Salam kemerdekaan , adakah jiwa anda benar-benar merdeka?

Category : Info, Petua & Tips, spiritual

Selamat menyambut kemerdekaan untuk semua pembaca warganegara Malaysia. Semoga kita akan lebih bersyukur, sebagai rakyat Malaysia yang berbilang kaum, kita semua masih mampu hidup aman damai dan tenteram. Terima kasih Ya ALLAH atas anugerah dan nikmat yang diberikan.

Namun begitu, apa gunanya jika hanya negara kita yang merdeka, jika pemikiran dan jiwa kita masih belum merdeka. Masih lagi ramai yang mempunyai jiwa yang penuh dengan ketakutan, kegelisahan dan rasa tertekan. . Masih ramai, malahan majoriti masih lagi mempunyai Jiwa yang masih dijajah,malahan yang amat memalukan ialah, jiwa kita dijajah oleh salah satu komponen yang dimiliki oleh diri kita iaitu emosi.Siapa yang lebih hebat? Anda atau emosi?.

Alangkah malunya jika satu kuasa besar dijajah oleh kuasa kecil yang sepatutnya dikawal oleh kuasa yang dijajah .

Adakah kita sedar, apakah yang patut dan wajib kita takut? Adakah kita perlu takut pada kesusahan? Adakah kita perlu takut pada tekanan, kemiskinan dan adakah kita perlu takut jika hidup kita tanpa wang. Adakah wang itu Tuhan kita? Sudah tentu tidak, adakah kesusahan itu boleh mengambil nyawa kita? Sekali lagi sudah tentu tidak. Jadi keluarkan lah jiwa dan minda anda dari terus dijajah.

Salurkan ketakutan dan rasa hamba itu kepada DIA yang sepatutnya. Bebaskan rasa ketakutan itu, kerana hanya dengan kembali kepadaNya jiwa dan minda akan bebas dari dijajah. Tekadkan diri kita bahawa kita hanya hamba kepada ALLAH, tuhan yang esa dan berkuasa.

Bagi menyokong perjuangan team flarebiz yang tidak pernah jemu berkongsi ilmu tentang kaedah bagaimana untuk mempelbagaikan usaha untuk mendapatkan pelbagai pendapatan tambahan, , saya ingin mewar-warkan disini bagaimana kaedah yang dilakukan oleh saudara Labanon dan partnernya Zhafran mendapatkan pasif income. Yang pasti perkongsian ini hanya dilakukan pada bulan Ramadhan sahaja. Anda boleh klik link di bawah untuk mengetahui rahsia pendapatan tersebut.

http://www.MajalahIM.com/PR/index.php?ref=proramadhan

Rumusan analisa

1

Category : Info

selamat berpuasa di bulan yang penuh dengan keberkatan ini.
Alhamdulillah,Saya sudahpun selesai menjalankan analisa potensi diri untuk semua yang memberikan tanggungjawab tersebutkepada saya,terima kasih atas kepercayaan anda,kecuali kepada seorang individu yang tidak dapat saya bantu kerana tidak menghantar maklumat yang tepat,namun begitu saya sudahpun menghantar email secara peribadi bagi menyatakan masalah yang berlaku.Harapan saya semoga masalah tersebut dapat diselesaikan dengan sebaiknya.

Bagi beberapa individu yang menghantar email susulan kepada saya, selepas laporan diserahkan, saya akan membalasnya secepat yang mungkin, dan saya akan membantu sedaya yang mampu.Namun semunya adalah dengan keizinanNya.

Sedikit rumusan ringkas yang dapat saya berikan,lebih kurang 87% daripada individu yang menghantar tarikh lahir untk dianalisa, mempunyai potensi
dalam bidang perniagaan dan pelaburan. Namun saya sendiri tidak pasti samada kesemua yang mempunyai potensi tersebut sedar akan potensi yang dimiliki.

Adakah ketika ini mereka sudahpun menjalankan perniagaan mereka kerana kesilapan saya yang tidak mengambil maklumat perniagaan atau atau pekerjaan yang dilakukan.Jadi bagi yang mempunyai pola 69, 696, 336,669,456 dan 729 apabila anda sedar akan potensi tersebut, bangkitlah cari ilmu untuk kembangkan potensi tersebut,
anda mempunyai potensi berjaya dalam perniagaan, bukan bermakna anda terus menceburi bidang perniagaan dengan zero knowledge,tidak, kerana dalam apa juga yang kita lakukan ilmu dan pengalaman itu adalah sesuatu yang amat penting.

Melalui analisa itu tersebut, ada juga segelintir individu yang berkongsi potensi bersama
saya dengan mempunyai pola 696, 729,156,mungkin sesuai untuk menjalankan perniagaan internet,blogger dan mail order,namun begitu saya masih lagi menekankan kepada pencarianilmu.Bagi saya , mempunyai potensi tanpa ilmu, ianya ‘nothing’ tidak bermakna.

Individu yang paling sukar saya cari dan ianya hanya datang pada saat-saat akhir saya menutup tawaran ialah individu yang mempunyai nombor akar 5, total keseluruhan kurang dari 5 orang.

