Komunikasi dengan ALLAH

6

Category : Bina Kejayaan, Minda Separa Sedar, spiritual

Sebelum ini saya ada bercerita  tentang ikhlas yakin dan percaya dan diikuti bagaimana wujudnya cinta, Jadi hari ini pula saya ingin berkongsi pula bagaimana untuk berkomunikasi yang seterusnya akan membangkitkan rasa cinta kita kepada ALLAH dan seterusnya mewujudkan sikap ikhlas, yakin dan percaya .

Firman Allah : ” Aku selalu menuruti sangkaan hamba-Ku kepada-Ku. Dan Aku selalu menyertainya ketika ia berzikir kepada-Ku. Dan jika ia ingat kepada-Ku di dalam jiwanya, maka Akupun mengingatnya di dalam Zat-Ku. Dan jika ia ingat kepadaku ditempat ramai, Akupun mengingatnya ditempat ramai yang lebih baik daripadanya. Jika ia mendekat kepada-Ku sejengkal, Aku pun mendekat kepadanya sehasta, jika ia mendekat kepada-Ku sehasta, maka Aku pun ingat kepadanya satu depa. Dan jika ia datang kepada-Ku dengan berjalan, Aku pun akan datang kepadanya dengan berlari cepat “

Hadis diatas sebenarnya memberikan jawapan yang terbaik bagaimana caranya untuk kita berkomunikasi dengan ALLAH. Kita disuruh berzikir atau zikrullah untuk sentiasa mengingatinya. Selain itu bagaimana untuk kita berkomunikasi, sentiasa berbicara pada diri sendiri. Jika selama ini kita lapar, kita hanya bertanya kepada nafsu kita seperti ” Nak makan apa ye hari ni?”, kita tidak pernah tanya Tuhan. Sedangkan siapakah yang memberikan kita rezeki?

Sepatutnya, “ya ALLAH, hari aku nak makan apa ya ALLAH ?”  Sekiranya kita berasa takut, katakan kepada diri Anda Ya ALLAH, aku  rasa  takut ya ALLAH.  Selain itu, sekiranya ingin melakukan sesuatu , minta izin dulu daripada ALLAH. Dari situlah wujudnya komunikasi seterusnya akan membangkitan rasa cinta kita kepada ALLAH.

Mudah bukan ? tidak perlu formal. semakin selalu kita berkomunikasi, semakin cinta kita kepada ALLAH. Anda boleh memulakannya setiap hari  dengan mengucapkan terima kasih atau syukur ketika bangkit daripada tidur.

Berkongsi kegembiraan pembaca blog linncomel

7

Category : Bina Kejayaan, Info, Minda Separa Sedar

Kebelakangan ini, banyak perkara yang membuatkan saya berfikir dan terus berfikir. Semakin saya banyak mendalami ilmu minda semakin banyak kesedaran saya datang tentang kebesaran Al-Quran. Kadangkala saya merasa teramat geram apabila mengetahui banyak ilmu dan buku -buku berkaitan kejayaan dan minda hasil tulisan barat selama ini, sudah ada pun di dalam Al-Quran sejak 1300 tahun dahulu. Mengapa ilmu yang sepatutnya menjadi milik umat Islam, Tetapi dikuasai oleh penganut yang lain. Dimanakah kehebatan kita sebagai seorang muslim?.

Walaupun saya merasakan sedikit kesal dengan senario seperti ini. Namun saya bersyukur, semakin saya mendalami dan membuat kajian tentang minda dan kejayaan, semakin saya kenal siapa diri saya , dimanakah letaknya diri saya sebagai seorang manusia.

Saya sekadar ingin berkongsi kegembiraan seorang pembaca blog yang telah menghantarkan sms kepada saya.

Assalamualaikum Lin, Apa kabar? Akak nak share berita gembira ni, Akak dah dapat taska, mula ambil alih awal Nov, Akak mula amal kaedah Lin mulai april tahun ni. Affirmasi setiap lepas solat. Akak rasa macam tak percaya, dah ada taska. Alhamdulilah.

