Sebagai seorang ibu atau bapa, saya yakin anda pasti inginkan yang terbaik untuk anak-anak anda. Tetapi sedarkah anda, walaupun anda mempunyai impian yang amat hebat mengenai masa depan anak-anak anda, tetapi disebabkan cara berfikir yang silap, impian anda hanya sekadar menjadi impian, apalagi untuk menjadikannya sebagai satu kenyataan.
Saya ada satu cerita kisah benar yang ingin saya kongsikan bersama anda. Cerita ini berlaku pada beberapa bulan yang lepas, semoga apa yang saya ceritakan sebentar tadi dijadikan iktibar untuk diri anda.
Saya mempunyai seorang sahabat karib yang saya kenali sejak di universiti berbangsa melayu asli, tidak beragama , ketika ini sudah berkahwin, alhamdulillah dikurniakan dengan 3 orang cahaya mata. Walaupun beliau adalah seorang melayu asli (Pribumi), tetapi saya menganggap beliau ada seorang yang berfikiran luas, sentiasa memandang kehadapan.
Ditakdirkan ALLAH ketika dilahirkan anak ketiga beliau dikurniakan dengan kelebihan yang saya rasakan amat istimewa. Anak ketiga beliau dilahirkan dengan xetra jari bagi setiap tangan. Saya merasakan bayi itu agak istimewa, kerana selama yang hidup di dunia ini, kebiasaannya jari tambahan akan tumbuh di ibu jari, tetapi tidak pada bayi sahabat saya ini, kerana ianya tumbuh di kedua jari kelingking .
Berita ini disampaikan dengan penuh kegembiraan oleh sahabat saya kepada saya, kerana kami telah pun berjanji, sebelum beliau kahwin sekiranya beliau mempunyai anak, automatik anak beliau akan menjadi anak angkat saya. Jadi walaupun kami sudah lama tidak berjumpa lantaran kesibukan kami. Tetapi kami masih lagi berhubung melalui telefon. Segala masalah yang perlu dikongsi akan diluahkan kepada saya.
Bersambung kembali tentang kehidupan sahabat saya ini. Sejak bayi itu dilahirkan, rezeki yang diperolehi oleh beliau sekeluarga lebih baik daripada biasa. Alhamdulillah bagi saya itu adalah anugerah ALLAH kepada beliau sekeluarga. Jadi saya tumpang gembira mendengarnya.
Setelah agak lama tidak berhubung hinggalah satu hari, selepas saya balik daripada satu pameran rumah, sahabat saya menghubungi saya bercerita tentang bayinya yang mengidap jantung berlubang. Saya mendengar segala ceritanya seperti biasa, sehinggalah beliau bercerita bagaimana beliau dapat mengetahui bahawa bayinya mengidap penyakit jantung berlubang sedangkan sebelum itu, tiada tanda atau symptom yang menunjukkan bayinya itu menghadapi apa jua masalah penyakit.
Sebenarnya penyakit bayi tersebut dapat dikesan apabila beliau menjalankan satu pemeriksaan yang perlu dilakukan bagi mengesahkan tiada apa-apa masalah akan berlaku sekiranya bayi tersebut diberikan bius ketika menjalankan pembedahan terhadap bayi tersebut. Anda tahu apakah pembedahan tersebut?. Pembedahan tersebut adalah pembedahan bagi memotong kedua-dua jari extra yang dimiliki oleh bayi tersebut sejak lahir.
Pada mulanya saya agak terkejut, kenapa beliau ingin melakukan tindakan tersebut. Mengapa beliau harus memotong jari tersebut sedangkan ianya tidak akan memberikan apa jua kesan negatif terhadap bayi tersebut samada dari segi kesihatan atau lain-lain.
Rupa-rupanya sahabat saya itu risau, Jika bayinya itu dewasa nanti, dan menjadi orang ternama, akan malu untuk bersalam dengan orang lain lantaran kelebihan jari yang dimilki oleh anaknya itu. Saya mengucap panjang ketika mendengar penjelasan beliau. Adakah itu sebabnya sehingga sanggup mengeluarkan wang bagi memotong jari yang di anugerahkan itu. Apa lagi saya pun meneruskan sikap saya yang saya sendiri tidak suka, iaitu berleter.
Sebenarnya tidak salah sekiranya anda memasang impian yang amat hebat terhadap anak-anak anda. Tidak salah sekiranya anda bercita-cita tinggi ingin mempunyai anak yang hebat. Tetapi anda boleh lihat, setelah membaca apa yang saya ceritakan di atas, cara sahabat saya berfikir lebih menjurus kearah yang negatif, lebih fokus kepada sesuatu yang negatif. Jadi apakah hasilnya . Adakah positif atau negatif?.
Kepada individu yang tahu tentang hukum LOA, Hukum sebab dan akibat, Hukum konsentrasi sudah pasti akan tahu apa hasilnya. Tetapi yang belum tahu bagaimana hukum-hukum tersebut bekerja. Hukum-hukum tersebut dipakejkan dalam satu hukum iaitu Universal Law. Kaitan diantara prinsip hukum-hukum tersebut ialah, sekiranya anda fokus kepada sesuatu yang negatif hasilnya pasti negatif.
Jadi sekiranya anda inginkan anak anda hebat, tetapi anda risau anak anda tidak seperti yang anda inginkan. Ini bermakna anda lebih fokus kepada sesuatu yang negatif. Jadi tidak mustahil apa yang anda inginkan tidak menjadi kenyataan.
Jadi sekiranya anda sentiasa risau tentang anak anda. Ubah cara anda berfikir. Fikirkan yang baik-baik. Fikirkan yang hebat. Kerana apa yang anda fikirkan akan mendorong anda melakukan sesuatu yang hebat terhadap anak anda supaya anak anda benar-benar menjadi individu yang hebat.
Seperti apa yang berlaku kepada sahabat saya, apakah jaminan yang mengatakan sekiranya beliau memotong kedua jari anaknya. Akan membuatkan perasaan rendah diri anaknya tidak akan ada?. Tidakkah terfikir di dalam dunia ini, terlalu ramai manusia yang mempunyai perasaan rendah diri sedangkan mempunyai jumlah jari yang normal.
Semuanya adalah bergantung kepada cara berfikir. Lakukanlah yang terbaik untuk anak anda. Supaya sentiasa berfikiran positif mengenai kehidupan. Syukur Alhamdulillah, niat sahabat saya untuk memotong jari extra anaknya tidak diteruskan sehingga ke hari ini.