Kuasa Minda Syirik?

16

Category : Minda Separa Sedar

Alhamdulillah, sempat juga saya mengemaskini blog untuk hari ini. Sebenarnya ia cuba untuk mengemaskini blog awal pagi tadi, tetapi terdapat gangguan internet akhirnya saya terpaksa membatalkan niat saya untuk mengemaskini blog.

Saya ada terbaca satu laman web  yang mengatakan kuasa minda adalah syirik. Ya, secara ikhlas saya setuju sama sekali kuasa minda adalah syirik, jika anda percaya bahawa mindalah yang memberikan segala yang anda inginkan. Di sini saya ingin tekankan kepada anda. Minda adalah anugerah. Tetapi yang menganugerahkan segala keinginan anda, samada rezeki , kesihatan atau kegembiraan hanyalah ALLAH.

Ianya umpama anda demam, seterusnya pergi berjumpa doktor, seterusnya bercerita tentang masalah anda. Akhirnya  doktor memberikan paracetamol ataupun lebih dikenali sebagai panadol untuk mengurangkan demam anda. Selepas anda memakan panadol seperti yang disarankan oleh doktor, akhirnya anda sembuh. Satu perkara yang perlu anda ingat dan sentiasa ingat. Yang memulihkan anda adalah ALLAH. Bukan panadol tersebut. Panadol itu hanyalah satu alat untuk anda berusaha menyembuhkan demam anda. Tetapi yang menyembuhkan anda adalah ALLAH.

Begitu juga dengan minda. Minda hanyalah satu alat untuk anda berusaha mencapai setiap keinginan anda. Yang mengkabulkan permintaan dan hajat anda ialah ALLAH. Jangan sekali- sekali mencemarkan akidah anda dengan mengatakan minda anda yang berkuasa memberikan apa sahaja yang anda inginkan.

Saya akui minda adalah anugerah luar biasa yang ALLAH berikan kepada kita. Tetapi setiap apa yang berlaku adalah dengan izin yang Esa. Apa yang saya tulis ini adalah dengan kehendak hati saya, bukan dipaksa atau diluar kerelaan saya. Seperti anda juga , saya masih lagi mencari kejayaan , kejayaan samada di dunia mahupun akhirat.

Maafkan segala kesilapan saya , jika terdapat artikel saya menjadikan anda terlalu taksub dengan minda sehingga membuatkan anda lupa akan kebesaran ALLAH, apa pun saya akan menyemak semula dan akan memperbetulkan sekiranya ada  yang tidak betul. Saya adalah manusia biasa yang tidak lepas daripada melakukan kesalahan.

Mungkin besok, saya tidak dapat mengemaskini blog ini, kerana saya akan menghadiri ESQ seminar sebagai alumni. Sekiranya ada yang berminat untuk menghadiri kursus ESQ, bolehlah hadir ke PWTC, mungkin boleh hadir preview percuma untuk mengetahui apakah ia  ESQ 165. Mungkin En. Izhar boleh update, bilakah waktu preview seminar akan di adakan.  Semoga kita sama-sama menuju ke arah keredhaan ALLAH.

Tahniah Labanon

5

Category : Motivasi

 

Hari ini saya teringin berkongsi bersama anda tentang seorang remaja yang berumur 17 tahun, memperolehi pendapatan melebihi RM10K dan 100% peratus pendapatan yang diperolehi adalah melalui internet. Sekiranya anda adalah internet marketer, saya yakin anda sudah pun mengetahui siapakah remaja tersebut. Tetapi kepada pembaca blog yang mungkin masih belum lagi mengenali beliau, saya akan memperkenal kan siapakah Labanon dan siapakah beliau daripada pandangan saya.

Labanon, sememagnya layak untuk memperolehi pendapatan sebanyak itu, kerana beliau adalah seorang yang bekerja kuat dan fokus dengan apa yang beliau lakukan.

Saya berani mengatakan demikian, kerana saya sentiasa melihat beliau online, lewat malam adakalanya, selepas saya tidur dan bangkit kembali pada awal pagi, yahoo messengernya masih lagi onn dan adakalanya menjadi teman borak saya ketika bekerja di tengah malam, dan adakalanya sehingga saya sudah pun ke tempat kerja beliau masih lagi belum tidur, akibatnya beliau sentiasa menerima leteran daripada saya , supaya rehat dan menjaga kesihatannya.

Walaupun pada mulanya saya agak ragu-ragu dengan ebook yang ingin dikeluarkan oleh beliau, kerana saya menganggap ianya terlalu basic ( Saya lupa yang saya sudah pun melebihi 3 tahun dalam bidang adsense) , selepas beliau meminta saya untuk review ebook tersebut. Saya memberikan pandangan yang agak negatif, dan meminta ebook itu diberikan percuma.

