Renungkan seketika

10

Category : komentar, Motivasi, Renungan

Salam perkongsian dan salam ceria untuk semua. Apa kata luangkan sedikit masa untuk kita renung, fikir dan timbang-timbangkan perkongsian hari ini.

Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.

Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apa pun untuk dimakan.

Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.

Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.

Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk dipertemukan jodoh dan diberikan teman hidup.

Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal dunia terlalu cepat.

Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.

Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,
Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.

Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.

Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak terlepas dari melakukan kesalahan

Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepadaNYA kerana kita masih mampu untuk terus hidup !

Salam Hormat
- Ima Harlina -

Wahai orang-orang yang bersedih

6

Category : Info, Motivasi, Renungan

Salam perkongsian untuk semua. Hari-hari yang kita lalui kadangkala tidak seperti yang diharapkan. Ada masa hari-hari itu sangat indah untuk dilalui, adakalanya hari itu, kesedihan, kecelaruan bertamu di hati.

Saya kongsikan kata-kata ini untuk mengubat rasa hati yang gundah gelisah.

Wahai orang-orang yang bersedih ! ALLAH telah menciptakan bagimu warna-warni bunga dan taman yang indah sebelum DIA menciptakannya bagi orang selain kamu.

Wahai kamu yang masih sakit! Sesungguhnya ALLAH menciptakan matahari, udara, air dan macam-macam makanan bagimu, sebelum bagi makhluk selainmu.

Wahai kamu yang kekurangan! ALLAH telah menciptakan berbagai makanan yang bermanfaat dan paling murah harganya bagi kamu sebelum makhluk yang lainnya.

Wahai kamu yang teraniaya! ALLAH telah menciptakan bumi yang luas bagi kamu sebelum makhluk yang lainnya.

Wahai kamu yang dizalimi! ALLAH telah menciptakan bagimu langit yang pintunya sentiasa terbuka untuk menampung semua permohonanmu, sebelum DIA menciptakannya bagi makhluk selainmu.

Wahai orang-orang yang berada di dalam kebingungan! Setiap hari ALLAH mengirimkan dali-dalilnya-NYA kepadamu, maka gunakan akalmu.

Wahai kaum Atheis! Kelemahanmu untuk membebaskan dirimu dari berbagai macam penyakit merupakan dalil bagi kewujudan penciptaMU.

Wahai para pemerhati! Apa yang ada di dalam jiwamu dan alam sekitarmu merupakan dalil bagi hikmah dan kuasaNYA, janganlah kamu menutup matamu.

Wahai orang-orang mukmin! Dalam rahsia-rahsia alam yang terungkap setiap hari merupakan dalil bagi kebenaran keyakinanmu.

Dua….dan satu….

4

Category : Motivasi, Renungan

Salam perkongsian untuk semua. Di hari Jumaat yang indah ini saya kongsikan kata-kata ini untuk renungan kita bersama……

ALLAH SWT menciptakan dua mata bagi setiap manusia, akan tetapi sebahagian besar dari mereka hanya melihat dengan satu mata sahaja.

ALLAH SWT juga menciptakan satu mulut dan dua telinga kepada setiap diri manusia, akan tetapi kebanyakkan dari kita berbicara dengan dua mulut dan mendengarkannya dengan satu telinga.

DIA menciptakan dua tangan bagi mereka, satu untuk menolong dirinya sendiri dan satu lagi untuk menolong saudaranya. Akan tetapi kebanyakan dari kita hanya menggunakan satu tangan sahaja.

DIA juga menciptakan dua kaki, kaki untuk memperolehi kehidupan di dunia dan satu lagi untuk mencari bekal di akhirat. Akan tetapi kebanyakan dari kita hanya menggunakan satu kaki.

DIA menciptakan satu hati bagi setiap dari kita, untuk menampung beban hidupnya yang pendek tetapi mereka membebankan diri dengan beban yang tidak mungkin dipikul oleh hati yang banyak sekali pun.

ALLAH memberikan satu umur bagi setiap dari kita, tetapi mereka mensia-siakan waktunya seakan-akan mereka diberi seratus umur.

ALLAH memberikan satu kematian pada setiap manusia, akan tetapi mereka rela atas dirinya dengan kebodohan dan kesengsaraannya untuk mati setiap hari.

