Bertemu kembali dalam Bicara Selasa . Seperti biasa, saya Raymond Chua dari blog Attracting Your Goals dan dalam Bicara Selasa minggu ini, saya ingin berkongsi sedikit idea dengan anda semua cara-cara untuk memulakan perniagaan tanpa modal dan pengalaman.
Walaupun saya belum lagi menjadi seorang billionaire yang berjaya, namun saya kerap ditanya tentang cara-cara untuk memulakan pernigaan.
Nak mulakan suatu perniagaan bukannya suatu perkara yang sukar. Cabarannya terletak dalam keadaan di mana seseorang itu langsung tidak mempunyai modal dan pengalaman.
Wah, macam mana ya!
Jangan bimbang. Dalam artikel minggu ini, saya akan berikan anda sedikit petunjuk. (Jangan harap yang senang-senang tau)
Jika anda harapkan sesuatu yang senang seperti membuka peti dan tunggu syiling emas jatuh dari langit, maaflah, saya mungkin akan mengecewakan anda pada hari yang indah ini.
Kalau anda nak mulakan perniagaan (yang berjaya), anda perlukan usaha, kecekalan dan semangat yang kental.
Untuk memulakan satu perniagaan tanpa pengalaman dan lebih teruk lagi, tanpa sebarang modal, anda boleh mulakannya dengan makan gaji dahulu.
Terdapat 2 kebaikan untuk memulakan perniagaan dengan makan gaji dahulu. Pertama anda dapat mengumpul modal bagi perniagaan anda dan kedua, anda boleh mendapat banyak pengalaman.
Jika anda ingin membuka sebuah tadika, anda boleh memohon untuk menjadi seorang guru tadika dahulu. Dengan menjadi guru tadika, anda boleh mendapat latihan percuma, anda akan bejalar tentang psikologi kanak-kanak, cara-cara berkomunikasi dengan para ibu-bapa, sistem penyeliaan dan sebagainya.
Memandangkan tujuan utama anda adalah untuk membuka tadika sendiri, janganlah jadi macam guru-guru yang lain.
Selepas masa kerja, bantulah siapa-siapa yang perlukan bantuan (terutamanya pengetua). Jangan berkira sangat. Jangan bekerja semata-mata untuk wang sahaja. Bekerja untuk ilmu dan pengalaman juga.
Semankin banyak kerja yang anda lakukan, semankin banyak ilmu dan pengalaman yang anda timba. Bantulah pemilik tadika tersebut untuk melakukan kerja-kerja perakaunan, pendaftaran, hiasan, dan sebagainya.
Jika anda dapat melakukan semua ini, saya yakin bahawa anda akan dinaikkan pangkat dengan cepat. Bila pangkat anda dinaikkan, tanggungjawab anda semankin berat.
Anda akan mula diberikan tugas baru dan dari situlah anda boleh menimba ilmu baru tentang pengurusan dan pemasaran. Mungkin anda akan kerap berkunjung ke jabatan pendidikan dan dari situ mungkin anda dapat mengenali beberapa orang pegawai yang boleh membantu anda memulakan perniagaan kelak.
Ini merupakan cara yang terbaik untuk belajar sesuatu perkara. Bayangkan anda dibayar untuk belajar. Bertapa untungnya anda.
Apabila tiba masanya, apabila anda merasakan bahawa ilmu serta pengalaman anda sudah mencukupi, anda bolehlah memulakan tadika sendiri dengan wang simpanan (daripada gaji) anda.
Kalau kurang sedikit, anda boleh mendapatkan pinjaman dari bank. Kalau tak cukup lagi, jangan bimbang, anda boleh mencari seorang rakan kongsi yang mempunyai wang untuk melabur dalam perniagaan anda.
Dia mempunyai wang dan anda mempunyai pengalaman. Jadi bolehlah anda berdua (atau bertiga, atau berempat … ) memulakan perniagaan sendiri dan bahagikan keuntungan seperti mana yang dijanjikan.
Bila dah untung banyak nanti, anda bolehlah buka tadika yang kedua di lokasi anda atas nama anda sendiri.
Saya menggunakan tadika sebagai contoh sahaja. Anda boleh mengaplikasikan teknik ini untuk sebarang bentuk perniagaan. Semankin besar perniagaan yang anda idamkan, semankin banyak perkara yang perlu dipelajari.
Jika anda nak buka gerai menjual kuih di tepi jalan sahaja, itu lebih mudah. Anda cuma perlu belajar cara-cara membuat kuih ataupun tempah dari pembekal sahaja. Lepas itu, anda perlu beli beberapa bekas untuk mengisi kuih, meja, kerusi, beg plastik dan segala keperluan dan tada … boleh mula berniaga.
Untuk perniagaan kecil ini, anda tidak perlu tahu pasal perakaunan, cara menggaji pekerja, buat pemasaran yang hebat dan menyimpan rekod.
Saya berharap artikel ini dapat membantu anda memulakan perniagaan sendiri. Dengan ini tiadalah alasan untuk tidak memulakan perniagaan.
Kalau anda sudah memiliki ebook Magnet Rezeki, bacalah buku tersebut semula untuk mendapatkan cara-cara menjemput lebih banyak rezeki. Teknik-teknik tersebut dapat membantu anda mengatasi pesaing-pesaing anda. Yang belum ada ebook Magnet Rezeki, bolehlah dapatkan di sini .
Selamat berniaga,
Raymond Chua
P.S. Dapatkan podcast financial blueprint anda di sini !
P.P.S. Nak belajar cara-cara untuk menjemput rezeki ke dalam kehidupan anda? klik sini .