Sukar menarik pelanggan dan perniagaan?

6

Category : Minda Separa Sedar

Hari ini saya tertarik untuk menjawab soalan yang telah dihantar ke email saya. Seperti biasa saya tidak akan menjawab secara personal melalui email, kerana saya sebolehnya tidak akan berulangkali menjawab soalan yang sama Soalannya agak menarik.

Bagaimana cara kita nak cari magnet yg berlainan kutub ( pelanggan ) yang benar berminat dgn perniagaan kita?

Kita mempunyai minda sedar sejak kita berumur 7 tahun hingga sekarang.  Setiap hari kita berfikir menggunakan minda sedar minimum 50,000 kali. Jadi katakan ketika ini anda berumur 31 tahun  anda boleh membuat pengiraan seperti di bawah

31-7=24, 31 adalah umur anda  dan ditolakkan 7 tahun, Mengapa perlu ditolakkan selama 7 tahun kerana ketika umur anda berusia sehari sehingga 7 tahun, anda hanya menggunakan minda separa sedar. Ketika ini anda masih belum tahu bagaimana untuk berfikir dengan menggunakan minda sedar.

Jadi umur anda menggunakan minda sedar adalah 24 tahun dan di darabkan dengan 365 hari, dan di darabkan dengan jumlah minimum anda berfikir setiap hari iaitu 50,000.

Formula pengiraannya ialah 24 x 365 X 50000= 438,000000. Selama hidup anda ketika berusia 31 tahun, anda telah berfikir menggunakan 438,000000 kali. Malangnya daripada jumlah yang anda fikirkan tersebut, 80% adalah negatif.Kita lebih banyak berfikiran negatif daripada positif. 80% yang terbentuk inilah yang dikatakan ego yang ada pada diri kita.

Jadi sekiranya anda menggunakan minda sedar dalam kehidupan anda, ini bermakna anda menggunakan frekuensi gelombang beta dalam kehidupan anda. 80 %  fikir negatif ini bermakna gelombang beta mempunyai caj yang negatif.

Untuk pengetahuan anda, duit, perniagaan, pelanggan berada pada frekuensi gelombang beta. Ini bermakna duit, perniagaan dan pelanggan mempunyai caj negatif. Jadi sekiranya minda ada berada pada gelombang beta, ini bermakna anda juga mempunyai caj yang negatif. Anda negatif, duit atau perniagaan anda negatif, sudah tentu anda tahu apa hasilnya, negatif dan negatif sudah tentu hasilnya negatif.

Anda tidak dapat mengubah caj duit atau pelanggan anda daripada negatif kepada positif. Tetapi anda boleh mengubah diri anda dengan menurunkan frekuensi gelombang anda, bukan setakat alpha malahan sehingga theta atau delta. Semakin rendah gelombang minda anda, semakin kuat daya tarikan magnet rezeki anda.

Saya harap dengan penjelasan ringkas ini akan dapat membantu anda untuk untuk  menjawab mengapa anda amat sukar untuk menjadi magnet rezeki.

Satu Lagi Tip Untuk Mengelakkan Penangguhan

4

Category : Petua & Tips

Dalam Bicara Selasa yang lepas , kita telah belajar mengenai bahaya penangguhan, akibat penangguhan serta tip-tip untuk mengelakkan penangguhan iaitu dengan menetapkan satu tarikh dan masa secara spesifik dan jika anda berjaya melakukannya, berikan ganjaran kepada diri anda untuk “menggembirakan” minda separa sedar anda supaya ia akan terus mengelakkan penangguhan dan membawa anda kepada kejayaan.

Kepada pelawat yang baru tiba ke blog ini, selamat datang. Saya Raymond Chua dari blog Law of Attraction dan dalam Bicara Selasa minggu ini, saya akan kongsikan satu lagi tip yang dapat mengelakkan penangguhan dengan berkesan.

Dalam tip hari ini, anda perlukan sebuah diari ataupun sekurang-kurangnya sebuah buku nota.

Seperti biasa, diari mempunyai tarikh, betul tak? Jika diari anda tidak ada tarikh, jangan nangis, tulislah sendiri. Jika anda belum ada diari, tanya tengok saudara-mara anda ataupun kawan-kawan anda ada diari yang berlebihan tak. Kalau tak ada, belilah satu kerana diari (sebuah buku latihan pun sudah memadai) yang nampak remeh ini telah banyak menyumbang kepada kejayaan saya.

