Bangkitlah sebagai juara…..

4

Category : Motivasi, Renungan

Seringkali kita mendendar keluh kesah sama ada dari rakan-rakan mahupun diri kita sendiri mengenai kegagalan yang kita lalui.

Anda kecewa dengan kegagalan yang anda hadapi?. Ingat,kegagalan yang anda lalui itu sebenarnya adalah jalan atau pembuka ruang untuk kejayaan yang bakal anda kecapi kelak. Melalui kegagalan tersebutlah anda akan dapat mematangkan diri serta menimba pengalaman dan dapat membuat keputusan yang bijak dalam menuju perjalanan ke arah kejayaan tersebut.

Gagal sekali, bukan bermakna anda akan terus gagal. Saya pasti ramai di antara kita sudah tahu dan biasa membaca atau mendengar kisah Thomas Alva Edison atau Alexander Graham Bell tentang kisah kegagalan demi kegagalan yang mereka alami dan juga kutukan dan ejekan yang dilemparkan terhadap mereka sebelum mereka berjaya mengubah sejarah teknologi hari ini.

Namun saya tidak berniat untuk berkongsi cerita mengenai mereka sebaliknya saya ingin berkongsi mengenai kisah Sylvester Stallone.

Pada kemuncak kariernya, Stallone adalah salah seorang pelakon yang menerima bayaran tertinggi di Hollywood. Dia menerima sehingga 20 juta dolar Amerika bagi sebuah filem. Adakah Stallone bernasib baik? Adakah dia seorang pelakon yang mempunyai bakat semula jadi? Adakah dia berada di tempat yang betul pada masa yang tepat? Tidak sama sekali!

Stallone berasal dari sebuah keluarga yang daif. Ibunya melahirkannya di tangga sebuah sekolah dan kelahirannya di-bantu oleh para pelajar sekolah itu. Pada saat kelahirannya, saraf mukanya cedera dan bahagian kanan wajahnya menjadi lumpuh.

Dengan itu, Stallone tidak mampu bertutur dengan jelas. Sewaktu dia kanak-kanak, ramai kanak-kanak lain mengejeknya kerana kekurangannya ini. Tambahan pula,namanya Sylvester sama dengan nama satu karakter kartun Looney Tunes. Tanpa menghiraukan semua kelemahannya, Stallone berazam hendak menjadi pelakon terkenal. Dia ingin memberikan inspirasi kepada orang lain melalui filem.

Seperti yang anda tahu, ramai remaja mempunyai impian menjadi bintang filem tetapi bagi kebanyakan daripada mereka, ia hanyalah angan-angan. Namun, Stallone menjadikan impian-nya suatu kemestian. Dia komited bagi melakukan apa sahaja demi mencapai cita-citanya. Langkah pertamanya adalah mendaftar di sebuah sekolah lakonan.

Kemudian, dia menghadiri sesi uji bakat. Dengan pertuturannya yang kurang jelas, wajahnya yang tidak menarik, ditambah pula dengan lakonan yang kaku, tidak ada pihak yang mahu mengambilnya sebagai pelakon. Semua kegagalan itu tidak menyebabkan Stallone berputus asa. Dia sentiasa mengubah strateginya dan terus bertindak.

Bagaimana akhirnya Stallone berjaya mendapatkan peluang pertama menjadi pelakon? Apabila sekali lagi dia ditolak dalam suatu uji bakat, dia terus duduk dalam bilik pengurus dan enggan pulang selagi dia tidak mendapat peluang berlakon. Selepas berjam-jam dia duduk di situ, orang-orang yang berada di situ mula kasihan kepadanya. Mereka juga kagum dengan semangatnya yang tidak mahu mengaku kalah. Akhirnya, dia mendapat peluang melakonkan watak kecil. Bagi Stallone, lakonan itu begitu bermakna.

Malangnya selepas itu, dia terus gagal mendapatkan sebarang peluang sehingga isterinya menyuruhnya melupakan sahaja impiannya itu dan mula mencari pekerjaan lain. Tetapi, Stallone masih ingin memperjuangkan impiannya. Dia tidak rela berputus asa. Stallone jatuh miskin sehingga pada suatu hari dia terpaksa menjual anjing kesayangannya dengan harga 50 dolar. Dia begitu sedih kerana selama ini anjingnya itulah yang menjadi sahabat karibnya.

