Amalan Elak penyakit berjangkit

4

Category : Minda Separa Sedar

Hari ini saya ingin berkongsi ilmu bagaimana untuk kita berusaha mengelak dari penyakit berjangkit. Maklumat ini saya perolehi daripada salah satu blog rawatan islam terapi Al-Fatah

Semoga sama -sama dapat kita jadikan amalan bagi menangani masalah penyakit berjangkit yang sedang menular ketika ini.

ssalammualaikum WMT dan salam hormat,

AlhamduLILLAH, syukur ke hadrat ALLAH atas pemberian nikmat yang tidak terhingga, yang sehingga ke hari ini saya dan keluarga masih mampu menyebut namaNYA dan nama kekasihNYA dalam mencari rahmat dan redhaNYA.

Betapa kasihnya ALLAH pada hamba kerana sentiasa memberi peluang kepada hambaNYA untuk terus bertaubat dek lantaran umat Muhammad S.A.W adalah umat yang lemah dan sentiasa membuat dosa kepadaNYA.

Alangkah indahnya jika ini disedari oleh yang bergelar hamba ALLAH.

Alangkah baiknya jika hukum ALLAH ditaati. ALLAHu.

Para pembaca yang dihormati,

Atas kelalaian kita. Pejam celik mata, turun naik nafas, sedar dengan tidak sedar, kita dikejutkan dengan H1N1. Adakah ujian? Kifarah? Bala? Na’uzubILLAHi min zalik.

Ujian turun bersama rahmat, kifarah turun bersama peringatan, bala turun bersama kemurkaan.

Adakah ini satu bala? ALLAHu. Na’uzubILLAHi min zalik.

Ketahuilah bahawa kemurkaan ALLAH tidak turun secara menular perlahan-lahan, turunnya murka ALLAH, tiada apa dapat menghalang, tetapi begitu kasihnya ALLAH pada kita. Diberi dahulu ujian, masih gagal, diberi peringatan, juga terkandas, maka balalah yang menanti. ALLAHu Ya ALLAH.

Pembaca yang disegani,

AlhamduLILLAH tergerak dihati dalam sisipan qalbu, kudrat dari ALLAH mendayakan saya untuk berkongsi amalan atau cara menghindar penyakit berjangkit.

Amalan ini saya terima dari salah seorang guru saya di Pulau Pinang Tok Su Li (Masih hidup tetapi sudah uzur sekarang). Amalan ini bertujuan untuk menghindar diri dari penyakit berjangkit secara khususnya.

Boleh juga untuk merawatnya. InsyaALLAH, segalanya datang dari ALLAH, kembali kepada ALLAH jua.

************************************************************************************

Amalannya:

Yasin : 58


58. (Mereka juga beroleh) ucapan salam sejahtera dari Tuhan Yang Maha Mengasihani.

1) Selepas selesai solat Fardhu, amalkan membaca Yasin : 58 sebanyak 7, 9, 12 atau 27x senafas. InsyaALLAH terhindar dari segala unsur-unsur negatif.

2) Sebelum keluar rumah amalkan membaca Yasin:58 7x senafas, insyaALLAH terhindar dari segala penyakit berjangkit ,sihir atau gangguan makhluk halus dan santau terutamanya.

3) Dalam sehari, jadikan mandian untuk menghindar dari penyakit berjangkit dan segala penyakit dengan izin ALLAH – Yasin : 58 sebanyak 77x. Ditiupkan pada air di dalam baldi. InsyaALLAH.

4) Bagi yang terkena, boleh diikhtiarkan dengan menyediakan air satu baldi:-

- Garam Bukit 3-7 sudu (bergantung kepada tahap kekronikan sakit)

-Daun pokok Ketapang 7helai

- Daun Daun pokok Ara 7helai

- Kulit pokok Rambai 7 Keping ( Ditumbuk halus)

- Daun Bidara (jika kes gangguan)

Lalu dicampurkan semuanya dalam satu baldi dengan tuangan satu persatu lalu dibacakan dengan :

a) Al Fatihah 7 kali dengan ulangan Fatihah : 4 sebanyak 7 kali setiap satu.


4. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).

b) Ayat Kursi 7 kali dengan ulangan ayat yang digariskan sebanyak 9 kali setiap satu.


255. Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang tetap hidup, Yang kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki Segala Yang ada di langit dan Yang ada di bumi. tiada sesiapa Yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan Dengan izinNya. Yang mengetahui apa Yang ada di hadapan mereka dan apa Yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa Yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. dan Dia lah Yang Maha tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha besar (kekuasaanNya)

c) Yasin : 58 63x.

d) 5 Qul ( Al Jin 1-5, Al Kafirun, Al-Ikhlas, Al- Falaq, An-Nas) Al Ikhlas seelok-eloknya dibaca sebanyak dalam bilangan yang berikut samada 1, 3, 5, 7, 9 atau 12x.

Maka, setelah selesai, dimandikan pesakit tadi. Adalah lebih bagus jika yang sihat mengamalkannya sekali sebulan sekurang-kurangnya kerana mengelak lebih baik dari mengubati.

************************************************************************************

Ramai juga yang tertanya-tanya, bahan-bahan di atas agak sukar untuk diperolehi jika tinggal di kawasan bandar.

Boleh saja digantikan dengan limau nipis sebanyak 7 biji dan garam bukit, jika bahan ini juga sukar diperolehi di bandar, saya dapat rasakan, pasti ada yang pelik, bandar mana yang individu tersebut tinggal?

Tidak perlu dipeningkan kepala dengan kaedah atau bahan-bahan. Yang paling penting dan utama adalah penyerahan dan pengabdian diri kepada ALLAH semata-mata. Bahan dan kaedah hanya sandaran tetapi pergantungan tetap kepada ALLAH semata-mata, tiada duanya. Ada jalan masuk, pasti ada jalan keluar, InsyaALLAH. ALLAHu Robbi.

*************************************************************************************
Sekadar tambahan, bagi yang akan menghadapi temuduga, boleh juga amalkan dengan membaca Yasin:58 7x senafas di muka pintu sebelum keluar rumah sambil membayangkan diri sendiri, lalu hembuskan nafas perlahan, isyarat menghembus diri kita yang dibayangkan itu. InsyaALLAH, semoga ALLAH memudahkan segalanya. Amin Ya Robbal A’lamin.
*************************************************************************************
Para pembaca yang dikasihi,

Inilah serba sedikit dari diri yang lemah dan jahil ini sebagai perkongsian dalam kita menghadapi masalah mutaakhir ini.

Semoga kita mendapat manfaat dari ALLAH atas segala amalan yang ikhlas menuju ke hadratNYA.

Yang baik dari ALLAH, yang buruk jua dari ALLAH sebagai menunjukkan saya adalah hamba yang tidak berdaya serta jahil tanpa dengan izinNYA.

WALLAHUALAM.

Wassalam.

Category : Motivasi

. Open Your Eyes .
Image by AmpamukA via Flickr

Salam sejahtera kepada anda semua.

Dalam Bicara Selasa minggu ini, saya ingin berkongsikan sebuah video motivasi yang mengajar anda tentang cara-cara bangkit dari kegagalan. Anda boleh menontonnya di sini.
Bangkit Dari Kegagalan

Walaupun dalam video tersebut, Saudara Amin Idrin kerap menggunakan frasa “adik-adik”, tetapi ilmu yang dikongsikan tidak dihadkan kepada pelajar-pelajar sahaja tetapi untuk semua orang juga.

Selepas anda menonton video tersebut, kongsikan komen anda di bawah.

Selamat menonton,

Raymond Chua

P.S. Dapatkan podcast percuma “financial blueprint” anda di sini!

P.P.S. Semua kejayaan bermula dari minda anda? Klik sini.

Terima kasih

3

Category : Info, Minda Separa Sedar

Saya mengambil sedikit kesempatan yang ada untuk mengemaskini blog ini. Hari ini saya bangkit lebih awal dari kebiasaan. Biasanya saya akan bangkit pada pukul 4.30 pagi, tetapi hari ini pukul 3.30 pagi saya sudah pun bangkit, untuk melakukan apa yang patut,selain bersahur seterusnya melakukan sedikit analisa potensi yang telah ditempah. 4 Laporan analisa telah saya emailkan kepada pemiliknya dan masih banyak lagi yang menanti untuk dianalisa. Sebenarnya banyak perkara yang saya belajar daripada analisa yang saya lakukan itu. Tiada manusia yang sempurna, itulah secara ringkas yang boleh saya nyatakan.

