ketenangan

1

Category : kecerdasan Emosi, Renungan

Salam perkongsian dan selamat menjalani ibadah puasa. Tinggal beberapa hari saja lagi kita akan menyambut hari lebaran. Semoga lebaran kali ini akan meninggalkan kenangan yang paling indah untuk semua.

Antara fasa kehidupan yang harus ditempuhi oleh kita ialah zaman kanak-kanak, zaman remaja, zaman dewasa dan zaman tua. Kalau dilihat dari segi fizikal luarannya, kita semakin lemah dan tidak berdaya.

Tiada siapa pun yang akan dapat melawan perjalanan fasa kehidupan ini atau melakukan sebaliknya. Selain itu tiada siapa pun yang dapat menahan diri dari terus-terusan muda atau menjadi cerita seperti The Highlander dimana mereka boleh hidup buat selama-lamanya. Bukankah dunia ini akan menjadi susah jika manusia semua hidup selama-lamanya? Sarat dengan manusia dari zaman dahulu hingga kini.

Apa pun melihat dari hakikat ini, kita yang dahulu di zaman muda selalu panas baran dan tidak sabar bertukar menjadi penyabar apabila meningkat dewasa. Maka kita sendiri akan menyedari bahawa usia yang meningkat itu juga secara tidak langsung akan meningkatkan kesabaran kita dan seterusnya menjadikan diri kita sebagai seorang yang tenang. Umpama kopi panas, semakin lama semakin suam dan akhirnya sejuk.

Sebenarnya ketenangan ini merupakan satu prinsip yang sangat baik untuk diterapkan ke dalam diri.

Sebelum mengundurkan diri saya tinggalkan anda semua dengan persoalan ini…..sama-samalah kita fikirkan jawapan yang terbaik untuknya.

Anda sedang memandu kereta jaguar, kereta impian anda selama ini. Tiba-tiba sebuah kereta perodua kancil dengan bunyi yang kuat menghampiri kereta anda dari belakang dan semakin lama semakin dekat. Maka anda melajukan sedikit kereta anda hingga 150 km/j. Sejurus kemudian, kereta tersebut memotong dengan begitu laju dan dengan sekelip mata ia hilang dari pandangan. Apa yang akan anda lakukan dalam keadaan tersebut ?

Nuzul Al-Quran

Category : Artikel, Renungan

Salam perkongsian semua, sedar tak sedar sudah 17 hari kita berpuasa. Bagi sesetengah negeri, hari ini merupakan hari cuti umum sempena Nuzul Al-Quran. Bagi mereka-mereka yang tidak bercuti, tidak mengapa, apa yang lebih penting ialah kita masih ingat dan mengingatkan apa yang ada pada hari ini.

Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’.

Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman ALLAH:

Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:

Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)

Hubungan Lailatul Qadar dan Nuzul al-Quran

Lailatul Qadar pula ialah suatu malam pada bulan Ramadhan yang begitu istimewa sekali fadilatnya. Malam al-Qadar adalah suatu malam yang biasanya berlaku pada 10 akhir Ramadhan dan amalan pada malam itu lebih baik baik dari 1000 bulan.

Apakah kaitannya malam al-Qadar dengan nuzul al-Quran? Sebenarnya al-Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah SAW di antaranya firman ALLAH Maksudnya:

Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (al-Qadar:1-5)

Mengikut satu pandangan, ayat ini diturunkan berdasarkan satu riwayat dari Ali bin Aurah, pada satu hari Rasulullah SAW telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada ALLAH selama 80 tahun. Mereka sedikit pun tidak derhaka kepada ALLAH, lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah SAW menyatakan bahawa ALLAH SWT menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah al-Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah SAW dan para sahabat amat gembira.

Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatul qadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.

Berdasarkan informasi yang diberikan sedikit sebanyak panduan yang boleh kita ambil ialah :

1. Tidak ada perkara yang tidak terdapat dalam al-Quran

2. Ayat pertama diturunkan ialah ‘iqra’ iaitu ‘baca’ dan Tuhan mengajarkan manusia melalui perantaraan Pena dan Tulisan.

3. Kelemahan umat Nabi Muhammad beribadat maka dianugerahkan satu masa yang apabila kita mendapatkannya kita akan digandakan pahala melebihi seribu bulan.