Tidak lama selepas itu, Stallone menonton perlawanan tinju di antara Muhammad Ali dengan Chuck Wepner. Ramai orang berkata Chuck pasti menyerah kalah selepas beberapa pusingan sahaja. Tetapi, Chuck bertahan sehingga 15 pusingan dan memberikan tentangan hebat kepada Ali.

Daripada perlawanan tinju itu, Stallone mendapat inspirasi dan dia ingin membuat sebuah filem mengenai ahli tinju. Dia mula menulis skrip filem tanpa henti selama 84 jam. Filem ini diberi tajuk Rocky iaitu nama watak utamanya. Stallone berasa teruja kerana dia yakin filem ini bakal mengubah hidupnya.

Selepas skrip itu selesai, dia berusaha menjualnya tetapi tiada siapa yang berminat dengan skrip itu. Para penerbit filem menganggap tidak ada sesiapa yang mahu menonton filem mengenai ahli tinju. Stallone tidak berputus asa. Dia terus berjumpa pihak pengeluar filem sehingga akhirnya ada sebuah syarikat yang bersetuju membeli skrip itu dengan harga 75 ribu dolar. Stallone sepatutnya gembira tetapi impiannya belum tercapai. Dia ingin menjadi pelakon dan bukan penulis skrip.
Dengan demikian, dia memberikan syarat kepada syarikat filem itu. Dia bersetuju menjual skripnya kepada mereka asalkan dia menjadi pelakon utamanya. Pada mulanya mereka tidak bersetuju dan berkata, “Anda seorang penulis skrip, bukannya seorang pelakon! Tidak mungkin kami bersetuju dengan syarat anda itu.”

Mereka menaikkan tawaran kepada 255 ribu dolar dan seterusnya kepada 1 juta dolar tetapi Stallone tetap berkeras dengan pendiriannya. Sungguhpun pada waktu itu, dia miskin dan sering kelaparan, dia masih komited pada impiannya! Akhirnya, syarikat filem itu mengalah tetapi kali ini mereka pula yang meletakkan syarat. Mereka hanya membayar sebanyak 35 ribu dolar pada Stallone bagi skrip dan juga lakonannya. Selain itu, Stallone juga bakal menerima royalti daripada keuntungan filem itu. Stallone bersetuju.

Perkara pertama yang dilakukan selepas itu adalah mencari semula orang yang membeli anjingnya. Stallone menawarkan 100 dolar pada orang itu bagi membeli semula anjingnya tetapi orang itu menolak. Stallone menaikkan harga tawaran sehingga 1,000 dolar dan orang itu tetap menolak. Sekali lagi, Stallone tidak berputus asa. Dengan apa cara sekali pun, dia mahukan anjingnya semula. Akhirnya, orang itu bersetuju apabila Stallone menawarkan 15 ribu dolar dan juga peluang berlakon dalam filemnya.

Apabila filem Rocky ditayangkan, ia mencapai tahap box-office dengan keuntungan melebihi 171 juta dolar. Bukan hanya itu, ia juga dicalonkan dalam 10 kategori Anugerah Akademi termasuklah pelakon terbaik. Daripada 10 pencalonan itu, Rocky memenangi anugerah filem terbaik dan arahan terbaik.

Stallone terus mencipta nama sebagai pelakon aksi yang hebat dan dia menerima banyak tawaran yang lumayan selepas itu.

Stallone mencapai impiannya kerana ia menjadikannya suatu kemestian. Dengan ini, dia tidak berputus asa mencari jalan bagi mencapainya.

Sebelum mengundurkan diri saya tinggalkan anda semua dengan kata-kata ini “ Bangunlah dari tidurmu kerana mimpimu tidak akan tercapai hanya dengan tidur “ dan kecepatan memang baik tetapi ketepatan adalah segalanya. Hal yang dapat kita kawal dan ubah adalah SIKAP…..

Walau di mana anda berada……….

