Salam perkongsian untuk semua dan selamat menyambut Maulidur Rasul
Pernahkah anda mendengar ungkapan ilmu itu adalah pakaian hidup ? Kalau pernah apakah maksud sebenar disebalik ungkapan itu mengikut pandangan anda ?
Saya rasa pujian harus diberikan kerana kita mempunyai sikap terpuji yakni kita berlumba-lumba untuk menimba ilmu. Kita berhabisan duit untuk memperolehi ilmu sama ada secara formal atau tidak. Pun begitu hanya segelintir yang benar-benar mempratikkannya selebihnya hanya menjadikan nota ilmu sebagai satu koleksi yang mungkin untuk dibanggakan. Ada juga yang gemar mengumpul sijil-sijil penyertaan dan dijadikan hiasan dinding, tidak dapat saya pastikan apa tujuan sebenar perlakuan ini.
Mungkin hasil dari kreativiti yang agak kreatif itu hanyalah pujian yang diperolehi bukan perubahan dalam hidup. Saya pernah mendengar seorang kawan bercerita mengenai keghairahannya menyertai banyak program untuk memantapkan diri, tetapi dirinya tetap sama walau telah berpuluh program yang disertainya. Kenapa ?
Bagi saya ilmu seharusnya dipraktiskan bukan dibiarkan begitu sahaja kerana ia tidak akan mendatangkan keuntungan sebaliknya merugikan kerana sejumlah wang telah dilaburkan. Jadi ilmu itu sebenarnya adalah pakaian hidup dan bukannya hiasan dinding atau perkataan yang agak glamour dikalangan muda mudi ialah wall paper
Bila pakaian kita cantik, ia akan memberi keyakinan diri, juga mampu mengubah persepsi kehidupan seterusnya meningkatkan taraf kehidupan. Orang yang berilmu bukan diukur dari banyaknya ilmu yang dipelajari tetapi dilihat dari sejauh mana kita mengaplikasikannya, kerana ilmu tanpa amal adalah sia-sia dan amal tanpa ilmu dikhuatiri sesat di jalan yang terang.
Mungkin ramai di antara kita sedar, kita belajar tentang hidup yang sebenar setelah memasuki alam perkerjaan. Apabila sudah berkerja, teori yang pernah dipelajari dahulu agak berbeza dengan realiti. Jika kita tidak mempratikkan dan menyesuaikannya dengan keadaan semasa maka kita akan ketinggalan seperti kata ezlynn..hai..hai..bye..bye..
Janganlah pula kita tersasar dari matlamat sebenar ilmu. Biarlah sedikit ilmu tetapi difahami dan diamalkan dan ia kan bertambah sehingga tiada ruang untuk anda menampungnya.
Salam Hormat
- Ima Harlina -




