Kita boleh hidup tanpa wang tetapi..

2

Category : Bina Kejayaan

Agak lama juga saya membiarkan blog ini bersawang tanpa dikemaskini, alhamdulillah masih diberi rasa dan peluang untuk terus mengemaskini blog ini. Kebelakangan ini banyak perkara yang perlu diselesaikan dan tidak mampu untuk saya bercerita, bukan bermakna saya tidak terbuka untuk berkongsi setiap perkara, tetapi sebolehnya saya cuba elakkan dari bercerita tentang masalah dan perkara yang kurang baik, kerana jika saya fokus kepada masalah, sebenarnya saya menarik lebih masalah ke dalam hidup saya dan anda sebagai pembaca juga fokus kepada masalah, jika tidak tahu menguruskan minda dengan baik sebenarnya akan menarik masalah juga ke dalam hidup anda.

Jadi selagi kita hidup, pandanglah setiap apa yang berlaku di dalam hidup kita sebagai sesuatu yang indah. Setiap apa yang dicipta oleh ALLAH amat indah, apa yang penting bagaimana kita melihat sesuatu perkara itu. Ketika kita berdiri, kita melihat dunia ini dalam keadaan tegak, Ketika kita berdiri dengan dua tangan di bawah dan kaki di atas, kita melihat dunia ini dalam keadaan terbalik. Ketika kita memejamkan mata pula, kita melihat dunia ini gelap gelita. Sedarkah anda walau bagaimana pun keadaan kita, dunia masih lagi sama dan tidak berubah. Apa yang penting ialah diri kita sendiri bagaimana kita memandang dunia ini dan apakah persepsi kita terhadap dunia. Jadi lihatlah dunia ini dengan penuh keindahan.

Saya akui ramai yang menghantar email kepada saya bercerita tentang masalah wang yang dihadapi, tetapi selagi anda masih fokus kepada masalah wang yang anda alami, adakah masalah kewangan anda akan selesai? Sedarkah anda bahawa anda masih lagi boleh hidup tanpa wang, anda masih lagi boleh bernafas walau mempunyai masalah kewangan, malah anda masih diberikan rezeki dari cara yang lain selain wang ,walaupun ketika itu anda mengalami masalah kewangan dan dikelilingi hutang. Bersyukurlah, kita masih lagi boleh hidup tanpa wang, adakalanya kita sentiasa diberikan idea dan buah fkiran sebagai jalan penyelesaian bagi masalah kewangan yang anda hadapi.

Namun satu perkara paling penting yang perlu kita semua tahu dan perlu ambil tahu, bahawa kita masih boleh hidup tanpa wang, tetapi kita tidak akan boleh hidup tanpa TUHAN. Ya,tanpa ALLAH sebagai TUHAN kita, siapalah kita. Jadi walau apa juga masalah yang dihadapi samada kewangan atau masalah lain yang berkaitan, jangan lupa untuk memohon kepadaNYA.

Kita lebih selesa mengadu kepada rakan, teman dan adakalanya juga kepada orang yang tidak pernah kita kenali atas setiap masalah yang berlaku, tetapi kita lupa bahawa ALLAH itu sangat dekat dan kita seakan lupa akan kehadirannya. Itulah kesilapan yang sentiasa kita lakukan sebagai hamba yang sentiasa lupa.

Jika anda fikir boleh anda pasti boleh melakukanya

2

Category : komentar, Motivasi, Pengalaman, Renungan

Salam ceria, sihat, kaya dan bergaya untuk semua. Semoga hari ini lebih indah dan bermakna dari hari semalam.

Ingatkah kita suatu ketika dulu ketika kita masih kecil, ketika kita mencuba untuk belajar berjalan. Saya percaya setiap dari kita pasti melalui fasa ini Cuma mungkin kita kurang mengingatinya.

Pertama-tamanya kita harus belajar untuk berdiri, yakni sebuah proses yang melibatkan seluruh tubuh, jatuh lalu berdiri kembali.

Dalam proses tersebut kita kadangkala tertawa serta tersenyum, tapi di waktu yang lain kita akan menangis dek kerana kesakitan akibat terjatuh dan sebagainya. Tanpa kita sedari, seperti ada tekad dan keyakinan dalam diri kita bahwa kita akan berhasil, munkin tiada siapa di antara kita yang menyedari bahawa kita mempunyai motivasi yang tinggi di saat itu, walau pun terpaksa mengharungi pelbagai rintangan di kala itu.