Apabila disebutkan bahawa tidak ada perkara yang tidak terdapat di dalam al-Quran itu maka ianya memberikan makna bahawa segala ilmu pengetahuan yang merangkumi fardu ‘ain dan fardu kifayah dalam segenap aspek kehidupan merangkumi ekonomi, sosial, perundangan, pendidikan, sains dan teknologi dan lain-lain, segalanya terdapat dalam al-Quran. Tafsiran, kupasan analisa dan penyelidikan membolehkan umat Islam maju mendahului umat-umat lain di dunia ini.

Manakala penurunan al-Quran pula didahului dengan suatu kalimah ‘iqra’’ iaitu ‘baca’ di mana membaca adalah kunci kepada penerokaan ilmu. Selepas itu pula ALLAH mengiringi dengan ayat yang bermaksud; Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” Keadaan ini menguatkan lagi bahawa pembacaan dan penulisan itu menjadi antara perkara yang paling penting dalam penguasaan ilmu pengetahuan. Di mana sebagaimana diketahui umum melalui satu ungkapan bahawa: “ilmu pengetahuan dan teknologi itu adalah kuasa”.

Perkara ketiga ialah hikmah dari anugerah malam al-qadar kepada umat Nabi Muhammad SAW sebagai umat akhir zaman. Mengetahui kelemahan umat Islam akhir zaman ini dalam beribadah maka dianugerahkan satu peluang di mana ibadah yang dilaksanakan pada malam itu digandakan sehingga 1000 bulan. Bermakna kiranya kita dapat melaksanakan ibadah dengan penuh keimanan di 10 akhir Ramadhan, kita akan berpeluang mendapat malam al-Qadar. Ini akan menjadikan kita seolah-olah beramal ibadah selama 1000 bulan iaitu sekitar 83 tahun. Menjadikan kita seolah-olahnya menghabiskan seluruh hidup kita dan usia kita dalam ibadah.

Bagi mencari malam-malam yang berkemungkinan sebagai malam al-qadar, maka kalangan ulama ada menyatakan bahawa, malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam al-qadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah SAW pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah SAW. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh ALLAH SWT supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Dengan beribadah di sepuluh malam terakhir itu, mudah-mudahan akan dapat menemuinya sebagai bekalan kehidupan akhirat.

Sebagai kesimpulannya marilah kita sama-sama menghayati nuzul al-Quran ini sebagai suatu peristiwa besar yang penuh makna dan hikmah. Kita seharusnya melihat al-Quran itu sebagai ‘kitab induk’ panduan Ilmu pengetahuan untuk memajukan manusia seluruhnya. Memajukan manusia yang lebih penting adalah memajukan umat Islam terlebih dahulu melalui penguasaan ilmu pengetahuan dan teknologi. Membaca al-Quran itu adalah suatu ibadah. Sekarang bolehlah kita panjangkan ‘membaca’ al-Quran itu kepada menganalisa, mengkaji, menyelidiki dan mencari rahsia ilmu pengetahuan di dalam al-Quran dan seterusnya menghasilkan penulisan-penulisan yang akhirnya memajukan dunia ini dan khasnya memajukan umat Islam dan seterusnya mengeluarkan umat Islam dari belenggu kelemahan dan penghinaan. Umat Islam juga perlu mempertingkatkan amal ibadah terutamanya mengejar anugerah Tuhan yang tidak terhingga kepada umat Islam akhir zaman. Beribadah di 10 akhir Ramadhan memberikan kita peluang keemasan ganjaran pahala seolah-olah beribadah sepanjang hidup kita iaitu 1000 bulan (sekitar 83 tahun).

Urus kewangan peribadi

Category : Info

Alhamdulillah kerana masih diberi kesempatan untuk berkongsi cerita bersama anda. Terima kasih Ya ALLAH kerana diberi kesempatan ini, harapan saya semoga kita semua sentiasa berada di bawah rahmatNYA.

saya merasa amat penting untuk mewar-warkan kepada anda tentang ebook perancangan kewangan yang saya rasakan amat baik untuk anda jadikan panduan.