2

Category : komentar, Renungan

Salam perkongsian untuk semua dan saya mendoakan anda semua masih kuat dan gigih berjuang bagi sebuah kehidupan.

Ada orang pernah berkata, kalau nilai dalam diri kita ibarat intan permata tidak kira di mana pun kita berada, di dalam lumpur sekalipun orang berlumba-lumba akan mendapatkan kita tapi jika nilai yang ada dalam diri kita hanya bersifat kaca semata, walau diletakkan di istana kayangan pencarian hanya bersifat sementara kerana nilainya tetap sama…..

Contoh paling mudah saya berikan, bagi penggemar makanan, mencari lokasi tempat makanan yang sedap lagi enak adalah suatu kemestian, jadi tidak kira diceruk mana kita akan berusaha untuk mendapatkannya. Mungkin anda pernah mendengar Restoran Mandella, yang terletak di Kukup, Pontian. Walau lokasinya agak tersorok jauh ke dalam kebun kelapa sawit namun ia tidak menghalang orang ramai untuk mengunjunginya ( sekadar menyebut beberapa tempat ).

Begitulah resam alam, jika sesuatu itu istimewa, walaupun diceruk dunia, pasti orang akan mencarinya. Itu baru restoran, bagaimana dengan peribadi seseorang?

Orang kalau berilmu lagi berakhlak, di ceruk mana tinggal sekalipun, akan dikunjungi oleh orang lain. Bak kata seorang teman, dia pernah berkunjung ke rumah sesorang untuk memenuhi permintaan gurunya dan alangkah terkejutnya dia, rumah yang usang, buruk dan sangat daif. Tetapi, masyaALLAH, rumahnya penuh dengan tetamu dari berbagai negara.

Betullah kata orang, orang yang berilmu dan berakhlak, diceruk mana pun akan dicari orang, untuk berkongsi manfaat ilmunya.

Kalau peminat makanan akan mencari restoran di mana sahaja ia berada, peminat ilmu, akan mencari siapa sahaja ilmuan untuk berkongsi.

Yang penting bukannya ziarah orang lain pada kita, yang penting, apabila kita berilmu, kita dapat berkongsi dan ilmu yang kita kongsikan pada orang lain inilah, salah satu amalan yang Nabi SAW anjurkan kerana ia merupakan amalan yang kekal pahalanya walaupun kita sudah tiada lagi di dunia ini.

Seperti restoran terpencil ini, tetap penuh dan meriah, begitulah juga orang berilmu, akan sentiasa meriah dengan amalan dan pengajian mereka.

Bercita-citalah untuk memiliki ilmu yang dapat dimanfaatkan bersama. Kerana perkongsian itu, semakin mencambahkan.

Seperti biasa sebelum mengundurkan diri sya tinggalkan anda semua dengan kata-kata ini ” Universiti kehidupan adalah pengajian sepanjang hayat kerana ia tidak pernah terhenti, universiti untuk semua orang tanpa mengira siapa dan apa pun status kita dan di mana pun kita berada”.

Salam Hormat
- Ima Harlina -

Law of Repulsion atau Hukum penolakan

Category : Bina Kejayaan, magnet duit

Alhamdulillah, dapat juga mencuri sedikit masa dicelah kesibukkan  untuk berkongsi cerita melalui blog ini. Hari ni saya ingin menyentuh sedikit tentang hukum penolakan. Hukum ini agak kurang glamour jika dibandingkan dengan hukum tarikan atau law of attraction yang sentiasa disebut dimana-mana,hukum yang amat terkenal seantero dunia.

Ramai yang mempelajari hukum tarikan, tetapi tidak semua yang memperolehi kesan yang maksima dalam mengamalkan hukum tarikan atau law of attraction. Kenapa ye?

Jawapannya mudah, kita hidup di alam dualiti,atau berpasang-pasang. Ada lelaki dan ada juga wanita, negatif lawannya positif  dan jika ada hukum tarikan pasti ada juga hukum penolakan.

Saya tahu semua orang ingin memperolehi apa yang diinginkan. Begitu juga saya. Jadi jika kita ingin mencapai kejayaan atau kekayaan yang diinginkan. Satu perkara perting yang perlu anda tahu ialah jika daya tolakan lebih besar dari daya tarikan anda, kejayaan , wang atau kekayaan yang anda inginkan dalam hidup anda tidak akan mengalir. Malah ianya akan menjauhkan anda dari memperolehi apa yang anda inginkan.

