Rahsia disebalik nombor

2

Category : Info

Seperti yang kita maklum bahawa Malaysia kini hangat dengan ilmu berkaitan nombor dan popular sekali di gunakan oleh pengamal-pengamal ilmu tarikh lahir.

Kajian-kajian saintifik mengenai nombor juga telah lama dijalankan oleh pihak-pihak barat, berikut kami lampirkan sedikit review yang boleh anda baca berkaitan kajian nombor:
1. Hubungan metafizik dengan spiritual dan otak
2. Kajian berterusan metafizik untuk membaca fikiran.

Untuk membincangkan rahsia di sebalik nombor ini cukup luas bidangnya, dari segi ilmu metafizik, dari sudut matematik dan banyak lagi. Tapi hari ini kita akan lihat secara gambaran besar dari sudut metafizik .

Nombor sebenarnya merupakan satu platform saja, ia tidak lah mempunyai kuasa seperti yang didakwa sesetengah pihak. Alasan dicipta berdasarkan “corak” nombor-nombor tersebut. Setiap nombor dari 1 hingga 9 mempunyai corak yang berbeza-beza dan setiap nombor tersebut mempunyai peranan, kepentingan serta kelemahan masing-masing. Fenomena yang melanda Malaysia ini yang sibuk dengan kursus-kursus rahsia tarikh lahir sebenarnya merupakan salah satu aplikasi metafizik. Ia juga bukanlah sejenis tilik nasib dan seumpamanya. Ini kerana tilik nasib berlaku apabila, kita membuat peramalan tanpa suatu yang tidak berbentuk ilmiah. Sebagai contoh, doktor konvensional memberi ubat berdasarkan simptom yang dihadapi, kita tidak boleh kata doktor sedang tilik nasib kerana ia bukanlah satu ramalan kerana ia telah pun dipelajari secara ilmiah setelah kajian-kajian dibuat. Di universiti-universiti kaedah ini juga dinamakan intelligent guess. Bukanlah satu tekaan membuta tuli. Begitu juga dengan kaedah seni metafizik yang juga diimplementasi dalam mengetahui “pattern” seseorang individu berdasarkan tarikh lahir mereka.

Tapi hari ini kita tidak akan masuk secara mendalam tentang ilmu-ilmu metafizik termasuk tarikh lahir, hari ini kita cuma akan bincangkan secara umum corak nombor dan kaitan nya dengan kaum melayu dan cina secara umum, supaya anda boleh mendapat gambaran tentang rahsia di sebalik nombor.

Melayu dan signifikan nombor 7.

Corak nombor 7 secara asas ialah berkaitan PENGARUH, KELOMPOK DAN SPIRITUAL. Jika kita lihat secara individu, individu yang mempunyai nombor 7 dikatakan mudah menarik penyokong. Dari segi konteks melayu secara umum, orang melayu sangat signifikan dengan corak 7. Orang melayu mudah menarik pengaruh dan suka duduk secara berkelompok. Mereka ini suka kepada aktiviti-aktiviti secara bersama, jika kita tengok kaum melayu ini cukup suka dengan menganjurkan macam-macam majlis, majlis berkhatan, majlis cukur jambul dan macam-macam lagi. Mereka mudah mesra dan mudah disenangi oleh jiran-jiran. Melayu juga sejenis kaum yang spiritual dimana mereka suka kepada aktiviti-aktiviti yang mistik. Setiap nombor mempunyai kelebihan serta kekurangan. Keburukan 7 ialah, jika kita lihat orang melayu cukup suka ambil tahu hal orang lain, pendek kata jaga tepi kain orang, bukan itu saja mereka juga terkenal dengan permainan hasad dengki. Sebab itu apabila kaum 7 ini duduk secara berkelompok dengan mudah mereka berasa iri hati sesama mereka. Inilah yang terjadi pada hari ini.

Cina dan signifikan nombor 8.

