Kuasa kemaafan

8

Category : Bina Kejayaan, Minda Separa Sedar

Sepatutnya saya sudah pun mengedarkan ezine pada isnin yang lepas jika mengikut perancangan yang sebenar. Saya minta maaf atas kelewatan ini, kerana saya memang tidak berupaya menyelesaikannya, kerana diganggu oleh masalah kesihatan kepada telinga saya, akibatnya saya terpaksa bergantung kepada pain killer sehingga hari ini. Akibatnya banyak kerja yang saya terpaksa lupakan seketika. Teringat kata-kata seorang jururawat, ketika saya mendapatkan rawatan, sakit telinga dan sakit gigi itulah 2 perkara yang cuba dielakkan, tidak ramai yang mampu bertahan menahan kesakitan. Ini semua angkara minda saya yang mempercayai apa yang dikatakan oleh jururawat tersebut, akhirnya saya bergantung kepada pain killer, sehingga ke hari ini. Inilah kuasa kepercayaan. ;-)

Walau bagaimana pun, saya sebenarnya sudah lama menyiapkan 80% daripada ezine tersebut, cuma sekarang proses terakhir untuk memasukkan artikel terbaru yang dihantar oleh penulis jemputan saya, . InsyaALLAH sekiranya tiada apa-apa masalah lagi, saya akan mengedarkan ezine tersebut selewat-lewatnya esok.

Hari ini saya ingin berkongsi cerita tentang kuasa kemaafan. Ramai yang berfikir jika kita memaafkan seseorang bererti kita menerima dan setuju dengan perlakuan tidak adil yang orang lain lakukan terhadap diri kita. Ramai yang berfikir bahawa memaafkan bererti kita harus menghubungi kembali orang yang pernah menyakiti kita. Mereka juga berfikir bahawa memaafkan adalah sesuatu yang kita lakukan untuk orang lain. Benarkah begitu? Tidak!. Sama sekali tidak.

Memaafkan sebenarnya adalah tindakan yang kita lakukan untuk diri kita sendiri. Memaafkan sebenarnya adalah tindakan yang sangat “egois” yang hanya ditujukan demi keuntungan dan kepentingan diri kita sendiri.

Memaafkan bukan hanya ditujukan untuk orang lain namun kemaafan juga adalah untuk diri sendiri. Hanya orang kuat yang mampu memaafkan orang lain mahupun diri sendiri.Bak kata, Mahatma Gandhi , “The weak can never forgive. Forgiveness is the attribute of the strong.”

Ramai orang yang mengalami kesulitan untuk berjaya kerana memendam emosi marah dan dendam pada seseorang. Emosi negatif yang tetap “dipelihara” ini akan menjadi parasit kepada diri anda sendiri.

Ketika kita memaafkan seseorang pernah menyakiti itu dengan tulus dan ikhlas , apa yang terjadi ialah kita menyingkirkan vampire psychic energy (parasit), yang selama ini menyedut energi kita tanpa kita sedari, dan selepas memaafkan, energi dan vibrasi kita meningkat, dan kita dapat memanifestasikan kejayaan dengan sangat cepat dan mudah.

Kita sering marah, walaupun sebenarnya sesuatu keadaan atau perkara yang berlaku bukanlah benar-benar menyakitkan kita. Apa yang terjadi adalah kerana wujudnya persepsi yang yang telah ditafsirkan secara negatif.

Ketika kita memaafkan orang lain , energi negatif yang selama ini menghubungkan kita dengan orang itu akan terputus. Orang itu akan merasakan sesuatu yang positif dalam dirinya. Jangan terkejut jika , setelah anda memaafkan orang yang pernah menyakiti anda, tiba-tiba sikap orang itu pada anda berubah walaupun anda tidak memberitahu bahwa anda telah memaafkan dirinya.

Adakah Ia Sudah Penuh?

36

Category : Motivasi

Salam sejahtera kepada pembaca-pembaca blog sekalian. Saya Raymond Chua dan pada hari ini, saya ingin berkongsi satu cerita yang menarik dengan anda semua.