Tetapi apa yang saya lihat, beliau adalah seorang yang bijak dan tahu bagaimana untuk memanipulasi setiap komen negatif yang telah saya berikan, . Syukur alhamdulillah, beliau adalah seorang yang yakin pada dirinya sendiri. Jika beliau hanya menuruti komen negatif yang saya berikan, beliau tidak mungkin memperolehi pendapatan sebanyak itu. Ini adalah satu bukti, kejayaan seseorang individu tidak bergantung kepada persekitaran, komen daripada individu lain, kejayaan  yang sebenar datang daripada diri seseorang individu itu sendiri. Yang penting yakin pada diri sendiri, dan percaya yang diri akan berjaya, yakin juga rezeki  itu ALLAH yang berikan dalam apa jua keadaan diri anda. Think Positif dan sentiasalah bersangka baik.

Apa pun tahniah di atas pencapaian anak muda ini. Labanon, K.Linn gembira dengan kejayaan awak, Semoga anda terus positif dan berjaya .

3 Petua Ke Arah Perubahan Yang Berkekalan

2

Category : Petua & Tips

Selamat sejahtera, kalian. Sekelip mata sahaja, Selasa lagi. Maksudnya, saya akan berkongsi ilmu dengan anda pada hari ini. Kepada pembaca yang tidak kenal saya, saya ialah Raymond Chua dari blog attractingyourgoals.com

Dalam artikel hari ini saya akan berkongsi dengan anda cara-cara untuk melakukan perubahan yang berkekalan terhadap diri anda.

Sudah berapa kali anda ingin melakukan perubahan terhadap diri anda tetapi gagal mancapai hasil yang diingini? Saya percaya bukan hanya sekali tetapi banyak kali.

Jadi artikel ini ditujukan khas untuk anda.

Cara yang pertama: Tingkatkan Taraf Anda

Dalam cara ini, pertama sekali, anda perlu ubah pandangan anda terhadap diri anda sendiri.

Jika anda ingin menjadi orang yang berjaya, mulalah hidup macam orang berjaya. Tak semestinya kena berbelanja macam orang kaya. Buatlah sekadar yang mampu.

Pilih model orang yang berjaya yang anda hendak ikut jejaknya dan model mereka. Anda boleh mulakan dengan membaca bahan bacaan yang dibaca oleh orang yang berjaya. Berhenti cakap kosong, mulalah bercakap seperti orang yang berjaya. Cuba bergaul dengan mereka, perhatikan gaya mereka dan model mereka.

Jika anda meniru gaya mereka dan hidup macam mereka untuk masa sebulan, saya yakin anda akan dapat merasakan perubahan yang positif pada diri anda.

Cara yang kedua: Tukarkan Had Kepercayaan Diri Anda

Had kepercayaan diri atau Bahasa Inggerisnya Self-limiting belief dilahirkan daripada diri kita sendiri dan hanya diri kita yang mampu mengubahnya.

Jika anda hendak menjadi orang yang berjaya, anda mestilah percaya bahawa anda mampu berjaya.

Macam mana nak jadi orang yang berjaya jika anda tidak percaya yang anda akan menjadi orang yang berjaya? Saya amat percaya bahawa saya akan menjadi seorang yang amat berjaya dan saya melakukan apa yang diperlukan untuk menjadi orang yang berjaya, setiap hari.

Mungkin ada orang yang akan mengatakan bahawa anda berangan-angan atau ego, tetapi hanya anda tahu apakah yang lebih penting bagi diri anda. Orang di sekeliling anda atau kejayaan anda?

Fikirkan.

Cara yang ketiga: Ambil Tindakan Yang Sewajarnya

Segala-galanya tidak akan berlaku sekiranya anda tidak mengambil sebarang tindakan atau mengambil tindakan yang tidak betul untuk mencapainya.

Saya telah menerangkannya dengan panjang lebar dalam artikel yang lepas. Anda boleh membacanya di sini

http://linncomel.com/index.php/2008/01/22/sudah-hidupkah-kereta-anda/

Ketiga-tiga cara ini dapat digunakan untuk semua perubahan yang ingin anda lakukan termasuk mengurangkan berat badan, belajar berkomunikasi dan sebagainya.

Aplikasikannya hari ini dan lihat kesannya. Semoga anda mendapat manfaat daripada artikel pada kali ini.

Sekiranya anda ada sebarang komen atau soalan, sila tinggalkan.

Meningkatkan Imej Diri

3

Category : Bina Kejayaan

Jika artikel yang lepas, saya ada bercerita tentang imej diri yang kurang baik menjadi penyebab kegagalan. Hari ini pula saya ingin berkongsi, bagaimana untuk mengubah imej diri supaya menjadi lebih positif.

Imej diri anda dapat diubah selaras dengan tujuan dan matlamat diri bagi mencapai kejayaan yang anda inginkan.Bagaimana caranya ?

Pertama, lakukan perancangan yang baik, susun dan aturkan dengan sebaiknya apa yang anda ingin capai.

Kedua, bertindaklah selari dengan segala apa yang anda telah rancang bagi mencapai matlamat. Tuliskan kenyataan positif yang dapat membantu anda mencapai tujuan anda. Sebagai contoh, anda ingin berniaga,tuliskan dalam sehelai kertas sebagai affirmasi anda,sebagai contoh anda boleh tuliskan “ aku adalah peniaga hebat “,aku adalah seorang peniaga yang cekap dan sebagainya.

