Kaedah Numerology

5

Category : Info, Minda Separa Sedar

Semalam saya tidak mengemaskini blog, hari ini agak lewat pula . Sebenarnya untuk minggu ini mungkin ini post yang terakhir yang saya boleh kongsikan bersama Anda. Walau bagaimana pun ianya masih lagi bergantung kepada masa yang saya ada.

Dua hari lepas saya berada di hospital untuk kerja freelance saya. Alhamdulillah, walaupun tidak lagi mempraktikkan ilmu yang saya pelajari di Universiti secara sepenuh masa, tetapi saya masih lagi dipanggil untuk menjadi locum dan dibayar gaji hari. Ini bermakna rezeki dari bidang kesihatan masih lagi menjadi milik saya.

Walau bagaimana pun ketika ini, saya agak sedikit sibuk kerana membantu persiapan majlis perkahwinan di rumah saya. Esok malam akan ada majlis akad nikah dan keesokan harinya ada majlis perkahwinan. Yang pasti saya hanya membantu untuk hari bahagia adik saya. Ahad saya akan bertolak balik ke Kuala Lumpur semula.

Sebenarnya setelah saya mempraktikkan ilmu  metafizik yang baru saja saya pelajari, banyak perkara yang saya musykil selama ini telah terjawab. Dalam apa jua yang kita lakukan kita tidak dapat lari dari hukum sebab dan akibat. Itulah kenyataan yang perlu kita tahu. Begitu juga dengan diri kita. Minda dan cara kita berfikir  benar-benar memainkan peranan yang amat penting.

Sebenarnya setiap perkara atau rahsia yang ingin kita ketahui, kita tidak perlu pergi jauh untuk mencarinya, kerana kunci rahsia itu ada pada diri kita sendiri dan dari situlah kita dapat mengenali kekuatan , kelemahan, peluang dan ancaman yang telah kita lalui dan mungkin bakal kita lalui.

Saya mempelajari kaedah numerology ini sebagai satu panduan  untuk bergerak kearah yang ingin saya tuju. Sebenarnya nombor banyak mempengaruhi kehidupan kita.

Kaedah ini sebenarnya berdasarkan kepada sains kelakuan manusia yang dirujuk dari pelbagai sumber dan ianya bukanlah ramalan nasib atau tilik. Nombor tidak mempunyai kuasa tetapi ianya hanyalah satu alat  yang digunakan untuk menetukan strategi  untuk peningkatan diri saya.

Saya harap penjelasan saya ini dapat menjawab beberapa individu yang menghantar email kepada saya, kerana risau saya terpesong jauh dari hukum agama. Terima kasih atas perhatian.

Apa Gunanya Kekuatan Tanpa Akal Fikiran

13

Category : Motivasi

Salam sejahtera. Terima kasih kerana masih lagi setia bersama Bicara Selasa . Saya Raymond Chua dari blog Law of Attraction .

Pada minggu ini, saya akan kongsikan sebuah cerita yang menarik dengan anda.

Di dalam sebuah hutan, tinggal seekor harimau yang garang. Pada suatu hari, semasa Sang Harimau sedang mencari makanan, ia terjumpa dengan seekor Poodle (sejenis binatang yang agak comel) yang tidak pernah dilihatnya.

Maka harimau tersebut pun mengambil keputusan untuk menjadikan poodle tersebut sebagai sasarannya. Poodle tersebut berasa terkejut apabila menyedari bahawa ia telah menjadi sasaran Sang Harimau.

Otak poodle itu berpusing ligat bagi mencari jalan untuk melepaskan dirinya daripada maut. Sambil ia berfikir, ia ternampak setimbun tulang binatang yang terletak tidak jauh darinya.

Apabila Sang Harimau bergerak secepat kilat untuk menerkamnya, poodle itu pun berkata, “Hmm … sedapnya harimau ini,” sambil melihat ke arah timbunan tulang tersebut.

Sang Harimau pun menghentikan langkahnya serta merta, berasa terkejut dan segera menjauhi poodle tersebut. Poodle itu berasa bersyukur kerana terselamat daripada menjadi mangsa Sang Harimau.

