Tiada yang mustahil

Category : Bina Kejayaan, Minda Separa Sedar

Alhamdulillah, masih diberi keizinan oleh ALLAH untuk mengemaskini blog ini walaupun agak sibuk dengan perancangan-perancangan terbaru yang perlu diselesaikan. Sebelum saya meneruskan cerita perkongsian saya, suka saya umumkan bahawa esok iaitu pada 31 Julai 2010, tepat pada pukul 12 malam, saya akan menutup tawaran harga pengenalan Rahsia magnet duit untuk selama-lamanya. Ianya akan dibuka semula pada hari perlancaran dengan harga yang lebih tinggi. Jadi bagi sesiapa yang belum mendapatkan ebook rahsia magnet duit tersebut, sila dapatkan dengan klik pada link yang saya sediakan: http://www.rahsiamagnetduit.com kerana selepas ini tiada lagi harga pengenalan ditawarkan.

Saya ingin berkongsi cerita tentang sesuatu yang dianggap mustahil. Adakah anda terfikir dari mana datangnya perkataan mustahil?

Mustahil itu wujud apabila anda merasakan sesuatu yang tidak mungkin akan berlaku kerana anda telah terpenjara di dalam perangkap minda anda sendiri, sehingga ianya membatasi kemampuan anda sendiri.

Jika anda berfikir anda tidak mampu atau mustahil untuk melakukan sesuatu, maka dengan sendirinya anda akan mencari kebenaran hasil dari pola fikir yang telah anda tanam, dan berakhir dengan tindakan dari rasa mustahil yang telah anda cipta. Jadi anda telah membataskan kemampuan diri anda sendiri.

Sekiranya anda mampu mengikis rasa mustahil itu, maka potensi anda akan mengalir umpama air sungai yang mengalir.

Jadi tiada istilah mustahil, sekiranya anda sendiri tidak menciptanya.

Sebenarnya mustahil adalah kenangan lampau yang mungkin mustahil pada masa lalu, menjadi harapan dan impian pada hari ini, dan wajib menjadi kenyataan dimasa hadapan.

Sehelai baju buat menyapu si air mata

Category : Renungan

Walau dimana jua kita berada, walau setinggi mana taraf hidup, kita perlu memandang ke bawah untuk kita terus bersyukur dengan nikmat yang kita miliki.

Saya ingin berkongsi satu mesej yang telah saya terima ini.

Assalamualaikum & salam sejahtera.

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang kami
semua mendoakan semoga tuan-tuan dan puan-puan yang
mendermakan SEHELAI BAJU BUAT MENYAPU SI AIR MATA ini akan
dirahmati Allah dan setiap budi itu hanya Allah yang membalasnya..Dari
kami yang yatim di dunia tapi kami juga berhak untuk hidup di bumi
Allah ini…Amin

Itu adalah sebahagian dari ucapan & pesanan dari anak2 yatim Rumah
Amal Baitul Mahaabbah, Rasah Kemayan, Seremban 2, N.9. Seperti
mana yang dimaklumkan di dalam email semalam, tepat jam 11 pagi tadi
misi pertama penyerahan sumbangan baju raya dalam program SEHELAI
BAJU BUAT MENYAPU SI AIR MATA hasil dari sumbangan anda telah
selamat sampai ke distinasi tersebut.

Antara yang turut serta ialah tuan Ahmad Bin Sa’abun, cik puan
Sri Diah Shaharuddin, cik puan Sophia Bt Othman, tuan Zulastry Rahim
dan yang lain-lain.

Tergambar wajah kegembiraan anak yatim tersebut yang tidak dapat
saya gambarkan dengan kata2. Ketika saya menaip email ini, tanpa
disedari air mata ini menitik bila menatap wajah kegembiraan mereka
menyambut sumbangan anda…

Biarlah gambar2 ini menceritakan segala2nya untuk anda….
Anda bole lihatnya disini :

–>http://www.facebook.com/ezzybizzy#!/album.php?aid=2075423&id=1216254741

Dan juga disini :

–>http://www.facebook.com/album.php?aid=196154&id=694960908

Masih ramai lagi di luar sana yang seperti mereka… Kami sedang
berusaha menjejak mereka meskipun hanya untuk sehelai baju…
Kami masih lagi memerlukan sumbangan anda untuk disampaikan
kepada mereka. Kami juga memerlukan sokongan & bantuan anda
untuk sama2 promosi program ini kepada rakan2 anda. Sila gunakan
video promo dibawah ini untuk menjemput rakan2 anda menyertai
program ini.

