Menghancurkan mental block

2

Category : Bina Kejayaan, Mental block

Hari ini masih lagi saya ingin bercerita tentang mental block . InsyaALLAH saya akan berkongsi secara ringkas bagaimana untuk menyelesaikan masalah mental block yang sentiasa berlaku tidak kira kepada sesiapa saja.

Sebenarnya kaedah menghancurkan mental block ini sudah lama saya nyatakan di dalam blog ini samada dikongsikan oleh Raymond atau saya sendiri. Terpulang kepada anda sendiri samada untuk melihat kembali perkongsian-perkongsian lama yang dikongsi oleh kami.

Antara kaedah yang sentiasa digunakan untuk menghancurkan mental block ini ialah affirmasi, imaginasi atau visualisasi kreatif yang digabungkan dengan emosi yang sebenar. Selain itu terdapat beberapa kaedah yang lebih advance iaitu melalui penggunaan kaedah hipnosis atau self hipnosis dan bagi yang mengetahui tentang kaedah EFT, ianya juga boleh digunakan untuk menghancurkan mental block yang sentiasa bersarang di dalam diri.

Mental block juga wujud hasil daripada wujudnya emosi yang tidak selari dengan apa yang anda inginkan. Jadi sentiasalah berfikiran positif, tingkatkan keyakinan diri anda. Bagaimana pula untuk berfikiran positif dan meningkatkan keyakinan diri anda? Juga ianya melalui kaedah yang sama seperti yang telah saya nyatakan di atas.

p/S: Saya baru saja menerima email dari pihak pengurusan ebook pengurusankewangan. Antara yang dikongsikan oleh mereka ialah, jualan ebook pengurusan kewangan akan dibuka semula pada 1 Julai 2009. Bagi yang telah menghantar email kepada saya kerana terlepas peluang untuk memiliki ebook tersebut pada tawaran yang lepas, bertindaklah pada 1 Julai ini, kerana jualan ebook tersebut adalah terhad dan tidak mustahil jualan tersebut akan ditutup pada hari yang sama.

Rahsia Perniagaan Internet

Category : Bina Kejayaan, Info, Mental block

Hari ini saya nak hentikan sementara tentang cerita mental block kerana saya ingin berkongsi audio perbualan di antara seorang usahawan internet Malaysia iaitu saudara Zamri Nayan dan mentornya tentang perniagaan internet. Mengapa saya berkongsi tentang audio ini hari ini, kerana perkongsian ini ada menyentuh tentang mindset yang juga amat berkait rapat dengan masalah mental block yang melanda kepada individu yang sentiasa berusaha dan terus berusaha, tetapi sentiasa gagal dan terus gagal dengan pola kegagalan yang sama.

Audio ini diberikan secara percuma kepada anda dan saya sangat teruja dapat berkongsi audio ini bersama anda kerana anda tidak akan dapat memperolehinya daripada tempat lain.

Pertama sekali, C tidak pernah menawarkan program mentoring one-on-one (secaraperibadi) kerana beliau sibuk membina bisnes internet SEBENAR untuk diri beliau sendiri. Keduanya, walaupun beliau tawarkan program sebegini, beliau cumaakan mengambil klien yang sudahpun
berjaya dalam bisnes dan sanggup membayar yuran sehingga 5-angka untuk masa beliau.

Jadi, tak tahulah bagaimana usahawan ini berjaya mendedahkan sesi konsultasi sulit beliau ini. Yang pastinya, ianya sudahpun bocor.

Saya sudah mendengar perbualan sulit tersebut dan saya boleh katakan perkongsian mindset dikongsikan yang ianya bakal mengubah hidup anda sekiranya anda berhasrat untuk meninggalkan kerja anda dan membina bisnes internet.

Pelajarilah ilmu yang dikongsikan tersebut dan dapatkan secara percuma dengan klik  link di bawah:

http://audiorahsiasulit.mindasukses.com

Mental block-Menjawab persoalan

3

Category : Bina Kejayaan, Mental block

Hari ini saya masih lagi berminat untuk bercerita tentang kisah mental block. Saya ingin menjawab persoalan yang dikemukan oleh K.Fati iaitu

Linn…, Sekadar pertanyaan supaya akak lebih jelas dan faham.
‘Terlalu bahagia, sudah tentu amat sukar untuk kita melakukan perubahan, kerana itulah ramai diantara kita yang tidak ingin keluar dari zon selesa, walaupun zon selesa tersebut bakal memudaratkan diri kita, kerana kita telah disabotaj oleh minda separa sedar kita sendiri.’
Kenapa pula ‘terlalu bahagia dan berada di zon selesa’ dikatakan bakal memudaratkan dan kena keluar darinya atau kena lakukan perubahan.

