Takdir dan usaha

5

Category : Bina Kejayaan, komentar, Renungan

Salam perkongsian semua. Semoga caria dan tabah mengharungi perjuangan bagi sebuah kehidupan.

Saya ingin kongsikan beberapa pepatah Melayu seperti yang berikut ;

-Yang sejengkal tidak jadi sedepa
-Malang tak boleh ditolak, mujur tak boleh diraih
-Untung sabut timbul, untung batu tenggelam
-Asalnya kuda itu kuda juga dan keldai itu keldai juga
-Secubit tidak dapat menjadi segenggam

Berikut pula beberapa pepatah Cina;

-Baik dan jahat adalah hasil kelakukan manusia
-Kedudukan atau kesukaan bergantung kepada mereka
-Kekayaan dan kehormatan adalah semua hasil kerajinan dan jimat, kemiskinan adalah semuanya disebabkan berat tangan
-Menusia bebas membuat baik atau jahat, kedukaan atau kesukaan adalah hasil buatan mereka.
-Tugas saya ialah berusaha sekuat-kuatnya, tepulanglah kepada Tuhan memberi saya kejayaan.

Sejak kita mula memikirkan tentang kehidupan di dunia yang penuh pancaroba ini, perbahasan sama ada takdir menentukan segalanya atau kita bebas menentukan nasib kita ?

Kalaulah datang orang yang hendak menikam kita, adakah kita akan menyerah sahaja kepada nasib ? Tidakkah kita berikhtiar untuk mengelakkan tikaman itu ataupun menagkisnya. Tidak kah ini membuktikan kita boleh berusaha dan berikhtiar mempengaruhi nasib kita ?

Adakah mereka yang berpegang kepada kepercayaan takdir menentukan segala-galanya itu sengaja mencari dalih mengapa dia tidak berjaya dalam kehidupan yang sebenarnya adalah disebabkan oleh kemalasannya sendiri. Juga dia menggunakannya sebagai rasionalisasi untuk menyakinkan dirinya sendiri bahawa kegagalannya bukanlah kerana kesalahan dirinya sendiri atau kurang usahanya tetapi oleh kuasa diluar dirinya. Dengan itu tidaklah perlu dia membaiki dirinya.

Perkara ini masih terus diperdebatkan sehingga kini. U all pula macam mana ? Antara takdir dan usaha, mungkin kita boleh kongsikan di sini…..

Namun tidak bermakna saya tidak percaya pada takdir atau Qada dan Qadar, kerana ianya merupakan rukum iman yang ke enam yang wajib kita percaya dan terima dengan redha. Sebelum mengundurkan diri seperti biasa saya tinggalkan kata-kata ini “ Sesungguhnya ALLAH tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sebelum kaum itu mengubah apa yang ada pada dirinya sendiri ” ( Surah Ar-Ra’d 11 )

Salam Hormat
- Ima Harlina -

Konsep perniagaan adalah sama

Category : Bina Kejayaan, Info, Perniagaan

Kebelakangan ini, ramai yang berminat untuk melibatkan diri dalam perniagaan internet, malah ada yang menghantar email kepada saya meminta saya membimbing beliau malah tidak kisah jika terpaksa membayar yuran untuk mengajar beliau.Adakah saya bersetuju? Saya tidak pernah menolak atau bersetuju dengan tawaran tersebut. Mengapa?

Bagus jika anda mempunyai minat untuk membina perniagaan internet. Namun jika sekadar minat, ianya masih tidak mencukupi, malah anda perlu mempunyai alasan yang kukuh mengapa anda perlu berniaga.

Anda tidak akan berjaya, jika anda ingin berniaga semata-mata melihat orang lain berjaya dalam perniagaan, kerana setiap orang mempunyai kepakaran yang berbeza.Tetapi kesungguhan itu perlu datang dari dalam diri anda.

Saya berpendapat, perniagaan internet tiada bezanya dengan perniagaan-perniagaan lain yang ada di muka bumi ini. Cuma yang berbeza adalah platform yang digunakan dan jumlah modal yang dikeluarkan adalah lebih rendah dari perniagaan yang dijalankan tanpa menggunakan medium internet. Malah jika anda bijak dan mempunyai perniagaan anda sendiri ketika ini, anda masih boleh menggunakan internet sebagai satu alternatif dalam memasarkan produk anda.

Jika anda benar-benar bersungguh untuk memasarkan produk anda melalui internet, anda perlu manguasai pelbagai teknik pemasaran yang saya anggap tidaklah sukar namun ianya tidaklah terlalu mudah untuk dikuasai.