Tahniah saya ucapkan kepada K.Ita, banyakkan berdoa dan teruskan usaha dengan penuh yakin,takwa, tawakal  dan istiqamah (persistent), kerana itulah formula utama untuk kejayaan.

Semoga dengan kejayaan K.Ita ini dapa menjadi pemangkin untuk K.Ita memperolehi kejayaan yang lebih besar suatu hari nanti.

Alphabet kejayaan peribadi

4

Category : Bina Kejayaan, Minda Separa Sedar

Seorang pakar EQ bernama Patricia Paton memberikan tips untuk pembangunan diri , yang disebutnya alphabet kejayaan peribadi.

  • A:        Accept, Terimalah diri Andaseadanya
  • B:        Believe, Percayalah terhadap kemampuan Anda untuk meraih apa yang Anda inginkan dalam hidup.
  • C:        Care, Peduli  dan ambil berat terhadap  kemampuan Anda untuk meraih apa yang Anda inginkan di dalam hidup.
  • D:       Direct, Arahkan fikiran pada hal-hal positif  dengan tetap berusaha menjadi yang terbaik.
  • E:       Earn, Terimalah penghargaan yang diberikan oleh orang lain dengan tetap berusaha menjadi yang terbaik.
  • F:         Face, Hadapi masalah dengan benar dan yakin.
  • G:        Go, Berangkatlah dari kebenaran.
  • H:        Homework, Pekerjaan rumah adalah langkah penting untuk pengumpulan informasi.
  • I:         Ignore, Abaikan celaan orang yang menghalangi jalan Anda untuk mencapai suatu tujuan.
  • J:         Jealousy , Rasa iri dapat  membuat Anda tidak menghargai kelebihan Anda sendiri.
  • K:        Keep, Teruslah berusaha walaupun Anda berkali-kali menemui kegagalan.
  • L:        Learn, Belajarlah dari kesalahan dan berusaha untuk tidak mengulanginya.
  • M:       Mind, Perhatikan urusan orang sendiri dan jangan menyebar gossip tentang orang lain.
  • N:        Never,  Jangan terlibat skandal seks, ubat terlarang dan alkohol.
  • O:        Observe , Amatilah segala hal di sekeliling Anda. Perhatikan, dengarkan, dan belajarlah dari orang lain.
  • P:         Patience, Kesabaran adalah kekuatan tidak ternilai yang membuat Anda terus berusaha.
  • Q:        Quotation, Pertanyaan diperlukan untuk mencari jawapan yang benar dan menambah ilmu.
  • R:        Respect, Hargailah diri sendiri dan juga orang lain.
  • S:         Self Confidence, self esteem, self respect, Percaya diri, aktualisasi diri, penghormatan diri membebaskan kita dari saat-saat tegang.
  • T:        Take, Bertanggung Jawab atas setiap tindakan Anda.
  • U:        Understand, Pahamilah bahwa hidup ini selalu naik dan turun, namun tidak ada yang dapat mengalahkan Anda.
  • V:        Value, Nilailah diri Anda sendiri dan orang lain, berusahalah melakukan yang terbaik.
  • W:       Work, Bekerjalah dengan giat, dan jangan lupa berdoa.
  • X:        Exttra, Usaha yang lebih keras membawa kejayaan
  • Z:         Zero, Usaha 0 membawa hasil 0

Cinta dan komunikasi

11

Category : Bina Kejayaan, Kecerdasan Spiritual

Jika entry yang lepas, saya berkongsi ilmu yang saya pelajari berkenaan ikhlas , percaya dan yakin datangnya dari perasaan cinta. Hari ini pula saya ingin berkongsi pula dari mana datangnya cinta.

Saya tertarik dengan komen yang dikongsi oleh Saudari Hani tentang perasaan cinta yang hadir , setelah kahwin walaupun perkahwinan tersebut adalah pilihan keluarga. Ini bermakna perasaan cinta itu hadir selepas perkahwinan.

