Mengarang Impian Anda

13

Category : Petua & Tips

Awakening...!!!Image by Denis Collette…!!! via Flickr

Salam sejahtera kepada semua. Dalam Bicara Selasa minggu ini, saya ingin kongsikan satu tip ataupun petua yang amat berguna dengan anda.

Anda telah pun tahu akan kuasa visusalisasi dan bagaimana ia mencipta realiti kita.

Akan tetapi ada pula segelintir yang memberitahu saya tentang kesukaran mereka untuk melahirkan perasaan ghairah mereka semasa melakukan visualisasi.

Dengan kata lain, mereka tidak dapat merasakan impian mereka sebenar-benarnya semasa melakukan visualisasi.

Saya berharap dengan tip yang saya kongsikan pada hari ini, masalah ini dapat diatasi (dengan mudah).

Teknik ini dipanggil, “Mengarang Impian Anda”

Dalam teknik ini, anda bukan sahaja perlu menulis impian anda tetapi menggambarkannya setepat mungkin.

Berikut adalah contohnya:

Dalam perjalanan ke pejabat, saya dapat merasakan suatu perasaan yang tidak dapat digambarkan. Akan tetapi, saya dapat merasakan bahawa ia merupakan suatu perkara yang baik.

Jantung saya berdengup kencang dan saya tersenyum tanpa sebab. “Apa yang tak kena dengan aku ni?” ku tanya kepada diriku sendiri.

Sekarang saya sudah pun berada di pejabat dan sebelum saya sempat duduk di tempat duduk saya, saya dipanggil untuk berjumpa dengan majikan yang berada di pejabatnya.

Oh, sungguh tidak disangka. Saya telah dinaikan pangkat. Identiti saya tiba-tiba berubah. Apakah aku ni sedang bermimpi? Aku dinaikan pangkat untuk menjadi pengurus syarikat ini. Impianku selama ini tercapai. Syukur.

Hidup aku berubah. Sekarang aku sudah mempunyai tempat letak kereta yang “special”. Berteduh. Tak payah jalan jauh lagi. Lot tempat kereta tersebut mempunyai papan tanda kecil yang tertulis, “PENGURUS” dan tiada siapa pun yang boleh meletakkan keretanya di sini selain aku.

Aku mula sibuk sekarang sebab nak pindahkan barang-barang aku dari satu “cubicle” yang kecil ke ruang pejabat yang besar. Dah lama saya tidak mengemaskan fail-fail tersebut. Inilah peluangnya.

Oh ya! Ada seperkara yang penting yang perlu saya lakukan dengan segera. Saya segera capai gagang telefon dan menempah satu papan plastik yang bertulis “Pengurus – Raymond Chua” untuk dilekatkan pada hadapan pintu pejabat saya.

Walaupun teringin sangat untuk memberitahu ahli keluarga saya tentang kenaikan pangkat ini, namun saya batalkan niat tersebut kerana ingin memberikan satu kejutan kepada mereka.

Dengan kenaikan gaji ini, dapatlah saya membawa anak dan isteri saya untuk bercuti di Australia pada cuti penggal yang akan datang.

Lamunan saya ghaib apabila telefon bimbit saya berbunyi. Itu ialah panggilan daripada broker saham saya. Menurutnya, saham yang saya labur 2 bulan yang lepas telah memberikan pulangan 20 ganda.

“JUAL!” kata saya dengan penuh keghairahan. Dengan keuntungan ini, dapatlah saya membayar pinjaman rumah serta kereta saya. Rezeki datang melimpah-limpah …

(Saya berhenti di sini sahajalah. Nanti jadi ebook pula)

Itulah contohnya di mana anda menulis dengan spesifik perkara-perkara yang anda inginkan. Anda tidak perlu menjadi penulis yang terkenal untuk menulis impian anda. Janji anda faham apa yang dituliskan.

Jangan bimbang tentang kesalahan ejaan ataupun kesalahan tatabahasa. Yang penting, aktiviti ini dapat melahirkan perasaan ghairah untuk mencapai impian anda.

Ini merupakan aktiviti visualisasi yang berkeamatan tinggi. Jika anda melakukan aktiviti ini setiap hari, saya amat yakin bahawa hidup anda pasti akan berubah.

Kita jumpa lagi dalam Bicara Selasa minggu depan.

