Rahmat disebalik kejadian

7

Category : Pengalaman

Agak lambat saya mengemaskinikan blog ini hari ini. Pagi ini saya terjaga awal dari biasa iaitu pada lebih kurang pukul 3.30 pagi. Tiba-tiba saya menerima satu sms daripada salah seorang adik saya (Sama bapa, berlainan ibu) bahawa salah seorang daripada adik saya yang kini belajar di salah sebuah Universiti di Melaka telah mengalami kemalangan. Tanpa membuang masa saya terus bertolak ke HKL, kerana adik saya telah di transfer ke HKL daripada hospital Melaka.

Ketika itu, saya masih lagi dapat mengawal emosi saya, mungkin kerana saya tidak begitu rapat dengan adik-adik saya kerana saya dibesarkan oleh kedua datuk dan nenek saya. Apabila saya sampai di HKL, adik saya telah pun berada di dewan bedah kerana keadaan beliau yang mengalami kecederaan yang agak parah di Otak nya membuatkan berlakunya internal bleeding yang agak banyak, jadi buat masa ini, doktor terpaksa mengeluarkan tengkorak kepalanya bagi merawat otak yang agak parah.

Hari ini juga sedikit sebanyak saya mengenali siapa bapa saya. Jika selama ini saya mengkagumi kejayaan beliau mendidik anak-anak sehingga kesemua anak-anaknya dapat menjejakkan kaki ke Menara gading, dalam keadaan yang amat susah. Hari ini saya dapat melihat ketenangan yang beliau miliki, apabila ditimpa musibah yang begitu hebat. Baru saya sedar, sedikit sebanyak saya mewarisi ketenangan dan kesabaran yang beliau miliki.

Hari ini juga, saya dapat berkumpul dengan kesemua adik-adik saya. Dan hari ini juga saya mendapat hak sebagai seorang kakak yang Sulong, apabila segala urusan yang berlaku semuanya diserahkan kepada saya . Alangkah bangganya saya kerana mendapat hak sebagai seorang kakak, setelah begitu lama, diri saya seolah sebatang kara. Alhamdulillah, disebalik musibah yang berlaku,masih ada rahmat kegembiraan yang menjadi milik saya.

Jadi mulai hari ini, saya terpaksa berulang alik ke hospital, bagi menjaga adik saya yang ketika ini berada dalam keadaan koma. Ini adalah satu tanggungjawab yang saya terima dengan penuh kegembiraan dan saya akan lakukannya dengan sebaik-baiknya. Yang pasti saya diberikan peluang oleh ALLAH untuk menjadi seorang kakak yang bertanggungjawab. Alhamdulillah.

Emosi

3

Category : Bina Kejayaan

Bayangkan , anda seorang diri sedang memandu kereta . Dalam perjalanan pulang dari pejabat ke rumah anda.

Ketika anda memandu, tiba-tiba lampu ‘indicator’ anda menyala. Apakah yang anda akan lakukan ketika itu?. Adakah anda terus memandu kereta anda atau adakah anda memberhentikan kereta anda, atau anda tidak mengambil kisah dan membuat keputusan untuk mencari sebab atau punca yang menyebabkan ‘indicator’ tersebut menyala?

Saya yakin, perkara pertama yang anda akan lakukan ialah berusaha mencari penyebab kepada mengapa indicator tersebut menyala. Misalnya jika ‘indicator’ fuel yang menyala, ini bererti minyak petrol kereta anda semakin berkurang, dan tangki minyak anda perlu diisi.

Sekiranya yang menyala adalah indicator ‘washer’, ini bererti air engin kereta anda sudah berkurang dan perlu diisi. Sebenarnya indicator tersebut merupakan satu sistem amaran yang dibina di kereta anda untuk memberitahu kepada pemandu apa yang diperlukan oleh kereta. Indicator tersebut memberitahu sesuatu perlu dilakukan supaya kereta tersebut tidak meragam atau bermasalah.

Kita boleh mengandaikan indicator tersebut sebagai salah satu komunikasi yang memberitahu kereta tersebut memerlukan sesuatu yang perlu anda lakukan. Sekiranya keperluan itu tidak dipenuhi, samada cepat atau lambat, kereta tersebut akan bermasalah, dan jika anda masih mengabaikan, pesan yang disampaikan oleh ‘indicator’ tersebut, maka kereta anda akan rosak dan tidak lagi boleh digunakan.

