Bersua kembali dalam Bicara Selasa bersama saya, Raymond Chua dari blog Law of Attraction . Ini merupakan artikel terakhir yang akan saya tulis dalam Bicara Selasa bagi tahun ini.
Sekelip mata sahaja dah sampai ke penghujung tahun dan saya berharap matlamat anda bagi tahun ini dah tercapai semuanya.
Dalam Bicara Selasa minggu ini (dan tahun depan), saya akan berkongsi sedikit tentang masalah yang mungkin anda dihadapi dengan Law of Attraction dan cara-cara untuk mengatasinya.
Ingatkah anda akan percikan harapan yang timbul semasa anda menonton filem The Secret ? Saya masih lagi ingat dengan jelas harapan yang memenuhi hati saya. Seolah-olah YA! Akhirnya aku telah menemui rahsia bagi kejayaanku.
Jika anda ada membaca artikel-artikel saya yang lepas, saya telah menonton filem The Secret melebihi 200 kali (dan itu bukan ukuran ilmu saya). Tak pernah saya menonton sesebuah wayang sebegitu banyak kali tanpa jemu.
Setiap kali saya menontonnya, pasti ada sesuatu idea yang timbul dan ada ilmu baru yang ditimba.
Akan tetapi selepas beberapa ketika, anda mula nampak halangan-halangan yang muncul dan berapa ramaikah di antara anda yang mula mengucapkan ayat-ayat ini:
- Law of Attraction berkesan bagi orang lain tetapi tidak bagi saya.
- Law of Attraction kadang-kadang berkesan-kadang-kadang tidak
- Alam ini macam mempunyai prasangka terhadap saya.
- Saya telah berusaha, berusaha dan berusaha dengan keras tetapi perkara yang saya inginkan masih tidak menjadi.
Itulah tujuan siri artikel ini iaitu untuk menjawab persoalan-persoalan di atas.
Jangan bimbang. Anda tidak keseorangan. Lebih daripada 95% daripada penduduk dunia ini mempunyai masalah yang sama.
Seperti perkara-perkara yang lain, kita perlu banyak berlatih untuk menjadi hebat dalam sesuatu perkara. Misalnya berbasikal. Kita bukannya pandai berbasikal dengan hanya memerhati orang lain berbasikal ataupun, menonton video tentang cara-cara berbasikal ataupun membaca buku panduan berbasikal.
Sumber-sumber di atas mungkin berguna tetapi kita masih lagi kena berlatih berbasikal.
Semankin banyak kita berlatih, semankin pandai kita berbasikal sampai ada yang boleh berbasikal tanpa tangan, berbasikal sambil manjawab panggilan telefon ataupun sambil berpayung pada waktu hujan, berbasikal satu roda dan sebagainya.
Jangan berasa hampa apabila gagal. Apabila kita berasa hampa, kita akan menarik perkara-perkara yang negatif kepada kita.
Ini merupakan satu siri artikel dan di dalam artikel-artikel yang akan datang saya akan dedahkan 3 tip kepada anda supaya anda tidak lagi berasa hampa terhadap Law of Attraction dan berhenti merayu kepada alam ini kerana anda akan mula tahu menarik perkara-perkara yang anda inginkan kepada anda.
Nantikan artikel-artikel yang akan datang,
Raymond Chua
P.S. Dapatkan podcast financial blueprint anda di sini !
P.P.S. Nak belajar cara-cara untuk menjemput rezeki ke dalam kehidupan anda? klik sini .