Semuanya berjalan dengan lancar kecuali satu perkara …

Kejadian ini disaksikan oleh seekor monyet yang memerhati dari atas sepohon pokok rambutan. Si Monyet mengambil peluang ini untuk mendapatkan perlindungan daripada Sang Harimau dengan membelot poodle tersebut.

Si Monyet pun segera pergi mendapatkan Sang Harimau untuk menyuarakan tawarannya.

“Saya ada satu maklumat yang amat penting untuk diberikan kepada kamu. Sebagai balasannya, saya ingin mendapatkan perlindungan daripada kamu” ujar Si Monyet.

Sang Harimau bersetuju dan menerima tawaran ini. Kemudian Si Monyet pun memberitahu Sang Harimau tentang hal sebenar mengenai poodle tersebut.

Sang Harimau berasa amat marah dan pergi ke tempat tadi dengan Si Monyet untuk membunuh poodle tersebut serta merta.

Poodle tersebut segera faham tentang apa yang sedang berlaku apabila ia ternampak Si Monyet duduk di belakang Sang Harimau dan menuju ke arahnya.

Selepas berfikir sejenak, poodle itu pun berkata, “Geramnya aku, suruh Si Monyet pergi mendapatkan Sagn Harimau bagi saya pun dia mengambil masa yang begitu lama.”

Apakah yang anda pelajari daripada cerita ini? Bincangkan …

Salam kajayaan,

Raymond Chua

P.S. Dapatkan podcast financial blueprint anda di sini !

Tak kenal maka tak kaya

9

Category : Pengalaman

Semalam saya menghabiskan masa siang saya untuk menghadiri workshop “Siri tak kenal maka tak kaya”. Workshop tersebut boleh dikatakan atau dianggap sebagai workshop bagi mengenal potensi dan kelemahan diri. Alhamdulillah persoalan yang sentiasa menghantui diri saya selama ini terjawab. InsyaALLAH saya akan cuba berusaha untuk mengatasinya. Selepas ini mungkin saya boleh membantu Anda melalui ilmu sedikit ilmu yang saya miliki ini. Jika selama ini, kita sentiasa mendengar ungkapan “Tak kenal maka tak cinta”, tetapi semalam saya sukakan ungkapan “Tak kenal maka tak kaya.

Jika sebelum ini kita sentiasa cuba untuk memahami dan mengenali diri orang lain, saya merasakan sudah tiba masanya untuk kita mengenal diri kita sendiri. Kenal apakah kekuatan, kelebihan yang kita miliki, apakah potensi kita dalam bidang perniagaan dan sesuai dengan diri dan dari itulah  kita dapat gunakan sebaiknya dalam meneruskan kehidupan.

Adakalanya kita terlalu sibuk membantu orang lain atau cepat kasihan apabila melihat seseorang itu berada dalam kesusahan, tetapi kita tidak sedar adakalanya sikap itulah yang akan memudaratkan diri kita sendiri.

Alhamdulillah semalam segala persoalan saya terjawab. Selama ini saya tercari-cari mengapa sesuatu perkara itu berlaku terhadap diri saya dan sentiasa berulang-ulang . Dan dengan adanya kesedaran itulah, saya perlu lebih berhati-hati dalam menguruskan  setiap perkara yang memberi kesan kepada diri saya sendiri.

Harap Maklum

1

Category : Info

Kebelakangan ini, saya seringkali menerima email daripada pembaca yang ingin menggunakan blog saya untuk memasarkan produk milik mereka. Ribuan kemaafan saya pinta kerana saya tidak mampu memenuhi permintaan Anda yang inginkan saya membantu Anda JIKA produk yang Anda ingin pasarkan TIDAK berkaitan dengan motivasi, minda, pembangunan diri atau apa juga maklumat yang boleh membantu pembaca untuk meningkatkan taraf kehidupan mereka.

Sebelum ini saya telah review produk-produk yang berkaitan dengan motivasi seperti Mentor Jutawan kerana saya amat yakin bahawa produk ini benar-benar amat membantu sekiranya Anda mengkaji dengan sebaiknya dan mengambil iktibar daripada perkongsian yang diberikan oleh 7 Jutawan, di dalam ebook tersebut.