Contoh lainnya pula , bayi yang masih lagi belum boleh bercakap , apabila bayi tersebut lapar , bayi tersebut akan menangis. Begitu juga jika bayi tersebut sakit, beliau juga akan menangis.Apabila berlaku juga sesuatu yang tidak menyenangkan bayi juga tersebut akan menangis.

Begitu juga dengan emosi. Apabila kita memenuhi setiap keperluan yang di minta oleh diri kita melalui pesan yang disampaikan oleh emosi kita , maka hidup kita akan gembira .
Saya yakin anda dapat memahami kaitan diantara indikator kereta dan emosi.Setiap kali emosi atau perasaan muncul, samada positif atau negatif , kita akan mendapat pesanan yang sangat spesifik yang datang daripada minda separa sedar. Apabila kita merasa bahagia dan gembira ini bererti keperluan kita telah dapat dipenuhi. Tetapi jika kita berasa sedih dan tidak gembira, bahawa keperluan yang diri kita inginkan tidak dipenuhi,

Sebenarnya semua emosi yang ada di dalam diri kita membawa kebaikan dan manfaat dalam kehidupan kita.Emosi yang tidak baik adalah emosi yang ditafsirkan secara tidak tepat oleh mental kita , kerana kita belum memahami makna atau perasaan yang ingin disampaikan oleh emosi tersebut. Sekiranya terdapat emosi positif atau negatif dan sekiranya terdapat emosi neutral sekalipun, semua itu adalah hasil kerja minda.

Jika kita tahu bagaimana untuk menguruskan emosi , kita akan mendapati perasaan atau emosi ini mengajar kita cara-cara untuk mengurangkan ketegangan atau kecemasan yang ada dalam hidup kita . Dengan memahami setiap makna yang ingin disampaikan melalui emosi kita, maka kita dapat mengarahkan hidup kita kearah yang lebih positif.

Sebenarnya perasaan atau emosi adalah berasal dari minda separa sedar. Bagaimana emosi itu wujud? Sebenarnya setiap kejadian yang kita alami adalah bersifat neutral. Kejadian adalah rangsangan yang berasal dari luar diri kita dan diterima melalui pancaindera seterusnya masuk ke minda dan kemudian ditafsirkan.

p.s:Bagaimana menguruskan emosi, ada dibincangkan dalam e-book misteri yang dihadiahkan kepada pembeli yang membeli ebook magnet rezeki ketika promosi. Apabila tamat promosi, ebook ini tidak ditawarkan percuma lagi. Jadi dapatkanlah ebook tersebut, ketika peluang masih dibuka untuk anda.Peluang hanya sekali, rebutlah peluang ini sebaiknya, kerana peluang ini hanya akan datang dari saya sekali seumur hidup.

Hidup dengan penuh kegembiraan

15

Category : Motivasi

kegagalan hanya terjadi sekiranya kita merasakan diri kita gagal dan seterusnya cepat berputus asa.

Jika ketika ini Anda “memikirkan k gagalan” atau “merasa putus asa”, batalkan SEKARANG JUGA !

Mengapa demikian ?,

kerana Selagi kita masih hidup dan bernafas kita masih lagi berpeluang untuk “memperbaiki kesalahan kita”, “merubah cara baru”, “mencari penyelesaian”, “membuat pilihan baru” dan seterusnya meneruskan kejayaan yang diidam-idamkan.

Kejayaan adalah milik anda. Apa yang perlu anda lakukan, anda perlu berusaha untuk mencapai kejayaan tersebut. meneruskan kejayaan tidaklah terlalu sukar sekiranya anda tahu bagaimana melakukannya.

Sekiranya anda merasakan terlalu sukar untuk mencipta kejayaan. Anda bolehlah memiliki e-book magnet rezeki, kerana saya ada menjelaskan bagaimana punca kegagalan berlaku dan bagaimana untuk meneruskan kejayaan dalam kehidupan.

Kehidupan ini penuh dengan kekayaan. Kekayaan sebenarnya sudah berada di dalam diri anda. Sekiranya anda  masih tidak menyedari semua itu dan masih lagi merasakan sukarnya untuk hidup senang seperti orang lain, bacalah e-book magnet rezeki, saya telah membuktikannya segala-galanya di dalam ebook tersebut.

Rezeki, kebahagiaan, kegembiraan , kesihatan , kedamaian dan apa jua yang anda inginkan, sebenarnya telah pun menjadi milik anda. Yang penting anda perlu berusaha untuk menjemput rezeki itu supaya menjadi milik anda .Alangkah ruginya jika sesuatu yang telah tersedia untuk anda. Anda tidak dapat mencapai dan merasainya. Sekiranya anda ingin tahu bagaimana kaedah untuk mnjemput rezeki, segalanya telah tersedia untuk anda.

