Bulan Januari 2011 banyak memberikan pengalaman baru bagi diri saya. Pengalaman yang benar-benar mengajar saya erti kehidupan.Pengalaman yang mengajar saya supaya lebih bersyukur dan menghargai anugerah yang diberikan. Pengalaman yang mengajar saya supaya sentiasa tunduk ke bawah walau setinggi mana pun saya berada. Adakalanya kita merasakan diri kita hebat, sehingga kita lupa sehebat mana pun kita, pasti ada yang lebih hebat , Yang Maha Hebat dan lebih berkuasa. Adakalanya kita merasakan diri kita amat teruk gagal dan tidak berupaya sehinggakan kita lupa bahawa ada lagi individu yang lebih teruk dan mengalami kegagalan dalam hidup sehingga kita lupa untuk bersyukur atas nikmat yang telah dikurniakan.
Pada bulan saya telah melihat sendiri 2 peristiwa sedih akibat kematian. Pertama,kematian yang berlaku kepada salah seorang ahli keluarga saya.kedua, kematian seorang pemuda berbangsa kristian akibat kemalangan di mana saya mengunjungi rumahnya sebagai penghormatan terakhir kepada keluarga yang meninggal. Daripada dua kejadian tersebut saya merasakan amat insaf dan benar-benar mengajar saya dalam banyak perkara.
Ya, saya akui kesedihan benar-benar terasa atas kematian yang berlaku di dalam keluarga saya,tetapi saya amat bersyukur kerana kesedihan yang kami alami tidaklah seteruk kesedihan yang dialami oleh keluarga pemuda berbangsa kristian tersebut,dimana untuk menghantar jenazah dari hospital ke rumah pasti mengalami kesukaran apabila perlu melalui jalan yang amat teruk, umpama merentas hutan untuk sampai kerumahnya. Malah kenderaan iaitu van yang membawa saya dan rakan sekerja pemuda tersebut, sangkut di tengah jalan akibat jalan yang teruk umpama meredah hutan belantara. Terus terang saya katakan inilah kali pertama saya melalui perjalanan seperti ini, pengalaman yang membuatkan saya amat bersyukur dengan anugrah kehidupan yang ALLAH berikan kepada saya.
Apabila sampai ke rumah pemuda tersebut sekali lagi saya merasa amat insaf apabila melihat keadaan tempat tinggal keluarganya.Teramat insaf, di dalam sebuah negeri yang kaya dengan hasil minyak di dalam sebuah negara yang kaya dan membangun masih lagi terdapat golongan miskin tegar yang perlu diberi perhatian. Betapa insaf dan bersyukurnya saya dengan anugerah yang ALLAH berikan. Terlalu banyak kelebihan yang saya miliki jika dibandingkan dengan engalaman yang telah saya lihat dengan mata saya sendiri. Betapa berat mata saya memandang,sudah pasti lebih berat bahu mereka yang memikul pengalaman seperti itu.
Kita dilahirkan dengan penuh kekayaan. Malah diri kita sendiri memiliki magnet yang dapat menarik apa saja yang kita inginkan. Malah jika kita inginkan wang, inginkan kekayaan pasti kita akan dapat menariknya dengan mudah.Tetapi kenapa masih ada golongan yang hidup dalam kemiskinan? Adakah mereka ditakdirkan untuk hidup susah? Dalam hal seperti ini, jangan menyalahkan takdir, kerana kita mampu untuk mengubah takdir kita sendiri . Apa yang penting,belajarlah bagaimana untuk menguruskan minda dengan sebaiknya. Belajarlah bagaimana untuk menggunakan minda dengan betul seterusnya mengaktifkan magnet kekayaan yang ada di dalam diri.




