Alhamdulillah, Tepat jam 12 malam semalam, promosi yang kami jalankan sudah ditamatkan. Untuk pengetahuan anda, promosi tersebut adalah satu eksperimen yang saya jalankan untuk menguji mental yang saya miliki. Adakah saya mempunyai mental block, dan adakah saya mempunyai keyakinan yang amat tinggi untuk dibuktikan hasilnya kepada seorang individu yang bekerjasama dengan projek magnet rezeki ini.
Terus terang saya katakan, walaupun projek ini adalah ebook pertama kami, sambutan yang dijalankan amat memuaskan. Kami telah mencecah 4 angka dalam masa kurang daripada 2 hari, dan sehingga semalam kami memperolehi jualan melebihi 60 buah biji e-book. Ini adalah bukti yang menunjukkan dengan adanya teknik yang kita yakini , emosi akan positif, seterusnya akan dapat menarik rezeki ke dalam kehidupan. Projek ini bukan didasarkan kepada wang semata-mata. Tetapi ini adalah proses pembelajaran kepada kami dan juga anda sebagai pembeli dan affiliate kami. Mengapa saya mengatakan demikian.
Kepada pembeli e-book promosi, Tentu anda ternanti-nantikan hadiah misteri yang telah kami umumkan ketika pembelian. Ya, hari ini saya akan mengumumkan kepada anda. E-book tersebut, bukan sekadar e-book yang menjadi milik anda. Tetapi ianya adalah online course yang akan kami hadiahkan kepada anda. Bukan setakat 1 ebook misteri akan menjadi milik anda, Tetapi 7 ebook misteri yang akan kami berikan satu persatu, mengikut fokus tertentu bagi setiap ebook. Adakah anda merasakan wang yang anda keluarkan sebanyak RM30 kepada kami ketika promosi, adalah besar dengan nilaian bagi 1 ebook magnet rezeki dan 7 volume hadiah misteri?. Seperti yang saya katakan, wang bukanlah prioriti utama bagi kami, yang penting perkongsian ilmu, dan kita sama-sama berada di dalam proses pembelajaran. Rezeki akan datang sendiri selepas itu. Untuk pengetahuan anda, E-book rahsia volume pertamayang menekankan kepada hukum mental untuk kejayaan, akan kami edarkan pada minggu depan, kerana buat masa ini, kami ingin menumpukan kepada tugas -tugas teknikal, seperti mengenal pasti script affiliate yang baru kami gunakan(Rasanya pertama kali digunakan di Malaysia), seterusnya aspek teknikal pembinaan private forum untuk pembeli ebook magnet rezeki dan juga online support.
Sebenarnya hari ini juga, kami membuka keahlian affiliate. Anda boleh mendaftar secara percuma di sini untuk menyertai affiliate kami.Setiap jualan, anda akan menerima komisyen sebanyak 35% daripada harga jualan package kami. Dan setiap affiliate yang anda taja, anda akan mendapat 5% daripada hasil jualan yang telah affiliate anda jalankan, dan pengumuman khas untuk bakal affiliate, setiap pengedar yang dapat melakukan jualan sebanyak 30 jualan, tanpa limit masa, kami akan menaja anda ke seminar smswang dan seminar rahsia buat duit melalui internet.
Mengapa 30, kenapa tidak lima atau 10 atau jumlah lain yang lebih kecil daripada 30? Ini kerana ianya juga adalah satu pembelajaran terhadap bakal agen affiliate kami. Sekiranya anda mempunyai keyakinan yang tinggi, tiada masalah mental block, walaupun kami mengenakan syarat jualan 100 ebook sekalipun ianya bukan satu masalah untuk anda. Anggaplah ini sebagai satu latihan untuk meningkatkan keyakinan anda. Ianya adalah cukup mudah, kerana kami tidak mengenakan limit masa terhadap anda, samada dalam tempoh sebulan atau apa sahaja. Tetapi selagi anda adalah affiliate kami, apabila jualan anda mencecah 30 jualan, Tajaan seminar seperti yang kami nyatakan adalah milik anda. Anda hanya perlu memilih seminar mana yang ingin anda hadiri. Adakah ianya masih sukar untuk anda? Segalanya adalah bergantung kepada kekuatan mental Anda.
Jadi dengan ini, seperti yang dinyatakan di atas, affiliate kami telah pun kami buka, dan anda boleh mendaftar, seterusnya promosi juga telah kami tamatkan. Apa pun yang berlaku, ini adalah keputusan kami yang muktamad.
Kepada pembeli ebook kami, nantikan pengumuman hadiah misteri yang pertama, private forum dan online support untuk anda seperti yang dijanjikan. Kecemerlangan anda , kejayaan kami.