Kehebatan Pemikiran Anda

3

Category : Petua & Tips

Wallace D.

Image via Wikipedia

Bertemu kembali. Sebelum saya bermula, saya ingin mengucapkan tahniah kepada anda yang telah berjaya berpuasa sepanjang bulan Ramadhan. Ini merupakan suatu pencapaian yang menakjubkan.

Jika usaha mulia ini diaplikasikan dalam kehidupan harian anda, saya pasti anda akan berjaya dalam hidup ini.

Sementara menunggu ketibaan bulan Syawal, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua umat Islam. Maaf zahir dan batin sekiranya tersilap bahasa.

Dalam Bicara Selasa hari ini, saya ingin kongsikan sesuatu yang saya belajar dari Kelab Bimbingan Bob Proctor , The Science of Getting Rich . Beliau merupakan salah seorang pakar Law of Attraction yang terkemuka.

Tajuk perbincangan hari ini ditumpukan kepada minda serta pemikiran kita. Walaupun saya tidak dapat kongsikan kesemuanya, tetapi saya akan cuba kongsikan beberapa perkara asas yang dapat difahami oleh semua orang.

Salah satu perkara yang dimiliki kita bersama ialah “keputusan”. Ia merupakan satu-satunya perkara di mana kita mempunyai kawalan penuh.

Orang lain mungkin dapat memaksa anda tetapi mereka tidak dapat membuat keputusan tersebut untuk anda. Contohnya, seorang jurujual mungkin dapat memaksa anda membeli sesuatu. Tetapi anda tahu bahawa anda sendiri yang mempunyai kawalan penuh terhadap keputusan anda sama ada membeli atau tidak.

Memandangkan kita sudah faham bahawa kita yang membuat keputusan untuk diri kita sendiri, sekarang kita lihat pula dari mana datangnya keputusan tersebut.

Keputusan kita sebenarnya dilahirkan daripada pemikiran kita. Dua orang membuat keputusan yang berbeza terhadap perkara yang sama disebabkan oleh pemikiran yang berbeza.

Semua perkara serta benda di dunia ini berasal daripada pemikiran kita. Sebelum anda membina sebuah rumah, anda perlu memikirkan serta melukiskan pelan tersebut.

Sebelum mentol dicipta, seseorang perlu menggambarkan bentuk serta binaan mentol tersebut.

Pemikiran kita mempunyai kuasa yang hebat. Jika anda selalu memikirkan bahawa anda hidup dalam kemiskinan, maka ia akan menjadi kenyataan.

Apa yang anda fikirkan akan menjadi doa tak kira doa tersebut baik untuk anda atau tidak. Jadi, apabila anda melafazkan doa-doa yang negatif seperti, “Aku selalu hidup dalam kemiskinan”, maka doa tersebut akan dikabulkan, iaitu, anda akan selalu hidup dalam kemiskinan seperti yang anda “impikan” dan anda pula terpaksa bertanggungjawab ke atas hasil manifestasi doa anda.

Berwaspadalah pada apa yang anda fikirkan kerana ia akan dikabulkan melainkan anda tidak percaya kepada tuhan serta kekuasaanNya.

… bersambung

(Pastikan anda bersama saya dalam Bicara Selasa minggu depan)

Apa yang dikongsikan cuma asas sahaja kepada hidup yang penuh dengan kejayaan tetapi ia sudah memadai untuk mengubah hidup anda.

Jika anda laparkan kejayaan serta ilmu yang menceritakan teknik-teknik ini dengan lebih mendalam, maka saya syorkan anda membaca buku ini .

Ubah pemikiran anda hari ini,

Raymond Chua

P.S. Dapatkan podcast financial blueprint anda di sini !

Salam kemaafan & Selamat Hari Raya

2

Category : Info, Minda Separa Sedar

Selama 7 tahun saya berkhidmat di hospital, Saya benar-benar selamat daripada bertugas di hari raya. Bermula dari tahun pertama hingga ke tahun terakhir saya bekerja, saya sentiasa bernasib baik . Tetapi tahun ini, apabila saya tidak lagi perlu melakukan tugas panggilan (oncall), untuk pertama kalinya saya perlu meraikan hari raya seorang diri di perantauan.

