Kursus Master Reiki Kundalini

14

Category : Seminar/kursus

 Hari ini saya  menerima email daripada Saudara Sayyid yang meminta saya mengumumkan tentang kursus reiki yang beliau jalankan. Kepada sesiapa yang berminat untuk mempelajari kursus master reiki secara jarak jauh, anda boleh mempelajarinya dari pada saudara Sayyid.

Saudara Sayyid telah membina satu modul kursus secara jauh master reiki kundalini. Antara perlatihan yang berada di bawah modul beliau ialah

?  Rawatan Penyembuhan
?  Rawatan Penyembuhan Jarak Jauh
?  Meditasi Kundalini Reiki

?  Pembersihan Energi Negatif

?  Perbaiki Hubungan Karma

?  Rawatan situasi / kualiti.

?  Kristal Reiki / Diamond Reiki

?  Trauma Kelahiran

?  Pembersihan Lokasi

?  Mengatasi Masalah Orang Berhutang

?  Teknik Memberi Attunement Kundalini Reiki Kepada Orang Lain (Peringkat Master)

 

Kepada sesiapa yang berminat untuk mempelajari kursus ini, sila klik URL yang diberikan   http://www.freewebs.com/energy-reiki/. Anda boleh membaca secara detail tentang kursus yang dianjurkan oleh saudara Sayyid .

 

Secara peribadi , saya merasakan yuran yang dikenakan amat berpatutan iaitu RM650 ,kerana melalui pengalaman saya, saya terpaksa membayar RM1500, untuk kursus reiki advanced level sehingga ke master reiki.

 

Jadi jangan lepaskan peluang ini. Semoga anda akan mendapat manfaat daripada kursus yang dijalankan oleh saudar Sayyid .

 

 

Memaafkan

1

Category : komentar

 Forgiveness is our compassionate acceptance of reality,
not the approval of how things should be or should not be.
It is the gentle and profound surrendering
of whatever should be happening in our lives,
into accepting the perfection of what is now happening.

Bulan syawal sudah sampai ke penghujungnya.Pada permulan syawal saya yakin ramai diantara kita dihujani dengan sms, email dan juga percakapan dari mereka yang terpenting dalam hidup Anda.

SMS yang paling ringkas, pasti berbunyi selamat hari raya , maaf zahir dan batin. Yang panjang sikit siap berpantun bagi memohon kemaafan. Apa yang pasti ramai diantara kita mengambil manfat daripada bulan syawal yang mulia ini untuk memohon kemaafan.
Adakah kita sempat berhenti sejenak untuk memahami erti “kemaafan” tersebut? Ketika kita sibuk membalas sms-sms tersebut, apakah dalam hati kita benar-benar tulus untuk memaafkan orang tersebut? Ataukah ini hanya sebahagian daripada ritual dan kebiasaan kita menyambut syawal sahaja?. Tanya diri anda, dan jawab sendiri :grin:

Sebelum melakukan tindakan memohon maaf dan memaafkan orang lain, sudahkah kita lakukan proses kemaafan bagi diri sendiri secara tulus?

Apakah benar bahawa perasaan kita, samada gembira atau sedih,sentiasa berubah disebabkan oleh orang lain? Bukankah sebenarnya seluruh hidup kita, baik atau buruk, bergantung kepada diri sendiri? Betapa tidak adilnya kita menyalahkan orang lain, kerana kita yang bertanggungjawab ke atas kehidupan kita sendiri. Sudahkah kita memohon maaf dan memaafkan diri sendiri di atas pelbagai “penjara batin” yang kita ciptakan? Yang menjadi akar dari segala keluhan dan penderitaan kita sendiri?.

Panduan untuk affiliate-www.magnetrezeki.com/guide

Mind Power versi mat salleh-www.mindpower101.com 

Barbara Wilford

2

Category : Pengalaman

Hari ini saya cuba untuk bercerita tentang post yang agak santai. Walaupun ianya agak santai, tetapi ianya masih juga berkaitan dengan minda.

Sebenarnya dalam minggu lepas saya asyik teringat dan terus teringat tentang ketua kursus iaitu Puan Barbara wilford saya ketika saya belajar di Teesside University.

Walaupun saya sebenarnya hampir-hampir melupakan wajahnya, tetapi pasti ada sebab yang membuatkan saya teringatkan beliau berlaku.

Sebab yang pertama, saya terpaksa membuka balik nota-nota yang telah saya pelajari kerana saya mencari informasi yang saya perlukan tentang anatomi manusia yang saya telah lupa, akibat terlalu lama tidak ‘involve’ dengan anatomi tersebut. Akhirnya seminggu lepas apabila dihadapkan dengan kes terpencil tersebut. Saya terhegeh-hegeh mencari maklumat di internet. Bersyukur dengan adanya teknologi internet ini.

