Erti sebuah persahabatan

3

Category : komentar, Pengalaman, Renungan

Salam perkongsian semua. Semoga kuat dan tabah untuk mengharungi dan berjuang demi sebuah kehidupan.

Tatkala menerima khabar seorang teman akan menjalani pembedahan, tanpa mampu melihat, tanpa mampu untuk bertanya khabar maka saya terpanggil untuk berkongsi rasa dengan mencoretkan sesuatu untuk sebuah persahabatan.

Apa yang kita alami demi seorang sahabat kadangkala melelahkan
dan menjengkelkan, tetapi itulah yang membuat persahabatan
mempunyai nilai yang indah.

Persahabatan sering disajikan dengan pelbagai dugaan tetapi persahabatan dalam erti kata sebenar sudah pasti mampu mengatasi setiap dugaan yang mendatang, bahkan tumbuh dan berkembang kerananya.

Persahabatan tidak terjalin secara automatik tetapi memerlukan satu proses yang panjang seperti besi menajamkan besi, demikianlah sahabat menajamkan sahabatnya. Persahabatan diwarnai dengan pelbagai pengalaman suka dan duka, dihibur-disakiti, diperhatikan-dikecewakan, didengar-diabaikan, dibantu-ditolak, namun semua ini tidak pernah sengaja dilakukan dengan tujuan kebencian.

Seorang sahabat tidak akan menyembunyikan kesalahan untuk menghindari perselisihan, justru kerana kasihnya pada sahabat, dia akan memberanikan diri menegur apa adanya dengan cara yang paling terhormat.

Sahabat tidak pernah membungkus pukulan dengan ciuman, tetapi menyatakan apa yang amat menyakitkan dengan tujuan sahabatnya mau dan akan berubah.

Proses dari teman menjadi sahabat memerlukan usaha, pemeliharaan dan kesetiaan tetapi bukan pada saat kita memerlukan bantuan barulah kita memiliki motivasi untuk mencari perhatian, pertolongan dan penyataan kasih dari orang lain, tetapi berinisiatif memberikan dan mewujudkan apa yang diperlukan oleh seorang sahabat.

Kerinduannya adalah sebahagian dari kehidupan sahabatnya, kerana tidak ada persahabatan yang diawali dengan sikap egoistik. Semua orang pasti memerlukan sahabat sejati, namun tidak semua orang mampu mendapatkannya.

Ramai yang telah menikmati indahnya persahabatan, namun ada juga yang begitu hancur kerana dikhianati sahabatnya.

Sebelum mengundurkan diri saya tinggalkan anda semua dengan kata-kata ini “Dalam masa kejayaan, teman-teman mengenal kita. Dalam kesengsaraan, kita mengenal teman-teman kita.”

Salam Hormat
- Ima Harlina -

Kejutan Revolusi

Category : Info

Kejutan demi kejutan berlaku semalam, ada kejutan yang membahagiakan. Ada juga kejutan yang membuat saya hampir kecewa.Namun ianya tidak berpanjangan kerana kejutan yang membahagiakan benar-benar membuat saya bahagia, sehingga satu hari saya senyum mengenangkan kejutan tersebut.

Namun kali ini saya serius untuk berkongsi satu kejutan revolusi yang saya juga baru ketahui semalam, malah ianya juga membuatkan saya tersenyum kerana mungkin dimasa hadapan saya tidak perlu memerah otak untuk merancang setiap produk perniagaan yang dijalankan. Apakah itu?

Sebulan yang lepas, sistem ini sudah diwar warkan diinternet tentang kehadirannya. Sebelum ini saya hanya membaca dan melihat reaksi individu-individu yang sudah melakukan test drive terhadap produk ini,malah perasaan juga merasa teruja untuk mencuba, tetapi saya tidak mempunyai produk fizikal untuk test drive.Semalam selepas ianya dilancarkan, ianya benar-benar memberikan kejutan kepada saya. Saya hanya mampu menggelengkan kepala sambil tersenyum sambil hati berbisik, jika dulu sistem ini sudah wujud sudah tentu saya tidak perlu bersusah payah mencari orang untuk outsource segala kerja yang perlu dilakukan. Ya, inilah produk mininiaga.