Bagi saya individu ini adalah individu yang unik,dan dimiliki oleh ramai golongan kenamaan Nasihat bagi individu 5,tingkatkan keyakinan diri anda, berusahalah untuk lebih berjayadalam apa juga yang anda lakukan, Kerana individu 5 sekiranya tidak tahu akan potensi diri,anda akan mudah hilang keyakinan diri. Tetapi jika anda boleh memecahkan tembok atau barrier diri anda, andalah individu hebat berpangkat.

Nombor 5 berada di tengah, tidak berpasangan, , elemen tanah, dari tanah, tumbuhnya pokok, dalam tanah juga adanya mineral, malah, air juga wujud di dalam tanah. Begitu juga dengan bahan bakar, Elemen-elemen lain seperti air, kayu, besi dan api amat berkait rapat dengan tanah.
Namun yang pasti kita sebagai manusia juga asalnya daripada tanah. Jadi kepada individu bernombor akar 5, jangan persiakan anugerah yang dimiliki. Saya doakan selamat berusaha dan selamat berjaya.

Anda masih bertuah

7

Category : Bina Kejayaan, spiritual

Betapa pantasnya masa berlalu , pejam celik, hari ini sudah pun kita memasuki hari ke enam bulan ramadhan. Semoga setiap amalan dapat kita lakukan dengan ikhlas, istiqamah, bukan sahaja pada bulan ramadhan ini saja, malahan ianya akan berlanjutan sehingga ke bulan-bulan yang lain.

Sebenarnya dalam kebelakangan ini, banyak perkara yang telah saya tempuh dan banyak perkara juga yang telah saya belajar.Ianya amat menguji kesabaran akibat tekanan dan pemikiran negatif yang tidak pernah saya jangka. Malah, terbit dalam hati saya, banyaknya dugaan yang dihadapi jika kita ingin berubah kearah kebaikan. Walau bagaimana pun dugaan tersebut akan menjadi kita lebih matang dalam menghadapi kehidupan.

Ketika zaman saya bergelar pelajar, saya mempunyai seorang sahabat karib,tidak beragama kerana beliau adalah bangsa pribumi. Dulu beliau adalah seorang yang ceria, banyak cakap, malahan kehidupan kami di kampus amat ceria.

Namun kebelakangan ini, walaupun kami tidak pernah bertemu tetapi kami sentiasa berhubung melalui sms, telefon dan adakalanya melalui ruangan sembang googletalk. Beliau yang saya kenali kebelakangan ini, amat emosi, kurang sabar dan sentiasa marah-marah. Pada mulanya saya agak pelik kerana perubahan yang berlaku, adakalanya saya tertanya-tanya, adakah berat bebanan yang ditanggung oleh seorang isteri dan seorang ibu sehinggakan berlakunya perubahan yang mendadak seperti itu? Bagaimana dengan ibu-ibu yang lain? ramai yang masih ceria tenang dan sentiasa berkongsi cerita bersama saya.

Tiba-tiba saya terfikir, ingin memeriksa tarikh lahir beliau, seterusnya memeriksa kitaran tahunan beliau. Ya, tahun ini beliau berada pada kitaran 7, iaitu pada kitaran spiritual dan juga dikenali sebagai kitaran kehilangan.Jadi tidak hairanlah jika beliau terlalu emosi akibat tekanan demi tekanan yang beliau alami.

Apa yang saya faham, ladang kelapa sawit dan getah beliau musnah akibat banjir dan serangan gajah liar. Mungkin bagi beliau itulah kehilangan besar yang beliau alami. Bagi individu yang tidak mempunyai kekuatan spiritual, itulah senario yang akan berlaku. Emosi tidak dapat dikawal, malahan diri akan dikawal oleh emosi. Akibatnya masalah demi masalah akan berlaku, Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga. Tiada apa yang saya boleh lakukan, hanya sekadar nasihat, kerana beliau sendiri tidak mempunyai kepercayaan agama, walaupun beliau mengaku bahawa beliau percaya dengan adanya Tuhan.

Percaya tanpa keyakinan, tidak akan kemana-mana . Keyakinan yang teguh pasti akan membantu meningkatkan kekuatan kita tidak kira dari segi mental atau spiritual.

Tidak semua apa yang kita inginkan kita akan dapat. Mungkin itu bukan yang terbaik untuk kita, malahan mungkin ALLAH telah merancang sesuatu yang lebih hebat untuk kita nikmati. Kita hidup di alam dualiti, samada positif atau negatif. Jadi sentiasalah mencari sesuatu yang positif diatas setiap perkara negatif yang berlaku kepada kita.

Kepada individu yang meminta saya mengadakan analisa tempoh hari, dan pada tahun ini atau tahun seterusnya anda berada pada kitaran 7, banyakkanlah muhasabah diri,kembalilah kepadaNya dengan penuh keikhlasan, kerana anda lebih bertuah berbanding sahabat saya tersebut, kerana anda seorang yang beragama, masih mempunyai ALLAH untuk disembah dan meminta pertolongan. Dialah yang maha pemurah dan maha penyayang. Semoga ramadhan ini dapat meningkatkan lagi ketakwaan kita semua.

