4 tahun yang lalu, adakah..

10

Category : Minda Separa Sedar, Motivasi, Pengalaman

Semalam, adik saya telah menghubungi saya kerana ingin meminta tolong supaya saya menjaga anaknya yang berumur 4 bulan, kerana pada sabtu depan beliau dan isterinya terpaksa menghadiri satu agenda yang mewajibkan mereka hadir. Jika diikutkan saya kecil tapak tangan, padang bola saya berikan, kerana saya memang sukakan kanak-kanak, apalagi bayi itu adalah anak buah saya sendiri. Malangnya saya tidak dapat menjaga bayi tersebut kerana saya mempunyai urusan lain yang perlu saya hadiri di salah sebuah hotel di Petaling Jaya.

Tiba-tiba saya teringatkan ibu saya yang mungkin juga bercuti pada hari sabtu tersebut, memandangkan cuti hari pekerja jatuh pada hari jumaat dan ianya sudah tentu dibawa ke hari sabtu.

Tiba-tiba datang idea untuk membawa ibu saya dan adik saya datang ke Kuala Lumpur dengan alasan untuk menjaga cucu untuk setengah hari. Itulah cucu pertama ibu saya, sudah tentu demi cucu yang sentiasa beliau rindui itu, beliau akan datang, walaupun amat sukar sebelum ini beliau untuk datang ke rumah kami adik beradik di Kuala Lumpur.
Ya, hanya inilah satu-satu cara untuk membawa beliau ke sini, jadi saya terus menghubungi ibu saya mengatakan tiada orang yang dapat menjaga cucunya tersebut, jadi saya meminta beliau datang untuk menjaga cucunya itu.

Taktik saya berjaya, akhirnya saya menempah tiket kapal terbang untuk ibu dan adik saya secara online berharga ratusan ringgit.

Sebentar tadi saya teringat kembali kejadian yang berlaku semalam seperti yang saya kongsikan di atas. Tiba-tiba perasaan syahdu,terharu, rasa sebak datang dalam diri saya.

Jika kejadian ini berlaku pada 4 atau 5 tahun yang lalu, adakah saya mampu membawa ibu dan adik saya, malah keluarga saya untuk datang ke Kuala Lumpur dengan membayar ratusan wang bagi tiket penerbangan.

Jika 4 tahun yang lalu berlaku saat kecemasan, adakah saya mampu mengeluarkan wang atau belanja sebanyak itu bagi menghadapi saat kecemasan tersebut, sedangkan untuk makan pun adalah atas bantuan ihsan sahabat saya yang sentiasa menyokong saya.

Perasaan sebak hadir,saya bersyukur ketika ramai bergelut dengan masalah hutang dalam krisis ekonomi yang melanda ini,alhamdulillah saya sudah pun mengucapkan selamat tinggal kepada segala hutang piutang saya. Malahan hutang tersebut tidak lagi akan saya temui, insyaALLAH kerana janji saya tidak akan ada istilah hutang dalam hidup saya.

Saya sudah rasa kesan dan hikmah kenapa ALLAH mengharamkan riba, saya adalah salah seorang bekas mangsa riba, dan saya berharap, tidak akan lagi terjerumus dalam perangkap riba yang menyebabkan saya menjadi hamba wang.

Ya, saya sudah bebas. Hidup juga lebih tenang. Satu lagi harapan yang perlu saya penuhi, membina perniagaan yang saya impikan, tanpa melibatkan apa-apa pinjaman dan menjauhkan diri dari perangkap riba. Semoga ALLAH memakbulkan harapan dan impian saya.

Cara Dapat Gaji Besar

6

Category : Petua & Tips

Average salaries of faculty of :en:California ...
Image via Wikipedia

Salam sejahtera kepada semua pembaca Bicara Selasa. Terima kasih kerana masih lagi setia bersama saya di sini.

Dalam Bicara Selasa yang lepas, saya berkongsi tentang kualiti fokus dan ada seorang pembaca yang bertanya tentang cara-cara untuk mendapat gaji besar dengan menggunakan kuasa fokus yang dibincangkan.

Jadi, saya pun menulis artikel ini untuk menjawab pertanyaan beliau.

Untuk mendapat gaji yang besar ada banyak caranya. Ada yang mungkin sesuai untuk anda, ada yang mungkin tidak.

Apabila kita kata tentang gaji, ia merujuk kepada pekerjaan makan gaji dan bukannya perniagaan. Dalam perniagaan, kita menggunakan istilah pendapatan, bukannya gaji.

Ada banyak cara untuk mendapat gaji yang besar. Antaranya adalah mendapat bonus yang lumayan, komisyen yang tinggi dan dinaikkan pagkat serta gaji.

