Untuk kaya anda perlu memilih..

3

Category : Bina Kejayaan

Agak lama juga saya tidak mengemaskini blog ini, alhamdulillah masih diberi peluang olehNYA untuk berkongsi cerita bersama anda. Hari ini saya ingin berkongsi satu perkara yang yang amat penting yang perlu saya kongsikan bersama anda. Hujung minggu yang lalu saya telah menghadiri satu seminar yang sangat hebat dan ilmu yang dikongsikan benar-benar memberikan saya satu persepsi yang berbeza seterusnya membuka mata dan jalan yang sebenar ke arah mencapai kekayaan yang saya inginkan.

Setiap orang sudah pasti mempunyai sejarah kehidupan yang tersendiri dan berbeza. Saya juga yakin pasti ramai yang mempunyai impian untuk memiliki kekayaan, kebahagiaan dan kemakmuran. Namun saya juga yakin, sudah pasti kita pasti memiliki sebab dan matlamat yang berbeza untuk mencipta kejayaan.

Ada yang ingin menjadi kaya kerana merasa MARAH kerana diri sentiasa diperlekehkan oleh orang lain. Jadi dengan menjadi kaya, anda boleh MEMBUKTIKAN kepada individu individu tersebut bahawa anda adalah seorang yang hebat.

Ada juga yang ingin menjadi kaya kerana inginkan rasa selamat dalam hidup, kerana wujudnya rasa TAKUT jika hidup dalam kemiskinan.

Tetapi tahukah anda bahawa secara realiti , bahawa alasan-alasan yang diberikan di atas sebenarnya TIDAK akan membantu anda untuk mencipta kekayaan yang anda inginkan. Malah jika anda mampu untuk membuktikannya, kekayaan anda juga tidak akan berkekalan, kerana emosi yang hadir adalah emosi yang negatif

Anda tidak akan dapat mencipta dengan alasan untuk mempertahankan hak anda kerana rasa marah dan perasaan ingin membuktikan. Tetapi kita perlu mempunyai emosi yang positif untuk kita mencapai kekayaan yang kita inginkan.

Anda tidak akan menjadi kaya dan pada masa yang sama mempunyai keinginan untuk mempertahankan hak, kerana emosi positif dan negatif tidak akan hadir dalam satu masa yang sama.

Jadi terpulang kepada anda samada untuk membuat pilihan, samada untuk mempertahankan hak anda atau ingin memiliki kekayaan!

Buta huruf tetapi bergelar jutawan

3

Category : Artikel, Bina Kejayaan, Cabaran, komentar, Motivasi, Renungan

Salam perkongsian dan salam ceria untuk semua pengunjung linncomel.com, semoga hari-hari yang dilalui dirahmati dan berada di dalam lindunganNYA.

Saya tertarik untuk berkongsi cerita mengenai seorang jutawan yang tersenarai selaku antara orang paling kaya di Britain. Berada di kedudukan ke 200 dengan kekayaan yang dianggarkan bernilai £400 juta iaitu Andreas Panayiotou yang berusia 45 tahun.

Bukan nilai kekayaan yang dimilikinya yang menarik minat saya, rasanya ada ramai lagi jutawan yang mempunyai kedudukan yang jauh lebih baik dari itu. Namun pengakuannya, dia tidak tahu membaca yang menarik minat saya.

Bekas peninju yang dilahirkan di London dan berketurunan Greek Cyprot ini menghadapi masalah disleksia. Disleksia bukannya satu penyakit, tetapi merupakan salah satu gangguan dalam pembelajaran yang biasanya dialami oleh kanak-kanak. Lazimnya, masalah pembelajaran yang dihadapi adalah seperti membaca, menulis, mengeja, dan kemahiran mengira.

Masalah asasnya adalah perbezaan cara otak berfungsi dalam menghubungkan simbol visual dengan bunyi. Oleh itu disleksia merujuk kepada mereka yang menghadapi masalah untuk membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran yang normal.

Walaupun mempunyai kelemahan tersebut ianya bukan penghalang untuk dia merubah nasib dirinya. Dia yang berhenti sekolah pada usia 14 tahun melatih fikiran agar memiliki daya ingatan yang kuat dan menjadikan dia lebih kreatif dalam menyelesaikan sebarang permasalahan.