Selama 7 tahun saya perlu menyediakan kueh dan persiapan di rumah nenek saya, tahun ini, untuk kali pertamanya, saya hanya mampumengirimkan wang dan berpesan kepada adik saya untuk menyediakan apa yang patut, seperti menempah kueh raya atau apa sahaja keperluan untuk nenek saya menyambut tetamu di hari raya. Walaupun saya tidak mampu untuk pulang berhari raya seperti biasa, saya masih lagi gembira, kerana saya mampu menyediakan segalanya walaupun dari kejauhan.

Apa pun saya bangga dengan diri saya, kehidupan saya, walaupun ketika ini saya hampir menitiskan air mata , untuk menyambut hari raya bersendirian untuk kali pertama.

Bagi yang memandu , berhati-hati ketika memandu, bayangkan keriangan yang bakal anda nikmati apabila bersalaman dan menyambut raya bersama keluarga.

Maafkan segala kesilapan saya, sekiranya terdapat perkara atau penulisan saya yang telah menyinggung perasaan Anda semua.Salam Aidilfitri, dan selamat hari raya untuk semua pembaca blog ini. Salam sayang dari saya untuk Anda semua.

Linn

Salam Aidilfitri

4

Category : Info



::Kad Ucapan Raya Percuma

Teori: Rupa Fizikal Dajjal Bila Ia Muncul

43

Category : Konspirasi Yahudi

Hari ini saya ingin berkongsi satu lagi perkongsian yang  teori yang diperolehi oleh hasil kajian saudara Ibnuyaacob melalui blog beliau Dajjal: The king of the world conspiracy.

(Gambar) Sekiranya Dajjal muncul di tengah-tengah masyarakat dengan wajah di atas, sia-sialah pengembaraannya selama beribu-ribu tahun.

(Gambar 2) Dajjal perlu muncul dengan wajah-wajah seperti ini agar masyarakat dunia menerimanya atau dengan wajah yang lebih cantik.

Bagaimana Fizikal Dajjal Bila Ia Muncul?

Mengkaji raut wajah dan susuk tubuh Dajjal amat penting kerana terdapat lebih 10 hadith sahih yang menceritakan tentang fizikalnya. Hadith-hadith ini mempunyai 2 maklumat yang terkumpul iaitu tersurat dan tersirat.

Kemungkinan juga hadith yang menceritakan tentang bentuk fizikal Dajjal yang pelik-pelik itu adalah pesanan Rasulullah SAW kepada umat Islam yang hidup era Khalifah Ar-Rasyidiin, Bani Abbasiyah dan Uthmaniah.

Pada ketika itu, mungkin Dajjal masih lagi dalam ‘fasa merantau’ dengan tujuan mengumpul pengalaman, ilmu dan maklumat di seluruh dunia termasuk di negara-negara Islam.

Jadi Rasulullah memberikan pesanan tentang fizikal Dajjal kepada orang-orang Islam yang mana negeri-negeri mereka bakal dilawati oleh Dajjal.

Walaupun kita sering mengatakan bahawa hadith tersebut adalah untuk masyarakat akhir zaman, tetapi kita lupa period akhir zaman adalah bermula selepas kewafatan Rasulullah. Nabi Muhammad SAW sendiri adalah nabi akhir zaman maka di manakah abad sebenar akhir zaman abad ke-19, 20 atau 21?

Period akhir zaman yang paling sesuai ialah selepas kewafatan Rasulullah. Andainya sekarang adalah abad ke-17, maka masyarakat Islam akan mengatakan abad sekarang ini masih bukan lagi akhir zaman.