Ada dikalangan mereka yang ALLAH hadiahkan potensi dalam perniagaan, pelaburan, kekuatan suara dan pelbagai lagi potensi jika digunakan dengan sebaiknya akan boleh menjadikan seseorang itu berjaya. Tetapi dalam pada masa yang sama juga ALLAH hadiahkan dengan kekurangan dengan tidak tahu dan tidak sedar malah tidak tahu bagaimana untuk menggunakan potensi yang anda. Senario ini saya temui dalam salah seorang pelanggan yang menempah analisa potensi tersebut. Itulah cantik dan hebatnya kuasa ALLAH. Walau bagaimana hebat pun potensi yang anda, kita masih memerlukan ALLAH untuk membimbing kita. Itulah pentingnya kita perlu mengenal siapa diri kita. Apa pun saya walaupun saya agak penat, tetapi ianya memberikan satu pengetahuan yang baru .

Saya baru saja membuat pembayaran bagi memperbaharui domain linncomel.com. Ini bermakna blog lini sudah pun masuk ke tahun ketiga 2006-2009. Terima kasih Ya ALLAH,kerana memberikan kekuatan kepada saya dan juga Raymond untuk terus berkongsi ilmu dan cerita melalui blog ini. Terima kasih Ya ALLAH kerana menghadiahkan Raymond yang banyak berkongsi ilmu melalui blog ini . Ilmu yang amat menarik, pasti ada hikmah disebalik setiap perancangan ALLAH. Hikmah bukan saja kepada anda sebagai pembaca tetapi hikmah kepada Raymond yang tidak pernah jemu berkongsi ilmu kepada kita.

Terima kasih juga kepada anda yang sentiasa menyokong dan membaca blog ini. Tanpa kalian sebagai pembaca sudah pasti blog ini sudah lama mati.

Sebenarnya banyak yang saya belajar melalui blog ini, blog ini mengajar saya apa erti fokus, blog ini juga mengajar saya apa erti istiqamah. Blog ini juga membantu saya mengenal apakah minat dan potensi yang saya miliki. Malahan melalui blog ini juga, saya semakin mendekati DIA.

Selagi lagi terima kasih kepada anda yang banyak menyokong blog ini.Terima kasih!

Hadirkan perasaan ini

5

Category : Info

Saya ingin berkongsi satu perasaan bersama anda, satu perasaan yang saya rasakan pastinya semua orang mampu untuk memiliki, namun tidak semua dapat memilikinya, kerana diri sendiri yang tidak menghadirkan perasaan itu.Apakah perasaan itu?

Perasaan disayangi dengan penuh kesedaran, dan dengan hadirnya perasaan ini, pastinya apa juga masalah dapat diatasi.

Dengan wujudnya perasaan ini, sudah pastinya kita memiliki keyakinan yang tidak terbatas, malahan tiada lagi rasa takut, curiga, malah keyakinan ini juga pastinya dapat menghancurkan masalah mental block yang sentiasa menghantui diri individu yang sentiasa gagal.

Perasaan disayang ALLAH dengan penuh kasih sayang, Ya, perasaan inilah yang memberikan kekuatan untuk saya terus redha dan tawakkal dalam apa juga perkara yang telah berlaku.

Kerana perasaan inilah juga, saya hanya meminta kepadaNya dalam apa juga perkara yang saya inginkan,kerana adanya perasaan inilah saya memperolehi kekuatan untuk membuka tawaran terhad bagi melakukan analisa tarikh lahir kepada pembaca blog dan subscriber saya.

Kekuatan ini hadir, apabila saya menadah tangan meminta pertolongan ALLAH bagi membantu seorang ibu yang menangis dicorong handphone saya selama tiga hari berturut-turut, dalam kesedihan kerana melihat kesukaran anak lelakinya untuk meneruskan pelajaran dalam mencari ilmu.