Tujuan hidup

1

Category : Bina Kejayaan, Info, Minda Separa Sedar

Salam Ramadhan, hari ini sudah masuk hari ketiga kita sebagai umat Islam berpuasa. Bukan setakat berpuasa menahan lapar dan dahaga tetapi berpuasa dalam semua perkara dengan harapan ianya akan membawa lebih kebaikan dalam kehidupan.

Setiap orang mempunyai mempunyai kekuatan dan kelebihan. Jadi carilah kelebihan dan kekuatan tersebut, jangan terikut-ikut dengan meniru kekuatan orang lain,seterusnya kembangkan kekuatan itu sehingga ke titik yang optimum. Namun begitu perkara penting yang perlu kita lakukan, carilah apa tujuan sebenar kita hidup.

Ramai diantara kita yang hidup tanpa haluan, hidup tanpa visi dan yang lebih malang masih ramai yang tidak tahu mengapa kita diciptakan dan apakah tugas kita sebagai manusia di muka bumi ini.

Ketika kita mengetahui apakah tujuan hidup kita dan menjalani kehidupan yang sesuai dengan hidup kita, ianya umpama kita mempunyai cahaya kehidupan kita, malahan pada ketika itu juga kita dapat menerangi kehidupan orang lain . Dan yang lebih penting kita dapat berkongsi cahaya tersebut untuk menghidupkan cahaya kehidupan orang lain.

Perjalanan hidup kita umpama satu proses pembelajaran yang panjang, sentiasalah belajar dan terus belajar, berfikirlah dan cari hikmah dan kasih sayang ALLAH yang tidak pernah putus untuk kita.

Sebelum saya mengakhiri cerita saya hari ini suka saya umumkan, terutama kepada beberapa individu yang menghantar email kepada saya bertanyakan tentang ebook pelaburan emas.Selepas jualan ditutup tempoh hari, saya tidak mampu membantu anda untuk mendapatkan ebook tersebut. Namun begitu, rebutlah peluang untuk mendapatkan ebook tersebut sekarang, kerana pihak admin sudahpun membuka jualan ebook pelaburan emas tersebut secara terhad, bermula hari ini, dan saya sendiri tidak dapat pastikan bilakah ianya akan berakhir.

Anda boleh klik banner di bawah untuk mendapatkan rahsia pelaburan tersebut.

Selamat berpuasa

7

Category : Info

Mulai esok saya akan mula bercuti sehingga hari pertama puasa, mungkin di sana saya tidak dapat akses internet seperti biasa.Jadi rasanya tidak terlalu awal untuk saya mengucapkan selamat menyambut ramadhan almubarak dan selamat berpuasa.

Walau bagaimana pun bagi individu yang saya belum menyiapkan analisa tarikh lahir, analisa akan dilakukan seperti biasa dan nantikan hasil analisa laporan melalui email yang dihantar nanti.

Cuma tinggal beberapa orang lagi yang perlu saya siapkan, manakala bagi individu yang telah menerima analisa tarikh lahir dan masih menghubungi saya untuk bantuan seterusnya , insyaALLAH saya akan membalasnya selepas semua analisa disiapkan.

Bagi individu yang mempunyai pola 336 dan 669 iaitu pelaburan, 696 iaitu pola perniagaan, jangan abaikan potensi yang anda miliki. Gunakanlah potensi itu sebaiknya. Walau bagaimana pun, anda perlu memeriksa kitaran tahunan anda , adakah ketika itu masa yang sesuai untuk memulakan perniagaan.

Manakala kepada individu yang mempunyai pola 639, iaitu pola suka berbelanja. Seperti yang saya nyatakan melalui laporan, berbelanja tidaklah menjadi satu kesalahan, tetapi berbelanjalah dengan bijak dan berhemah. Belilah barang yang dapat memberikan keuntungan kepada anda seperti pelaburan emas atau melabur dengan membeli saham-saham jangka panjang yang kurang risikonya seperti ASB atau yang terbaru ialah 1malaysia.

Sebenarnya ramai dikalangan anda yang menempah analisa, mempunyai potensi yang baik untuk berjaya. Malahan ada beberapa individu yang jika mengetahui potensi dan jika dibimbing dengan baik, boleh menjadi kaya dan ternama. Yang penting golongan ini perlu memecah benteng keyakinan yang ada pada diri. Pada beberapa individu yang mempunyai pola 5, hargailah anugerah ALLAH kepada anda. Berubahlah dan tingkatkan keyakinan diri supaya lebih positif.

Dikesempatan ini, saya juga memegang amanah dari pada saudara Razif yang meminta saya mewar-warkan tentang satu lagi laporan tentang pelaburan yang ingin dikongsikan kepada masyarakat. Itu berkenaan pelaburan melalui kwsp.

Semoga anda dapat mengambil faedah daripada perkongsian dari beliau yang lebih mahir tentang pelaburan. Anda boleh klik link dibawah http://www.panduankwsp.com untuk mengetahui lebih maklumat mengenai pelaburan tersebut.

Selamat berpuasa dan semoga beroleh keberkatan.