Begitu juga pada abad 21 sekarang ini, manusia abad ini masih tidak mengaku ianya akhir zaman. Pengakuan hanya pada lisan tetapi bila dibentangkan hadith, umat Islam akan katakan hadith tersebut untuk masyarakat akhir zaman tetapi bukan zaman sekarang.

Oleh itu, saya amat cenderung untuk berpendapat rupa bentuk Dajjal yang pelik dan menakutkan itu adalah rupa bentuk ketika ia (Dajjal) masih dalam period pengembaraan. Ia belum menukar wajahnya.

Period pengembaraan itu saya merujuk kepada penyelidikan Muhammad Isa Dawud dalam bukunya yang mengatakan pengembaraan Dajjal tamat selepas ia menjumpai Segitiga Bermuda dan juga selepas ia memuat perjanjian taat setia dengan Iblis laknatullah.

Period kemunculan Dajjal sekarang

Period sekarang adalah period Dajjal dalam proses menukarkan susuk tubuhnya dan rupa parasnya agar setanding dengan manusia zaman ini. Kita tidak tahu apa yang dilakukan terhadap tubuh badannya sendiri.

Untuk muncul dalam masyarakat sekarang ini, kemunculan secara logik (dan dapat diterima akal) amat penting kerana ia akan menarik lebih ramai pengikut daripada muncul dalam rupa paras yang menakutkan orang-ramai.

Saya percaya Dajjal sedang berusaha menukarkan susuk tubuhnya dan rupanya agar diterima orang ramai. Wajah yang paling sesuai adalah wajah-wajah Yahudi. Kemungkinan besar ia muncul sebagai ahli politik yang unggul dan disenangi semua orang termasuk umat Islam, Hindu dan Buddha.

Pastinya ramai tidak bersetuju dengan pandangan ini kerana berpendapat ianya bertentangan dengan hadith-hadith berikut:

“Orang tua Dajjal tidak pernah mendapatkan anak selama 30 tahun, kemudian lahirlah dari keduanya seorang anak lelaki yang hanya bermata satu, ….”
(Riwayat oleh At-Tarmizi)
“….sesungguhnya al-Masikh Dajjal adalah lelaki pendek, hujung tapak kakinya berdekatan sedangkan tumitnya berjauhan, beambut kerinting, bermata sebelah dengan mata yang terhapus.”
(Riwayat Abu Daud dalam Kitab Takrijul Misykat)
“…sesungguhnya kepala Dajjal dari belakangnya tebal berkelok-kelok.”
(Hadith riwayat Imam Ahmad dari Hisyam bin ‘Amir)
Hadith-hadith ini mungkin Rasulullah SAW tujukan kepada umat Islam era selepas kewafatannya. Pada ketika itu, Dajjal adalah dalam fasa mengembara.

Menurut Muhammad Isa Dawud, melalui penyelidikan yang dibuatnya ke atas sebuah manuskrip lama, rantai-rantai yang membelenggu tubuh badan Dajjal terus lebur selepas Rasulullah wafat.

Maka Dajjal menyambung pengembaraannya dalam keadaan Rasulullah telah wafat meninggalkan umat Islam. Tetapi Rasulullah memberi beberapa hadith yang menjadi panduan umat Islam mengenali Dajjal jika terserempak dengannya seperti hadith-hadith di atas.

Bukti Dajjal Mengubah Bentuk Fizikal dan Wajah

Saya mengatakan Dajjal mengubah wajah dan fizikalnya menjadi bentuk manusia zaman sekarang berdasarkan hadith panjang di bawah (saya ambil sebahagiannya sahaja).

“….mereka pun membuka pintu dan di belakangnya telah berada Dajjal bersama 70,000 Yahudi, masing-masing mereka memiliki pedang berhias dan bertoga di kepala. Ketika ia (Isa) memandang kepada Dajjal, Dajjal itu pun meleleh (hancur) seperti garam yang meleleh di dalam air; kemudian ia lari ….dan dihalang oleh Isa di pintu timur kota Lud (Palestin), kemudian Isa membunuhnya ….”