Katakan, Anda berkahwin dengan pasangan yang dijodohkan oleh ibu bapa Anda, malangnya Anda dan pasangan Anda tidak berkomunikasi , tiada pergaulan , adakah itu dapat menimbulkan bibit cinta dan kasih sayang. Sekiranya saya berada di dalam keadaan tersebut, terus terang saya nyatakan bahawa, amat sukar wujudnya perasaan cinta atau kasih sayang. Komunikasi amat diperlukan untuk wujudnya perasaan cinta.

Ada pasangan yang saling jatuh cinta, tanpa melihat wajah, hanya mendengar suara melalui telefon. Ada juga pasangan yang asyik bercinta walau hanya mengenali mereka di ruangan sembang internet. Mengapa wujudnya perasaan cinta tersebut, sudah tentu ianya melalui komunikasi. Betapa besarnya pengaruh komunikasi sehingga menerbitkan perasaan cinta dan kasih sayang.

Walau bagaimana pun, itu perasaan cinta kita sesama manusia. Bagaimana pula untuk kita sebagai hamba mencintai ALLAH yang maha pengasih dan maha penyayang. Bagaimana pula untuk kita membalas cinta ALLAH yang sentiasa mencintai makhluknya walau pelbagai perkara dan kesilapan yang mahkluknya telah lakukan. Ya, ianya juga melalui komunikasi. Tetapi bagaimana pula untuk kita berkomunikasi dengan ALLAH?.

Tetamu Yang Tidak Diundang

7

Category : Motivasi, Petua & Tips

Beach in Anda, Bohol

Image via Wikipedia

Bersua kembali dalam Bicara Selasa . Saya Raymond Chua dari blog Law of Attraction dan pada minggu ini, kita akan kaji cara-cara untuk menangani isu masalah yang tidak diundang ke dalam kehidupan kita.

Masalah memang tidak dapat dielakkan dalam kehidupan kita. Hanya orang bukan hidup sahaja yang tidak mempunyai masalah. Kita tidak dapat menghapuskan masalah tersebut tetapi kita dapat mengubah persepsi kita terhadap masalah yang dihadapi.

Izinkan saya untuk memberi satu contoh. Katakan anda ingin keluar membeli belah dengan kawan-kawan anda dan anda begitu ghairah sekali memikirkan benda-benda yang ingin anda beli.

Pada ketika anda ingin keluar dari rumah anda, tiba-tiba, hujan turun dengan lebat. Keghairahan anda ghaib serta merta dan mungkin anda sedang marah-marah memikirkan masalah hujan ini yang merosakkan aktiviti harian anda yang sepatutnya sesuatu yang menggembirakan.

Kita tidak dapat mengawal cuaca tetapi kita dapat mengawal minda serta pemikiran kita. Kita boleh mengubah perspektif kita. Fikirkan apakah yang akan terjadi sekiranya hujan tidak turun. Negara kita akan dilanda kamarau dan semua hidupan akan mati.

Apabila kita menyedari akan kepentingan hujan, kita akan mula berasa bersyukur atas nikmat hujan yang dikurniakan. Masalah yang kita hadapi tadi bukan lagi suatu masalah sebaliknya ia melambangkan nikmat yang diberikan oleh tuhan.

Apabila kita mengubah persepektif kita, kita akan dapat mengubah sesuatu situasi.

Masalah boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu masalah dalaman dan luaran. Masalah dalaman adalah masalah yang berpunca daripada diri anda sendiri manakala masalah luaran pula ialah masalah daripada orang lain.

Dalam artikel ini, saya akan bincangkan tentang masalah luaran sahaja. Masalah luaran ialah masalah yang dikongsikan oleh orang lain kepada anda.

Ia biasanya datang daripada ahli keluarga, kawan-kawan, rakan sepejabat, saudara mara dan sebagainya.

Jerat maya

Terdapat satu jerat yang tersebunyi semasa anda menolong orang lain menyelesaikan masalah mereka. Jerat itu bukan dipasang secara sengaja tetapi ia wujud dalam setiap masalah yang dikongsikan kepada anda.

Semsa anda menolong orang lain dengan masalah mereka, anda mungkin akan dihantui dan dipengaruhi oleh masalah tersebut. Jerat ini bukan sahaja tidak dapat menyelesaikan masalah tersebut tetapi ia menarik anda ke dalam masalah tersebut.