Jika anda setiap hari melayari facebook, anda boleh menggunakan facebook sebagai satu platform bagi memasarkan produk anda.

Jika anda adalah seorang individu yang sentiasa habiskan masa dengan berforum, anda juga boleh menggunakan forum sebagai medium pemasaran anda. Malah jika anda adalah seorang penonton youtube yang tegar anda boleh menggunakan youtube sebagai platform pemasaran anda.Jika anda mempunyai blog, blog juga adalah medium berkesan untuk memasarkan produk anda Namun pemasaran yang dilakukan bukanlah sekadar hangat-hangat tahi ayam, yang penting adalah kesungguhan yang datang dari dalam diri anda. Kejayaan bermula dari diri anda, bukan sebaliknya.

Salah satu kaedah yang benar-benar berkesan untuk menghasilkan pendapatan lumayan, ialah pemasaran melalui email. Tetapi anda perlu mengetahui langkah demi langkah yang patut anda lakukan bagi mengelakkan anda dituduh sebagai spammer. Teknik pemasaran email perlu dilakukan secara beretika dan tanpa paksaan.

Sekiranya anda berminat untuk menguasai teknik pemasaran melalui email, saya menyarankan anda memiliki ebook yang di tulis oleh seorang pakar pemasaran internet iaitu saudara Razif. Beliau adalah pakar dalam pemasaran email dan mampu menghasilkan ribuan ringgit dengan hanya menggunakan kaedah email. Banyak ilmu yang telah saya pelajari dari beliau.

Anda boleh mempelajari teknik beliau dengan melawat
laman web beliau www.teknikpemasaran.6972.info atau klik imej yang saya sediakan dibawah. Selamat berusaha dan selamat berjaya.

Masalah kewangan-ubatnya ada pada anda.

3

Category : magnet duit, Mental block

Kebelakangan ini saya menerima banyak email yang bercerita tentang masalah kewangan yang dialami dan ada juga email yang diterima meminta saya membantu mengajar berniaga di internet. Ada email yang telah pun saya balas, dan masih lagi ada email yang saya masih biarkan di dalam inbox saya tanpa balasan kerana saya terfikir untuk menjawab secara umum melalui blog ini.

Jika anda ketika ini merasakan adalah terlalu sukar untuk mendapatkan wang atau rezeki. Saya akui, saya pernah berfikir , merasa dan mengalaminya satu ketika dulu.

Malahan ketika saya berada di zaman bergelar pelajar universiti saya pernah bekerja menjual barang untuk menampung keperluan pembelajaran ketika itu kerana saya tidak sampai hati untuk meminta wang dari nenek saya untuk perbelanjaan saya ketika itu. Jika anda tidak yakin atau percaya pada kenyataan saya ini, salah seorang penulis yang berkongsi ilmu di blog ini iaitu saudari Ima Harlina seorang rakan baru yang saya kenali ketika waktu itu pernah memasukkan wang secara diam-diam ke dalam dompet saya dengan niat untuk membantu.Walaupun agak marah dengan tindakan beliau ketika itu tetapi saya bersyukur kerana saya tahu bahawa saya memiliki seorang sahabat yang sentiasa bersama saya tidak kira diwaktu senang atau susah.

Mungkin cerita hari ini agak sedikit panjang, walaupun saya tidak ingin mengingati segala kenangan silam yang memedihkan kerana hukum tarikan , tetapi saya masih lagi ingin berkongsi kerana saya ingin anda tahu bahawa saya pernah merasa apa yang anda rasa.

Selepas saya bekerja, saya masih lagi mengalami masalah kewangan yang sama. Walaupun pada mula saya bekerja, pendapatan saya yang agak mewah dengan gaji dan juga pendapatan oncall yang agak lebat, tetapi pada hujung bulan saya tidak mampu untuk menyimpan wang, kemana perginya wang itu? saya sendiri tak tahu.

Mengapa semua perkara ini berlaku kepada diri saya? Jika dulu saya mungkin tidak tahu apakah jawapannya. Tetapi hari ini dengan ilmu yang saya pelajari jawapannya saya telah disabotaj oleh minda saya sendiri. Jadi untuk melihat perubahan kepada masalah kewangan yang pernah saya alami, satu perkara penting saya perlu dilakukan ialah lakukan perubahan kepada minda .

