Realiti hidup bermula dari minda

3

Category : Minda Separa Sedar

Individu yang berjaya sentiasa memikirkan apa yang diinginkan dan berusaha menjadikan ianya sebagai satu realiti. Sekiranya kita sentiasa memikirkan apa yang diinginkan ianya kan membentuk imej diri kita.

Individu yang berjaya sentiasa didorong oleh keinginan-keinginannya itu dan tak sempat memikirkan yang sebaliknya atau apa yang tidak diinginkannya.

Sementara, individu biasa lebih banyak berfikir tentang apa yang tidak diinginkan, sesuatu yang perlu dihindari dan ditakuti. Akhirnya dia menjadi dan memperolehi apa yang cuba dihindarinya itu.Individu ini takut hidup susah, akhirnya hidup menjadi benar-benar susah. Takut gagal, akhirnya hidupnya benar-benar gagal. Takut tak ada duit, akhirnya benar-benar tak ada duit. Takut tidak dapat bayar hutang, akhirnya hutang semakin bertimbun.

Minda bawah sedar amat bodoh, semua perkara dianggap benar, tidak kira ianya positif atau negatif dan walaupun kita tidak menginginkannya fikiran kita akan mentafsirkan sebagai sesuatu yang benar.

Anda boleh praktikkan, jika saya kata jangan bayangkan muka Tun Mahathir, saya jamin anda akan tetap membayangkan wajah Tun Mahathir,. Itulah minda separa sedar.Jadi jika minda anda sentiasa diasak dengan gambaran yang negatif, negatiflah jadinya hidup anda.

Segala adalah dariNya

10

Category : Pengalaman

Blog saya bertukar wajah lagi?. Ya, saya tukar dinding blog saya kerana ingin memudahkan lagi pembaca menimba ilmu yang tidak seberapa daripada blog ini. Saya juga menerima email daripada pembaca, bertanya apakah hikmah blog saya ini bertukar lagi, terus terang saya katakan, ianya bertukar hanya dengan niat untuk memudahkan lagi pembaca, kerana terdapat segelintir pembaca yang merasa agak sukar untuk membaca kerana saiz tulisan yang terlampau kecil. Sekiranya terdapat hikmah disebalik penukaran dinding blog ini, saya menerimanya dengan penuh kesyukuran.Namun sekiranya masih terdapat perkara yang tidak dapat memuaskan hati pembaca semua, maafkan saya kerana kemampuan saya hanya setakat ini sahaja. Namun begitu anda masih lagi boleh meluahkan segala komen anda untuk kebaikan, kerana blog ini milik anda sebagai pembaca. Saya hanya memegang amanah dariNya supaya melakukan yang terbaik dan kita sama-sama dapat merasakan hasil yang terbaik.

Jika dulu, saya membina blog ini atas dasar suka-suka dan perniagaan. Namun sekarang saya merasakan ianya sebagai satu tanggungjawab. Diri saya dan kehidupan saya milik ALLAH. Jadi segala-galanya saya serahkan kepadaNya yang maha berkuasa.Blog ini wujud atas kehendaknya, saya hanyalah individu yang dipilih untuk memakmurkan blog ini. Saya yakin, walau sehelai daun gugur ke bumi, pasti ada sebabnya yang hanya ALLAH sahaja yang mengetahui.

Siapa sangka, walau terdapat banyak blog yang bercerita tentang law of attraction, tetapi Raymond yang menjadi pilihanNya untuk bercerita mengenai Law Of Attraction di blog ini, mengapa? . Pasti ada hikmah yang tersembunyi kerana hanya ALLAH sahaja yang mengenali siapa Raymond yang sebenarnya. Apa pun itu semua adalah kehendak dariNya.

Siapa sangka, melalui blog ini juga kita saling bertukar pendapat, dengan adanya saudara Redha, Mizan,April,Bibi, Rass dan pembaca yang lain, banyak sekali ilmu yang terungkap. Sebagai mana saya memahami  berkenaan Qadak yang dikongsi oleh saudara Redha. Itu semua adalah kehendak dari yang maha kuasa.