Seorang profesor berdiri di hadapan sebuah kelas falsafah dengan sedikit perkakas bersama-sama dengannya. Apabila kelasnya bermula, profesor tersebut mengeluarkan sebuah balang kaca lalu meletakkan balang kaca tersebut di atas sebuah meja di hadapannya.

Kemudian, beliau mengeluarkan sekotak bola ping pong dan mula mengisi balang kaca tersebut sehingga penuh. Profesor itu pun berkata, “Adakah balang kaca ini penuh?” Semua pelajarnya pun menjawab, “Ya”.

Profesor tersebut pun tunduk ke bawah lalu mengeluarkan sebungkus guli. Beliau menaburkan guli-guli tersebut ke dalam balang kaca itu lalu menggoncang-goncang balang tersebut supaya guli-guli tersebut memenuhi ruang kosong pada balang kaca itu.

Sekali lagi beliau bertanya kepada pelajar-pelajarnya, “sudahkah balang ini penuh?” Pelajar-pelajarnya berfikir sejenak lalu menjawab, “Ya, ianya penuh.”

Profesor itu pun membuka begnya lalu menarik keluar sebungkus pasir. Dengan mahirnya, beliau memasukkan pasir tersebut untuk memenuhi ruang yang berlebihan di dalam balang kaca tersebut.

Ada beberapa pelajar yang sudah mula ketawa. “Sekarang, adakah balang ini sudah penuh?” tanya profesor itu. Memandangkan balang itu sudah betul-betul penuh, semua pelajarnya pun bersetuju bahawa balang kaca itu sudah penuh.

Profesor itu kemudiannya mencapai botol airnya yang terletak di sudut meja tersebut, buka penutupnya lalu menuangkan airnya ke dalam balang kaca itu sehingga ia penuh.

Selepas itu, profesor itu pun berkata,

“Balang kaca ini bagaikan hidup anda.

Bola ping pong itu diibaratkan sebagai perkara-perkara yang penting dalam hidup anda, misalnya keluarga, kesihatan dan anak anda. Jika anda kehilangan segala benda yang lain, hidup anda tetap penuh.

Guli-guli tersebut pula umpama perkara yang kedua penting seperti kerjaya, wang, rumah serta kereta anda manakala pasir pula seperti perkara-perkara kecil yang lain.

Jika anda penuhkan masa anda dengan pasir, maka anda tidak akan mempunyai ruang untuk bola ping pong dan guli.

Jaga baik-baik bola ping pong anda dan pastikan anda tahu apa yang penting dalam hidup anda. Jadi, tak kira sesibuk mana pun anda, anda perlu isikan masa anda dengan perkara-perkara yang penting dahulu seperti membuat senaman dan meluangkan masa dengan anak-anak anda. Yang lain-lain hanyalah pasir.”

Seluruh kelas terdiam buat seketika memikirkan ilmu yang baru dicurahkan oleh profesor mereka.

Tiba-tiba kesunyian itu dipecahkan oleh satu soalan daripada seorang murid.

“Bagaimana pula dengan air itu?”

“Oh, soalan yang baik. Tak kira sesibuk manapun anda, ingat, anda sentiasa mempunyai masa untuk meminum segelas air untuk mengekalkan kesihatan anda”

Tamat cerita.

Apakah yang anda pelajari daripada cerita ini? Apakah yang anda suka tentang cerita ini? Mari kita bincangkan bersama.

Keinginan

3

Category : Bina Kejayaan, Minda Separa Sedar

Semalam saya tidak dapat update blog seperti biasa, hari ini pula saya agak lewat mengemaskini blog ini. Saya mengalami sedikit gangguan kesihatan, jadi saya terpaksa rehat lebih dari biasa, tidur dan tidur akibat penangan ubat penahan sakit yang saya makan. Walau bagaimana pun, saya tidak terlalu fokus pada masalah kesakitan tersebut, malah saya sempat lagi menjenguk adik saya yang berada di GHKL, dan sekarang saya baru saja balik dari sana terus saya mengemaskini blog ini, kerana merasakan seperti ada yang tidak kena jika tidak mengemaskini blog ini. Inilah hikmah apabila sesuatu perkara itu menjadi satu kebiasaan, apabila tidak dilakukan , terasa seperti kehilangan sesuatu yang penting.