Baiklah, jadi sekarang dah ada diarikan? Mari kita mulakan.

Di dalam diari anda, tuliskan perkara perkara yang MESTI anda lakukan setiap hari, dari pagi hingga malam.

Buat perancangan ini setiap malam. Misalnya malam ini anda buat perancangan untuk hari esok.

Perancangan anda tidak semestinya formal. Anda boleh tulis perancangan anda mengikut kehendak anda. Salah tatabahasa ataupun campur-campur bahasa pun tak apa. Janji anda faham apa yang ditulis.

Contoh:

24 Feb 2009, Selasa

7:00 – Pergi joging

8:00 – Tulis dan post artikel Bicara Selasa – tip elak penangguhan

9:00 – Siap sedia emel bagi pelancaran Intuition Zone dan check komisyen jualan bagi setiap akaun.

10:00 – Periksa dan reply emel

12:00 – Sediakan kerja untuk pembantu saya.

13:00 – Makan tengah hari

14:00 – lawat blog dan forum

15:00 – merakam, edit dan upload video untuk melatih affiliate

17:00 – siram bunga

17:30 – membaca buku/ebook Magnet Rezeki – ingat tulis nota

19:00 – Makan Malam (sambil baca buku)

20:00 – buat marketing dan link building

21:00 – Buat meditasi

22:00 – Buat Joint venture

00:00 – Tulis perancangan untuk hari esok, buat affirmasi dan tidur

Selepas anda menulis perancangan tersebut, pastikan anda mengikutnya (bukan sekadar menulis sahaja). Jika saya telah merancang untuk memeriksa emel sehingga pukul 12 tengah hari sahaja. Saya akan pastikan bahawa saya mengikut jadual tersebut.

Apabila sudah sampai masanya, saya akan berhenti tak kira saya sudah siap memeriksa emel-emel tersebut atau tidak dan terus beralih kepada tugas yang seterusnya iaitu, menyediakan tugas bagi pembantu saya.

Disiplin adalah amat penting dalam proses ini. Jika saya tidak ada disiplin, saya akan terus periksa emel sampai lewat petang dan menangguhkan kerja-kerja yang lain.

Jika anda tidak dapat melatih disiplin anda, maka lupakan sahajalah impian anda kerana ia hanya akan kekal sebagai satu impian sahaja. Untuk berjaya, anda perlukan disiplin.

Cuba aktiviti ini untuk sehari dan lihat kesannya. Lihat berapa banyak tugas yang dapat anda lakukan. Dari situ, anda dapat merasakan kehebatan teknik ini.

Selamat mencuba dan jangan lupa untuk kongsikan hasilnya di ruang komen.

Jangan tangguh lagi,

Raymond Chua

P.S. Dapatkan podcast percuma “financial blueprint” anda di sini !

P.P.S. Nak tips-tips lain untuk mencipta kejayaan? klik sini .

bengkel Cinta hakiki, satu perjalanan spiritual yang terindah

5

Category : Seminar, Seminar/kursus

Sebenarnya hari ini ,niat saya untuk berkongsi satu audio yang boleh membantu anda berada pada gelombang alpha. Malangnya disebabkan ada perkara yang perlu saya perbaiki, jadi saya tangguh dulu, niat tersebut, insyaALLAH saya akan berkongsi bersama anda dalam beberapa hari lagi.

Hari ini saya sekadar ingin mengumumkan, bahawa dr Azhar akan mengadakan bengkel Cinta hakiki, satu perjalanan spiritual yang terindah yang merungkaikan rahsia meditasi dalam solat.

Bengkel tersebut akan diadakan pada 7 dan 8 mac 2009. Sekiranya anda mendaftar sekarang yuran yang dikenakan  ssebanyak RM370. Untuk keterangan lanjut, anda boleh menghubungi:

  • En. Zairos -0162577311
  • Mar-0163977311
  • Tina-0163915311
  • Wan-0175760311

Anda juga boleh melawat blog Dr. Azhar

http://soulpower-kuasajiwa.blogspot.com/

d + u +t³+ i = k (d=doa)

2

Category : Bina Kejayaan, Minda Separa Sedar, spiritual, Zero mind process

Jika sebelum ini saya ada berkongsi apakah d dan u dalam formula d + u +t³+ i = k,Hari ini saya ingin sentuh sedikit berkenaan doa iaitu huruf ‘d’ yang ada pada formula kejayaan ini.