Bagaimana saya disabotaj oleh minda saya? semua itu datang dari masalah lampau yang saya alami.Apa yang saya percaya,fikirkan,dengar ,lihat dan sewaktu dengannya. Untuk mengetahui bagaimana masalah sabotaj ini wujud saya ada kongsikan di dalam ebook magnet rezeki saya.
Jadi jika ketika ini anda mengalami masalah kewangan atau anda mengalami masalah wang mudah masuk dan mudah juga keluar sehingga tidak dapat menyimpan seperti yang pernah saya alami. Nasihat saya, ubah cara anda berfikr, kepercayaan dan persepsi anda terhadap wang. Percayalah setiap penyakit ada ubatnya. Dan saya menganggap masalah kewangan ini juga adalah satu penyakit yang perlu diubati.Jadi untuk merawat masalah ini, perkara pertama yang perlu dilakukan ialah merawat minda anda dahulu dan ubatnya seperti yang telah saya nyatakan, ubah persepsi , kepercayaan dan cara berfikir terhadap wang dan kekayaan. Jika anda bertanya kepada saya sekarang, adakah sukar untuk mendapatkan wang. Alhamdulillah pasti saya akan menjawab adalah terlalu mudah untuk menjadi magnet duit, kerana rezeki hanya perlu dijemput bukan dikejar.

InsyaALLAH untuk perkongsian akan datang , saya akan berkongsi tips bagi yang bertanyakan tentang perniagaan internet.

Masalah dan diri kita

10

Category : Motivasi, Renungan

Salam perkongsian semua. Apa khabar ? semoga sihat walafiat dan selamat bersantai dihujung minggu.

Baru-baru ini saya menerima sms yang menyatakan seorang rakan lama telah meninggal dunia. Agak tragis kerana beliau memilih untuk mengakhiri hayatnya dengan menelan pil secara berlebihan. Puncanya adalah kerana masalah yang tidak tertanggung. Pun begitu saya tidak berniat untuk mengaibkan sesiapa dengan menulis cerita ini.

Saya pasti setiap dari kita tidak sunyi dan terlepas dari masalah, tidak kira kecil atau besar dan apa jua masalah sekali pun. So saya kongsikan cerita untuk kita hayati bersama.

Kisahnya seorang lelaki yang sering mengeluh. Kerana pada fikirannya sepanjang hidupnya dia tidak pernah merasakan ketenangan. Hatinya tidak pernah sepi dari kerisauan. Dia merasa cemburu dengan mereka yang mampu bergelak tawa umpama tiada masalah yang pernah melanda.

Hati lelaki itu tidak mampu untuk menyerap semua masalah yang menghimpit jiwanya. Kecelaruan itu membawanya ke hujung kampung, yang mana terdapat sebatang sungai untuk mencari sedikit ketenangan. Di sungai itu dia sering melihat seorang lelaki tua, wajahnya sentiasa tenang, bersih dan kedamaian sentiasa bertamu diwajahnya.

Lelaki itu ingin sekali berkongsi rahsia dengan lelaki tua tadi. Adakah betul lelaki tua itu langsung tidak menghadapi masalah sepanjang hidupnya ? Runggutan dan keluh kesah itu didengari oleh lelaki tua tadi, lantas dia dibawa ke satu tempat.

Pasti semua tertanya-tanya kan ke manakah gerangan lelaki tadi dibawa oleh lelaki tua itu. Tempatnya ialah sebuah kolam yang besar bersama sebiji cawan dan dua bungkus garam.

‘ Nak….’ lelaki tua itu bersuara.

‘ Ambilah cawan ni, isikan air dan masukkan sebungkus garam ke dalamnya, kemudia minumlah air itu’. Lelaki tadi kebingungan tetapi tetap menurut apa yang dikatakan lelaki tua itu.

‘ Apa rasanya ? ‘ tanya lelaki tua itu

‘ Masin ‘ jawab lelaki itu dengan seribu kerutan diwajahnya.

Lelaki tua itu tersenyum dan lantas meminta lelaki tadi memasukkan sebungkus garam ke dalam kolam dan menghirup airnya. Sekali lagi lelaki itu menurut tanpa banyak soal.

‘ Apa rasanya ? ‘ tanya lelaki itu sekali lagi.

‘ Tawar, tidak semasin tadi ‘.

Garam tersebut diibaratkan masalah manakala cawan dan kolam itu adalah hati dan diri kita. Setiap dari kita tidak lari dari mempunyai, ditimpa dan diuji dengan pelbagai masalah. Andaikata hati kita hanya sebesar cawan, maka kita akan merasa betapa perit, seksa dah pahitnya masalah itu. Jika hati kita sebesar kolam, apa pun masalah yang mendatang kita akan mampu untuk menghadapinya dengan senyuman.

