When you got a Dream..

3

Category : Bina Kejayaan

Alhamdulillah, setelah sekian lama tidak mengemaskini blog ini, hari ini masih lagi diberi kesempatan untuk terus berkongsi cerita bersama anda.

Kebelakangan ini banyak kejadian diluar dugaan dan perancangan berlaku, jadi beberapa hari masa saya banyak dihabiskan di kampung untuk menjaga nenek saya. Jadi peluang untuk saya mengakses internet amat terhad (digi broadband). Hanya sekali sekala berkesempatan untuk mengemaskini status facebook itu pun dengan menggunakan telefon bimbit sahaja.

Adakah anda pernah menonton filem ‘the pursuit of happiness’? Cerita ini adalah salah satu filem yang dilakonkan oleh Will Smith.
Cerita ini mengisahkan perjuangan seorang lelaki dalam mencari kebahagiaan selepas menerima pelbagai dugaan dan cabaran, hinggakan salah satu cara yang dilakukan untuk meneruskan kehidupan, beliau telah menjualkan darahnya.

Namun begitu beliau adalah seorang yang bersikap positif sehingga memperolehi pekerjaan dan seterusnya membina empayar perniagaannya sendiri.

Salah satu adegan yang benar-benar menarik perhatisa saya,Chris mengatakan pada anaknya :
Don’t ever let somebody tell you, you can’t do something, not even me.
When you got a Dream, you gotta protect it.
People can’t do something on themselves, and they wanna tell you, you can’t do it. If you want something Go Get It, period.

Kata-kata ini diucapkan olehnya ketika beliau sedang berada dalam kesulitan, tidak mempunyai wang dan ditinggalkan oleh isterinya. Dengan sikap beliau yang amat positif,dan pantang menyerah kalah, akhirnya dia benar-benar dapat mewujudkan impiannya.

Jadi kesimpulannya, kita sememangnya tidak mampu mengawal situasi dan setiap perkara yang berlaku ke atas diri kita. Tetapi masih dapat mengawal sikap dan emosi kita. Apa yang kita inginkan, samada ada positif atau negatif terpulang kepada diri kita sendiri.

Samada kita berjaya atau gagal, kitalah yang bakal menentukan arah hidup kita sendiri.

Fikirkan..

3

Category : Cabaran

Jom sama-sama kita fikir yang manakah benar mengikut pendapat anda

  • Kita kaya dulu baru memberi atau kita memberi dahulu baru kita kaya
  • Kita berusaha dahulu dan diikuti dengan doa atau kita berdoa dahulu dan diikuti dengan usaha
  • Kita berjaya dahulu dan menikmati kehidupan atau kita menikmati kehidupan baru kita berjaya

Apa pendapat anda..dengan kenyatan-kenyataan di atas. Jom kongsi

Dimana letaknya wang?

2

Category : Bina Kejayaan

Alhamdulillah, terima kasih Ya ALLAH atas segala nikmat yang diberikan. Terima kasih Ya ALLAH kerana memberikan saya peluang untuk terus berkongsi cerita bersama anda.
Hari ini saya ingin mengajak anda merenung sejenak tentang kehidupan kita.Renungkanlah kembali dalam kehidupan kita, dan hitunglah, berapa kali rasa takut muncul dalam kehidupan kita sehingga kita merasa amat sukar untuk melakukan apa juga tindakan sehingga akhirnya kita terlepas peluang yang amat berharga.
Tahukah anda apabila wujudnya perasaan takut ianya akan menghadirkan masalah mental block yang akan menghalang anda untuk lebih berjaya dimasa hadapan.

Gary Keller pernah berkata” Wang terletak disebalik rasa takut” Saya amat bersetuju dengan ungkapan ini kerana sememangnya rasa takut akan menjauhkan kita dari mencapai matlamat dan impian kita.

Sebenarnya tiada ketakutan di dalam dunia ini. Yang ada hanyalah perasaan takut.Dan perasaan itu letaknya di dalam diri kita. Pastikan anda yang menguasai perasaan anda bukan anda yang dikuasai oleh perasaan . Orang yang berjaya adalah orang yang mampu menguasai diri bukan membiarkan diri dikuasai.

Kitaran 7 menunjukkan kita disayangi

3

Category : Info

Alhamdulillah selepas beberapa hari kesemua blog saya mengalami gangguan, hari ini sebahagian dari blog saya sudah pulih dari masalah walaupun tidak kesemua blog saya pulih ianya sudah cukup membuatkan saya bersyukur. Sebenarnya saya melihat semua ini bagaikan satu hikmah yang positif untuk diri saya.