Masalah tersebut terjangkit kepada anda dan anda mungkin akan mengjangkitkan masalah tersebut kepada orang lain. Masalah terbebut akan bertindak sebagai virus.

Adakah saya bermaksud anda tidak sepatutnya menolong orang lain? Tidak sama sekali! Anda boleh dan patut menolong orang lain yang berada dalam kesusahan tetapi jangan biarkan diri anda dipengaruhi oleh masalah tersebut.

Jika kawan anda berasa sedih, anda boleh cuba memahami perasaannya dahulu dan kemudiannya merintisnya ke arah kegembiraan dengan menunjukkan kepadanya pelbagai keindahan serta orang yang baik-baik di dunia ini.

Bukannya membiarkan diri anda bersedih dengan kawan anda. Sebab ini akan merumitkan lagi keadaan dan tidak dapat menyelesaikan masalah tersebut.

Dia tak nak dengarlah

Satu lagi masalah ialah apabila anda cuba menolong orang lain, mereka tak nak dengar nasihat anda. Apabila orang yang anda cuba tolong tidak mengendahkan nasihat anda, anda mungkin mula berasa kurang selesa dan tertekan. Anda tidak faham mengapa mereka begitu degil.

Secara tidak langsung, anda telah mencipta masalah kepada diri anda sendiri.

Ingat ini:

Kita tidak dapat menolong orang lain sekiranya dia tidak berniat untuk menolong diri sendiri.

Salah satu hukum dalam alam semesta ini ialah Hukum Cinta (the Law of Love). Hukum cinta mengatakan bahawa kita tidak seharusnya memaksa sesuatu keadaan mengikut kehendak kita.

Kita perlu belajar untuk menghormati sesuatu keadaan serta keputusan seseorang dan bukan memaksa orang tersebut untuk mengubah fikirannya mengikut acuan kita.

Kita cuma dapat memberi nasihat sahaja. Sama ada mereka menerimanya atau tidak, terpulanglah kepada mereka.

Apabila anda telah belajar untuk menerima sesuatu keadaan tanpa memaksanya, anda tidak akan berasa tertekan dan tidak selesa lagi. Ia dapat menghindarkan perasaan benci kepada orang tersebut.

Saya telah menolong ramai orang. Ada yang mengambil nasihat saya dan mengubah hidup mereka dalam masa yang singkat. Ada yang super degil dan berasa lebih selesa untuk melekat bersama masalah mereka kerana masalah tersebut membuatkan mereka berasa lebih disayangi oleh orang lain. Ada pula yang merasakan diri mereka sudah pandai dan asyik mengatakan bahawa masalah mereka tidak dapat diselesaikan dengan cara-cara mudah yang saya syorkan.

Saya menerima semua kemungkinan ini. Jika seseorang itu perlukan pertolongan saya, saya akan teruskan usaha saya. Jika seseorang tersebut tidak memerlukan pertolongan saya atau degil dengan sikap mereka, saya tidak perlu berasa tertekan. Saya akan menggunakan masa yang berharga ini untuk menolong lebih ramai orang yang memerlukannya. (seperti menulis artikel ini)

Selepas anda telah menangani masalah yang tidak diundang ini anda telah bersedia untuk menjemput rezeki kedalam hidup anda. Jika anda telah mempunyai ebook Magnet Rezeki, saya cadangkan anda bacanya sekali lagi.

Kalau anda belum dapatkan salinan anda, klik sini untuk mendapatkannya.

Saya telah mengesyorkan cara-cara untuk menangani masalah dan menjemput rezeki ke dalam hidup anda. Anda boleh menerima dan mengaplikasikannya, mengendahkannya, melupakannya dan menertawakannya.

Tak kira apa jua keputusan anda. Saya tetap menghormatinya. Hidup ini milik anda dan keputusan anda tidak langsung mempengaruhi hidup saya.

Selamat menjemput rezeki,

Raymond Chua

P.S. Dapatkan podcast financial blueprint anda di sini !

P.P.S. Nak belajar cara-cara untuk menjemput rezeki ke dalam kehidupan anda? klik sini .