Saya ingin memberi peluang kepada anda untuk memiliki ebook kewanganperibadi hasil tulisan pakar pengurusan kewangan saudara Khairul Nahar pada harga pra pelancaran yang hanya dibuka selama tiga hari.

http://kewanganperibadi.6972.info

Sebagai galakkan untuk anda mempelajari pengurusan kewangan , kepada 30 bakal pembeli awal ebook ini saya akan hadiahkan Audio mp3 financial abundance yang mana anda hanya perlu mendengar untuk memprogramkan minda anda supaya lebih positif dan seterusnya dapat menarik wang dengan mudah. Audio ini adalah salah satu kaedah yang saya gunakan untuk memprogramkan minda saya selama ini.

Mengapa saya merasakan ebook kewangan peribadi ini penting , malah saya hadiahkan lagi audio program sebagai hadiah.Terus terang saya nyatakan, saya pernah hidup tenggelam dalam hutang 5 tahun yang lalu, jadi saya tidak ingin anda juga mengalami nasib yang sama. Jika saya pernah rasa susah, saya tidak akan membiarkan orang lain merasa kesusahan seperti yang telah saya alami, kerana itu jika anda perasan saya amat menekankan tentang konsep psikologi kewangan dan kekayaan di dalam blog, ebook dan email yang telah saya hantar.Itulah alasan utama mengapa saya merasakan ebook ini sangat penting untuk dibaca dan terus bertindak mengikut apa yang diajar. Membaca tanpa bertindak tiada gunanya.

Jika anda berminat untuk mendapatkan ebook pada harga pra pelancaran yang hanya dibuka selama 3 hari beserta audio financial abundance hadiah dari saya untuk memprogram minda anda . Sila klik link di bawah:

http://kewanganperibadi.6972.info

Selepas pembayaran dibuat, sila hubungi saya melalui email linncomel@gmail.com untuk menuntut hadiah dari saya.

Semoga bulan puasa ini memberikan keberkatan kepada kita semua.

Kejar pahala atau wang ?

1

Category : Artikel, komentar, Renungan

Salam Ramadan dan salam perkongsian untuk semua. Selamat menjalani ibadah puasa. Rasulullah SAW bersabda  “Berapa banyak orang yang berpuasa tetapi tidak mendapat apa-apa dari puasanya kecuali hanya lapar dan dahaga” ( Riwayat Ibnu Majah )

Bercerita tentang bulan Ramadan, memang banyak perkara yang boleh dikongsikan namun bukan bermaksud untuk memandang rendah atau merendah-rendahkan sesiapa jua sebaliknya hanya sekadar berkongsi agar kita semua tidak lupa hakikat sebuah kehidupan di dunia ini.

Bulan Ramadan memang bulan rahmat bagi sebahagian besar dari kita, tidak kira samada yang berniaga makanan dan minuman, membuat kuih atau biskut dan juga tempahan untuk membuat baju raya. Kerana keuntungan yang diperolehi sepanjang bulan Ramadan khabarnya boleh makan sampai 3 hingga 6 bulan. Wah, lumayannya rezeki di bulan Ramadan.

Betapa murahnya rezeki Ramadan, alangkah baiknya dan lebih bermakna lagi jika sepanjang Ramadan ini kita penuhi dengan amal ibadah tanda kesyukuran. Banyak amalan yang boleh dilakukan sepanjang bulan Ramadan ini tetapi yang tidak terdapat pada bulan lain ialah solat Terawih.

Walaupun solat ini sunat namun selepas berlalunya Ramadan kita tidak lagi berpeluang untuk melakukannya. Jadi rebutlah peluang untuk melakukan solat Terawih, tidak kiralah berapa jumlah rakaat yang mampu kita lakukan. Yang penting kita buat. Jika banyak rakaat kita lakukan banyaklah pahala yang kita dapat, insyaALLAH.

Jangan jadikan urusan berniaga sebagai penghalang untuk melakukan ibadah. Janganlah kerana letih berniaga sehingga tidak mampu untuk solat Terawih. ALLAH suka orang yang berniaga, sebab ia satu usaha yang mulia di sisi Islam, namun balaslah kenikmatan yang ALLAH kurniakan itu dengan amal ibadah. Andai kata urusan berniaga itu menghalang solat atau beramal, maka kita perlu menguruskan masa dengan lebih cekap.