Selamat mengarang,

Raymond Chua

P.S. Dapatkan podcast percuma “financial blueprint” anda di sini!

P.P.S. Hendak mengubah hidup anda? Klik sini.

Pemenang cabaran lift, tangga dan eskalator ialah..

13

Category : Info

Alhamdulillah, bertemu kita lagi hari ini, pertemuan yang dihubungkan oleh blog ini, walaupun hanya secara maya, namun ianya memberika erti yang mendalam kepada diri saya.

Sebelum itu, sedikit pengumuman saya ingin nyatakan disini. Baru sebentar tadi saya menutup ruangan komen bagi satu cabaran yang meminta anda memberikan komen tentang yang manakah pilihan anda di antara tangga, lift dan eskalator. Ini bermakna cabaran tersebut telah berakhir pada hari ini.

Jadi hari ini saya akan mengumumkan siapakah pemenang cabaran tersebut. Dengan ini, diumumkan pemenang bagi cabaran tersebut ialah….semua individu yang memberikan komen bagi tajuk artikel itu.

Tahniah saya ucapkan kepada semua pemenang iaitu, saudara Redha, Normala Shamsudin, Syiera, alfarabius, faznuha, sueria, Noria, Azlin Yusof, Ishaq, Mie Pekan, Omecool20, Hanum dan Man Tanjung. Tahniah kepada semua pemenang

Jadi jika anda merasakan anda adalah pemilik nama-nama berkenaan dan merasakan anda telah memberikan komen, atau anda telah meninggalkan komen dan nama anda tidak saya nyatakan di atas. Sila emailkan alamat anda kepada saya  linncomel@gmail.com untuk saya mengirimkan hadiah kepada anda.

Hadiah yang akan anda terima daripada saya ialah:

Buku hasil terjemahan dari bahasa Indonesia kepada bahasa Melayu yang dikeluarkan oleh Kumpulan PTS.

Kepada semua pemenang, anda adalah pemenang yang utama. Setiap pendapat yang anda berikan adalah benar menurut apa yang anda fikirkan. Jadi dengan ini saya menganggap anda semua adalah pemenang. Terima kasih atas perkongsian yang anda berikan. Terima kasih kerana sanggup memberikan perkongsian hebat daripada anda.

Tahniah atas kejayaan anda, selamat berjaya kepada pemenang dan semua pembaca.

sekadar celoteh biasa

1

Category : Info, Minda Separa Sedar

Dua hari lepas saya menerima sms yang dihantar oleh makcik saya memberitahu bahawa keluarganya akan datang ke Kuala Lumpur dan berhajat untuk datang dan tinggal 2 hari di rumah saya iaitu hari ini (sabtu) dan esok, dan bertanya adakah saya ada di rumah.

Apa yang datang dalam kepala saya, “alamak! macam mana nak pergi seminar ahad ini, gelisah saya rasakan untuk memberikan jawapan yang saya inginkan, iaitu bahawa saya akan menghadiri seminar rawatan Islam pada ahad ini.

Selepas puas berjalan mundar-mandir dalam rumah dan berfikir, akhirnya saya mengambil keputusan untuk menangguhkan hajat saya untuk ke seminar rawatan islam tersebut buat sementara waktu, kerana memikirkan mungkin makcik saya dan keluarganya datang dari jauh mengalami kesukaran untuk mencari tempat tinggal. Tak apalah, mungkin rezeki saya untuk ke seminar tersebut belum ada. InsyaALLAH satu hari nanti pasti ada peluang lagi untuk menghadiri seminar.Lagipun bukankah kedatangan tamu ke rumah kita adalah rezeki dan banyak pahala yang diperolehi sekiranya menerima dan melayan tetamu dengan ikhlas.

Jadi saya terus menghubungi makcik saya, memberitahu yang saya ada dirumah pada hari ini dan esok, bolehlah makcik saya sekeluarga datang kerumah saya.

Pada keesokan harinya iaitu semalam, saya menghubungi ustaz syakirin (penceramah) memberitahu bahawa saya tidak dapat menghadiri seminar beliau, namun saya akan meluangkan sedikit masa saya ke UM untuk membeli buku hasil tulisan beliau dan juga atar kasturi yang dijual oleh beliau, sekiranya sempat selepas keluarga makcik saya pulang. Apa pun saya perlu ke tempat seminar tersebut, sebelum pukul 5. Harapan saya semoga diberikan kesempatan masa dan rezeki untuk singgah sekejap ke seminar tersebut.