Saya yakin Sekiranya anda ingin menjadi seorang doktor pakar, anda perlu belajar di Medical School. Sekiranya anda ingin belajar perniagaan, anda perlu belajar di Business School. Tetapi, sekiranya anda ingin menjadi jutawan, anda memerlukan mentor-mentor Jutawan!

Rahsia10k pula adalah ebook yang saya boleh katakan yang agak baik, kerana penulis telah memberikan maklumat atau kaedah yang terbaik (blueprint) untuk mencipta pendapatan sehingga RM10K. Sekiranya Anda memiliki minda jutawan tetapi tidak tahu dari mana punca untuk menghasilkan wang, agak sukar juga kan.

Sebenarnya terdapat produk lain yang telah saya review sebelum ini, termasuk ebook magnet rezeki adalah berkaitan dengan pembangunan diri dengan harapan dapat membantu pembaca untuk meningkatkan taraf pemikiran dan seterusnya taraf kehidupan.

Jadi sekiranya Anda menghasilkan produk yang berkaitan dengan motivasi, minda, NLP dan pembangunan diri dan sekiranya saya rasa ianya benar-benar dapat membantu pembaca , Anda boleh menghantar email kepada saya, InsyaALLAH saya akan membantu Anda.

Tetapi sekiranya produk Anda tidak berkaitan, seperti komputer, antivirus dan lain-lain lagi yang tiada kena mengena dengan matlamat blog ini. Saya minta maaf banyak-banyak, kerana saya tidak dapat membantu Anda.

Begitu juga dengan pertukaran link ataupun ‘link exchange’. Sekiranya ia berkaitan dengan motivasi dan seangkatan, pasti saya akan pertimbangkan. Tetapi sekiranya website Anda adalah niche yang agak berbeza, minta maaf saya memang tidak dapat membantu Anda. Harap Maklum!

Terima Kasih

2

Category : Info, Minda Separa Sedar

Tanggungjawab! itulah yang saya rasakan ketika saya memperbaharui domain dan hosting ini minggu lepas. Alhamdulillah tinggal beberapa hari lagi blog ini bakal berusia 2 tahun. Begitu cepat masa berlalu sedar tak sedar saya sudah pun menerima email yang meminta saya memperbaharui domain dan hosting bagi blog ini. Alhamdulillah syukur kerana mampu mengekalkan berkongsi ilmu dan pandangan melalui blog ini sehingga kehari ini.

Terus terang saya katakan, blog ini menjadi pemangkin untuk saya terus mencipta lebih kejayaan,perkongsian ilmu yang saya miliki melalui blog ini benar-benar membantu saya menjadi lebih positif dalam mengejar segala impian saya.

Dengan berkongsi sesuatu yang positif bersama Anda, sebenarnya saya menerima impak yang agak positif seterusnya membantu saya menjadi lebih matang dalam mengharungi setiap perkara yang saya lakukan, dan saya benar-benar berharap semoga blog ini memberi faedah kepada Anda sebagai pembaca.

Perkongsian saya di blog ini bukan kerana nama atau mengharapkan pujian dan sanjungan daripada Anda. Saya juga tidak pernah menyimpan impian untuk menjadi seseorang yang dikenali, tetapi saya menulis berdasarkan rasa tanggungjawab saya dan seterusnya ia adalah misi saya untuk mencapai visi saya bukan sahaja di dunia tetapi juga di akhirat.

Saya tidak pernah berharap untuk Anda berterima kasih kepada saya, saya tidak pernah menyimpan impian untuk disanjung oleh sesiapa kerana saya yakin pujian , syukur dan sanjungan hanyalah milik ALLAH.

Saya sendiri tidak pernah tahu mengapa saya ditakdirkan berkongsi ilmu melalui blog ini, tetapi saya yakin pasti ada sebabnya yang tersendiri di luar pengetahuan saya, kerana walau sehelai daun yang gugur, pasti ada sebabnya dan hanya ALLAH sahaja yang maha mengetahui.

Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada Anda semua kerana banyak memberi sokongan dan semangat untuk saya terus berkongsi ilmu kepada Anda. Hanya ALLAH sahaja yang dapat membalas segala kebaikan yang telah Anda berikan.