Alhamdulillah, mulai esok saya akan berada di dalam mood holiday. Walaupun tidak dapat bercuti sepenuhnya kerana terdapat tugasan atau projek yang perlu saya selesaikan namun dengan adanya laptop dan digi broadband dapat membantu saya menyiapkan kerja-kerja saya yang perlu disiapkan walau dimana saja saya berada. Mungkin ini dikatakan bekerja sambil bercuti,apa pun saya akan tetap bercuti kerana sememangnya perancangan ini sudah dilakukan lebih 6 bulan lamanya.

InsyaALLAH bonus yang dijanjikan kepada semua pembeli ebook Rahsia magnet duit akan anda terima tidak lama lagi. InsyaALLAH saya akan berikan lebih awal dari pelancaran untuk memudahkan kerja saya pada hari pelancaran yang dijangka pada November nanti. InsyaALLAH.

Jika dilihat melalui metafizik,pada tahun hadapan saya berada pada kitaran 7, ada yang mengatakan kitaran 7 adalah kitaran ujian ,cubaan dan kehilangan. Malah sebelum saya memasuki tahun hadapan saya sudah dapat merasakan percikan ujian demi ujian yang datang, namun bagi saya kitaran 7 menunjukkan kita amat disayangi ALLAH sebagai hambaNYA. Apa yang penting kita sentiasa bersangka baik di atas setiap apa pun yang berlaku.

Ada beberapa individu yang mempelajari kaedah metafizik dan menyedari bahawa tahun hadapan beliau berada pada kitaran 7, meminta nasihat saya apa yang perlu dilakukan kerana risau akan ujian yang bakal dihadapi.

Nasihat saya jangan takut pada kitaran 7, walaupun ianya dianggap sebagai kitaran ujian atau kehilangan, selagi anda tahu bagaimana untuk menguruskan emosi dan spiritual dengan sebaiknya ia tidak akan memberikan apa kesan kepada anda. Mengapa saya mengatakan demikian. Kerana ia bukanlah muktamad dan hanya petunjuk. Apabila anda sudah mengetahui, jadi lakukanlah persediaan supaya anda sentiasa bersedia untuk mengharungi apa saja yang datang.

Ianya akan menjadi ujian bertimpa-timpa jika kita fokus kepada ujian tersebut, tetapi sekiranya anda tahu bagaimana menguruskan emosi dan redha atas setiap perkara yang berlaku ianya tidak akan menjadi kudis pun kepada anda, yang penting kita sentiasa berfikiran dan emosi positif, kerana dengan berfikiran positif sebenarnya anda akan sentiasa bersangka baik kepada ALLAH.
Bagi yang menghantar email dan berada pada kitaran 7, anggaplah anda berada dikitaran yang bertuah kerana sebenarnya kita semakin disayangi oleh YANG MAHA PENYAYANG. Jadi berfikiran positif dan redhalah dengan apa yang berlaku , insyaALLAH anda akan diberikan jalan keluar dari apa juga masalah kerana ALLAH itu sentiasa menyayangi hamba-hambaNYA.

Dibawah adalah bonus-bonus yang bakal saya edarkan kepada pembeli ebook rahsia magnet duit ketika pra pelancaran .

Ebook  ini akan memberikan sedikit panduan melalui kaedah metafizik bagaimana untuk mencari arah kejayaan dan rezeki yang baik seterusnya bagaimana untuk memanfaatkannya.

Panduan langkah demi langkah kaedah psikologi dan spiritual bagaimana untuk menyelesaikan hutang.


Sedikit perkongsian tentang asas psikologi kad perniagaan, tahukah anda bahawa melalui kad perniagaan anda dapat mengetahui apakah status kewangan sesuatu perniagaan?

Kejayaan, bukanlah satu nasib tetapi ianya adalah satu ilmu yang perlu dipelajari.InsyaALLAH sedikit perkongsian tentang tools yang digunakan untuk berjaya.

Sedikit panduan atau tips untuk meningkatkan keyakinan diri InsyaALLAH.

Masih lagi dalam proses menyediakan beberapa bonus lain untuk pembeli dan bakal pembeli.

Inner Beauty, Energi Kecantikan Sejati

1

Category : Artikel

Salam perkongsian untuk semua, kita sudah berada dihari yang ke 25 di dalam bulan Syawal. Jadi masih berkesempatan untuk membuat rumah terbuka atau menghadiri mana-mana jemputan rumah terbuka. Dalam apa jua yang kita lakukan, saya doakan kita akan sentiasa berada di dalam lindunganNYA.

Saya tertarik dengan sebuah artikel yang dikirimkan kepada saya, so saya kongsikan di sini untuk kita sama-sama memanfaatkannya untuk kebaikan bersama.