Jangan lepaskan peluang ini. Peluang hanya datang sekiranya anda benar-benar tahu bagaimana menghargai peluang yang ada. Segalanya telah tersedia, apa yang penting hargai kehidupan anda. Hidup dengan penuh kegembiraan dan seterusnya memiliki kekayaan yang seimbang untuk dunia dan akhirat.

Email daripada pembaca e-book magnet rezeki.

18

Category : Info

Alhamdulillah, sambutan terhadap magnet rezeki amat menggalakkan, dan pagi ini, saya menerima email daripada Shueqry . Alhamdulillah saya telah menerima satu testimoni yang membuatkan saya merasakan mesej yang saya ingin sampaikan melalui ebook ‘magnet rezeki’ tercapai. Sebenarnya niat saya menulis dan berkongsi ilmu tersebut, bukan di dasari oleh faktor wang semata-mata. Saya yakin wang atau rezeki akan datang dengan sendirinya, sekiranya kita melakukan sesuatu yang boleh mendatangkan kebaikkan dan kesedaran kepada masyarakat dan orang ramai.

Alhamdulillah berkat niat saya semalam, walaupun e-book tersebut dilancarkan, Rezeki yang datang kedalam hidup saya semalam, amat luar biasa. Rezeki tidak hanya datang daripada ebook tersebut, malahan pada malam sebelum pelancaran, saya diberikan rezeki dengan tugas -tugas panggilan(oncall) dari hospital sehingga saya terpaksa bermalam di tempat saya bertugas. Saya tidak nafikan ebook tersebut menjadi magnet atau penarik rezeki ke dalam kehidupan. Saya benar-benar mencipta sejarah. Alhamdulillah, dalam masa sehari ALLAH telah menunjukkan betapa pemurahnya kerana mengurniakan rezeki hasil daripada perkongsian ilmu yang telah saya amalkan sebelum ini. Seperti yang Raymond katakan Tsunami rezeki benar-benar berlaku.

Teringin saya berkongsi email dan testimoni yang dihantarkan oleh Shueqry . Terima kasih Shueqry, walaupun K.Linn tidak minta testimoni daripada Shueqry.

Assalamualaikum kak Linn, Shueqry here, Moga kak Linn berada
dalam keadaan sihat sejahtera lebih-lebih lagi di Ramadhan mubarak ini.

Saya sungguh berterima kasih pada kak Linn atas pemberian buku Magnet
Rezeki, sungguh tak sangka eBook tersebut telah membetulkan permasalahan
yang saya alami. Selesai membacanya, saya muhasabah diri, nyatalah
minda saya tak sepenuhnya mengarah pada impian-impian saya,
kebahagiaan yang saya inginkan dan kejayaan. Ia 50% mengarah pada yang
negatif tanpa saya sedari.

Dalam minggu ini saya dah dua kali selesai membaca buku The Science
Of Getting Rich tulisan Wallace D. Wattles. Buku itu juga banyak
membantu saya membetulkan semua mindset dan tindakan. Satu lagi,
saya juga telah belajar erti syukur berkali-kali dalam sehari sepenuh hati.

eh, dah panjang pula saya menulis. Perasaan saya ketika menaip email
ni amat gembira, kerana saya telah bertemu jalan penyelesaian pada
masalah saya. Hadiah dari kak Linn takkan saya persiakan, thank you..

Terima kasih kak Linn.

Saya benar-benar bersemangat semula selepas membacanya.

Saya mahu orang lain juga tahu eBook ini dan kandungan berguna di dalamnya,
supaya mereka juga boleh merubah hidup mereka bermula dari minda.

Untuk itu, saya memberikan testimoni penuh (di dalam attachment). Moga bila
sesiapa jua membacanya, tergarak hati nak memiliki eBook Magnet Rezeki
lalu bertindak mengamalkan apa yang diajar dalam eBook Magnet Rezeki.

Ia penyelesai masalah yang tak ramai orang nampak. Moga usaha kak Linn
mendapat keredhaan Allah, kebetulan tak banyak buku mengenai pembangunan
minda di kedai-kedai buku dalam Malaysia.

Pc saya pakai Ms Word 2007, saya attach pakai Notepad saja sebab ia
ringan dan cepat di buka. Gambar saya sertakan sekali dalam format jpg.

Itu saja kali ini. Bertemu lagi kita di email lain ..

Wassalam ..

and, Thank You :)

Ulasan ni terpulang pada kak Linn, boleh edit atau tambah apa-apa yang patut. Ia saya tulis terus selepas selesai membaca eBook Magnet Rezeki.