Mininiaga

Mininiaga benar-benar mengingatkan saya pada perjuangan pertama saya dalam membina perniagaan internet. Produk fizikal yang pertama saya ialah kristal dimana saya telah menjual kristal melalui laman web www.gedungkristal.com . Namun hari ini semua itu hanya tinggal kenangan dan saya sebenarnya tidak suka untuk mengungkit kisah kesusahan zaman lampau, kerana saya tidak ingin menarik kesusahan dalam hidup saya.

Sekiranya anda mempunyai produk, tetapi buta dalam bab-bab membina laman web, saya sarankan anda memilih mininiaga sebagai option pertama anda. Dengan mininiaga, anda tidak perlu lagi risau jika anda tidak tahu bagaimana untuk coding atau bahasa perisian seperti HTML atau apa-apa yang sewaktu dengannya., kerana saya juga seperti anda. Dengan menggunakan mininiaga, ianya adalah semudah anda menggunakan perisian word. Tak perlu lagi risau tentang masalah pembinaan laman jualan anda.Asalkan anda mempunyai idea, segalanya adalah dihujung jari anda.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang mininiaga. anda boleh klik banner di atas atau klik pada link di bawah
www.mininiaga.6972.info

Kita adalah penulis

2

Category : komentar, Renungan

Salam perkongsian semua…..Semoga diberkati dan dirahmati selalu, InsyaALLAH.

Pernahkah anda semua terbaca atau terdengar akan kata-kata ini “If you want your life to be a magnificent story, then begin by realizing that you are the author and everyday you have the opportunity to write a new page”

Sama ada kita sedar atau tidak, kita adalah penulis kepada kehidupan kita? Tidak kah kita berharap dan berhak untuk mengarang hidup seperti yang kita mahukan ?

Mungkin kita masih ingat sewaktu kecil dahulu kita seringkali ditanya, bila besar nanti kita ingin menjadi apa, pendek cerita nak kerja apalah kan ? setiap dari kita saya pasti punya cita-cita dan impian tersendiri. Kita catatkan cita-cita kita, kemudian kita ambil langkah permulaan dengan belajar dengan tekun untuk mencapai apa yang kita cita-citakan.

Itu cerita semasa kecil, tatkala kita diajukan soalan perhal apabila kita sudah dewasa nanti. Sekarang macam mana ? adakah kita masih menulis dan merancang hala tuju hidup kita ?

Memang betul apa pun yang berlaku sudah ditentukan. Tapi apakah kita mengetahui apakah yang akan berlaku pada masa akan datang ? Jadi, apalah salahnya kita merancang dan menentukan hala tuju hidup kita, setidak-tidaknya hidup kita tidak terumbang ambing tanpa tujuan. Meskipun apa yang kita rancang dan kita inginkan mungkin tidak kesampaian namun saya pasti ALLAH maha mengetahui. Mungkin belum waktunya kerana sesungguhnya DIA maha mengetahui segalanya dan tahu apa yang terbaik untuk kita semua. Hanya kita yang seringkali terlewat untuk memahaminya.

Jadi coretkanlah kehidupan kita sebagaimana yang kita kehendaki. Tapi jangan setakat menulis, kerana kita bertanggungjawab dengan apa yang kita tulis. Untuk mencapai apa yang kita tulis beri, rancang dan buatlah yang terbaik untuk diri kita setiap hari.

Seperti biasa sebelum mengundurkan diri saya tinggalkan anda semua dengan kata-kata ini, “ dalam dunia haiwan tidak ada manusia tapi dalam dunia manusia terdapat banyak haiwan”.

Salam Hormat
- Ima Harlina -

Lihat diri sendiri

4

Category : Info

Lihat diri anda sendiri ketika ini. Apakah yang perlu anda lihat? Lihatlah pada pencapaian anda hari ini, prestasi dalam pelbagai aspek kehidupan. Samada anda percaya atau tidak semuanya datang dari hasil sistem kepercayaan yang anda miliki.

Walau bagaimana pun keadaan anda hari ini, baik atau buruk segalanya adalah datang dari kepercayaan yang kita miliki. Jadi jika anda ingin mengubah kehidupan anda hari ini, anda perlu mengubah sistem kepercayaan anda.