Mengapa saya teringin sangat untuk memiliki atar kasturi yang dijual oleh ustaz syakirin tersebut? Sebenarnya saya teringin sangat menghidu wanginya kasturi, kerana seingat saya, saya belum pernah mengenali bagaimana harumnya kasturi. Mungkin sebelum ini, saya pernah menemuinya tetapi tidak mengambil kisah tentangnya.

Segala keinginan ini datang selepas membaca hadis ini,

Dari Abu Hurairah ia berkata bahawa para sahabat pernah memohon kepada Rasulullah SAW supaya ia menceritakan tentang bangunan syurga. Maka baginda bercerita; sesungguhnya bangunan syurga itu lantainya dibuat dari emas dan perak, batunya dari mutiara dan yakut, lumpurnya dari kasturi, sedangkan tanahnya dari zakfaran. Barangsiapa yang masuk ke dalamnya akan selalu merasa nikmat dan tidak pernah merasa puas.

Rasulullah SAW melanjutkan ceritanya kembali, bahawa bumi syurga itu warnanya putih, batu halamannya dari kapur barus dikelilingi oleh kasturi seperti bukit pasir. Padanya terdapat sungai-sungai yang mengalir, sedangkan semua ahli syurga berkumpul baik yang meninggal dunia dahulu mahupun yang meninggal dunia kemudian. Mereka saling mengenal antara yang satu dengan yang lain kemudian Allah menyebarkan untuk mereka angin rahmat yang sangat harum baunya.

Sesungguhnya di dalam syurga itu berupa sesuatu yang belum pernah di lihat oleh mata, belum pernah terdengar oleh telinga dan belum pernah terlintas oleh hati manusia. Ahli syurga bagaikan raja bersenang-lenang dengan penuh kenikmatan sedangkan umur mereka seusia dengan putera. Usia mereka kekal selamanya 33 tahun yakni seusia ketika nabi Isa AS di angkat ke langit, manakala tinggi mereka pula setinggi nabi Adam AS yakni setinggi 60 hasta dan dalamnya lintang 7 hasta. Mereka sangat kacak dan suara mereka sangat merdu. Mata mereka seakan bercelak, putih kulitnya, tiada berbulu badannya kecuali di kepala (kerinting rambutnya), alis dan kelopak mata. Sedang janggut, misai, ketiak dan kemaluan licin tidak berbulu. Mereka tidak kencing dan tidak buang air besar, tidak berludah dan tidak berhingus dan peluh mereka berbau kasturi. Bejana mereka dari emas dan perak, sisir rambut mereka dari emas, kayu bakar mereka dari kayu gahru yang harum (kayu kemenyan). Mereka sentiasa merasa aman dari azab. Hati mereka sentiasa bersatu dan tidak pernah berselisih dan benci membenci antara sesama mereka.

Ya..saya teringin mengenali bau kasturi, tentu harum baunya apabila ia dikaitkan dengan syurga!

Negara makmur, mengapa ada kemiskinan

7

Category : Info, Minda Separa Sedar

Adakalanya kita sendiri tidak sedar, bahawa kitalah penyumbang kepada kegagalan kita sendiri. Mungkin kegagalan itu datang akibat dari kegagalan mengawal emosi, tidak bersungguh melakukan kerja dan banyak lagi faktor yang berpunca dari diri kita sendiri. Jadi rasanya analisa potensi diri patut dimulakan terlebih dahulu, kerana setelah kita mengetahui apakah kelemahan diri kita, ianya lebih mudah untuk kita memperbaiki dan memperbetulkan setiap masalah yang menjadi penyebab kita gagal untuk berjaya.

Setelah beberapa kali berfikir dan meneliti pandangan dan cadangan yang diberikan, saya mengambil keputusan , buat masa ini ym conference adalah yang terbaik buat masa ini, Jadi saya merancang untuk memulakan online seminar tentang analisa potensi diri dan sekiranya mendapat sambutan, saya akan teruskan dengan perkongsian asas yang lain. InsyaALLAH saya akan mencari tarikh yang sesuai untuk mengadakan online seminar tersebut.