Tampil cantik dan menarik menjadi igauan dan keinginan yang harus dipenuhi dalam kenyataan hidup banyak perempuan. Kecantikan lahiriah seringkali dijadikan standard untuk meraih kebahagiaan, menjadi aset berharga yang layak diperjuangkan dan dipertahankan untuk mendapatkan kesempatan dan perhatian

Padahal, kecantikan fizikal atau luaran tidak akan bertahan, menyusut dan memudar seiring waktu. Everyone is growing old. Tidak ada yang mampu menahannya. Hanya kecantikan sejati yang akan abadi, menghiasi diri tanpa henti, penuh energi positif dan tidak perlu menjalani apa-apa bentuk penambahbaikan seperti pembedahan dan sebagainya. Itulah inner beauty, kecantikan berenergi yang terpancar dari dalam hati yang penuh ketulusan.

Inner beauty dapat ditafsirkan sebagai intangible power (kekuatan yang tidak nampak secara fizikal). Inner beauty merupakan energi dari sebuah kecantikan yang akan membuat seseorang terlihat cantik meskipun secara fizikalnya tidak memenuhi kriteria cantik atau dalam erti kata yang mudah biasa-biasa saja. Energi yang melahirkan kecantikan sejati dan alami, energi yang bersumber dari kedalaman hati. Energi yang dihasilkan inner beauty seperti energi matahari. Memancarkan aura positif dan menciptakan daya tarik alami yang menyebar ke seluruh penjuru tubuh dan wajah. Menumbuhkan kepribadian yang baik dan unik. Mengembangkan sikap dan perilaku yang menarik, sehingga menghadirkan rasa tenang dan tenteram bagi setiap orang yang ada di sekelilingnya.

Inner beauty mampu menghasilkan energi lebih dahsyat daripada operasi plastik dan kosmetik anti penuaan kerana sumber energi itu tak pernah habis ditelan arus perubahan zaman.

Hati adalah inti kehidupan, yang akan menentukan baik buruknya peribadi dan perilaku seseorang. Oleh itu, menjaga dan memelihara hati sama dengan mempertahankan dan merawat inner beauty.

Sebagai energi kecantikan sejati, inner beauty mampu mengelola setiap sisi kecantikan dalam diri kita, terutama kecantikan akhlak, mental dan spiritual kita. Kecantikan ini menjadi energi bagi kita untuk membangun hubungan baik dengan orang-orang di sekitar kita, serta memberikan kesempatan kepada hal-hal terbaik untuk muncul dalam diri kita, Hal-hal terbaik yang mampu menutupi segala kekurangan penampilan fizikal kita. Inilah inti energi inner beauty . Munculnya pancaran-pancaran positif dari dalam diri yang mengimbangi kegelisahan, kecemasan dan rasa tidak senang akibat kelemahan kita.

Tidak ada manusia yang sempurna dan tidak ada manusia yang benar-benar mampu mengukur seberapa cantik dan baik hatinya, tanpa adanya pendapat atau kritik dari orang lain. Oleh sebab itu, inner beauty mampu menjembatani komunikasi dan interaksi kita dengan orang-orang di sekitar kita.

Penting untuk diketahui bahwa inner beauty bukan kecantikan bawaan yang dimiliki seseorang sejak lahir. Inner beauty merupakan sebuah proses pembelajaran kepribadian yang boleh dilatih, dan mampu dimiliki oleh semua orang. Justru itu, kita boleh melatih dan mrmpraktiiskannya dalam kehidupan sehari-hari dengan mengaplikasikan tiga energi inner beauty iaitu motivasi, kepercayaan diri, dan ketulusan hati. Ketiga-tiga energi ini dapat dikatakan sebagai the real energy of beauty yang boleh menarik energi-energi positif lainnya dari diri kita, terutama rasa bahagia—rasa yang dicari dan diperjuangkan oleh semua orang.

Seseorang yang memiliki inner beauty memiliki motivasi yang kuat dan tidak akan mudah menyerah pada keadaan juga kelemahan dirinya. Justru kelemahan dan kekurangan dirinya itulah yang memotivasinya untuk tetap kelihatan cantik dengan apa yang dimiliki. Tampil dengan rasa percaya diri, dengan segala kelebihan yang dimilikinya dan tidak merasa rendah diri mengetahui dan mengakui kelemahannya. Dengan ketulusan hati ia tetap berusaha mewujudkan kemauannya, tetap memupuk rasa bahagianya dengan apa yang dimilikinya, sehingga mampu berfikir secara positif dan optimis dalam setiap aktivitinya.

Salm Hormat
-Ima Harlina -