Corak nombor 8 sangat signifikan juga dengan kaum cina. 8 boleh didefinasikan sebagai KUAT BERFIKIR, TEKANAN DAN TANGGUNGJAWAB. Jika kita lihat perwatakan cina adalah kontra dengan orang melayu. Kaum 8 apabila bangun pagi mereka terus memikirkan tanggungjawab dan menekan diri mereka untuk berjaya. Dari zaman mereka muda-muda lagi mereka akan sibuk ke sana sini mencari pelbagai peluang untuk berjaya! Mereka ini hidup dalam tekanan. Mereka tidak peduli untuk ambil tahu hal orang lain, paling-paling pun mereka angkat tangan apabila nampak anda, jika nak mengumpat atau gossip lebih-lebih mereka tiada masa. Mereka ini bukanlah kaum yang bijak dari segi perancangan tapi mereka cepat merebut peluang yang ada kerana mereka memikirkan tanggungjawab mereka untuk mendapatkan masa depan yang cerah untuk anak cucu mereka. Kita ambil satu analogi, jika anda hantar kereta ke bengkel cina dan melayu, biasanya bengkel melayu akan mengambil masa yang lebih lama untuk menyiapkan kerja kerana mereka lebih suka bersantai, berbual-bual tanya khabar. Lihat pula cina, mereka lebih mengutamakan tanggungjawab mereka untuk menyiapkan kerja.

Demikianlah sedikit review secara gambaran tentang corak nombor dan hubungan nya dengan kaum melayu dan cina.

Sebenarnya setiap corak nombor mempunyai peranan masing-masing, jika kaum melayu dan cina bergabung mereka boleh menghasilkan kekayaan yang banyak dan melimpah. Sebagai contoh dalam bidang perniagaan gabungan 7 dan 8 akan memberi hasil lumayan. Secara penjelasan ringkasnya, kaum 7 dapat menarik penyokong dan pengaruh, kaum 8 pula menjalankan tanggungjawab mereka. Jadi apabila masing-masing main peranan mereka akan berjaya. Jika kita lihat dalam industri multilevel marketing, ramai kaum melayu yang terlibat dalam nya kerana mereka ini mudah mendapat penyokong berbanding cina.

Jadi kesimpulannya, kaum melayu perlulah memberikan prioriti kepada menekankan tanggungjawab sebagai remedi untuk lebih berjaya kelak.

Emosi warga emas

2

Category : Pengalaman

Salam Aidilfitri untuk semua, lama juga saya tidak mengemaskini blog ini, malah saya merasakan ianya satu sejarah kerana rasanya saya tidak pernah mengambil masa yang begitu lama hibernasi daripada mengemaskini blog ini.

Sebenarnya saya sudah pun kembali dari cuti raya pada rabu yang lepas, tetapi saya tidak diberikan keizinan dariNya untuk mengemaskini blog ini lebih awal, apa pun saya yakin pasti ada hikmat yang tersembunyi.

Sebelum saya terus bercerita lebih lanjut, suka untuk saya kongsikan bersama anda esok iaitu 29-9-2009 adalah hari yang mempunyai energy pelaburan yang baik, jadi ambillah peluang ini, terutama individu yang mempunyai pola 336 supaya melakukan sedikit pelaburan, mungkin dengan membeli sijil simpanan premium atau depositkan simpanan ke ASB atau apa juga tabung amanah pelaburan yang anda miliki.
Energy yang paling baik adalah pada pukul 3.00 hingga 4.59 petang esok.

Saya tinggalkan cerita pelaburan tersebut, kerana ianya hanyalah satu pengumuman, manalaha tahu, pelaburan tersebut akan memberikan pulangan yang baik kepada anda.

5 hari saya dikampung menyambut hari raya, ianya benar-benar mengajar saya banyak perkara terutamanya sesuatu yng berkaitan dengan emosi.

Jika sebelum ini, saya banyak mengkaji sesuatu yang berkaitan dengan emosi, tetapi ketika itu saya terlepas pandang kerana saya lupa mengkaji tentang emosi seorang warga emas , sehinggalah saya menjaga nenek saya yang berumur 80 tahun.

Bukan hanya kanak-kanak atau bayi yang hanya dibelai. Bukan hanya golongan muda yang perlu berteman, tetapi belaian dengan penuh kelembutan juga diperlukan oleh golongan warga emas, kasih sayang dan teman juga adalah semangat untuk warga emas meneruskan kehidupan.

Dengan satu sentuhan ianya juga bakal menjadi satu keajaiban. Dengan kelembutan juga ianya akan memberikan ketenanganmalah ianya juga mewujudkan sense of security.