Ketiga visualisasikan semua kenyataan- kenyataan anda yang telah anda tulis seperti yang disarankan di atas. Sebaiknya anda memvisualisasikan kenyataan ini, sekurang-kurangnya 2 kali sehari dan lakukan setiap hari.

Kempat visualisasikan matlamat anda setiap hari sama seperti memvisualisasikan kenyataan-kenyataan anda.

Mengapa anda perlu visualisasikan kenyataan dan sasaran anda setiap hari,dengan visualisasi iaya akan menumbuhkan perasaan percaya diri,ghairah dan semangat anda.Bila perasaan ini memenuhi diri anda maka anda akan berani untuk mencuba perkara baru dalam mengerjakan pekerjaan anda, dan sekaligus perasaan percaya diri dan ghairah ini akan mendorong anda untuk melakukan tindakan sesuai dengan tujuan atau sasaran anda. Bersambung..

Bantu sekadar mampu

3

Category : Minda Separa Sedar

Dua hari saya tidak mengemaskini blog ini, lantaran terleka dalam mengkaji sesuatu ilmu. Alhamdulillah, hari ini saya mengemaskini kembali blog ini. Kepada yang menghantar email kepada saya. Saya akan cuba membalasnya dalam masa yang terdekat. Melihat kepada perkembangan pengunjung blog ini, saya teramat yakin bahawa kejayaan adalah sesuatu yang paling didambakan oleh seseorang individu.

Bagi yang mempunyai masalah kewangan, kejayaan untuk menyelesaikan masalah tersebut adalah sesuatu yang pasti diinginkan.

Bagi yang mengalami kekecewaan hidup pasti ingin menghapuskan kekecewaan tersebut dengan mencipta kejayaan demi kejayaan.

Pada tahun 2007 sahaja, saya dihujani dengan email yang berkongsi masalah. Pada 2007 juga, pelbagai masalah yang telah saya baca, dan ada yang saya balas email tersebut. Ada juga yang saya terpaksa abaikan demi kebaikan pengirim email tersebut.

Ada juga yang saya terlupa untuk membalasnya lantaran kesibukkan diri saya, walaupun saya berusaha sedaya upaya untuk membalasnya.

Mengapa terdapat email yang saya terpaksa abaikan, bukan saya sengaja ingin mengabaikan, tetapi saya mengabaikannya kerana ada kebaikan yang saya nampak sekiranya saya tidak melayan masalah tersebut.

Kebiasaannya jenis email yang saya abaikan ialah email yang terlalu singkat, ada yang hanya dihantar hanya satu baris sehingga tiga baris.

Letakkan diri anda sebagai seorang doktor, apa perasaan anda, apabila pesakit yang datang menemui anda apabila anda bertanya, apakah masalah pesakit anda, pesakit hanya menjawab” saya sakit”, tanpa menjelaskan di mana kesakitan tersebut dan apakah tanda-tanda yang memberitahu tentang sakit yang ditanggung. Begitu juga dengan saya, saya tidak akan melayan email yang datang dengan mengatakan “salam, saya mempunyai masalah kurang keyakinan diri, sila bantu saya”. Sekiranya saya menerima email seperti itu, saya hanya tolong baca dan tolong abaikan.

Terdapat juga individu yang terlalu bergantung kepada diri saya, sehingga tidak mampu membuat keputusan, walaupun masalah tersebut, melibatkan maruah diri dan keluarga, bercerita tentang perkara yang tidak baik tentang individu lain, email itu juga , saya pasti akan mengabaikannya. Mengapa? individu yang mempunyai masalah seperti ini, masih belum bersedia untuk berubah, kerana individu seperti ini, tidak tahu bagaimana untuk membuat keputusan walaupun dalam keadaan kritikal atau mudah, sehingga ada yang menghantar dua hingga 3 email bagi masalah yang berbeza. Sekali lagi diingatkan, kehidupan anda adalah hak anda, bukan hak saya, jadi hadapi masalah tersebut dengan penuh tanggungjawab, saya hanya dapat membantu anda sebanyak 5 hingga 10 peratus, yang lain adalah tanggungjawab anda.

Ada juga dikalangan individu yang saya terpaksa membantu sekadar separuh jalan, kerana individu tersebut memegang prinsip ‘tidak boleh‘ bagi dirinya. Jadi saya terpaksa mendiamkan diri, supaya sedar ‘prinsip tidak boleh’ itu akan memakan diri sendiri.

Terdapat juga individu yang terlalu banyak alasan, ingin berjaya, apabila gagal, terlalu banyak alasan yang diberi seolah-olah kejayaan dan kegagalan dirinya adalah disebabkan oleh faktor orang lain. Golongan individu ini, adalah golongan yang membuatkan darah saya naik. Jadi saya juga terpaksa mendiamkan diri. Maafkan saya, saya hanya mampu membantu mengikut kemampuan diri saya.

InsyaALLAH untuk entry seterusnya saya masih lagi ingin menyentuh tentang LOA, Masih lagi ingin berkongsi tentang LOA, nantikan kehadirannya.