Hidup ini..

3

Category : Bina Kejayaan

Hidup ini indah, sekiranya kita percaya bahawa kehidupan kita ini penuh dengan keindahan.Hidup juga penuh dengan kebahagiaan jika kita percaya kebahagiaan boleh kita perolehi di mana-mana sahaja. Hidup ini penuh dengan kekayaan jika kita percaya bahawa kehidupan ini sudah pun tersedia untuk kita. Pokok pangkalnya ia berpunca dari kepercayaan yang telah kita tanam di dalam diri kita. Besarnya impak kepercayaan yang wujud di dalam hidup kita.

Kepercayaanlah yang menentukan samada kita berjaya atau gagal dalam kehidupan. Dengan kepercayaan yang berbeza, kita dapat melihat tindakan yang berbeza kerana tindakan itu datang dari kepercayaan yang ada di dalam diri kita. Dengan kepercayaan yang berbeza juga kita dapat melihat pelbagai jenis kehidupan yang berbeza,kaya dan miskin, sedih dan gembira ianya juga impak dari kepercayaan.

Impak dari kepercayaan jugalah kita dapat melihat penganut agama yang berbeza beribadat di rumah ibadat yang berbeza dan menyembah Tuhan yang berbeza. Itulah hasil dari kepercayaan.

Terdapat kepercayaan yang a sangat bermanfaat, konstruktif, suportif, dan membawa kita semakin dekat dengan apa yang kita inginkan dalam hidup. Ada juga kepercayaan yang tidak bermanfaat , kuno dan menghalang perjalanan kita dalam mencapai impian. Untuk belief seperti ini kita perlu segera memodifikasi, merekonstruksi, atau bahkan menggantinya dengan belief baru.

Ketahuilah, sekiranya ketika ini anda berada di dalam keadaan yang tidak anda inginkan, ianya adalah berpunca dari kepercayaan yang tidak bermanfaat mungkin tertanam tanpa anda sedari. Namun berita baik untuk anda anda dan kepercayaan adalah dua entiti yang berbeza. Jadi anda akan dapat mengubah , dan menggantikan ia dengan kepercayaan yang baru

Bertanggungjawab 100%

Category : Bina Kejayaan

Sebelum saya meneruskan cerita pada hari ini, ingin saya maklumkan kemaskini ebook Rahsia magnet duit. InsyaALLAH jika tiada halangan hari ini jualan ebook Rahsia Magnet Duit akan dibuka semula kepada umum. Jika sebelum ini anda sudahpun memiliki ebook Rahsia magnet duit untuk versi terdahulu tetapi belum memperolehi ebook versi terkini, jangan segan untuk menghubungi saya dengan menyertakan email yang anda gunakan ketika pembelian kerana anda akan mendapatkan versi kemaskini secara percuma.

Ketika ini saya masih berusaha untuk meningkatkan momentum kerja saya selepas banyak cabaran dan dugaan yang perlu saya hadapi. Apa pun bagi saya semua itu adalah asam garam kehidupan yang perlu saya hadapi dengan senyuman dan fikiran yang waras. Dengan wujudnya senyuman, sekurang-kurangnya saya akan sentiasa positif dan sentiasa bersangka baik kepada setiap cabaran dan dugaan yang datang. Dengan adanya fikiran yang waras, saya sentiasa berfikir bagaimana untuk mencari penyelesaian bagi setiap ujian, kerana dengan adanya ujian dan cabaran tersebut sebenarnya akan meningkatkan lagi kejayaan di dalam hidup saya. Positif sokmo!

Dalam hidup ini, tidak semua apa yang kita lakukan berjalan seperti yang kita rancangkan. Mahu atau tidak, kita tidak boleh lari dari cubaan dan dugaan. Walau bagaimanapun sukar untuk kita menghadapi segala cabaran dan dugaan tersebut, tetapi ianya tidak bermakna kita tidak mampu untuk melepasi segala cubaan dan dugaan tersebut. Apa yang penting kita perlu bertanggungjawab 100% terhadap setiap perkara yang berlaku kepada diri kita.

Dengan memiliki rasa tanggung jawab terhadap diri sendiri, maka Anda telah satu langkah lebih maju menuju kejayaan. Dengan bertanggung jawab kepada diri sendiri, Anda mulai sedar bahwa segala sesuatu yang Anda lakukan memiliki akibat yang perlu Anda hadapi.

Individu yang tidak bertanggung jawab kepada dirinya sendiri, selalu menyalahkan keadaan atau orang lain. Apapun yang terjadi dengan dirinya ia selalu merasa benar dan menunding jari atas setiap masalah yang dihadapi.Individu seperti ini pasti tidak berubah kerana hanya memfokuskan kepada masalah dan bukannya penyelesaian.