(Hadith sahih riwayat Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah)

Lihat perkataan ini MELELEH

Meleleh bermaksud sesuatu yang berbentuk pepejal berubah menjadi cair disebabkan sesuatu penyebab. Dalam situasi di atas bolehlah diandaikan Nabi Isa telah menggunakan suatu teknik pandangan yang menyebabkan wajah palsu Dajjal mencair dan wajahnya yang sebenar kelihatan.

Dajjal tidak mati tetapi ia lari. Bukti Dajjal tidak mati ialah lihat perkataan “kemudian ia lari…”

Perkataan ini membuktikan Dajjal tidak terus mati selepas sesuatu telah berlaku pada wajah dan tubuh badannya, tetapi ia terus lari.

Dalil bagi teori ini

Pada awal 1990-an dahulu, pernahkah anda terbaca berita berkenaan Michael Jackson yang terkenal dengan pembedahan plastik wajahnya itu. Hampir 70% wajahnya adalah plastik. Michael cuba menghilangkan identiti negro pada wajah dan tubuh badannya.

(Gambar) Wajah Michael sebelum dan selepas pembedahan plastik.

Tetapi sesuatu berlaku ketika ia sedang membuat persembahan pentas di sebuah stadium di New York. Memandangkan plastik bersifat mencair apabila terdedah kepada haba, maka perkara itu berlaku kepada Michael Jackson.

Akibat wajahnya terlalu lama terdedah dengan spotlight dan lampu-lampu di pentas, plastik pada wajahnya telah mencair dan beliau mengalami kesakitan yang amat sangat. Persembahan terpaksa dihentikan terus.

Mungkinkah Michael Jackson bahan ujikaji Dajjal untuk memakai wajah plastik?

Saya tidak pasti sama ada Michael adalah subjek ujikaji Dajjal atau tidak, tetapi apa yang pasti penasihat kerohanian (keagamaan) Michael Jackson ialah seorang Yahudi iaitu Rabbi Shmuley Boteach. (Gambar)

Di sini ada pelbagai persoalan yang boleh dikaji, mengapa pula Michael yang kristian itu mengambil penasihat dari agama lain?

Persoalannya adakah Michael yang melantiknya atau ada “orang lain” yang melantiknya untuk Michael?

(Gambar) Michael bersama Rabbi Shmuley berjumpa Ariel Sharon

(Saya berharap para peminat konspirasi dapat mengkajinya)

Kemajuan Teknologi Nabi Isa

Maka hadith di atas telah membuktikan hanya melalui ‘pandangan’ sahaja Nabi Isa mampu mencairkan topeng palsu Dajjal itu.

Kita tidak tahu sejauh mana kemajuan teknologi yang di bawa Nabi Isa, ianya mungkin tidak dapat dijangkau pemikiran kita seperti mana juga kita tak dapat menjangkau kemajuan yang dimiliki oleh Dajjal.

Wallahu’alam

P/S : Penyelidikan di atas sekadar teori dan pandangan peribadi, dan ia mungkin berubah mengikut fakta dan maklumat semasa. Diharap pembaca tidak menjadikannya sebagai pegangan. Pegangan yang baik adalah isu yang dibahas oleh masyarakat umum yang berilmu.

Rahsia Kemajuan

1

Category : magnet duit, Motivasi

Artwork of the Mana Tree, from Children of Mana

Image via Wikipedia

Terima kasih kerana masih lagi setia bersama saya dalam Bicara Selasa minggu ini. Saya Raymond Chua dari blog Law of Attraction . Dan dalam minggu ini, saya akan kongsikan cara-cara untuk mencapai kemajuan bersama anda.

Di dalam dunia ini, tiada perkara atau benda yang kekal abadi. Manusia juga tidak dikecualikan dalam hal ini.

Manusia seperti saya dan anda tidak akan kekal abadi pada tahap yang sama padasepanjang masa. Sama ada kita maju atau mundur sahaja.

