Impian dan potensi diri

2

Category : Bina Kejayaan

“Imam Hasan Al Banna “impian hari ini adalah kenyataan hari esok.”

-Imam Hassan Al Banna-

Bagaimana caranya untuk kita mengetahui impian kita yang sebenarnya? . Impian hidup hanya dapat ditemui proses perjalanan pencarian ke dalam diri (inner journey). Impian ini hanya dapat diperolehi jika kita bersungguh-sungguh bangkit dan mencarinya dengan penuh kesedaran. Impian setiap individu adalah berbeza. Namun bila impian itu berasal dari lubuk hati yang paling dalam, maka asas setiap impian hidup pasti tidak akan berbeza.

Setelah memiliki impian hidup barulah kita menentukan strategi untuk mencapainya. Untuk itu, kita perlu mengenal potensi diri. Yang dimaksudkan dengan potensi diri adalah kekuatan yang kita miliki

Untuk mencari potensi diri yang sebenarnya maka kita perlu untuk sementara waktu, melupakan semua pendidikan formal yang pernah kita pelajari dan miliki. Selepas itu, lakukan analisa diri dengan jujur.

Sedarkah Anda bahawa bidang pekerjaan yang kita lakukan ketika ini belum tentu boleh dijadikan ukuran kekuatan potensi diri yang sebenar. Bagaimanakah cara untuk kita mengetahui kekuatan diri kita yang sebenar?. Jom kongsi jika Anda tahu… :-)

1 kesilapan VS 100 Kebaikan

4

Category : Pengalaman

Satu perkara yang saya percaya dan sentiasa percaya,
setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmah atau kebaikan yang tidak dapat kita lihat. Dan jika sesuatu perkara itu tidak dapat kita rasai, itu tidak bermakna sesuatu perkara itu tidak wujud.
Segalanya adalah terpulang kepada individu untuk menilai yang terbaik, dan melihat dengan mata hati, dan bukan terlalu
cepat melakukan justifikasi yang terlalu mengikut emosi.

Begitulah yang terjadi kepada sahabat saya, semalam beliau menemui saya untuk meluahkan perasaan yang terpedam. Sebenarnya beliau merasa amat kecewa dan marah apabila setiap pengorbanan beliau terhadap syarikat dan pekerjaannya tidak dihargai.

Sebagai seorang sahabat, saya hanya mampu mendengar dan saya cuba sedaya upaya untuk mendengarnya tanpa melibatkan emosi, kerana saya menyedari sahabat saya itu sudah jauh dikuasai emosi.
Jadi saya tidak boleh membiarkan diri saya terpengaruh sama dibawa oleh arus emosi tersebut.

Sebenarnya sahabat saya itu boleh dianggap sebagai seorang pekerja yang hebat, dedikasi dan loyal.
Beliau sanggup mengorbankan segala masa dan tenaga demi syarikat dan pekerjaannya. Tetapi disebabkan oleh kesilapan yang dilakukan oleh majikan terhadap beliau semalam, saya melihat segalanya berubah.

Namun begitu, apa yang saya lakukan semalam, ialah menyuruh beliau meletakkan dirinya sebagai seorang majikan. Seorang majikan yang mempunyai beratus orang pekerja. Satu soalan yang saya tanya kepada sahabat saya. Adakah sahabat saya akan menjadi seorang majikan yag tidak pernah
melakukan kesilapan?. Sahabat saya hanya diam.
Apa yang saya katakan kepada beliau, setiap manusia
tidak pernah lari daripada kesilapan. Sekali majikan kita melakukan kesilapan, bukan bermakna kita
perlu melupakan segala jasa baik yang telah diberikan oleh majikan kepada kita. Jangan disebabkan oleh satu
kesilapan, kita perlu melupakan berpuluh atau malahan beratus kebaikan yang diberikan oleh majikan kepada kita
selama ini.

Sentiasalah hidup dalam prinsip masa kini. Jadikan segala sesuatu yang pernah berlaku itu sebagai satu sejarah.
Jadikanlah hari ini umpama hari pertama kita memulakan kehidupan.

Cara cepat motivasi diri

3

Category : Petua & Tips

1. Duduk dengan tenang

2. Fikirkan  apa yang Anda inginkan

3. Lihat ke kiri bawah (bola mata ke kiri bawah), seandainya Anda berjaya  mencapai apa yang Anda inginkan, bayangkan bagaimana keadaannya.

4. Break state (berhenti sebentar)

5. Sekarang pindahkan bola mata Anda ke kanan atas dan lihat seolah-olah Anda sedang menonton filem kejayaan Anda sendiri (apa yang Anda inginkan)

6. Magnify atau besarkan imej tersebut (bola mata masih kanan atas), semakin dekat menghampiri Anda, Jadikan ianya berwarna dan lebih terang, sehingga    filem  atau imej tersebut  memberikan kesan  positif kepada diri Anda.

7. Pindahkan bola mata ke kanan bawah, sesuaikan diri dan masukkan diri Anda ke dalam filem tersebut, rasakan apa yang Anda ingin rasakan dan dengarkan apa yang Anda dengarkan. Hadirkan perasaan kejayaan Anda, kerana itulah perasaan Anda apabila berjaya.