Untuk perbincangan hari ini, saya akan fokuskan kepada kenaikan gaji kerana ia merujuk kepada golongan majoriti.

Mari kita mula fokuskan kepada beberapa soalan yang berkualiti seperti:

Apakah yang perlu anda lakukan untuk mendapat kenaikan gaji?

Salah satu faktor yang dapat meningkatkan kebarangkalian kenaikan gaji ialah tahap pendidikan. Dengan kata lain, sijil. Apakah lulusan tertinggi anda?

Adalah lebih mudah untuk anda mendapat gaji yang lumayan sekiranya anda mempunyai sijil-sijil cemerlang yang berkaitan dengan pekerjaan anda seperti ijazah, pengetahuan yang tertentu seperti perakaunan, sains, tahu berbahasa inggeris, pandai menggunakan komputer dan sebagainya (bergantung kepada jenis pekerjaan anda)

Jika anda tidak ada sijil-sjil serta pengetahuan di atas, fokuskan kepada aspek yang lain seperti sikap kepimpinan, kerajinan, berfikiran positif dan taat kepada syarikat.

Anda juga boleh bertanya kepada diri anda, Andaikata anda ialah seorang majikan, apakah syarat-syarat yang akan anda letakkan untuk menaikkan gaji seorang pekerja?

Dalam syarikat saya, pekerja yang lebih pandai Bahasa Inggeris dan kemahiran tertentu yang lain akan diberi kerja-kerja yang lebih mudah seperti membuat usahasama, berkomunikasi dengan rakan kongsi dan sebagainya manakala pekerja yang kurang mahir akan diberikan kerja-kerja yang tidak memerlukan kemahiran yang spesifik seperti menulis, menyalin dan lain-lain.

Dari segi bonus pula, saya tidak akan memberikan bonus kepada pekerja yang tidak mempunyai sikap yang baik walaupun dia mahir dalam beberapa perkara.

Saya hanya akan memberikan bonus kepada mereka yang patuh kepada arahan, bertanya apabila berasa ragu-ragu (bukan buat pandai) dan berkomunikasi dengan saya dengan cara yang elok.

Adakah anda merasakan diri anda layak untuk mendapat gaji yang besar? Berikan sebabnya.

Jika anda malas bekerja, kurang pengetahuan dan tidak mahu belajar, asyik merungut serta menyalahkan orang lain apabila berlaku sesuatu dan suka bergosip, anda mungkin boleh mendapat gaji tetapi bukan gaji BESAR.

Sesetengah syarikat mempunyai syarat-syarat kenaikan pangkat. Jika anda kurang pasti, anda boleh bertanya kepada majikan anda tentang syarat-syarat yang diperlukan dan apa yang anda perlu lakukan ialah memenuhi syarat tersebut sahaja.

Adakah majikan anda mampu untuk memberikan gaji yang lumayan kepada anda?

Akhir sekali, lihatlah keadaan syarikat. Jika syarikat anda kecil, tidak berkembang ataupun hampir bankrap, janganlah berharap untuk mendapat gaji besar melainkan anda tukar syarikat.

Saya berharap tip-tip di atas dapat membantu anda untuk mendapat gaji besar dalam pekerjaan anda.

Selamat berjaya,

Raymond Chua

P.S. Dapatkan podcast percuma “financial blueprint” anda di sini!

P.P.S. Semua kejayaan bermula dari minda anda? Klik sini.

Reblog this post [with Zemanta]

Kita hanya mampu merancang..

6

Category : Bina Kejayaan

Semalam saya merancang untuk pergi ke PWTC sekali lagi, tetapi perancangan tidak menjadi kenyataan kerana terpengaruh dengan ajakan sahabat saya untuk ke jualan gudang yang diadakan di Petaling Jaya. Inilah yang dikatakan kita hanya mampu merancang tetapi tuhan yang menentukan samada perancangan kita itu tercapai ataupun tidak.

Namun jika setiap perancangan itu tidak menjadi kenyataan itu bukannya bermaksud apa yang kita rancangkan bukan yang terbaik untuk kita, tetapi ianya adalah disebabkan perancangan ALLAH adalah lebih baik untuk kita.

Tiada manusia yang merancang untuk gagal, malahan majoriti individu yang merancang, hanya merancang untuk berjaya. Namun tidak semua yang merancang itu berjaya, tetapi ianya adalah lebih baik dari tidak merancang .

Melakukan perancangan adalah salah satu proses untuk berjaya, namun melakukan perancangan itu, tidak menjanjikan kita untuk berjaya, kerana sebaik-baik perancangan itu datangnya daripada ALLAH.

