Allhamdulillah, masih lagi diizinkan ALLAH untuk mengemaskini blog ini. Sebelum saya memulakan aktiviti saya hari ini, saya mengambil kesempatan yang ada untuk mengemaskini blog ini.
Kebiasaan pada hujung bulan ini Banyak aktiviti melawat ke bank yang perlu saya lakukan.
Jika dulu saya perlu bergegas ke bank untuk melesaikan bayaran hutang yang wajib dilangsaikan , tetapi sekarang keadaan sudah berubah. Sekarang saya masih lagi perlu ke bank tetapi untuk menerima wang.
Alhamdulillah, bagi saya ini semua adalah rezeki mudah selepas saya berhempas pulas berusaha untuk mendapatkan pendapatan tambahan dari program-program antarabangsa seperti google adsense dan mana-mana program yang lain dan yang terbaru saya menyertai Zamri Nayan dalam program antarabangsa GDI
Dengan berita terbaru wang dari paypal sudah boleh ditukarkan ke mana-mana bank di Malaysia, sebenarnya ia memudahkan kita untuk terus berusaha bagi mendapatkan wang tambahan hanya dari rumah.Apa yang penting, usaha, yakin dan tawakal.
Selepas beberapa tahun berhempas pulas untuk menjadi magnet duit yang sebenar, akhirnya satu formula mudah yang saya amalkan dan membantu saya untuk menjadi magnet duit ialah dengan mengamalkan prinsip ALLAH No 1 dan tawakal.
Jika dulu solat dhuha kerana inginkan rezeki, tukarlah niat anda lakukan solat dhuha, ikhlas kerana ALLAH. jIKA dulu mengamalkan ayat seribu dinar kerana rezeki, tukarlah niat supaya anda leih bertawakal kepada ALLAH. Jika dulu anda berselawat 100 kali kerana rezeki, juga tukarkan ia ikhlas kerana ALLAH. Jika anda mengamalkan al-waqiah atau ar-rahman kerana inginkan rezeki, bacalah ayat-ayat itu kerana ALLAH. Lihatlah bagaimana rezeki mengejar anda, ALLAH sentiasa membuka jalan rezeki untuk anda.
Satu perkara baru yang saya lihat berlaku selepas saya memelihara kucing-kucing kesayangan saya tersebut, setiap kali saya merancang untuk membeli makanan atau apa juga barang untuk kucing saya,pasti akan ada rezeki tambahan yang datang, malah jumlahnya adalah lebih dari nilai yang saya keluarkan. Itu bermakna saya yang menumpang rezeki kucing-kucing tersebut. Jadi bagi yang memelihara kucing lakukanlah kebaikan ini dengan niat kerana ALLAH, bukan kerana keajaiban rezeki yang diperolehi.
Alangkah mudahnya jika kita ingin menjadi magnet duit. Saya telah mengamalkan formula tersebut dan saya telah merasakan hasilnya. Tetapkan hati, gunakanlah prinsip ALLAH No 1.


![Reblog this post [with Zemanta]](http://img.zemanta.com/reblog_e.png?x-id=e1836791-abb4-4288-8c94-86ce4b6e73a0)