—————————–

“Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Setelah selesai membaca eBook Magnet Rezeki, saya teruja, excited dan gembira. Ada beberapa ilmu baru yang saya perolehi di sini.

Berita baiknya, kesemua dalam bahasa Malaysia. eBook Magnet Rezeki lebih kepada praktikal, bukannya sekadar teori motivasi semata-mata.

Anda akan ditemukan beberapa ‘tools’ dan panduan langkah demi langkah, terutama panduan yang terdapat dalam Bab 13 bermula pada muka surat 75. Sungguh praktikal. Anda boleh pelajari ia dan gunakan untuk mengubah nasib Anda.

Kerana, takkan ada orang lain yang akan mengubah nasib Anda untuk Anda, siapa lagi kalau bukan Anda sendiri yang melakukannya. Mulakan usaha dengan panduan yang ajarkan dalam eBook Magnet Rezeki ini.

Anda akan bertemu dengan tips bagaimana untuk menjadikan diri Anda magnet rezeki, dengan mematuhi 8 syarat asas terlebih dahulu. Apa yang saya suka, penulis eBook Magnet Rezeki menerangkan satu persatu makna kesemua 8 syarat tersebut berserta contoh agar Anda mudah memahami dan mengikutinya step by step.

Berlainan dengan buku kuasa minda dalam Bahasa Malaysia yang selalu saya baca, eBook Magnet Rezeki lebih menumpu pada menjadikan diri Anda ‘magnet penarik’ rezeki, menarik impian Anda dan apa jua yang Anda mahukan. Anda tak perlu terlalu bekerja keras sehabis daya mengejar kesemuanya, bahkan Anda boleh belajar cara, tips dan teknik untuk menjadikan kesemua itu datang pada Anda.

Panduan yang terkandung dalam eBook Magnet Rezeki mudah diaplikasikan. Saya telah menggunakan beberapa tips minda yang menjadi ‘rahsia’ saya seorang sebelum ini, namun saya cukup terkejut bila mendapati ia juga ada di muka surat ke 78 hingga muka surat 86, sungguh tak sangka tips tu ditulis dalam bahasa yang ringkas, direct to the point, kerana sebelum ini saya berusaha keras memahaminya.

Oh, Anda sungguh bertuah!

Terus terang saya pernah menggunakan tips ini untuk menarik apa yang saya mahukan datang pada saya, di saat saya dilanda kesulitan. Jika ia berkesan pada diri saya, ia turut berkesan buat Anda juga.

Pelajari caranya dan amalkan. eBook Magnet Rezeki ni ‘user friendly’, senang untuk Anda memahami apa yang disampaikan.

Anda takkan jumpa eBook pembangunan minda dalam bahasa Malaysia yang serupa dengannya, penuh langkah-langkah praktikal, penerangan tentang cara minda bekerja dan beberapa tips bagaimana Anda boleh mengawal minda bermula dari Bab 10 di muka surat ke 56.

Selain itu, kronologi minda yang digunakan seperti ‘Law Of Attraction’, afirmasi, getaran minda, delta, theta dan alpha diterangkan dengan lanjut, bukannya penerangan psikologi yang panjang dan memerlukan pemikiran mendalam seperti yang orang lain sangkakan.

Anda tak perlu lalui itu semua, bahkan hanya perlu fahami, ikuti langkahnya, aplikasikan dan lihat kesannya. Dengan itu, jimat masa dan tenaga Anda kerana ilmu-ilmu minda di kumpulkan di sini tanpa perlu Anda bekerja keras mencari setiap satu darinya.

Sekali lagi, Anda sungguh bertuah!

Jujur saya berkata eBook Magnet Rezeki berlainan dengan buku-buku motivasi di luar sana kerana motivasi yang terkandung di dalam ebook Magnet Rezeki lebih kepada ‘booster’ pembangunan minda dan penggunaan potensi minda sebagai pencetus perubahan ke arah kecemerlangan, kejayaan serta kesenangan hidup Anda.

Saya mengucapkan terima kasih kepada penulis eBook Magnet Rezeki, kak Linn kerana ilmu dari eBook ini telah membetulkan’kompas’ minda saya yang tersasar sedikit, lebih-lebih lagi setelah saya mengalami masalah terhebat baru-baru ini sehingga membuatkan saya hampir berhenti terus dari arena Internet sebagai penulis blog motivasi.
Apa yang membuat saya bangkit semula turut dikongsikan dalam ebook ini, di mana saya telah memprogram semula minda saya untuk bangkit dari masalah kewangan yang teruk menggunakan tips yang dikongsikan dalam eBook Magnet Rezeki. Anda juga boleh pelajari caranya, latih diri dan gunakan untuk diri Anda pula.