Alangkah malangnya ibu tua yang dihantar ke pusat jagaan orang tua, alangkah ruginya anak-anak yang sanggup meninggalkan ibu untuk dijaga dipusat orang tua, kerana mereka inilah golongan yang tidak dapat merasakan kemanisan dan kehebatan emosi apabila dicurahkan seikhlasnya kepada ibu tersebut. Jagalah ibu tua anda dengan ikhlas, sudah pasti anda akan merasakan ketenangan yang anda sukar untuk perolehi, malahan anda akan merasakan amat sukar untuk anda berjauhan dengan ibu anda tersebut, seumpama anda memiliki seorang bayi yang bena-benar anda cintai. Cubalah dan rasakan emosi tersebut!

Bagaimana Untuk Mendapat Apa Yang Anda Inginkan Dengan Law of Attraction

1

Category : LOA

Selamat Hari Raya Aidilfitri saya ucapkan kepada semua pembaca-pembaca blog ini yang beragama Islam. Maaf zahir dan batin sekiranya saya melakukan apa-apa kesilapan pada masa-masa yang lepas. Semoga anda meraikan Hari Raya ini dengan penuh kegembiraan.

Dalam Bicara Selasa minggu ini, saya akan berkongsi tip tentang cara-cara untuk mendapat apa-apa sahaja yang anda inginkan.

Pernahkah anda tertanya-tanya, mengapakah seseorang yang kurang pandai daripada anda, paras rupanya pun tak setanding anda, tak kreatif dan tak pandai bergaul tetapi mencapai banyak kejayaan.

Manakala, ANDA yang lebih bijak, lebih pandai, lebih kreatif, lebih cantik, lebih hensem, lebih pandai bergaul masih lagi bersusah payah mengejar impian anda.

Jawapannya terletak pada sesuatu yang kita semua miliki iaitu, MINDSET KITA.

Mindset kita merupakan satu sistem kepercayaan yang menentukan arah hidup ataupun kualiti hidup kita. Ia merupakan satu anugerah tuhan yang penting yang membolehkan kita mencipta masa depan kita sendiri.

Akan tetapi, ramai yang tidak tahu menggunakan anugerah ini dengan sebaik-baiknya.

Anda memerlukan mindset yang betul untuk mendapat apa yang anda inginkan. Mindset yang salah akan menghasilkan keputusan yang tidak diingini.

Jadi, apakah mindset yang betul?

Ia bergantung kepada apa yang anda inginkan. Salah satu cara yang baik untuk memastikan anda mempunyai mindset yang betul ialah, belajar mindset seseorang yang telah mendapat apa yang anda inginkan.

Jika anda ingin memulakan perniagaan sendiri, belajarlah daripada mereka yang sudah memiliki perniagaan yang menguntungkan. Berbual-bual dengan mereka dan anda akan dapat belajar banyak perkara.

Adakah mereka berasa cemas semasa membuat keputusan atau tenang? Bagaimanakah mereka melihat kegagalan? Adakah mereka berasa kecewa atau belajar daripada kegagalan dan bertindak dengan lebih agresif lagi?

Bagaimana pula minda mereka bekerja semasa mereka menghadapi soal kewangan? Adakah mereka merungut sahaja ataupun mencari jalan serta merta?

Adakah mereka takut akan persaingan, menumpaskan pesaing ataupun bekerjasama dengan pesaing?

Anda dapat belajar semua ini melalui perbualan dengan mereka, temuramah di TV, buku-buku, seminar dan sebagainya.

Langkah seterusnya …

Langkah seterusnya ialah menukar mindset serta kepercayaan anda. Selepas anda mengkaji mindset orang-orang yang berjaya, anda MESTI berfikir seperti mereka dan mempunyai kepercayaan yang sama dengan mereka. Jika anda kekal dengan mindset lama anda, anda akan mendapat apa yang anda selalu dapat.

Menurut Law of Attraction, anda mesti percaya, percaya dan terus percaya bahawa anda MESTI boleh mendapatkannya. Tiada ruang untuk keraguan. Anda mesti betul-betul percaya pada keinginan anda.

Perlukah saya mengambil tindakan?

Sudah tentu! Kuasa kepercayaan anda menguatkan lagi kuasa tindakan anda. Tindakan anda MESTIlah selari dengan keinginan anda. Jika anda ingin mempunyai keinginan untuk memiliki perniagaan sendiri, anda mempunyai mindset yang betul, tetapi setiap hari tengok TV je, adakah anda rasa anda akan berjaya? Jawapannya TIDAK!

Ambil tindakan hari ini juga dan lihatlah kesannya.