Hari ini saya ingin berbicara tentang “keinginan”. Seperti hal-hal yang lain, keinginan juga datang daripada minda. Berita baik untuk anda, setiap manusia mempunyai minda. Jadi semua manusia boleh mempunyai keinginan. Tetapi berita buruknya walaupun semua manusia mempunyai keinginan tetapi tidak semua manusia itu berjaya. Mengapa senario seperti ini berlaku?

Bekas juara tinju dunia pernah mengatakan, Seorang juara dihasilkan melalui keinginan, impian dan visi. Tetapi mengapa semua manusia mempunyai keinginan tetapi tidak semua yang berjaya?. Sudah tentu keinginan untuk berjaya dan keinginan biasa adalah berbeza.

Keinginan yang menghasilkan kejayaan adalah keinginan yang sangat jelas dan keinginan yang menghasilkan dorongan yang besar untuk mencapainya. Bukan sekadar keinginan yang samar, ataupun keinginan yang dilafazkan hanya dengan mulut, tetapi tidak mempunyai erti , atau tiada makna.

Perubahan

6

Category : Bina Kejayaan, Minda Separa Sedar

“Perubahan” satu perkataan biasa tetapi mempunyai makna yang begitu besar. Sekiranya hidup anda sentiasa gagal, kecewa dan tidak menepati impian anda, ini bermakna anda perlukan perubahan. Untuk melakukan perubahan, kita perlu mempunyai satu kekuatan iaitu kekuatan minda.

Melakukan perubahan memerlukan tindakan , dan tindakan itu terjadi hasil daripada dorongan minda , Sebagai manusia, kita semua selalu dikuasai oleh keinginan dan dorongan, namun inilah yang akan mengarahkan minda dan perhatian kita pada tujuan yang lebih tinggi dan lebih baik, kerana dengan berfikir ianya akan menghasilkan impian.

Ketika kita memberikan perhatian atau fokus kepada apa yang ingin kita lakukan, atau apa pun yang kita impikan, minda separa sedar kita akan berusaha mewujudkan dan menjadikan ianya senagai realiti.

Dengan melawan kebiasaan yang menyebabkan kita gagal sebenarnya, ia akan mendorong minda separa sedar kita itu menerima ianya sebagai sesuatu yang nyata. Dan itu adalah tindakan yang salah dan tentu saja ianya akan diikuti dengan kegagalan.

Tetapi, jika kita mengubah seluruh perhatian kita pada sesuatu yang baik, maka seluruh kekuatan minda separa sedar kita akan mengarah pada tindakan. Dan dengan cara inilah kita dapat memulakan proses bagi mencapai kejayaan.

Ramai di antara kita yang  berusaha bermati-matian  untuk melakukan sebuah perubahan,tetapi hanya berakhir dengan kegagalan. Yang sebenarnya, keinginan kita hanya tinggal harapan jika tidak mempunyai kekuatan minda yang sebenar.

Ezine dan manual terbaru

7

Category : ezine

Saya tidak dapat untuk bercerita panjang, kerana hari ini saya bercuti untuk menjaga adik saya yang telah menjalankan pembedahan kali ketiga di hospital Kuala Lumpur. Saya sekadar untuk mengumumkan tentang ezine yang bakal dikeluarkan dan tambahan 2 lagi manual bagi pembeli ebook magnet rezeki pakej B, dan juga pembeli ebook ketika promosi awal dijalankan. Manual ini adalah gabungan dibawah tajuk “Rahsia memperolehi apa yang dihajati”.

Nantikan kehadiran ezine dan manual ini tidak lama lagi………………….