Individu yang bertanggung jawab penuh terhadap hidup, mindanya akan mudah terbuka untuk menemukan penyelesaian terhadap permasalahan yang dihadapi kerana mindanya tidak akan fokus kepada mencari siapa yang patut dipersalahkan, tetapi sentiasa mencari penyelesaian untuk bangkit dari situasi atau permasalahan yang dihadapi.

Hukum kehidupan & kejayaan

Category : Bina Kejayaan

Masih tidak dapat melelapkan mata walaupun ketika ini sudah pun awal pagi, mungkin ini penangan ice blended mocha yang saya minum beberapa jam yang lalu. Jadi saya mengambil kesempatan untuk mengemaskini blog ini. Inilah hikmah disebalik mata yang masih segar sedangkan teman disebelah sudah pun nyenyak tidur, kebetulan ketika ini saya tidak berada di rumah bercuti sambil menyiapkan tugasan dan kerja yang perlu kami siapkan. Sebenarnya bagi saya yang bekerja sendiri, ianya tidak dapat dianggap bercuti, selagi laptop boleh dibawa bersama, ini bermakna saya masih lagi bekerja, yang membezakan saya tidak terikat dengan masa dan tempat untuk bekerja.

Sebenarnya beberapa hari lepas, saya baru saja membina satu blog baru yang membincangkan hukum universal dan hukum-hukum yang berada di bawahnya. Blog hukumuniversal.com memfokuskan hukum-hukum yang wujud dan amat berkait rapat dengan kehidupan manusia. Semoga dengan wujudnya pengkhususan berkaitan hukum universal dan kehidupan,akan membantu lebih ramai lagi pembaca memahami dan seterusnya mengaplikasikan ilmu untuk kejayaan, kekayaan dan kemakmuran.

Saya amat yakin, ramai yang gagal mencapai apa yang diinginkan bukan disebabkan mereka ditakdirkan untuk gagal, tetapi ianya disebabkan mereka gagal untuk memahami konsep dan hukum-hukum yang diperlukan untuk berjaya. Alam semesta dan diri kita amat saling berkaitan dan amat berkait rapat diantara satu sam lain, kerana itulah wujudnya hukum-hukum yang bernaung di bawah hukum universal, seperti hukum tarikan, hukum vibrasi, hukum polariti dan banyak lagi hukum yang berkaitan yang amat penting dan perlu kita fahami.

Namun apa yang sangat penting untuk anda ketahui, samada anda tahu akan kewujudan hukum-hukum tersebut, hukum tersebut tetap berjalan seperti biasa ke atas diri anda. Samada anda faham atau tidak akan cara kerja hukum tersebut, hukum tersebut masih juga mempunyai kaitan yang kuat dengan diri anda. Semoga dengan perkongsian yang bakal saya ceritakan melalui blog hukum universal tersebut memberikan manfaat terbaik kepada anda semua.

Selamat Hari Ibu

Category : Ucapan

Salam perkongsian untuk semua. Dalam kesempatan ini kami di Linncomel.com ingin mengucapkan selamat hari ibu kepada semua ibu di seluruh dunia, tidak kira di mana pun para ibu berada.

Walaupun setiap tahun kita meraikannya tapi hampir setiap detik kita dihamparkan dengan cerita-cerita ibu tua yang dipinggikan dan menghabiskan sisa hidup mereka di rumah-rumah kebajikan.

Marilah kita sama-sama berdoa agar para ibu kita diberikan kesihatan yang berpanjangan, diberkati dan dirahmati dunia dan akhirat.

Pagi ini aku duduk terpaku
Mengenepikan segumpal rasa yang kian merajaiku
Sebuah nama mengisi ruang jiwa dan minda
Ibu

Ku cuba untuk mengungkapkan kata demi kata
Bait demi bait
Namun tidak kutemui apa yang kucari
Kerana tidak ada yang melebihimu
Kelembutan dan keperkasaanmu

Ibu
Tuhan menjadikanmu sebagai mediatorku
Mengajarku akan makna hidup
Memapahku saat kurebah
Menjadi perisai dari hiruk piruk dunia

Ibu
Jubah kasihmu yang telah kau sulam ini
Biarlah terus menghangatkanku
Membelai pekat jiwaku

Ibu
Tiada kata yang mampu diungkapkan
Kesempurnaan dalam ketidaksempurnaanmu
Pun perjuangan dan pengorbananmu
Untuk melahirkan dan membesarkanku
Tidak akan mampu dibayar
Walau dengan apa cara sekalipun

Di kesempatan ini
Ingin ku ungkapkan
Terima Kasih ibu…..

Untuk semua wanita,
yang selalu memiliki cinta kasih,
yang tak akan pernah habis untuk diberii,
SELAMAT HARI IBU….”