anda tahu, tentang tanggapan negatif anda. Sure dia dah bye-bye anda. Begitu juga, sekiranya anda memandang negatif kepada kekayaan. Situasinya tetap sama. Tiada bezanya. Kerana tanggapan negatif tersebut, telah tersemat dalam minda anda.

Jadi bertanggungjawablah terhadap diri anda sendiri. Kerana anda yang tentukan bagaimana kehidupan anda, dan arah tujuan anda.. Apa pun saya boleh katakan ,menjadi kaya bukan satu dosa.

Kuasai & Bukan dikuasai Minda (2)

13

Category : Minda Separa Sedar

Hari ini, saya ada satu berita baik dan satu berita buruk untuk anda…

Berita baiknya ialah, manusia satu-satunya makhluk di dunia ini yang memiliki kemampuan berfikir dan melalui proses berfikir.

Berita buruknya pula ialah banyak manusia yang tidak sedar, tidak tahu bahkan tidak mahu tahu bahawa betapa banyaknya manfaat yang manusia perolehi sekiranya tahu bagaimana untuk menangani minda. Kerana itulah mereka tidak sedar bahawa selama ini, mereka menjadi hamba minda. Sekali lagi saya ulang di dalam tajuk hari ini, minda adalah hamba yang baik, tetapi seorang Tuan atau boss yang kejam.

Apakah yang membezakan, sekiranya anda ingin tahu, samada anda dikuasai minda ataupun anda yang menguasai minda.

Kebiasaan, sekiranya anda dikuasai atau menjadi hamba minda. Apabila ditanya apakah yang ingin anda capai dalam hidup. Jawapan yang akan diberikan ialah

‘Saya ingin hidup saya tidak susah, tidak derita. saya dah bosan lihat anak-anak saya tak cukup makan, tak dapat mengecap kasih sayang seperti orang lain.Tidak ini…dan macam-macam tidak.’

Sebaliknya jika kita bertanya kepada individu yang berjaya menguasai minda mereka. Apabila di berikan soalan yang sama jawapan yang akan mereka berikan ialah

Saya ingin menjadi seorang usahawan yang berjaya,mempunyai wang yang tidak terbatas. mempunyai rumah yang besar, dapat membina yayasan bagi membantu orang lain berjaya, mempunyai kereta mewah seperti BMW.’

Anda boleh mengkaji sendiri, apakah perbezaan emosi yang anda perolehi daripada ucapan tersebut. Apabila anda mengatakan saya inginkan kehidupan yang tidak susah, tidak derita. Apakah yang tergambar diminda anda? Saya yakin anda pasti menggambarkan kehidupan masa lalu. Betapa deritanya hidup susah, dan tidak mustahil, anda akan mengatakan dengan perasaan yang sebak, kerana anda sedih mengenang ehidupan lampau. Bukankah kesedihan itu emosi negatif? . Dalam ayat yang pendek, saya mengatakan anda lebih fokus kepada kemiskinan anda apabila memberikan jawapan tersebut.

Bagaimana pula jawapan yang diberikan oleh individu yang mengawal minda. Apabila mereka mengatakan mereka ingin menjadi usahawan berjaya, mempunyai rumah yang besar, kereta yang hebat. sudah pasti di minda mereka sudah terbayang rumah yang besar, menaiki kenderaan yang hebat.dan akan hadir perasaan teruja dan gembira. Bukankah gembira itu adalah emosi positif? .Atau dalam ayat pendek, individu yang dapat mengawal minda, akan dapat fokus kepada kejayaan dengan baik.

Sekiranya anda tidak yakin, anda boleh cuba. Sekiranya anda merasakan hasil yg positif. Mulakan kehidupan baru anda, dengan menjadikan minda anda sebagai hamba.