–>http://www.facebook.com/video/video.php?v=1237445435754

Bantulah kami untuk kita sama-sama bantu mereka… Mereka amat
memerlukan sumbangan anda untuk menanti fajar Syawal menjelma.
Berilah kegembiraan kepada mereka walaupun dengan sehelai baju
baju raya….

Jumpa lagi….Wassalam.

Marilah kita sama-sama membantu golongan yang memerlukan ini. Semoga sentiasa diberkati dan dirahmati ALLAH selalu

Kata-kata hikmah

4

Category : Renungan

Salam perkongsian untuk semua. Rejab sudah lama berlalu. Kini Syaaban bakal melabuhkan tirainya. Lambaian Ramadan sudah semakin terasa. Masih belum terlewat untuk menceriakan hidup dengan keberkatan Syaaban.

Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili ra, berkata: Rasulullah bersabda: “Apabila masuk bulan Syaaban, (cerialah) dan sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu.”

Saya hamparkan himpunan kata-kata hikmah ini untuk menyemarakkan lagi semangat kita untuk menghadapi liku-liku hidup ini.

Orang yang tidak menganggap dirinya bahagia adalah orang yang tidak akan hidup dengan bahagia.

Orang berjaya tidak pernah putus asa. Sebaliknya orang yang mudah putus asa ialah orang yang tidak akan berjaya.

Apabila kamu bercakap, percakapan kamu adalah patut diluahkan jika ia difikirkan lebih bernilai daripada tidak bercakap langsung. Tiga orang memandang ke luar tingkap, seorang melihat tanah, seorang melihat pokok, seorang melihat awan. Ini kerana setiap manusia mempunyai persepsi yang berbeza. Lantaran itu, jangan berasa marah jika orang lain berbeza pendapat dengan kita.

Cerek yang kecil adalah lebih mudah panas. Orang yang berhati kecil mudah berasa marah.

Tali gitar yang diikat terlalu ketat akan senang putus. Manakala tali yang diikat terlalu longgar tidak akan mengeluarkan bunyi yang merdu. Oleh itu, hiduplah dalam kesederhanaan.

Melakukan kesilapan adalah suatu perkara yang biasa. Sedia memaafkan kesilapan adalah perkara yang luar biasa.

Kesedihan dan kegembiran adalah di tangan sendiri dan bukannya di tangan orang lain.

Dalam hidup ini, sebarang keadaan yang kita temui adalah kurang penting, yang paling penting ialah arah yang kita tujui.

Orang yang berfikiran positif akan melihat peluang dalam semua keadaan. Manakala orang yang berfikiran negatif akan berasa risau dalam segala keadaan yang baik.

Jangan berputus asa apabila menghadapi kesusahan kerana titisan hujan yang jernih juga berasal daripada awan yang gelap.

Orang yang boleh diyakini adalah mereka yang mempunyai keyakinan diri. Orang yang dapat menegur orang lain adalah orang yang sedia menerima teguran orang lain.

Orang yang cemerlang bukanlah kerana dia tidak pernah mengalami kegagalan tetapi disebabkan dia dapat berdiri lebih teguh selepas kegagalan.

Orang yang cantik tetapi tidak berakhlak bagaikan bunga yang berwarna tetapi berbau busuk.

Berubahlah untuk kejayaan diri

2

Category : Bina Kejayaan, Cabaran, Motivasi, Renungan

Salam Jumaat dan salam perkongsian untuk semua. Semoga sihat sejahtera dan berbahagia di dalam lindunganNYA.

Percaya atau tidak, Kebolehan kita untuk mengatasi segala halangan dalam hidup untuk mencapai kejayaan, banyak dipengaruhi oleh keyakinan diri kita. Ini bermakna semakin kita yakin terhadap diri kita serta masa hadapan kita, maka lebih terbukalah kejayaan untuk kita.

Kejayaan datang kepada mereka yang dapat mengendalikan kehidupan dengan yakin dan cemerlang.

Kita tak akan dapat mengecapi kejayaan jika kita kekal dengan sikap sekarang ini. Kita kena berubah kepada sikap yang lebih baik supaya kita dapat mencapai tahap pencapaian yang lebih baik.

Sikap yang baik, mendorong kita mengambil tindakan yang baik, hasilnya kita beroleh pencapaian yang baik-baik.

Mulai hari ini, ubahlah diri kita. Perbaiki sikap, cara bercakap, cara bergaul, cara kita memandang orang lain dan ubah persepi kita terhadap kehidupan. Hidup ini tidak kejam sebenarnya, tapi kita yang kejam pada diri sendiri sebab kita tidak mengubah sikap dan tindakan kita menjadi sikap dan tindakan yang baik untuk kita mendapat hasil yang terbaik.