Selamat mencuba!

Fokus dan terus fokus

5

Category : Bina Kejayaan

Saya mendapat beberapa email yang bertanya bagaimana untuk berjaya mendapatkan wang yang banyak. Sebenarnya itulah pertanyaan yang selalu saya terima dan adakalanya pertanyaan yang agak melampau apabila ingin menjadi kaya hanya dalam masa beberapa bulan.

Seperti yang saya katakan sebelum ini, sekiranya Anda inginkan wang yang banyak, anda perlu mempunyai skill untuk mendapatkan wang tersebut. Tetapi dengan memperolehi wang yang banyak, ianya bukan jaminan untuk Anda menjadi seorang yang kaya, kerana kekayaan itu bukan berdasarkan berapa banyak wang yang Anda perolehi, kerana wang yang banyak itu, adakalanya boleh habis dalam beberapa hari atau dalam beberapa jam sahaja. Ini adalah kenyataan yang perlu Anda tahu.

Untuk menghasilkan wang, Anda perlukan skill atau teknik yang betul untuk Anda pelajari. Namun satu lagi kenyataan yang perlu Anda tahu, walaupun Anda sudah tahu salah satu skill untuk mendapatkan wang, ianya masih memerlukan masa dan usaha untuk Anda benar-benar dapat mencapai target Anda.

Namun apa yang saya perhatikan, satu masalah yang dihadapi oleh individu yang gagal untuk menghasilkan wang, walaupun mempunyai keinginan untuk mendapatkan wang ialah fokus. Ya, inilah masalah yang sentiasa berlaku terhadap individu yang sentiasa gagal dalam mengejar matlamat kewangan.

Saya selalu saja menemui individu yang pada mulanya bersemangat untuk membuat wang melalui kaedah tertentu, tetapi apabila menemui kaedah yang terbaru untuk menghasilkan wang, akhirnya kaedah lama ditinggalkan begitu sahaja , dan mula menumpukan pula kepada kaedah yang lain. Inilah perkara utama penyebab kegagalan tersebut.

Sebenarnya apabila Anda meletakkan sesuatu fokus kepada sesuatu perkara, sebenarnya Anda telah memberikan arahan kepada minda separa sedar Anda. Ibaratkan diri Anda sebagai nakhoda, manakala, minda separa sedar umpama kelasi kapal yang mengikut arahan Anda sebagai nakhoda.

Sekiranya Anda menukarkan fokus Anda tanpa mencapai matlamat yang sebenar, umpama seorang nakhoda yang sentiasa menukar arahan terhadap kelasi kapal tersebut. Jadi adakah kapal tersebut akan sampai ke destinasi yang dituju?.

Begitu juga,  dalam kaedah menghasilkan wang, jangan cepat melatah, sekiranya dalam masa sebulan atau tiga bulan masih belum mendapatkan hasil.

Jika mengikut pengalaman saya, saya sendiri terpaksa berhempas pulas  selama 2  tahun sebelum mendapatkan hasil yang memberangsangkan dalam salah satu program  menghasilkan wang melalui internet. Alhamdulillah, berkat usaha, saya mampu mencapai income 3 angka US Dollar sehari bagi program tersebut hari ini, malahan saya telah pun meletakkan target baru bagi pendapatan saya tersebut.

Jangan takut untuk bercita-cita tinggi asalkan usaha Anda setimpal dengan matlamat Anda. Teruskan usaha, jangan cepat kecewa. Gagal sekali bukan bermakna Anda akan gagal buat selamanya. Yang penting sentiasa fokus dan terus fokus bagi memastikan matlamat Anda benar-benar tercapai.

Kepentingan Mental state

Category : Info

Dalam artikel ini saya akan bercerita tentang mental state. Mental state memainkan peranan yang penting dalam kehidupan Anda. Jadikan keadaan minda adalah prioriti utama dalam kehidupan Anda.

Tiada perkara yang dapat membuat anda gembira sekiranya keadaan mental Anda tidak baik. Walaupun Anda mempunyai wang yang banyak, pekerjaan yang baik, perhubungan yang baik, malahan kesihatan yang baik. Ini kerana tanpa mempunyai keadaan minda yang baik, Anda pasti tidak dapat tidak dapat menyedari dan menghargai perkara baik yang telah Anda miliki.

Anda perlu menjadikan minda  yang sentiasa positif , samada dalam  perniagaan Anda, pekerjaan, hubungan dan dalam apa jua keadaan.Sekiranya Anda mempunyai keadaan minda yang baik, Anda dapat menghadapi apa sahaja masalah dengan tenang, dan setiapa perkara negatif yang Anda temui tidak akan memberi kesan kepada Anda.

Keadaan minda yang baik juga menjadi penentu bagi kehidupan Anda. Sekiranya keadaan minda Anda berada dalam keadaan yang negatif, ianya akan menghasilkan emosi yang negatif kepada diri Anda seterusnya kehidupan Anda berada dalam keadaan yang tidak baik.

Positif atau negatif kehidupan Anda, segalanya adalah berpunca dari keadaan minda  Anda sendiri. Jadi jagalah  mental state Anda sebaiknya supaya kehidupan sentiasa berada dalam keadaan yang positif.