Setelah banyak berlatih akhirnya kita mengerti bagaimana untuk menyeimbangkan diri kita. Ianya suatu syarat atau platform ke fasa yang seterusnya.

Kita menikmatinya dan seolah-olah kita mempunyai kekuatan dan motivasi baru. Kita akan berdiri dimana pun kita suka, tidak kira di sofa, di pangkuan ibu atau bapa kita atau dipangkuan orang lain. Inilah waktu atau saat yang menggembirakan . Ketika kita mula berdiri dan kita mampu mengawal diri kita. Kita tersenyum dan tertawa , puas akan keberhasilan yang kita lakukan.

Langkah berikutnya adalah untuk berjalan. Kita melihat orang lain melakukannya, nampak mudah dan tidaklah terlalu sukar untuk kita melakukannya, hanya memindahkan kaki saat kita berdiri, betul kan ?

Sebenarnya tidaklah semudah itu kerana ia lebih kompleks daripada yang kita bayangkan. Kita perlu berurusan dengan rasa kecewa. Tapi kita perlu terus mencuba dan mencuba lagi sehingggalah kita tahu bagaimana untuk berjalan. Walaupun kita selalu ingin dan perlu kedua tangan kita dipegang atau dipimpin saat berjalan.

Jika orang melihat kita berjalan, mereka akan bertepuk tangan, mereka tertawa, mereka akan memberi semangat, “ wah anak mama dah boleh berjalan”. “Oh anakku sudah boleh berdiri”. “claver boy” dan lain-lain.

Dorongan ini memicu kita dan menambah rasa percaya diri kita seterusnya memotivasikan diri kita.

Lalu kita pun mencuba untuk berjalan di saat tiada siapa yang melihat kita, disaat tiada sorak sorai atau pujian. Kita akan menggunakan setiap peluang yang ada untuk berlatih berjalan, kerana kita tidak mampu menunggu seseorang untuk memotivasi dan memimpin tangan kita untuk mengambil langkah-langkah berikutnya. Sebenarnya kita sudah mula belajar bagaimana untuk memotivasikan diri sendiri

Andai kita mampu membayangkan hal-hal tersebut di saat ini , ingatlah bahwa kita boleh dan mampu melakukan apapun yang kita fikiran. Kita mampu mengatur jika kita mau dan bersedia melalui proses sama seperti itu, seperti ketika kita belajar berdiri, seperti ketika kita belajar berjalan. Kita tidak perlu menunggu orang lain untuk memotivasikan diri kita, sebaliknya kita perlu memotivasikan diri kita sendiri.

Jika kita sudah lupa bagaimana melakukan hal ini, atau merasa seperti beku, kaku dan ketandusan idea, Maka kita sebenarnya memerlukan motivasi. Renungkan kembali perjalanan singkat dalam hidup kita yang telah dan pernah kita selusuri. Lihatlah prestasi kita, tanpa mengambil kira samada pencapaian kecil atau besar , atau saat-saat dimana kita bertemu dengan cabaran dan dugaan dan dalam masa yang sama kita menemukan cara untuk berjaya.

Fokus pada semua hal yang kita fikir kita tidak mampu untuk melakukanya. Lihatlah anak-anak kita, mereka tidak pernah menyerah dan kenal erti putus asa. Mereka yakin serta percaya terhadap kita, mereka percaya di dalam semua kehidupan kita!

Sekarang kita semua harus percaya pada diri kita! Yakinkan pada hati kita bahwa kita pasti boleh melakukanya.

“Ingat, hari ini adalah hari terbaik dalam hidup kita, milikilah masa depan yang indah, dengan membuat perubahan hari ini!

Sebelum mengundurkan diri, saya tinggalkan anda semua dengan kata-kata ini “ Suatu hari nanti kita pasti berhenti berkerja dengan manusia tetapi tiada istilah berhenti berkerja dengan ALLAH melainkan perjuangan berakhir bersama nafas terakhir.

Salam Hormat
- Ima Harlina –