Alhamdulillah, sambutan yang diberikan amat menggalakkan, dan apabila tiba masanya nanti saya akan menutup tawaran tersebut, selepas tercapai matlamat saya untuk membantu ibu tersebut.

Seumur hidup, saya hanya melihat sekali ibu saya menangis ketika menceritakan mengapa kami boleh terpisah anak beranak. Namun tangisan tersebut, benar-benar memberikan kesakitan kepada diri saya.

Harapan saya semoga tiada lagi air mata seorang ibu mengalir kerana anaknya, walaupun amat mustahil ianya akan berlaku.

Kepada pembaca yang telah melanggan khidmat analisa potensi tersebut, terima kasih saya ucapkan, anggaplah sebahagian wang yang anda keluarkan adalah derma ikhlas untuk ibu dan anak tersebut yang berjuang untuk mencari ilmu.

Bagi pihak saya pula, saya akan melakukan analisa yang terbaik semampu yang saya boleh berikan. Semoga sumbangan ikhlas anda diberkati ALLAH.

Tawaran terhad mengenal potensi diri untuk anda

7

Category : Info

Kebelakangan ini, saya banyak menerima email permintaan untuk menjalankan analisa tarikh lahir bagi mengetahui potensi diri . Seperti yang kita ketahui, hidup manusia dipenuhi dengan petunjuk  dan kebanyakkannya jawapan kepada persoalan hidup anda berada didepan mata anda,tetapi  ianya dalam bentuk kod dan fenomena kejadian. Adakalanya petunjuk ALLAH sukar kita fahami dengan pemikiran biasa , namun terdapat pelbagai cara yang digunakan sebagai satu bantuan visual untuk kita memahaminya

Kali  ini saya  melapangkan sedikit masa yang ada untuk kali pertama dan mungkin terakhir bagi membuka tawaran terhad kepada anda, untuk melakukan analisa potensi diri anda secara lebih mendalam dan saya yakin ianya tidak dikongsikan oleh mana-mana ebook yang dijual ketika ini.

Analisa yang akan saya berikan kepada anda ialah :

  1. Analisa tarikh lahir andasecara asas
  2. Analisa tarikh lahir secara mendalam ( tidak ramai yang mengetahui kerana hak cipta terpelihara)
  3. Kitaran tahunan untuk tahun2009 sehingga 2011
  4. Arah rezeki terbaik untuk tahun 2009 sehingga 2011
  5. Graf prestasi bulanan pada tahun 2010, memandangkan dijangka pada tahun  2010 ramai orang yang tiada duit
  6. Beberapa lagi bonus yang tidak perlu saya nyatakan disini.
Sebelum ini saya mengenakan caj ratusan ringgit kepada pelanggan bukan online. Tetapi untuk anda sebagai subscriber email dan pembaca blog linncomel.com, sayamenawarkan anda pada harga RM40 untuk 1 individu , dan RM 60 untuk analisa bagi 2 individu.

Tawaran ini memang terhad kerana banyak masa yang saya perlukan untuk melakukan analisa, jadi jangan lepaskan peluang untuk mengenal diri dan potensi diri anda sekarang sebelum tawaran ini di tutup pada bila-bila masa, kerana segalanya adalah mengikut kemampuan diri dan masa yang saya miliki.

Sekiranya anda berminat, pembayaran boleh dibuat melalui

Maybank

Nombor akaun-162357280591
Nama: Azlina Abdul Rahim

Public Bank

Nombor akaun: 4860392708
Nama: Azlina Abdul Rahim

Selepas pembayaran dilakukan, sila emailkan kepada saya dengan meletakkan tajuk ‘khidmat analisa Potensi diri‘ dan masukkan

  1. Nama individu yang ingin di analisa
  2. Tarikh lahir dan waktu lahir
  3. Nombor telefon
  4. Bukti pembayaran dilakukan, sila copy dan paste sekiranya bayaran dilakukan secara online. Masukkan  tarikh , waktu dan nombor transaksi jika anda melakukan kaedah deposit.melalui ATM atau kaunter.

Sila emailkan maklumat di atas ke email: linnrahim(at)gmail.com. Bertindaklah sekarang sebelum tawaran terhad ini saya tutup.