Hari ini saya ingin berkongsi satu cerita biasa, semalam saya telah menghubungi makcik saya yang kebetulan baru saja pulang dari negara  seberang, Indonesia. Tetapi saya  lupa apakah lokasi sebenar yang beliau telah pergi, apa yang pasti ianya bukanlah Jakarta tetapi ianya satu tempat yang berdekatan dengan  sempadan negeri Johor.

Saya sebenarnya agak sayu apabila mendengar cerita, bahawa di tempat yang mereka pergi itu, kanak-kanak di sana terpaksa meminta sedekah, untuk meneruskan kehidupan. Ada yang langsung tidak makan akibat kemiskinan yang di alami.

Apabila direnung kembali, saya amat bersyukur kerana dilahirkan di bumi Malaysia ini. Kemakmuran dan keamanan yang diberikan kepada kita membolehkan kita hidup dalam keadaan sejahtera dan makmur.

Tetapi walaupun negara kita aman, damai dan makmur, tetapi  masih ramai diantara kita yang masih miskin, yang masih lagi merungut kesusahan dan tidak mengambil peluang di atas nikmat keamanan dan kemakmuran yang ALLAH berikan.

Akhirnya saya tersenyum, keadaan ini membenarkan lagi kepercayaan saya. Kekayaan , kejayaan, kemiskinan dan kegagalan adalah bergantung kepada diri kita sendiri, bukan disebabkan oleh faktor persekitaran atau atau individu yang berada disekeliling kita.

Gagal Mengaplikasikan Law of Attraction

7

Category : Minda Separa Sedar

Saya mempunyai satu soalan untuk anda pada hari ini.

Adakah anda berjaya memanifestasikan impian anda pada kali pertama anda mengaplikasikan Law of Attraction ?

Kemungkinan besar jawapan anda adalah tidak. Untuk melakukan sesuatu perkara, kita perlukan kemahiran.

Kita belajar untuk melakukan sesuatu perkara dengan mengambil tindakan untuk melakukannya. Bukan dengan mendengar daripada rakan-rakan, membaca ataupun menghadiri seminar.

Tidak dapat disangkal bahawa mendengar, membaca ataupun menghadiri seminar dapat membantu kita dalam proses manifestasi tetapi kia masih perlu mengambil tindakan yang wajar dan mengalaminya sendiri. Itulah cara kita belajar.

Adakah anda belajar berbasikal dengan mendengar pita rakaman? Atau membaca buku-buku tentang cara-cara berbasikal? Ataupun menghadiri seminar berbasikal?

Tentu tidak! (Sila kongsikan dengan saya jika anda menggunakan cara-cara di atas)

Buku, seminar dan pita audio hanya dapat memberi pengetahuan kepada kita dan bukannya kemahiran.

Begitu juga dengan proses manifestasi. Anda mungkin akan berjaya pada kali pertama dan mungkin tidak. Akan tetapi, jika anda mencuba berulang kali, kemahiran tersebut akan dibangunkan secara senyap dalam diri anda.

Ramai orang yang memberitahu saya bahawa Law of Attraction tidak berkesan bagi mereka tetapi apabila ditanya berapa kali mereka melakukannya, jawapan yang saya terima ialah tidak lebih daripada 3 kali.

Law of Attraction merupakan hukum alam dan ia berkesan untuk semua orang, semua benda. Tak kira sama ada benda itu hidup ataupun bukan hidup. Ia berkesan di semua tempat pada setiap masa.

Pokoknya lakukan sahaja dan lakukan perubahan jika gagal. Macamlah saintis buat eksperimen.

Ia seperti membuat kek. Jika kek pertama yang anda buat terlalu manis, apakah yang akan anda lakukan. Tentunya kurangkan gula pada kali kedua. Itulah yang saya maksudkan dengan membuat perubahan.

Jika anda masih membubuh kuantiti gula yang sama setiap kali, anda akan terus gagal dan gagal.

Kalau anda benar-benar ingin mendalami ilmu Law of Attraction dan mengubah hidup anda, saya syorkan anda untuk membaca ebook Magnet Rezeki.

Sehingga berjumpa lagi pada minggu hadapan.

Raymond Chua

P.S. Dapatkan podcast percuma “financial blueprint” anda di sini !

P.P.S. Hendak mengubah hidup anda? Klik sini .