Sebenarnya hidup dengan merasa keberadaan ALLAH amat menggembirakan dan amat mendamaikan. Anda akan gembira anda akan damai sekiranya anda benar-benar yakin bahawa seluruh kehidupan adalah milik ALLAH. Anda tidak akan takut untuk hidup susah, anda tidak takut untuk berusaha, kerana anda yakin ALLAH sentiasa menjaga anda walau dalam apa jua keadaan.

Law Of Attraction-Sabar

8

Category : LOA

Alhamdulillah, masih lagi diberi kesempatan mengemaskini blog ini. Jika semalam Raymond bercerita tentang mengapa wang selalu tidak cukup yang ada kaitan dengan Law of Attraction. Hari ini juga saya ingin bercerita tentang sifat yang juga berkait rapat dengan Law Of Attraction. Iaitu sifat sabar.

Percayakah anda, jika saya mengatakan sifat sabar amat berkait rapat dengan LOA. Saya percaya dan saya yakin dengan pendapat ini, kerana dengan adanya kesabaran kita akan mampu tersenyum dalam apa jua keadaan, samada ketika di duga atau ketika bahagia.

Sebenarnya sikap sabar adalah ciri-ciri yang ada pada individu yang menghadapi segala perkara dengan hati yang terbuka, mempunyai kemahuan yang kuat, serta ketabahan yang amat luar biasa.

Sabar itu penting dalam apa jua keadaan. Sekiranya anda tidak bersabar apakah yang anda boleh lakukan?. Adakah anda menangis, berprasangka buruk sehingga menarik setiap perkara yang negatif ke dalam kehidupan anda. Peringatan untuk anda, LOA sentiasa bekerja untuk anda. Tidak kira dimana sahaja anda berada,samada anda menyedarinya. Jadi tingkatkan kesabaran, elakkan daripada berfikiran negatif atau berprasangka buruk.

Bersabarlah kerana ALLAH. Yakin setiap kesusahan pasti datang kemudahan, walau bagaimana pun anda di uji, betapa banyaknya masalah yang dihadapi, sentiasalah bersabar, kerana kejayaan itu datang bersama dengan kesabaran.

Kenapa Wang Saya Selalu Tak Cukup?

13

Category : LOA

Selamat sejahtera kepada semua pembaca blog ini, Ini Raymond Chua lagi dari blog Law of Attraction.

Dalam artikel kali ini, saya ingin berkongsikan tentang cara-cara menggunakan Law of Attraction untuk menarik lebih banyak wang dan rezeki ke dalam hidup anda.

Bayangkan anak anda yang berumur 7 tahun baru sahaja balik dari sekolah dan ingin meminta RM2 daripada anda untuk membeli sebatang pensel baru di sekolahnya.

Memandangkan ianya cuma RM2, anda pun berikan sahaja kepadanya tanpa banyak soal dan berharap agar anak anda gembira selalu dan mempunyai motivasi untuk belajar setelah membeli pensel baru tersebut.

Pada keesokkan harinya, anda mendapati anak anda sedang menangis semasa anda menjemputnya dari sekolah. Anda pun segera bertanya anak anda tentang apa yang terjadi.

“Pensel baru saya hilang”, jawab anak anda.

Jadi, sebagai seorang ibu atau bapa yang prihatin dan sayang kepada anak, anda pun memujuk anak anda supaya jangan berasa susah hati. Setelah emosi anak anda stabil semula, dia memberitahu anda,

“Saya nak beli 3 batang pensel esok”

Berhenti sejenak …

Adakah anda akan memberikan anak anda RM6 untuk membeli 3 batang pensel tersebut?

Saya rasa kebanyakkan daripada kita akan menjawab tidak!

Mula-mula, kita ketepikan soal wang terlebih dahulu. Jika sebatang pensel pun dia tidak dapat jaga dengan baik, apatah lagi 3 batang pensel?

Jika dia menghilangkan ketiga-tiga batang pensel tersebut, dia akan lebih sedih lagi, bukan?

Jadi apakah kaitannya budak ini dengan Law of Attraction?

Dalam dunia ini, kita semua macamlah budak tersebut dan tuhan pula bagaikan penjaga kita.

Jika kita tidak tahu uruskan perkara yang kecil yang diberikan oleh tuhan, macam manalah nak harapkan perkara yang lebih besar.