Saya berani berkata – Anda Tidak Akan Rugi !

Saya beri 5 bintang pada eBook Magnet Rezeki. Ia bermanfaat untuk diri saya, diri Anda dan sesiapa saja. Takkan Anda ketemui lagi di tempat lain, hanya di sini saja. Two thumbs up! “

Ikhlas,

Mohd Shukri Abdullah

http://shueqry.blogspot.com

Blog Motivasi Pembangunan Diri

========================

Terima kasih atas testimoni Shueqry, Sila check email Shueqry kerana K.Linn ada menghantar balasan email tersebut. Jadi kepada sesiapa yang belum memiliki e-book magnet rezeki. Anda boleh dapatkan ianya dalam tempoh promosi. Mengapa saya memberikan potongan harga seawal ini kepada anda, Ini adalah cara dan kaedah yang saya boleh gunakan untuk menghargai anda sebagai pembaca blog ini yang sentiasa menaikkan semangat saya untuk terus menulis bagi membantu sesiapa yang memerlukan.

Kepada pembeli e-book terima kasih atas sokongan anda. Tidak lama lagi saya akan membuka private forum untuk saya dapat memberikan bantuan yang sewajarnya bagaimana untuk mengaplikasikannya.

p/s:Mungkin Raymond pun boleh membantu kut, kerana beliau adalah pakar Law Of Attraction yang saya kenali di Malaysia.

Pelancaran e-book magnet rezeki.

26

Category : Info

Alhamdulillah, bersyukur saya kepada ALLAH, dengan limpah kurnianya saya dapat melancarkan e-buku seperti yang telah saya janjikan beberapa hari yang lalu.

Jutaan terima kasih, kepada Nuraz yang menyediakan ebook cover yang benar-benar menarik, sesuatu yang agak unik apabila ecover ini telah berbulan disiapkan untuk saya sebelum saya merancang untuk mengeluarkan ebook magnet rezeki ini.

Jutaan terima kasih juga atas commitment Master yang berhempas pulas menyiapkan minisite, walaupun pada mulanya beliau mengalami sedikit kesukaran. Tetapi dengan adanya mindset sukses yang dimiliki oleh beliau, minisite tersebut dapat disiapkan dengan jayanya.

Hampir 50 kali, saya membaca e-book magnet rezeki yang ditulis oleh saya sendiri. Sedikit kerisaaun, dan pertanyaan hadir dalam diri saya. Adakah ebook ini benar-benar berbaloi dengan wang yang bakal dikeluarkan untuk mendapatkannya.Terus terang rasa gelisah itu sentiasa menghantui saya, kerana saya ingin memberikan yang terbaik untuk anda sebagai pembaca ebook tersebut

Alhamdulillah, selepas saya mendapat feedback yang agak baik daripada individu yang saya minta untuk review ebook magnet rezeki ini, keyakinan saya semakin tinggi.

Saya yakin saya dapat memuaskan anda dengan maklumat yang terdapat di dalam ebook tersebut.Sekiranya anda:

  • Tidak tahu bagaimana untuk menghargai kesempurnaan yang dianugerahkan kepada manusia.
  • Telah mencuba pelbagai cara untuk memotivasikan diri, menghadiri pelbagai seminar, membaca pelbagai buku motivasi dan pembangunan diri, tetapi masih juga gagal untuk mengubah keadaan kewangan anda.
  • Merasa terlalu sukar untuk meneruskan kejayaan, walaupun telah berusaha denga bersungguh-sungguh.
  • Ingin mengetahui penyebab sebenar kegagalan seseorang.
  • Ingin menjadi magnet yang menarik apa jua yang anda inginkan, seterusnya dapat mencipta kejayaan dengan mudah.

E-book ini adalah untuk anda. ANDA….

Anda boleh mendapatkannya melalui link www.magnetrezeki.com

Namun, seperti yang saya tegaskan sebelum ini, e-book ini tidak mengajar untuk anda menjadi kaya, tanpa usaha. Ebook ini tidak mengajar anda skim cepat kaya. Sekiranya unsur-unsur seperti ini yang anda cari. E-book ini bukan untuk anda.

Rebutlah peluang ini sementara promosi terhad  yang kami jalankan berakhir. Dapatkan ebook ini sekarang..

Kecemerlangan anda kejayaan kami..