Sekiranya anda hidup dalam kaya raya ketika ini, ini bermaksud anda mempunyai kepercayaan yang baik terhadap kekayaan. Tetapi jika anda ingin hidup lebih kaya dari situasi hidup anda hari ini, maka anda perlu mempertingkatkan lagi sistem kepercayaan anda.

Alangkah ruginya…

1

Category : Artikel, Info

Kebelakangan ini saya mempunyai teman sewaktu saya menyiapkan kerja.Memang terasa bahagia apabila melihat anak-anak kucing tidur sambil menemani aku menyiapkan kerja(blogging) yang perlu disiapkan.

Ada yang terbaring diatas meja kerja ku, ada yang sudah lentuk di atas tingkap ,ada yang terbaring bersebelahan sambil menyandarkan kepala ke badanku, dan Comot kucing yang ku temui 2 hari lepas sedang nyenyak tidur di atas ribaku. Walaupun mereka hanyalah haiwan tetapi ianya memang cukup membahagiakan. Inilah nikmat kasih sayang ALLAH yang tidak terkira.

Sebenarnya saya telah menyediakan satu ruang kerja dimana meja kerja saya berdekatan dengan tingkap yang terus mengadap ke padang golf. Sambil bekerja, sambil menikmati kehijauan padang dan adakalanya kelihatan beberapa individu yang menaiki buggy car, dan ada juga yang asyik bermain golf walaupun cuaca agak panas terik.

Disebelah padang golf pula terdapat satu kondominium yang belum disiapkan, namun rasanya ia hanya mengambil sedikit masa lagi untuk siap sepenuhnya. Adakalanya walaupun hari sudah malam, kerja-kerja pembinaan masih lagi dijalankan. Betapa tekunnya pekerja-pekerja asing tersebut menjalankan tugasnya.

Saya teringat dengan kata-kata Chef Li melalui salah satu buku yang ditulis oleh beliau. Katanya, Tinggal di Malaysia tetapi tidak kaya adalah sesuatu yang merugikan.

Apabila saya memandang kondominium yang masih dalam pembinaan ini, saya benar-benar bersetuju dengan kata-kata tersebut. Alangkah banyaknya rahmat yang ALLAH berikan kepada kita di bumi Malaysia ini.Terlalu banyak peluang rezeki yang ALLAH berikan, malahan ianya amat berkelimpahan. Jika rakyat negara lain dapat melihat rezeki yang ada di muka bumi ini, mengapa masih lagi ramai rakyat Malaysia yang hidup dalam kemiskinan? Masih ramai diantara yang mengeluh akan kesusahan hidup yang dialami. Sedarlah kita hidup untuk menikmati kebahagiaan bukan hidup untuk mengeluh akan kesusahan, kerana itulah kita perlu bersangka baik walau dalam apa jua keadaan diri. Ingatlah rezeki yang ALLAH berikan amat banyak malah berkelimpahan, tiada batasnya. Apa yang perlu ubah cara anda melihat diri anda dan juga ubah cara berfikir.

Kebelakangan ini, saya melihat ramai rakan-rakan saya berhijrah ke negara lain untuk mencari rezeki. Ada yang berhijrah ke Dubai, ada yang berhijrah ke Jeddah dan beberapa negara lain untuk mendapatkan rezeki yang lebih baik dari yang ditawarkan di negara kita. Saya pernah diajukan dengan pertanyaan tentang bekerja di luar negara seperti mereka. Saya hanya tersenyum dan menggelengkan kepala, kerana tidak mungkin saya akan berhijrah selagi keluarga saya masih ada di dunia. Jika saya boleh mendapatkan US Dollar hanya dengan bekerja di rumah, tidak perlulah saya mengorbankan segalanya dengan berhijrah sekadar untuk mencari rezeki yang lebih baik.Lebih baik saya hanya berusaha dari rumah sahaja.

Bercerita pasal bekerja dari rumah, saya ada satu berita baik untuk anda. Jika semalam saya berkongsi ebook panduan minisite percuma kepada subscriber saya, hari ini saya ingin berkongsi panduan yang saya rasakan agak baik untuk dikongsikan bersama anda.

Anda boleh muat turun panduan ini secara percuma dengan klik pada link yang disediakan

http://www.jadiboss.6972.info