Permohonan sikaya dan simiskin

4

Category : Minda Separa Sedar

Satu cerita menarik untuk dikongsikan bersama anda..

Nabi Musa a.s. memiliki ummat yang jumlahnya sangat banyak dan umur mereka panjang-panjang. Mereka ada yang kaya dan juga ada yang miskin. Suatu hari ada seorang yang miskin datang menghadap Nabi Musa a.s.. Ia begitu miskinnya pakaiannya compang-camping dan sangat lusuh berdebu.

Si miskin itu kemudian berkata kepada Baginda Musa a.s., “Ya Nabiullah, Kalamullah, tolong sampaikan kepada Allah s.w.t. permohonanku ini agar Allah s.w.t. menjadikan aku orang yang kaya.” Nabi Musa a.s. tersenyum dan berkata kepada orang itu, “Saudaraku, banyak-banyaklah kamu bersyukur kepada Allah s.w.t.”.

Si miskin itu agak terkejut dan kesal, lalu ia berkata, “Bagaimana aku mau banyak bersyukur, aku makan pun jarang, dan pakaian yang aku gunakan pun hanya satu lembar ini saja”!. Akhirnya si miskin itu pulang tanpa mendapatkan apa yang diinginkannya.

Beberapa waktu kemudian seorang kaya datang menghadap Nabi Musa a.s.. Orang tersebut bersih badannya juga rapi pakaiannya. Ia berkata kepada Nabi Musa a.s., “Wahai Nabiullah, tolong sampaikan kepada Allah s.w.t. permohonanku ini agar dijadikannya aku ini seorang yang miskin, terkadang aku merasa terganggu dengan hartaku itu.”

Nabi Musa a.s.pun tersenyum, lalu ia berkata, “Wahai saudaraku, janganlah kamu bersyukur kepada Allah s.w.t.”. “Ya Nabiullah, bagaimana aku tidak bersyukur kepada Allah s.w.t.?. Allah s.w.t. telah memberiku mata yang dengannya aku dapat melihat. telinga yang dengannya aku dapat mendengar.

Allah s.w.t. telah memberiku tangan yang dengannya aku dapat bekerja dan telah memberiku kaki yang dengannya aku dapat berjalan, bagaimana mungkin aku tidak mensyukurinya”, jawab si kaya itu. Akhirnya si kaya itu pun pulang ke rumahnya. Kemudian terjadi adalah si kaya itu semakin Allah s.w.t. tambah kekayaannya kerana ia selalu bersyukur. Dan si miskin menjadi bertambah miskin. Allah s.w.t. mengambil semua kenikmatan-Nya sehingga si miskin itu tidak memiliki selembar pakaianpun yang melekat di tubuhnya. Ini semua kerana ia tidak mau bersyukur kepada Allah s.w.t.

Sabar dan pasangannya…..

1

Category : Motivasi, Pengalaman, Renungan

Salam perkongsian untuk semua, semoga hari-hari yang dilalui memberi seribu makna buat kita semua.

Setiap yang hidup ini dijadikan secara berpasang-pasangan, siang pasangannya malam, hidup pasangannya adalah mati, bersabar pasangannya adalah bersyukur.

Dalam meniti kehidupan kita, pasti pelbagai coretan yang akan menghiasai diari sebuah kehidupan. Namun apa jua yang terhambar di depan mata kuncinya adalah sabar. Bukan hanya ketika kita ditimpa masalah malah ketika sedang diulit kesenangan.

Bila menyentuh soal sabar, ramai di antara kita merujuk kepada musibah mahupun kesusahan. Tanpa kita sedari kita juga perlu bersabar dan bersyukur di atas segala kesenangan yang diberikan kepada kita.

Sekiranya kesabaran ada dalam diri kita, kita akan tetap meneruskan amalan walaupun seluruh tubuh kita berasa sakit dan seolah-olah tidak berupaya untuk bergerak.

Bila kita terlantar di hospital, maka kita bersabar untuk terus mengingati ALLAH. Lalu bila kita sentiasa menyebut-nyebutNYA, maka “ kesusahan ” atau “ musibah ” itu sudah tiada nilai yang boleh menyebabkan rasa gundah gulana. Malah kita terus bersabar menjalankan tanggungjawab harian kita. Ia dilakukan kerana ALLAH.

Bila orang bersyukur, maka sabarnya amat mudah sekali. Bagaimana pula mahu menterjemahkan rasa syukur? Ia sama sahaja dengan kaedah bersabar. Ia sepatutnya menyebabkan manusia lebih hampir kepada ALLAH.

Sabar dan syukur padanan yang sangat harmoni. Ia bersifat kesalingan. Saya berdoa agar kita semua sentiasa diberi rasa sabar dan syukur di atas ujian atau keriangan yang dianugerah ALLAH.

Kerana hidup ini hanya bersifat sementara dan tidak ada yang kekal buat selamanya, saya beryukur kerana merasai pelbagai “ rasa ” dalam hidup ini kerana dengan “ rasa ” itulah saya terus bangkit untuk meneruskan kehidupan ini. Dengan “ rasa ” itu saya belajar erti bersabar dan dengan bersabar saya dapat melalui kehidupan ini insyaALLAH dengan sebaiknya.