Biar saya buktikan kenyataan di atas. Imbas kembali zaman kanak-kanak anda di mana anda masih belajar menghafal sifir darab Matematik. Anda mungkin dapat ingat apa yang dihafal pada hari pertama tetapi, selepas beberapa hari, anda mungkin telah melupakannya ataupun sebahagian daripadanya dan terpaksa menghafalnya semula.

Jika kita tak maju, maka kita akan mundur. Jika kita tak bergerak ke hadapan, kita akan jauh ketinggalan ke belakang.

Macam Mana nak Maju?

Sebelum anda fikirkan macam mana nak maju, anda perlu fikirkan aspek apakah dalam kehidupan anda yang perlu dimajukan.Adakah ianya aspek kewangan, agama, kesihatan, kebahagiaan, kekeluargaan, perniagaan dan sebagainya.

Selepas anda mengenalpasti aspek yang perlu dimajukan, barulah anda fikirkan macam mana nak maju.

Salah satu cara untuk terus maju ke jadapan adalah dengan meneruskan pembelajaran. Pembelajaran tidak dihadkan kepada mambaca buku-buku sahaja. Ia juga merangkumi bahan-bahan lain seperti video, audio, perbincangan, aplikasi dan sebagainya.

T Harv Eker , dalam seminar Millionaire Mind Intensive , mencadangkan supaya 10% daripada pendapatan anda dilaburkan untuk tujuan pembelajaran bagi memajukan diri anda. Saya terpaksa mengaku bahawa saya tidak mengikut ajaran beliau.

Saya sebenarnya telah melaburkan jauh lebih daripada 10% pendapatan saya untuk tujuan pembelajaran serta untuk memajukan diri saya.

Akan tetapi, saya telah memutuskan untuk mengurangkan jumlah tersebut kepada tahap 10% mulai tahun depan. :)

Kebanyakkan wang, masa serta usaha saya dilaburkan untuk menghadiri seminar dan kebanyakkan seminar yan saya hadiri mencecah ribuan ringgit.

Berbaloikah?

Amat berbaloi, kerana ilmu yang anda perolehi tidak akan hilang selagi anda masih hidup. Anda mungkin akan kehilangan segala harta-benda anda, tetapi, dengan bekalan ilmu yang mencukupi, anda boleh mendapat balik segala-galanya dalam masa yang singkat.

Alasan utama yang sering saya dengar ialah, “Saya tak ada duit” dan biasanya orang yang mengucapkan kata-kata demikian mampu memiliki telefon bimbit ataupun kereta baru.

Anda tidak perlu membelanjakan beribu-ribu ringgit untuk seminar seperti saya. Jika pendapatan anda ialah RM 500 sebulan, laburkan RM50 sebulan untuk memajukan diri pun sudah memadai.

Daripada ilmu yang anda timba, anda mungkin dapat meningkatkan lagi pendapatan anda dan masa tu bolehlah peruntukkan lebih banyak wang untuk memajukna diri.

Saya menghormati keutamaan yang diberikan oleh setiap individu. Cuma saya teringatkan kata-kata T Harv Eker dalam salah satu temu ramahnya yang berbunyi:

“Jika anda pilih untuk selesa, hidup anda akan jadi susah. Jika anda sanggup keluar dari zon selesa anda, maka hidup anda akan jadi senang.”

Jika anda hendak mulakan sekarang, saya cadangkan anda mulakan dengan membaca ebook ini . Ia merupakan salah satu buku yang terbaik dalam Bahasa Melayu yang pernah saya baca.

Buku ini merangkumi banyak aspek hidup dan amat sesuai untuk mereka yang hendak mulakan dengan wang yang sedikit. Jadikan bulan yang mulia ini sebagai titik pusingan dalam hidup anda.

Jika anda tak nak mula sekarang, bila lagi?

Sehingga berjumpa lagi pada minggu hadapan.

Pastikan anda mula maju hari ini,

Raymond Chua

P.S. Dapatkan podcast financial blueprint anda di sini !