Jika ketika ini anda merasakan keadaan kewangan anda dalam keadaan yang merisaukan dan  serba kekurangan,itu bermakna kekuatan daya tolak anda adalah lebih besar dari kekuatan daya tarik anda, seterusnya aliran kekayaan dan kewangan menjauhi diri anda.

Jadi, satu-satunya cara agar ada atau wujudnya  aliran wang atau kekayaan dalam hidup Anda adalah memastikan daya tarikan anda lebih besar dan lebih kuat melampaui kekuatan daya tolak anda. Jalan penyelesaiannya ada saya kongsikan di dalam ebook Rahsia magnet duit.

Sekiranya anda merasakan bahawa keadaan kewangan anda ketika ini sudah bagus dan tiada apa yang perlu anda risaukan, anda masih boleh menggunakan beberapa teknik yang diajar di dalam ebook tersebut untuk memperbesarkan aliran kewangan dan kekayaan anda.

Jadi sekiranya ketika ini anda merasakan diri anda berada dalam kerisauan,kebimbangan apabila memikirkan atau bercakap tentang wang. Ubatilah penyakit tersebut dengan klik

http://www.rahsiamagnetduit.com

Rahsia Magnet Duit dilancarkan

4

Category : Info, magnet duit

Alhamdulillah, hari ini  Ebook Rahsia Magnet duit dilancarkan. Terima kasih Ya ALLAH, kerana memudahkan segala urusan, Terima kasih jugakepada 2 individu penting yang bekerjasama dalam menjayakan pelancaran ini, iaitu Mohd Faisal Isa atau lebih dikenali sebagai Fai yang bertanggungjawab dari segi teknikal dan design dan juga Ima Harlina yang bertindak sebagai editor. Jutaan terima kasih juga diberikan kepada pembeli ebook pre launch tempoh hari kerana sudi menghantar testimoni ikhlas . Saya amat menghargai semua pertolongan kalian,kepada semua yang terlibat YOU ARE THE BEST!

Tahukah anda terdapat satu hukum yang menyatakan bahawa setiap apa yang ada di muka bumi ini hanya akan saling tertarik antara satu sama lain hanya dengan sesuatu yang memiliki frekuensi yang sama.

Jadi sekiranya diri anda hanya memancarkan frekuensi kemiskinan, maka selamanya diri anda hanya menarik kemiskinan. Jadi kesimpulannya sama ada ketika ini keadaan anda berada dalam kemiskinan ataupun sudah meraih kekayaan segalanya adalah tanggungjawab anda sendiri.

Tidak perlu anda menyalahkan persekitaran, nasib atau individu yang berada disekeliling sebagai penyebab kepada kemiskinan dan kegagalan anda.

Satu lagi  fakta penting yang perlu anda tahu bahawa duit sebenarnya adalah merupakan satu sumber energi dan jumlahnya tidak terbatas. Ianya sentiasa mengalir terus tanpa henti.

Jadi perkara paling penting yang perlu anda tahu ialah anda sebenarnya tidak pernah kekurangan duit selama ini kerana duit bagaikan sebuah sungai sumber kekayaan yang sentiasa mengalir di sekeliling anda.

Selagi anda tidak menyekat aliran duit, pasti duit akan terus mengalir kecuali ada gangguan atau kebocoran sumber. Jadi sekiranya anda mengalami masalah kewangan, atasinya segera sebelum ia terlambat kerana inilah kunci sebenar kepada kekayaan yang anda impikan!

Kepada yang berminat untuk memiliki Rahsia magnet duit, silalah bertindak pantas, kerana harga pasti akan dinaikkan selepas 100 pembeli yang pertama. Inilah peluang untuk anda memiliki ebook dengan harga yang murah untuk pelancaran, selepas saya memberikan harga yang cukup murah ketika pre launch tempoh hari.