Sekian, terima kasih.

Apa yang  saya maksudkan terlalu bahagia ialah kebahagiaan yang kononnya diprogramkan oleh minda separa sedar walaupun secara realitinya ianya akan membuat kita sebagai pemilik minda separa sedar itu menderita. Ini kerana minda separa sedar adalah hamba yang paling patuh dan paling bodoh. Setiap perkara yang diterima oleh minda separa sedar akan diprogramkan  untuk membahagiakan tuannya.Program fikiran yang diciptakan atau tercipta demi kebaikan kita berdasarkan level kesedaran dan kebijaksanaan kita pada saat itu.

Sebagai contoh, jika anda dilahirkan dalam kehidupan yang miskin, setiap apa yang anda  lihat, fikir, ungkapkan akan di hantar ke minda separa sedar, diprogramkan seterusnya akan mengendalikan kehidupan anda pada masa akan datang. Bagi minda separa sedar yang tidak dapat menilai negatif atau positif  ianya akan terus bekerja dengan menganggap   , kemiskinan itulahyang terbaik buat diri anda dan ianya adalah satu kebahagiaan untuk anda.

Jadi jika ditakdirkan anda sudah merasa penat untuk hidup dalam kemiskinan, anda ingin berubah untuk kehidupan yang lebih baik, kaya dan mewah,dan anda merasakan amat sukar untuk memperolehi kekayaan dan kemewahan yang anda inginkan, ianya berpunca daripada minda separa sedar yang ingin menjaga anda, tanpa disedari sebenarnya minda separa sedar telah mensabotaj diri anda. Jadi kebahagiaan itu apa yang difikirkan oleh minda separa sedar, tetapi bukan kebahagiaan yang diinginkan. Masih lagi tak faham?

Satu lagi contoh yang saya akan berikan. Anda dilahirkan dalam keluarga makan gaji dan anda juga ketika ini, bekerja makan gaji, tiba-tiba anda teringin untuk berniaga  tetapi anda masih sukar untuk melepaskan pekerjaan anda kerana takut untuk keluar dari zon selesa makan gaji. Ini juga disifatkan sebagai mental block. Minda separa sedar seperti biasa akan menjaga anda kononnya bekerja makan gaji adalah yang terbaik dan memberikan kebahagiaan untuk anda. Jadi kerana itu wujudnya perasaan takut untuk keluar dari zon selesa makan gaji dan berusaha untuk berniaga. Jadi sekali lagi anda disabotaj oleh minda anda.

Semoga penjelasan saya ini , mudah untuk pembaca fahami tentang situasi mental block ini.

Mencipta Masa Depan Anda

8

Category : LOA, Petua & Tips

{{de|Die Victory, Nelsons Flaggschiff in Ports...

Salam bahagia. Saya Raymond Chua dari blog Law of Attraction dan dalam Bicara Selasa minggu ini, anda akan belajar tentang cara-cara untuk mencipta masa depan anda dengan ilmu yang telahpun anda belajar dalam Bicara Selasa yang lepas.

Jika anda belum membacanya, anda boleh membacanya di sini.

Aku Benci Orang Tu!

Anda Tidak Selalu Dapat Apa Yang Anda Berikan

Apakah yang akan anda buat apabila orang-orang yang anda tidak suka tu masuk ke dalam kehidupan anda dan mengacau kehidupan harian anda?

Mungkin anda marah, maki mereka, bergosip tentang mereka dan sebagainya.

Apabila anda fokuskan perhatian anda kepada kelemahan mereka, anda akan menarik lebih banyak kelemahan-kelemahan tersebut kepada diri anda.

Dengan kata lain, anda bukan sahaja tidak memperbaiki keadaan semasa malah anda merumitkan lagi masalah tersebut dengan menarik perkara-perkara yang kurang baik ke dalam kehidupan anda.

Banyak orang, banyak ragam. Ada orang yang baik hati, jujur, suka menolong, bertanggungjawab, mempunyai kasih sayang, suka memuji, pandai, sabar, selalu bersyukur dan ada pula yang jahat, tidak berperikemanusiaan, kejam, suka memperalatkan orang lain, pandai bergosip, tidak jujur, suka menghina, dan seumpamanya.

Berita baiknya ialah, kita dapat menarik orang-orang yang kita suka ke dalam kehidupan kita dan “menghalau” orang-orang yang kita tidak suka keluar dari kehidupan kita.