Begitu juga bagi mereka yang menerima tempahan kuih dan baju raya. Pendapatan yang dijana sepanjang bulan puasa memang tidak kurang hebatnya. Tidak hairan selepas saja kita berbuka puasa terus bergelumbang dengan bahan-bahan untuk membuat kuih bagi memenuhi segala tempahan. Lazimnya hampir subuh baru siap dan setelah bersahur barulah mereka tidur. Begitulah keadaannya sehingga menjelangnya hari raya.

Jadi timbul persoalan diminda, apakah sebenarnya yang kita kejar sepanjang bulan Ramadan ini ? beramal atau mengumpul keuntungan? mengejar pahala atau wang ? sama-samalah kita fikir-fikirkan.

Sebelum mengundurkan diri, seperti biasa saya tinggalkan anda semua dengan kata-kata ini  “Jika dunia ini persinggahan, mengapa tidak kita banyakkan bekalan untuk meneruskan perjalanan? Kerana kita cuma ada satu persinggahan.”

Salam Hormat

- Ima Harlina -

Pelbagai perkara pelik dan aneh tapi benar

1

Category : komentar, Renungan

Salam Ramadhan dan salam perkongsian untuk semua. Segala puji bagi ALLAH, Tuhan pencipta sekalian alam. Alhamdulillah, kita masih diberi ruang dan kesempatan untuk menjalani ibadah puasa di bulan yang mulia ini.

Tanpa kita sedar usia kita semakin meningkat dan semakin tua. Begitu juga dengan dunia ini. Berbagai kejadian aneh dan pelik berlaku disekeliling kita. Kadangkala semua yang berlaku itu tidak terjangkau dan terfikir oleh akal kita sendiri. Maklum sajalah kita sebagai manusia biasa hanya mempunyai akal dan fikiran yang cetek dan tidak seberapa.

Kebelakangan ini juga, kita disajikan dengan berbagai keanehan, keganjilan, kepelikan dan misteri yang berlaku disekeliling kita sama ada di media massa ataupun internet, dalam dan luar negara, seperti bayi lahir tapi jantung diluar, ikan ganjil berbadang dua, tulisan atau kalimah ALLAH pada ikan dan badan manusia, ekor kucing bercabang dua dan bermacam lagi ( sekadar mengambil beberapa contoh ).

Bagi sesetengah dari kita, mereka akan merasa takjub dan taksub sehingga menganggap segala keajaiban itu adalah segala-galanya tanpa merujuk kepada ALLAH yang maha pencipta.

Tiada yang pelik bagi ALLAH sebagaimana firmanNYA di dalam Al-Quran yang bermaksud ;

Kemudian akan kami turunkan tanda-tanda kekuasaan kami pada alam dan dalam diri mereka, sampai jelas bagi mereka bahawa ini adalah kebenaran. ( Fussilat:53 )

Firmanya lagi yang bermaksud;

Seseungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang, terdapat tanda-tanda kebesaran ALLAH bagi orang-orang yang berakal, iaitu orang yang mengingati ALLAH sambil ia berdiri atau duduk atau dalam  keadaan berbaring dan mereka memikirkan akan penciptaan langit dan bumi, lalu mereka berkata, Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan semua ini dengan sia-sia ( Al – Imran : 190-191 )

Walaupun disajikan dengan pelbagi perkara pelik dan aneh tapi benar, ada di antara kita yang tidak langsung mengambil kisah seolah-olah tiada apa yang dapat diambil iktibar daripada apa yang berlaku. Tetapi bagi mereka yang beriman hendaklah mengaitkan segala kejadian itu kepada pencipta kita yakni ALLAH dengan mengambil iktibar di atas segala yang berlaku.

Sebagai contoh jika kita berasa diri kita kuat dan hebat, masih ada makhluk yang lebih kuat dan hebat daripada kita, jika kita berasa serba kekurangan, ada pula manusia lain yang jauh lebih kurang daripada kita. Jika kita letakkan diri kita sedemikian rupa, insyaALLAH hidup kita akan tenang tanpa rasa sombong jika diberi kelebihan dan tanpa rasa hina jika hidup dalam serba kekurangan.

Sebelum mengundurkan diri saya tinggalkan anda semua dengan kata-kata ini  “Andai hidup punca perpisahan, biarlah mati menyambungnya semula. Namun seandainya mati punca perpisahan, biarlah hidup ini membawa erti yang nyata.”

Salam Hormat

- Ima Harlina -