Satu perkara lagi yang saya teringatkan Puan Barbara, apabila saya menyedari bahawa kesemua sijil daripada sijil lahir, UPSR, SRP sehingga Ijazah saya telah hilang. Saya tidak menyedari sejak bila file itu tiada, kerana saya baru saja menyedarinya juga seminggu yang lepas. Jadi saya hanya memperbaharui sijil kelahiran, sijil-sijil lain saya abaikan kerana saya sudah nekad tempat saya bertugas sekarang adalah yang terakhir untuk saya makan gaji.

Tetapi agak malang sedikit, saya memerlukan Ijazah saya untuk ‘renew’ license bertugas.Tanpa license tersebut saya tidak dapat menjalankan tugas, apabila tempoh tamat ‘license’ saya berakhir. Jadi ini membuatkan saya terfikir tentang Puan Barbara Wilford.

Tiba-tiba semalam saya menerima panggilan yang tidak disangka-sangka, dari Puan Barbara, memberitahu beliau akan datang ke Malaysia untuk bercuti. Dan akan ke Langkawi untuk kali kedua. Minat betul dia pada langkawi.Adakah insiden-insiden yang saya alami itu hasil kerja minda?

Self-limiting belief

7

Category : Bina Kejayaan

Sebelum saya meneruskan apa yang saya ingin bincangkan , terlebih dahulu, saya ingin memberikan pengumuman khas untuk pembeli ebook pakej dua. Sila periksa email anda, kerana saya telah pun menghantar email untuk memuat turun modul yang saya telah sediakan untuk anda, dan insyaALLAH modul kedua iaitu ‘menguruskan emosi untuk kejayaan’ juga akan menyusul untuk menjadi milik anda tidak lama lagi.

Hari ini saya akan membincangkan tentang ‘self limiting belief’. Terus terang saya katakan, saya mengatakan bahawa penyakit ini amat merbahaya malahan ianya lebih merbahaya daripada penyakit kanser. Mengapa saya mengatakan demikian kerana jika anda menghadapi penyakit ini, ianya akan mematikan peluang anda untuk berjaya, kerana mental anda juga .

Apa yang dimaksudkan dengan self-limiting belief ini, anda ragu-ragu tentang keupayaan diri anda, walaupun anda mempunyai keinginan untuk berjaya.

Seperti apa yang telah ditulis oleh Raymond di dalam blog beliau, jika anda inginkan kejayaan tetapi anda ragu atas keupayaan diri anda sendiri, ia diumpamakan seperti anda telah ‘sabotaj’ diri anda sendiri.

Sekiranya penyakit ini hadir ke dalam diri anda, ini adalah disebabkan anda tidak mempercayai diri anda sendiri. Sedangkan untuk berjaya, kunci yang paling utama adalah percaya yang anda boleh berjaya.

Ketahuilah, setiap kali anda ragu akan keupayaan anda, sebenarnya anda memberikan energi yang negatif terhadap kepercayan anda.

Pengumuman khas

2

Category : Info

Sedikit info daripada saya hari ini, kerana ketika ini saya berada di airport dalm perjalanan pulang ke kampung bagi menjenguk adik saya yang masih lagi terlantar di hospital.

Modul pertama, hukum mental akan menjadi milik anda pada hari isnin ini sekiranya anda adalah pembeli pakej 2 magnet rezeki . Ribuan kemaafan saya pinta di atas kelewatan ini. Walaupun modul tersebut sudah lama di siapkan, disebabkan oleh pelbagai cabaran termasuk dari segi teknikal, ianya tidak dapat saya serahkan kepada anda.

Tahniah kepada beberapa orang affiliate yang berjaya melakukan jualan. Teruskan usaha anda, jadikan penyertaan anda sebagai agen affiliate sebagai platform untuk anda mencipta lebih kejayaan. Saya juga telah menukarkan forum kepada blog www.magnetrezeki.com/guide sebagai salah satu alternatif untuk membantu anda semua. Saya akan membantu anda dari segi promosi, motivasi dan apa jua kaedah yang saya mampu bagi mencapai target saya membantu para agen affiliate saya.

Pengumuman yang terakhir, saya dapati kebelakangan ini ramai di antara pembaca yang menjadikan ruangan komen sebagai tempat untuk promosi website dan produk mereka. Akibat daripada itu, saya tidak dapat release komen yang berbentuk iklan.

Sekiranya anda berniat untuk meminta bantuan saya untuk mempromosikan seminar atau apa sahaja yang berkaitan dengan pembangunan minda atau kejayaan. Saya boleh membantu anda, Yang penting gunakan cara dan kaedah yang betul. Emailkan kepada saya. Saya boleh membantu membuat pengumuman khas untuk anda.

Sekian dahulu pengumuman saya, untuk kali ini sampai bertemu lagi