Sebab kita tahu dan faham, setiap ujian dan masalah yang terhampar dihadapan kita, bukan semata-mata untuk menyusahkan kita, sebaliknya kita diminta untuk berfikir dan bermuhasabah diri. Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah yang tersirat dan tersurat. Ingat ALLAH tidak akan menguji para hambaNYA diluar batas kemampuan mereka.

Oleh itu sama-samalah kita berlapang dada dan sentiasa membesarkan hati dan jiwa kita supaya kita mampu untuk memikir dan mengingati perkara-perkara yang menggembirakan dan membahagiakan. Janganlah membiarkan hati kita hanya sebesar cawan takut kita tidak mampu untuk menanggung diri sendiri.

Salam Hormat
-Ima Harlina -

Rahsia Kekayaan Bogor-Chefli

8

Category : Info

Saya amat cintakan buku, malah sewaktu zaman persekolahan saya pernah mempunyai impian untuk menjadi seorang novelis yang terkenal kerana ketika itu saya amat gila membaca novel. Namun apabila usia meningkat novel sudah saya tinggalkan dan fokus saya pada bacaan ilmiah yang bersifat lebih umum.

Teringat kata-kata arwah datuk saya, sikap suka membaca ini mewarisi sikap ibu kandung saya yang juga suka membacawalaupun ketika itu ibu saya hanya mampu membaca surat khabar lama lantaran tidak mudah untuk memiliki buku ketika itu.

Masih ingat lagi ketika di sekolah rendah saya meminjam buku-buku di perpustakaan sekolah, saya simpan dan gantung di dinding bilik saya umpama perpustakaan, kerana saya mempunyai impian untuk memiliki perpustakaan saya sendiri di rumah. Impian bukan sekadar impian, kerana ini saya memiliki satu ruang bilik yang menyimpan ratusan buku yang saya miliki. Ya, segalanya bermula dengan impian.

Namun begitu saya juga masih mempunyai impian yang belum tercapai iaitu ingin memiliki kedai buku sendiri. InsyaALLAH impian tersebut akan tercapai jua dengan memulakan kedai buku online sendiri,dengan membeli satu domain baru berkaitan buku iaitu santaibuku.com.Namun segalanya masih dalam pembinaan dan perancangan yang perlu dilihat dengan lebih mendalam. Mungkin blog itu akan saya jadikan satu platform review buku dan seterusnya menjual buku terpakai. Walau bagaimana pun ianya adalah satu permulaan untuk saya melangkah lebih jauh.

Sudah lama saya tinggalkan dunia novel. Namun beberapa hari yang lepas saya amat tertarik dengan novel hasil tulisan penulis kegemaran saya iaitu Chefli yang pernah menulis buku terhebat yang saya pernah saya baca iaitu Jutawan Senyap. Dari hasil penulisan beliaulah memberikan saya lebih bersemangat untuk mengharungi kehidupan sebagai usahawan.

Dan sekarang Chefli menerbitkan pula e-book yang bertajuk Rahsia Kekayaan dari Bogor .

Saya memberikan 5 bintang untuk ebook ini yang berkongsi tentang bagaimana untuk menjadi seorang usahawan yang bertakwa.

Saya tertarik dengan kata-kata yang tertulis di dalam ebook ini

Mungkin nama mereka tidak tersenarai di Majalah Forbes tetapi ini tidak bermakna mereka tidak cukup kaya. Mungkin kerana mereka tidak memiliki banyak syarikat yang tersenarai di Bursa Saham Jakarta. Maka nilai kekayaan sebenar mereka sukar diakses oleh pihak penarafan kekayaan. Atau mungkin kerana mereka tidak mendapat publisiti yang sewajarnya dari media arus perdana.

Namun perlukah kita hanya bergantung kepada senarai Forbes untuk mengetahui ramai tidaknya jutawan Islam di Indonesia? Cukuplah kita bertanya kepada masyarakat setempat. Kelebihan para jutawan Islam ialah mereka akrab dengan masyarakat.”

Jika anda ingin mendapatkan motivasi spiritual yang sebenar, bagaimana untuk menjadi orang kaya bertakwa, anda boleh dapatkan ebook tersebut dengan klik link di bawah

RAHSIA KEKAYAAN DARI BOGOR
atau dengan klik pada imej yang diletakkan bersama artikel ini di atas. Terima kasih atas perkongsian dari ebook ini, saya telah menghabiskan pembacaan dalam satu masa sahaja. Benar-benar mengujakan!