Alhamdulillah, masih diberi peluang untuk mengemaskini blog linncomel ini. Ianya satu rekod yang paling lama saya tidak mengemaskini blog ini. Tinggal sebulan lagi untuk kita meninggalkan 2010 dan seterusnya 2010 menjadi sejarah yang perlu ditinggalkan dan juga dikenang.
2010 dan tahun-tahun sebelumnya bukan sekadar satu pengalaman hidup yang perlu dipelajari. Tetapi ianya juga adalah satu pengajaran untuk kita terus melangkah mencipta kehidupan yang lebih baik.
Banyak suka dan duka yang telah ditempuhi , banyak juga pengalaman telah dikongsi semuanya menjadi satu pengalaman yang dapat dijadikan pengajaran dan sempadan bagi menghadapi hari yang seterusnya.
Ingin saya berkongsi satu ilmu yang banyak mengajar saya erti kehidupan. Ramai diantara kita yang melihat sesuatu perkara yang berlaku di depan mata, barulah kita akan mempercayai apa yang kita lihat.
Tetapi tahukah anda dalam ilmu kejayaan, kita perlu mempercayai dengan sebenar-benarnya , barulah kita dapat melihat hasil yang bakal berlaku. Inilah yang dikatakan keyakinan iaitu kepercayaan yang sepenuhnya bagi menghidupkan sebuah realiti.
Jadi walau apa juga keadaan anda ketika ini, walaupun seribu kepedihan yang anda alami pada hari semalam. Lupakan kepedihan tersebut Bulatkanlah tekad anda untuk lebih berjaya. Jangan sekali-kali takut untuk memasang impian. Bermimpilah dengan sebesar-besar impian. Jangan bataskan kemampuan diri anda hanya disebabkan anda membataskan impian anda. Semakin besar impian anda semakin besar peluang kejayaan untuk anda.
Jadi beranikanlah untuk bermimpi dan berimaginasi sebagai langkah pertama untuk menikmati di alam realiti.





