Ramai diantara kita yang inginkan kejayaan, tetapi tidak ramai yang sanggup membina mindset untuk berjaya. Adakah anda sentiasa bertanya kepada diri anda, mengapa anda perlu berjaya. Apakah yang akan anda lakukan untuk berjaya, bagaimanakah anda meletakkan diri anda untuk mencapai kejayaan, dan apakah yang anda fikirkan tentang kejayaan.
Ada yang inginkan kejayaan, tetapi tidak sanggup bekerja kuat untuk mencapai kejayaan, adakah anda mempunyai mindset untuk berjaya. Anda masih lagi inginkan kejayaan, tetapi anda memandang serong kepada golongan kaya yang berjaya, adakah anda mempunyai mindset kejayaan. Anda inginkan kejayaan, tetapi anda masih lagi takutkan kegagalan, takut tidak mempunyai wang, takut dikejar hutang, adakah anda mempunyai mindset untuk berjaya, sudah tentu tidak, kerana anda lebih fokus kearah kegagalan . Pendek kata, mindset anda adalah mindset golongan yang gagal.
Pendek kata, gagal atau berjayanya anda adalah bermula daripada mindset ataupun minda anda sendiri. Itulah yang dikatakan oleh Warren Buffet, individu terkaya di dunia ketika ini. Anda boleh melawat ke www.kejayaan.net untuk melihat apakah prinsip dan cara berfikir yang dipegang oleh Warren Buffet sehingga beliau mencapai taraf individu yang terkaya ini.