Contohnya, jika rezeki RM600 pun kita tidak tahu uruskan dan syukur, jangan harapkan lebih daripada tuhan kerana tuhan menyayangi kita dan tidak mahu kita menjadi lebih sedih lagi seperti budak yang diceritakan di atas.

Saya dapati ramai orang yang tidak mempunyai pelan dan perancangan kewangan (termasuk saya pada suatu ketika dahulu).

Apabila ditanya soalan-soalan seperti:

Berapakah ansuran keretanya?

Berapa peratuskah wang pendapatannya dilaburkan untuk menimba ilmu?

Berapa banyak wang yang anda peruntukkan untuk makanan dan keguanaan harian?

Jawapannya satu sahaja. TAK TAHU!

Inilah yang saya maksudkan dengan tidak tahu menguruskan kewangan.

Satu lagi masalah yang dihadapi oleh ramai orang ialah tidak tahu bersyukur kepada wang yang sudah dimiliki. Kata-kata seperti

“Bosanlah aku dengan gaji yang tidak seberapa ini”

“Duit sikit-sikit ini nak buat apa?”

Sering diluahkan oleh orang-orang yang tidak tahu bersyukur. Salah satu unsur yang penting dalam Law of Attraction ialah bersyukur. Apabila kita mula bersyukur dan menghormati wang, wang akan datang kepada kita.

Jadi mulai hari ini, mulalah merancang perbelanjaan anda (walaupun sedikit) serta bersyukur kepada segala wang yang anda miliki. Jika anda mengamalkan tindakan ini secara berterusan, nescaya anda akan dapat melihat hasilnya dalam jangka masa yang singkat.

Jadikan Law of Attraction kawan anda!

Salam Ceria,

Raymond Chua

Pemimpin yang dicintai

3

Category : Bina Kejayaan

Kita masih lagi berada di musim pilihanraya. Hari ini saya juga akan bercerita tentang ciri-ciri pemimpin yang baik, atau saya lebih suka menggelarkan sebagai pemimpin abadi. Pemimpin abadi akan sentiasa dikenang walaupun jasadnya sudah tiada di muka bumi ini.

Pemimpin yang baik adalah pemimpin yang dicintai. Kita sebagai manusia boleh mencintai orang lain tanpa memimpin mereka. Tetapi jika anda ingin menjadi seorang pemimpin anda tidak boleh mempimpin tanpa mencintai mereka, ini kerana seorang pemimpin perlu mempunyai hubungan yang baik dengan orang lain. Jadi bagaimana untuk menjadi pemimpin yang dicintai?

Jadilah pemimpin yang sentiasa berusaha untuk memahami dan menghargai individu yang lain. Sentiasa bersifat penyayang dan pengasih. Contohilah Rasulullah, yang memiliki pengaruh hasil daripada ‘inner beauty’ yang dimiliki . Sikap Pengasih dan penyayang  digunakan sebagai dasar perjuangan  dan kepimpinan .

Pandangan Rasulullah terhadap orang tua, golongan lemah dan anak  yatim dan golongan miskin, umpama pandangan seorang bapa yang penuh dengan kasih sayang, mesra dan lemah lembut.

Apabila diajak berbicara, Rasulullah akan mendengar dengan hati-hati tanpa menoleh kearah lain, banyak mendengar dan berbicara  hanya sedikit tetapi jika berbicara beliau akan berbicara dengan bersungguh-sungguh, Dan jika ketawa sehingga menampakkan gigi geraham, ini adalah disebabkan sikap berlapang dada dan menghargai orang lain , murah hati dan mudah bergaul dengan tidak mengira siapa ataupun keturunan. Inilah  sebilangan kecil sikap pemimpin abadi yang sentiasa dicintai.

Dengan memiliki sikap mulia seperti ini, pengikutnya akan sentiasa merasa senang untuk berada bersamanya, dan akan mengikutinya  kerana merasakan mereka memiliki pemimpin yang ikhlas, bersifat pengasih dan penyayang, dan bersifat mulia.

Jadi, pada pendapat anda, masih adakah wujud pemimpin seperti ini ditempat anda? .