Mengapa setiap perkara yang kita lakukan, kita perlu mendahuluinya dengan doa? Satu perkara penting yang saya pasti anda sudah tahu, dan ingin saya nyatakan semula di blog ini, bahawa apa jua perkara dan benda yang wujud di atas muka bumi ini ada pemiliknya. Dan kita juga tahu pemilik siapa pemilik utamanya iaitu ALLAH yang maha memiliki segalanya. Dan kita adalah hamba. Saya tertarik dengan perkongsian yang diberikan oleh guru saya Dr. Azhar, beliau mengatakan bahawa iblis adalah lebih hamba daripada manusia, mengapa? kerana sebelum iblis menyesatkan manusia, iblis meminta kebenaran terlebih dahulu daripada ALLAH. Mungkin anda boleh semak balik cerita, ketika ALLAH menginginkan Iblis itu tunduk kepada nabi Adam.

Tetapi kita sebagai manusia, adakah kita meminta kebenaran terlebih dahulu daripada ALLAH, ketika ingin melakukan sesuatu? . Anda ingin makan, adakah anda meminta izin daripada ALLAH, Ketika anda ingin keluar berniaga dan bekerja adakah anda meminta izin daripada ALLAH. Tidakkah kita sedar, ketika kita ingin makan, kita menggunakan tangan yang sebenarnya adalah milik ALLAH, kita menggunakan gigi untuk mengunyah dan tenaga yang semuanya adalah hak ALLAH. Betapa kurang ajarnya kita sebagai manusia.

Begitu juga ketika ingin keluar bekerja dan berniaga, semuanya kita menggunakan segala yang menjadi milik ALLAH, malah wang atau pendapatan yang kita miliki adalah milik ALLAH. Tetapi sedarkah kita, walaupun betapa kurang ajarnya kita kepada ALLAH, ALLAH tidak pernah melupakan kita, malah masih memberikan rezeki yang kita inginkan, masih juga mengkabulkan segala apa yang kita inginkan. Itulah ALLAH yang maha pengasih, maha penyayang , maha pemberi rezeki dan memiliki segalanya.

Kembali pula kepada tajuk kita iaitu Doa. Mengapa kita perlu berdoa, ini kerana doa adalah niat, doa adalah otak ibadah, doa juga adalah senjata orang mukmin, doa juga ibu segala takdir dan doa adalah kunci kepada segalanya.

Sekiranya anda faham, apakah ia law of attraction atau hukum tarikan, saya juga yakin anda juga tahu mengapa doa itu dikatakan sebagai ibu, senjata, kunci kepada segalanya. kerana LOA dan doa adalah dua perkara yang sama.

Saya tidak ingin berkongsi dengan lebih lanjut buat masa sekarang, insyaALLAH saya akan berkongsi dengan lebih lanjut tentang doa untuk artikel yang akan datang. InsyaALLAH.

Alfatihah untuk saudara Badruzzamani

7

Category : Info

Alhamdulillah, Terima kasih kepada ALLAH kerana semalam, bapa saudara saya telah selamat menjalani pembedahan. Terima kasih kepada para pembaca yang mendoakan keselamatan dan kesihatan kepada bapa saudara saya. Sekarang beliau telah mendapat rawatan rapi di ICU. Dr. yang menjalankan pembedahan mengatakan ini satu keajaiban dan beliau memuji kekuatan semangat dan mental beliau.

Namun begitu, semalam saya ada menerima berita yang amat menyedihkan. Selepas menerima berita tentang kematian sahabat maya saya iaitu saudara Badruzzamani Azmi. Arwah adalah sahabat yang saya kenali di dunia maya, dan seorang OKU yang bersemangat kuat dan tabah. Beliau telah menghembuskan nafas terakhir pada malam sabtu yang lepas 14/2/2009.

Kali terakhir saya berbicara dengan beliau di laman sembang, pada januari yang lalu, ketika itu beliau bercerita tentang pembedahan yang beliau jalani. ALLAH lebih menyayangi beliau. Beliau yang saya kenali adalah seorang yang mempunyai semangat yang kuat, tabah dan sentiasa tenang dalam mengharungi kehidupan. Kekentalan semangat beliau, benar-benar mengkagumkan saya dan beliau adalah OKU yang sentiasa kuat berusaha untuk berjaya. Semoga rohnya berada dikalangan umat yang soleh. Alfatihah untuk arwah!