Sekiranya perancangan kita gagal, itu tidak bermakna kita perlu sedih dan kecewa,kerana kesedihan tersebut tidak akan membantu kita untuk menukar kegagalan tersebut berjaya.

Apa yang perlu dilakukan ialah, jadikan kegagalan tersebut sebagai satu pemangkin untuk kita mencapai kejayaan yang kita inginkan.

Ada yang mengatakan, “Saya tahu sekali saya jatuh, amat sukar untuk saya bangkit kembali“. Apa pun jawapan anda, itulah kepercayaan yang anda sendiri ciptakan untuk diri anda. Anda yang membina mindset kegagalan tersebut. Gagal atau berjaya segalanya terserah kepada diri anda.

Kita sebagai manusia, mencipta realiti kehidupan diri kita. Kita adalah apa yang kita fikirkan.

Berfikir sejenak

18

Category : Cabaran

Jom sama-sama kita berfikir sejenak

Adakah setiap perkara yang kita percaya tentang siapa diri kita, nasib kita,takdir, sifat dan kelakuan adalah sebuah fakta, atau hanya sebuah kepercayaan yang kita sendiri wujudkan kerana kita percaya itu adalah fakta.

Sekiranya itu adalah fakta, bukankah apapun yang kita fikirkan dan lakukan, pasti ianya tidak berubah.

Adakah hidup kita sekaku itu?

Apakah kita semudah itu di programkan?

Bagaimana pula jika itu adalah sesuatu yang buruk dan bukan apa yang kita inginkan?

Adakah kita terima dan pasrah setiap keburukan itu,kerana merasakan ianya nasib dan satu takdir untuk kita?

Bagi pendapat anda bagi persoalan di atas,InsyaALLAH ada sesuatu untuk anda bagi individu yang memberikan pendapat yang terbaik.

Kualiti Fokus

6

Category : Petua & Tips

Looking for a blue world...
Image by Tonyç via Flickr

Salam sejahtera. Saya Raymond Chua dari blog Law of Attraction dan dalam Bicara Selasa minggu ini saya akan bincangkan sedikit tentang kualiti fokus.

Sepertimana yang anda telah tahu, fokus amatlah penting dalam proses penciptaan kejayaan.

Misalnya, jika anda ingin membuat sebuku roti, anda perlu fokuskan kepada langkah-langkahnya mengikut susunan yang betul.

Akan tetapi jika anda ingin mencipta kejayaan yang lebih besar, apa yang anda perlukan adalah lebih daripada fokus sahaja.

Saya memanggilnya Fokus yang Berkualiti Tinggi.

Katakan ada seorang yang langsung tidak mempunyai pengalaman dalam bidang perniagaan ingin membina senuah perniagaan yang berjaya dengan membaca sebuah buku perniagaan sahaja. Adakah dia akan berjaya?

Mungkin. Tetapi peluangnya amatlah tipis kerana, secara amnya, dengan hanya membaca sebuah buku tentang perniagaan, amatlah sukar bagi seseorang untuk membina perniagaan yang menguntungkan.

Untuk membina sebuah perniagaan yang menguntungkan, anda perlu mengetahui banyak perkara dan mempunyai banyak pengalaman.

Ramai ahli perniagaan yang saya tanya mengatakan bahawa mereka bermula dengan menjadi pekerja biasa ataupun sebagai seorang sukarelawan sahaja.

Dari situ, mereka mendapat kemahiran serta pengalaman yang diperlukan. Dan dengan modal yang mereka kumpul selama bertahun-tahun, akhirnya mereka berjaya memulakan perniagaan sendiri yang menguntungkan.

Jadi, untuk mencapai kejayaan yang besar, fokus yang berkualiti tinggi adalah amat penting. Maksudnya, setiap gerak-geri anda perlulah difokuskan kepada kejayaan anda pada masa hadapan.

Jika anda mengumpul wang untuk memulakan perniagaan kecil dalam 2 tahun yang akan datang, fokuskanlah kepada matlamat anda.

Jangan dipengaruhi oleh nafsu untuk membeli kamera baru, telefon bimbit baru dan sebagainya yang menyimpang daripada matlamat anda.

Apabila anda bekerja ataupun membantu orang lain dalam kerjanya, fokuskan kepada pengalaman yang boleh anda dapat serta ilmu yang diperlukan dalam perniagaan anda kelak.

Untuk mencapai kejayaan yang lebih besar, fokus anda tak boleh macam lampu suluh. Fokus anda perlukan betul-betul menumpu tepat pada matlamat anda seperti cahaya laser.

Selamat memfokus,

Raymond Chua

P.S. Dapatkan podcast percuma “financial blueprint” anda di sini!

P.P.S. Semua kejayaan bermula dari minda anda? Klik sini.