Caranya amat mudah. Terlalu mudah sehingga ramai yang menganggapnya remeh dan tidak mengendahkannya. Saya harap anda bukan salah seorang daripada mereka.

Caranya ialah, jadilah orang yang anda suka.

Seperti yang telah saya katakan dalam artikel yang lepas, orang-orang di sekeliling anda merupakan imej ataupun pantulan diri anda. Jadi, apa-apa sahaja yang anda ingin lihat di sebalik cermin tersebut perlulah bermula dari diri anda.

Katakan anda berdiri di hadapan sebuah cermin sekarang dan apa yang anda nampak ialah diri anda. Jika anda ingin melihat imej tersebut mengangkat tangannya, anda perlulah mengangkat tangan anda terlebih dahulu. Jika anda ingin melihat imej tersebut senyum, anda perlu senyum terlebih dahulu.

Semuanya bermula dari diri anda. Bukan orang lain. Bukan imej tersebut.

Jadi, jika anda ingin menarik orang-orang yang baik hati, suka menolong, memahami dan baik budi pekertinya, anda perlulah mula dengan menjadi orang yang baik hati, suka menolong, memahami dan baik budi pekerti dahulu.

Mudah, bukan?

Kita tidak boleh mengharapkan orang lain berubah tanpa kita yang berubah terlebih dahulu.

Jika anda ialah seorang yang materialistik, anda akan menarik orang yang mempunyai sifat yang sama dengan anda ke dalam hidup anda.

Law of Attraction bersifat gelombang dan getaran. Jadi pastikan perilaku anda, kata-kata anda serta permikiran anda selari dengan apa yang anda hendakkan daripada orang lain.

Jika anda tidak suka orang lain bergosip tentang diri anda, jangan bergosip tentang orang lain ataupun memikirkannya.

Anda akan mendapat apa yang anda berikan.

Ini ialah Hukum Sebab dan Akibat.

Sejak saya mula berkongsi ilmu dengan orang lain dengan bersungguh-sungguh, saya mendapat banyak ilmu yang lain daripada orang lain di sekeliling saya.

Saya suka orang lain mengesyorkan produk-produk, perkhidmatan serta urusniaga yang baik kepada saya. Jadi saya pun mulalah dengan mengesyorkan produk, perkhidmatan serta urusniaga yang baik kepada orang lain. (Misalnya buku Magnet Rezeki)

Saya suka menerima komisyen apabila saya mengesyorkan pelanggan kepada pemilik perniagaan. Jadi saya pun mula dengan memberi komisyen kepada mereka yang rekemen pelanggan kepada saya. Akibatnya, saya mendapat banyak komisyen setiap bulan daripada rakan perniagaan saya.

Saya suka orang lain memberi idea-idea perniagaan yang berguna kepada saya. Jadi saya pun mula membantu orang lain dengan idea-idea perniagaan yang saya tahu. Akibatnya saya asyik menerima idea-idea perniagaan dari pada rakan-rakan saya.

Mudah, bukan?

Mula dengan menjadi orang yang anda suka.

Anda tiada alasan untuk gagal.

Kunci kejayaan telahpun diletakkan pada tangan anda. Langkah seterusnya ialah mengenal pasti jenis orang yang anda suka dan jadilah orang tersebut.

Kunci kejayaan ini tidak akan membantu anda jika anda tidak mencari lubang kunci tersebut (mengenal pasti jenis orang yang anda suka) dan mengambil tindakan untuk memutarnya (menjadi orang tersebut).

Mulakan hari ini dan saya menunggu untuk mendengar berita baik daripada anda.

Selamat memutar kunci,

Raymond Chua

P.S. Dapatkan podcast percuma “financial blueprint” anda di sini!

P.P.S. Semua kejayaan bermula dari minda anda? Klik sini.

Reblog this post [with Zemanta]

mental block lagi..

6

Category : Bina Kejayaan, Mental block, Minda Separa Sedar

Lebih kurang 20 minit saya terpaku  memandang Laptop , mencari idea apakah yang akan saya kongsikan bersama anda hari ini. Kebiasaan saya bangkit sebelum pukul 5 pagi, banyak idea yang ingin saya kongsikan, tetapi sekarang sudah pukul 5.10 pagi, saya masih lagi tercari-cari apakah yang cerita yang akan saya kongsikan bersama anda.