Jadi apa kata kita luangkan sedikit masa untuk kita renungkan dalam diri kita. Pejamkan mata dan lihatlah pada diri masing-masing. Pohon hati apakah yang telah kita tumbuhkan dalam dunia hati kita?

Bagaimanakah selama ini kita menjalani kehidupan kita? Masih belum terlamabat dan terlewat untuk kita berubah…….

Salam Hormat
- Ima Harlina -

Rahsia Magnet duit terbongkar

1

Category : Info, magnet duit

Alhamdulillah, saya telah berjaya menyiapkan ebook yang bertajuk Rahsia Magnet duit Sebenarnya ramai diantara kita menghabiskan masa seumur hidup dengan memikirkan berapa banyak wang yang dibelanjakan tetapi tidak ramai diantara kita yang memikirkan tentang hubungan diri dengan wang.Jadi ebook Ini adalah salah satu alternatif untuk membantu anda bagaimana untuk membina hubungan yang baik dengan wang dan membongkarkan langkah demi langkah bagaimana untuk mengaktifkan magnet kekayaan yang berada dalam diri anda, seterusnya menarik wang, kekayaan dan kelimpahan yang anda inginkan.

Sedarkah anda, saat anda dilahirkan anda sudah memiliki kekayaan yang luar biasa. Tiada siapa pun yang dapat menilai kekayaan anda. Sel otak yang dibina adalah bersamaan dengan kuasa elektrik yang digunakan oleh 1000 bandaraya. Dengan bantuan otak juga anda dapat mendengar 1600 jenis gelombang dan frekuensi yang berbeza. Itu belum lagi jika disebut satu persatu kekayaan yang anda miliki. Ini bermakna anda dilahir dengan penuh kekayaan.

Tetapi jika anda melihat realiti hari ini, tidak semua orang hidup dalam kekayaan. Hanya sebahagian kecil yang menikmati hidup dalam kekayaan. Menurut kajian hanya sekitar 2% manusia di dunia yang benar-benar kaya dan 20% lagi hidup dalam golongan sederhana dan selebihnya hidup dalam keadaan miskin dan serba kekurangan. Ini bermakna 78% peratus dari jutaan penduduk bumi ini hidup dalam kemiskinan.

Golongan manakah anda ketika ini? Dan apakah pilihan hidup anda di dunia ini? Anda berhak memilih, jadi buatlah pilihan yang terbaik.

Memperkenalkan ebook Rahsia Magnet duit untuk tatapan anda. Ebook ini mendedahkan lebih dari 5 teknik bagaimana untuk mengaktifkan magnet kekayaan yang ada dalam diri. Antara teknik yang dikongsikan ialah bagaimana:

* Mengaktifkan magnet kekayaan yang ada dalam diri
* Membuka pintu kekayaan
* Menarik aliran wang secara berterusan
* Menarik wang menggunakan kaedah dompet
* Menarik wang ketika berada dalam kesulitan
* Menarik wang dengan fokus
* Menarik wang dengan perasaan hak memiliki
* dan beberapa teknik lain yang dikongsikan untuk menarik wang dan kekayaan.

Sebenarnya saya beberapa hari yang lepas saya sudahpun menawarkan kuota 30 naskhah ebook kepada pelanggan magnet rezeki dan kuota tersebut sudah pun habis dan alhamdulillah kerana mendapat feedback yang baik.

Sebagai menghargai anda sebagai pembaca blog ini,ntuk waktu yang terhad ini, saya membuka tawaran istimewa kepada anda. Anda hanya perlu membayar harga buku ini dengan harga pengenalan. Anda hanya perlu membayar RM40 sahaja bersamaan dengan 60% diskaun daripada harga perlancaran yang akan dilakukan tidak lama lagi.

Jadi ambil peluang untuk mendapatkan ebook ini pada harga pengenalan dengan membuat pembayaran

1.CIMB : 14160001705206
Azlina Abdul Rahim

2.Maybank:514271074971
Azlina Abdul Rahim

3.Public Bank-4860392708
Azlina Abdul Rahim

Sila emailkan bukti pembayaran anda ke: linncomel(@)gmail.com

Setiap pembeli yang membeli ebook ini pada harga pengenalan, akan layak menerima beberapa lagi ebook yang akan disertakan pada pelancaran yang sebenar secara percuma tanpa perlu membayar tambahan harga.

Antara tajuk ebook
-Meditasi menyelesaikan hutang
-Mencari arah kekayaan
-Psikologi kad perniagaan
-dan beberapa ebook lagi.

Anda akan menerima ebook rahsia magnet duit dalam masa 24 jam daripada pembayaran yang anda lakukan. Jadi jangan lepaskan peluang ini. Bertindaklah sekarang!