Pengayuh sampan vs professor

6

Category : komentar, Motivasi, Renungan

Salam perkongsian untuk semua. ALHAMDULILAH masih diberikan kesempatan untuk menulis dan berkongsi dengan semua pengunjung setia linncomel.com

Saya terbaca satu artikel dalam sebuah majalah seorang teman. Walaupun majalah ini agak janggal ( majalah baru kot tak pernah tengok pun sebelumnya ) tetapi entrinya sangat menarik dan ingin saya kongsikan untuk tatapan bersama.

Satu hari ada seorang professor yang ingin menyeberang sungai dengan sebuah sampan yang dikayuh oleh seorang pengayuh sampan.

Di tengah-tengah sungai, professor bertanya: “Kamu pandai menulis dan membaca?”

“Tidak Tuan. Saya buta huruf.” Jawab si pengayuh sampan.

“Kalau begitu, kamu sudah hilang separuh daripada kehidupan kamu. Orang yang tidak pandai menulis dan membaca seolah-olah hilang separuh keupayaan untuk hidup.”

Tidak lama selepas itu, professor bertanya lagi: “Kamu ada membuat simpanan wang di bank?”

“Tidak Tuan. Pendapatan saya hanya cukup-cukup makan saja. Macammana nak simpan duit.”

“Emmm Kalau begitu, kamu hilang lagi separuh daripada kehidupan kamu. Mana mungkin orang yang tiada wang boleh hidup dengan selesa pada masa tua nanti.”

Sampan terus bergerak. Sampai di tengah sungai. Tiba-tiba sampan itu bocor. Air masuk dengan banyaknya dan sampan hampir mahu tenggelam.

Si pengayuh sampan bertanya kepada professor: “Tuan, apakah tuan pandai berenang?”

“Err…errr, saya tidak tahu laaa.” Jawab professor dalam keadaan panik.

“Kalau begitu, tuan akan kehilangan seluruh hidup tuan!”

Alamak……..

Dalam kehidupan ini, kadangkala kita merasakan diri adalah yang terbaik, apa lagi bila kita memiliki kehidupan yang jauh lebih baik dan berkerjaya bagus. Kita kadangkala memandang rendah pada orang lain meski tidak dizahirkan dengan perkataan, memadai dengan cara kita melayan orang ( lirikan mata dan sebagainya )

Kita seharusnya sedar dan faham bahawa kapasiti seseorang dengan seorang yang lain tidak mungkin sama. Kita tidak dilahirkan bodoh. Sebaliknya kita hanya perlu mengenal potensi diri dan menggunakannya dengan sebaik mungkin.

Saya percaya setiap dari kita mempunyai sumbangan yang tersendiri walau apa pun kerjaya kita. Ibarat cerita di atas, mungkin status sebagai professor membuatkan dia berasa diri sangat hebat dan mengetahui segalanya, tetapi pengetahuan kecil yang ada pada si pengayuh sampan jauh lebih besar impaknya.

Salam Hormat
- Ima Harlina -

Kecelaruan personaliti

2

Category : Cabaran, Renungan

Salam perkongsian untuk semua. Kesempatan berhujung minggu tidak saya lepaskan dengan berjumpa rakan-rakan lama.

Namun apa yang menarik yang ingin saya kongsikan ialah mengapa ada belia lelaki yang berpakaian seperti perempuan dan sebaliknya ?

Saya tahu isu ini bukanlah suatu yang baru, sama ada di kota mahupun di desa kita akan dapat melihat perwatakan seumapama ini. Dari hari ke hari saya rasa bilangannya makin bertambah.

Pelbagai gelaran diberikan kepada mereka. Bagi lelaki panggilan pretty boy, gay boy malahan ada juga yang memberikan jolokan sebagai mak nyah. Yang perempuan akan dipanggil tomboy, macho girl dan yang seangkatan dengannya.

Bagi yang lelaki penampilan mereka memang mengalahkan perempuan sejati, dari segi pakaian, make up dan penjagaan diri memang tip top. Tetapi mereka ni memang baik untuk dijadikan teman. Lebih memahami kadangkala. Walaupun saya pasti ianya memang salah di sisi agama.

Kenapa ia boleh terjadi ? Adakah kerana keinginan yang lahir secara semulajadi atau adakah ianya hanya suatu fasa kehidupan ? Tidak kah mereka ni boleh kembali seperti sedia kala dan menerima ketentuanNYA dan hakikat diri ?