Jika anda pernah terkilan untuk mendapatkannya ketika pre launch tetapi gagal, jangan bertangguh lagi, kerana selepas 30 Januari 2011, jualan akan di tutup untuk selama-lamanya bagi ebook  Rahsia magnet duit edisi 2.

Untuk keterangan selanjutnya mengenai ebook Rahsia magnet duit, sila klik

http://www.rahsiamagnetduit.com.

Dua perkara yang memotivasikan

1

Category : Bina Kejayaan

Alhamdulillah, terima kasih Ya ALLAH kerana memberikan sedikit masa untuk saya mengemaskini blog ini. Sebelum saya terus berkongsi cerita, suka saya mengumumkan kepada pembeli ebook Rahsiamagnetduit.com ketika pre launch tempoh hari, saya sudah pun menghantar email untuk muat turun  ebook Rahsia magnet duit versi kemaskini beserta bonus seperti yang dijanjikan.

InsyaALLAH, masih akan ada versi kemaskini yang selanjutnya dengan penambahan bonus, dengan gembira saya memberitahu anda, walau berapa banyak kemaskini yang bakal dilakukan anda akan memperolehinya dengan PERCUMA.

Jutaan penghargaan kepada pembaca yang ikhlas mengirimkan testimoni kepada saya. Seronok dan terharu apabila membaca cerita-cerita perubahan yang telah berlaku. Terharu dan hampir sebak, apabila ilmu yang dikongsikan dapat mengubah lanskap kehidupan anda.InsyaALLAH pelancaran sepenuhnya akan bermula esok, harapan saya semoga lebih ramai yang mendapat manfaat dari ebook  Rahsia Magnet Duit tersebut.

Dalam hidup kita pasti akan melalui banyak perkara menarik suka dan duka. Namun semua itu adalah rencah kehidupan yang mesti kita lalui kita hadapi mahupun kita suka atau pun tidak. Namun kita masih diberi pilihan untuk menghadapinya samada dengan tindakan yang positif atau negatif.

Apa juga yang bakal kita lalui , kita perlu melaluinya dengan rasa  syukur, kerana kita akan nampak betapa indahnya dunia jika kita melihat segalanya dengan rasa penuh kesyukuran. Yakinlah selagi kita percaya kehidupan ini indah, segala hikmah akan dapat dicari melalui setiap perkara yang kita.

Mengapa kita sentiasa diuji, kerana ALLAH menginginkan kita memperolehi kehidupan yang lebih baik, tanpa ujian dan dugaan kita akan terus terlena berada di dalam zon selesa yang dicipta oleh minda separa sedar, walhal realitinya pada kehidupan sebenar anda berada dalam keadaan yang jauh dari menikmati keselesaan.

Adakah anda mengetahui terdapat dua perkara yang dapat memotivasikan diri untuk  lebih berjaya? pertama adalah kesenangan atau kebahagiaan, manakala yang kedua pula ialah  kesakitan atau penderitaan.

Kita pula sebagai manusia, ada yang terdorong untuk lebih berjaya kerana inginkan hidup yang mewah, makmur dan bahagia. Bagi individu seperti ini dorongan keinginan tersebut akan banyak membantu untuk mencapai kebahagiaan dan kejayaan yang diinginkan.

Tetapi jika anda terdorong untuk lebih berjaya akibat kesakitan, penderitaan dan kemiskinan yang anda lalui, inilah masanya untuk anda belajar bagaimana untuk  mencari kejayaan , kebahagiaan dengan penuh kesedaran. Mahu atau tidak anda perlu tahu bagaimana untuk mengawal minda anda supaya menjurus ke arah yang lebih positif, kerana di dalam minda anda  ketika ini telah banyak tersimpan pengalaman-pengalaman kesakitan kepedihan yang telah anda alami.

Apa yang paling penting bukan sahaja keinginan tetapi ianya juga perlu dilengkapi dengan kesedaran untuk anda lebih berjaya. Jadi bangkitlah untuk berjaya dengan penuh kesedaran. Binalah impian untuk berjaya dan tinggalkan pengalaman pedih yang penuh menyakitkan. Jadikan ia sebagai sejarah yang hanya perlu diihat sebagai panduan untuk anda melangkah dengan penuh kebahagiaan