Mungkin agak keletihan, seharian saya ulang-alik mengangkut air, sehinggalah dalam pukul 4.30 petang, air paip dapat disalurkan seperti biasa. Sebenarnya ada cerita yang ingin saya kongsikan kepada anda tentang kaitan air dan kitaran harian yang telah saya pelajari.  Ya, selepas segalanya reda, saya terfikir untuk mengaplikasikan kitaran harian melalui tarikh lahir  yang saya baru saja belajar (Advance).

Rupanya kitaran harian untuk sabtu dan ahad   ada elemen air lebih dari 3 kali. Iaitu pengulangan nombor 2 melebihi 3 kali, malah jika tak silap terdapat juga nombor 7 yang juga elemen air. Jadi sememangnya kitaran  harian yang dikaji melalui tarikh lahir saya , sudah menunjukkan kehidupan saya ada kaitan dengan air. Jadi benarlah kata guru saya, saudara Eddie, kehidupan kita sebenarnya umpama komputer atau robot yang sudah diprogramkan.Jadi jika kita sudah mengenal diri kita, pasti kita akan dapat menguasai diri kita. Saya tinggalkan kisah kitaran harian melalui tarikh lahir ini buat seketika, kerana untuk lebih penjelasan, ianya memerlukan gambarajah untuk dikongsikan.

Hari ini saya ingin berkongsi sedikit cerita tentang proses bagaimana minda kita diprogramkan, sehingga wujudnya keadaan mental block yang kerap saya tekankan, kebelakangan ini.

Sebenarnya minda kita telah pun diprogramkan sejak kita berusia 3 bulan. Pada ketika ini, minda separa sedar kita telah dapat  bekerja dengan  baik, merakam setiap perkara  yang telah dialami  . Tidak kira apa jua peristiwa, samada pengalaman, suara, atau emosi ianya akan masuk  terakam dengan sangat kuat di minda separa sedar dan ianya menjadi sebuah program yang disimpan di minda kita.

Pada waktu kita lahir, kita hanya mempunyai minda separa sedar sahaja, jadi sehingga ke umur 7 tahun,kita mengalami pemrograman minda secara terus menerus, melalui interaksi kita dengan dunia di luar dan di dalam diri kita.

Ketika kita masih kecil, proses pemprograman terjadi dengan sangat mudah kerana minda kita masih tidak dapat menolak informasi yang diterima kerana kita masih belum mempunyai minda sedar yang bertindak sebagai filter, Jadi critical factor kita masih lagi belum terbentuk. Sebenarnya saya ada berkongsi tentang perkara ini di dalam ebook magnet rezeki.

Kebiasaan proses pemprograman yang berlaku pula, datangnya dari dua keadaan yang berbeza iaitu imprint dan misunderstanding.

Keadaan imprint wujud apabila sesuatu perkara itu berlaku dengan wujudnya kehadiran emosi yang seterusnya mengakibatkan perubahan kepada kelakuan atau sikap kita.

Manakala misunderstanding pula wujud apabilaberlakunya  salah faham dalam mentafsirkan, atau membuat kesimpulan dari sesuatu pengalaman yang dialami.

Samada imprint atau misunderstanding, setelah ianya selamat terakam di minda separa sedar ianya akan menjadi satu program fikiran seterusnya ia akan mengendalikan kehidupan kita.

Sekiranya program fikiran kita bersifat ‘mental block’, ianya akan menyusahkan hidup kita, walaupun program fikiran sebenarnya bertujuan untuk memberikan kita kehidupan yang bahagia mengikut apa yang kita fikirkan. Terlalu bahagia, sudah tentu amat sukar untuk kita melakukan perubahan, kerana itulah ramai diantara kita yang tidak ingin keluar dari zon selesa, walaupun zon selesa tersebut bakal memudaratkan diri kita, kerana kita telah disabotaj oleh minda separa sedar kita sendiri.

Manakala sekiranya program fikiran kita bersifat ‘ stepping block’ ianya adalah bantu loncatan yang akan membantu kita untuk lebih berjaya.

Mental block akan dapat kita rasakan ketika wujudnya penolakan atau kesukaran untuk mencapai suatu target yang lebih tinggi. Penolakan ini jugakebiasaannya wujud di saat kita ingin berubah.

Sebagai contoh,jika anda telah menetapkan target yang lebih tinggi, dari apa yang telah anda capai ketika ini, dan anda merasa ada kurang yakin dan amat sukar untuk mencapainya, yakinlah bahawa masalah mental block telah menyerang anda.

Malahan, sekiranya anda sentiasa gagal dan terus gagal, dengan pola kegagalan yang sama, ini juga menunjukkan anda telah disabotaj oleh minda separa sedar anda.

Setakat ini dulu perkongsian hari ini..