Selamat mencuba,

Raymond Chua

P.S. Dapatkan podcast percuma “financial blueprint” anda di sini!

P.P.S. Semua kejayaan bermula dari minda anda? Klik sini.

Salam Aidilfitri

5

Category : Info

Hari ini adalah hari terakhir saya mengemaskini blog ini, mulai esok saya akan bercuti daripada melayari internet sehingga hari raya kedua ini. Jadi dengan rendah diri saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan salam aidilfitri kepada semua sahabat pembaca blog linncomel.com ini, dengan itu saya juga ingin memohon kemaafan daripada sahabat semua sekiranya terdapat kata-kata atau sikap saya yang menyinggung perasaan anda semua. Selagi saya bergelar manusia, sudah pasti tidak dapat lari dari melakukan kesilapan. Segala yang baik dan buruk datangnya dari ALLAH. Saya hanyalah insan lemah yang hidup mengikut aturan dariNya.

Kepada beberapa individu yang menghantar virtual kad raya kepada saya, ribuan terima kasih saya ucapkan dan saya amat menghargai ingatan anda tersebut.

Salam sayang untuk semua sahabat pembaca, kepada yang memandu berhati-hatilah di jalan raya, semoga sampai ke destinasi dengan selamat dan gembira.

Ikhlas, Linn

Perubahan Yang Berkekalan

1

Category : kuasa Minda, Motivasi, Petua & Tips

Waiting on the World to Change
Image by FotoRita [Allstar maniac] via Flickr

Melakukan perubahan amat mudah. Anda boleh berhenti merokok untuk beberapa hari, kurangkan berat badan untuk beberapa hari, bersenam beberapa hari, belajar berniaga beerapa hari.

Persoalannya, bagaimana pula dengan hari-hari yang seterusnya? Berapa lamakah perubahan ini akan kekal. Adakah ini merupakan perubahan yang berkekalan? Atau perubahan sementara sahaja?

Apa gunanya anda mengurangkan 5 paun daripada berat badan anda dalam masa seminggu tetapi selepas itu, berat badan anda naik 10 paun pada minggu berikutnya?

Adakah perubahan sementara ini memberi manfaat kepada anda ataupun menghumban anda ke dalam lembah kekecewaan? Jika ia membawa kekecewaan, apa gunanya anda melakukan perubahan tersebut?

Berikut adalah cara-cara untuk melakukan perubahan yang berkekalan

Langkah 1 – Manfaatkan emosi anda

Kaitkan keadaan semasa dengan emosi yang negatif seperti kesakitan, kesedihan dan kekecewaan. Pada masa yang sama, kaitkan perubahan yang ingin anda lakukan dengan kegembiraan, kesenangan dan kehebatan. Ingat perkaitan ini dalam minda anda.

Manusia mempunyai motivasi untuk bergerak menghindari kesakitan dan menuju ke arah kesenangan. Jadi, apabila anda tidak mempunyai motivasi untuk kekal dengan perubahan yang anda lakukan, ingat perkaitan di atas.

Perubahan bukan masalah kebolehan, tetapi masalah motivasi.

Langkah 2 – Ganggu tabiat anda

Jika anda mendapati diri anda ingin menuju kembali kepada keadaan asal, lakukan sedikit gangguan terhadap tabiat lama tersebut. Misalnya, jika anda ingin kurangkan berat badan tetapi terasa amat ingin untuk makan makanan ringan, ganggu tabiat itu dengan kelakuan yang lain seperti menyanyi dengan kuat pada masa tersebut ataupun melompat tak tentu arah.

Langkah 3 – Ambil jalan alternatif

Jika anda tidak mempunyai jalan alternatif, kemungkinan besar anda akan kembali kepada tabiat asal. Misalnya jika anda ingin berhenti merokok, anda harus ada benda-benda alternatif untuk “menyumbat” mulut tersebut apabila anda terasa ingin merokok.

Misalnya makan sebiji buah epal setiap kali anda rasa ingin merokok. Satu alternatif yang baik untuk menggantikan rokok.

Cubalah 3 langkah ini dan kongsikan pengalaman anda di sini.

Selamat berubah,

Raymond Chua

P.S. Dapatkan podcast percuma “financial blueprint” anda di sini!

P.P.S. Semua kejayaan bermula dari minda anda? Klik sini.

Reblog this post [with Zemanta]