Memetik kata-kata Andreas Panayiotou “Saya memiliki daya ingat yang luar biasa, photographic memory. Saya mengenali bentuk untuk mengenali sebuah kata, tanpa perlu membaca,”.

Meskipun memiliki kekurangan seserius itu, dia berhasil membangun sebuah perniagaan yang mengagumkan. Di usia muda, dia membeli sebidang tanah kecil di Islington. Pelahan-pelahan dia membangunnya menjadi sebuah apatment. Dari situlah perniagaannya mula berkembang.

Pada 2007, dia berhasil menjual ribuan rumah. Kini fokusnya beralih ke bidang perhotelan. Perusahaannya, The Ability Group, kini memiliki tujuh hotel. Yang paling terkenal adalah Hotel Waldorf-Astoria London bernilai £70 juta. Dia juga akan menjual “rumah termahal di Inggris”, sebuah properti yang baru diubahsuai di Hamstead. Dia berharap rumah itu akan mampu dijual dengan harga £100 juta.

Rumah peribadinya di Epping Forest seluas 20 ekar dan memiliki tiga pesawat peribadi, salah satu daripadanya ialah Jet Gulfstream berharga £40 juta, dan sebuah kapal layar berharga £12 juta.

Bak kata Andreas Panayiotou , kejayaannya adalah disebabkan oleh disleksia yang dihadapinya. Menyedari kekurangan yang dialaminya, dia harus melatih diri untuk bekerja lebih keras dan berdisiplin dibandingkan orang lain, .

Mungkin kita juga boleh mengambil iktibar dari cerita beliau, walaupun menyedari terdapat kekurangan dan kelemahan tetapi ianya bukan alasan untuk tidak berjaya sebaliknya kita mungkin mampu mengembangkan bakat yang lain. Bukan kah di dalam diri kita terlalu banyak rahsia dan potensi yang mungkin belum lagi diterokai dan diaplikasikan ?

untuk berjaya tiada sebarang halangan jika kita mahu berusaha walaupun mempunyai kekurangan. kita yang tidak mempunyai masalah seperti beliau harus bersyukur dan menggunakan keupayaan dan kebolehan yang kita miliki sebaik mungkin untuk berjaya.

Salam Hormat
- Ima Harlina -

Renungkan sejenak….

1

Category : komentar, Renungan

Salam perkongsian untuk semua, agak lama juga saya tidak berkongsi cerita di ruangan ini. Alhamdulilah hari ini saya berkesempatan untuk berkongsi sebuah cerita dengan anda semua disamping kesibukan menangani tugasan seharian apa kata kita rehatkan minda dengan cerita ini.

Mungkin ada di antara kita yang masih ingat, sewaktu kecil dulu, sebelum kita melelapkan mata, pasti ibu kita akan bercerita. Tidak kisahlah apa jenis cerita yang akan diutarakan. Mungkin cerita kisah para Nabi, kisah para sahabat Rasulullah, cerita dongeng dan sebagainya.

Mungkin anda juga pernah mendengar atau terbaca cerita mengenai kucing dan tikus ? Kisahnya berkisar mengenai sang kucing penjaga rumah yang sangat dipercayai oleh majikannya dan seekor tikus pencuri makanan yang cukup cerdik.

Setelah siap menyediakan hidangan makan malam, belum pun sempat sang majikan menjamah hidangannya, dia terpaksa keluar atas urusan yang tidak dapat dielakkan. Oleh itu dia telah mengamanahkan kepada sang kucing untuk menjaga makanan dari sang tikus.

Kucing itu pun berjanji pada dirinya sendiri bahwa dia akan menjaga amanah tuannya dengan rasa begitu bangga kerana tuannya memasrahkan keamanan makanan tersebut sepenuhnya kepadanya.

Ternyata, di saat yang sama, si tikus pencuri yang cerdik mengetahui hal itu. Tentunya, si tikus tak mahu membuang waktu dengan kesempatan yang ada di depan mata begitu saja. ia pun mengatur strategi untuk melahap makanan yang ada di atas meja.

Dengan penuh keberanian dan perancangan, si tikus melancarkan misinya. Di saat si kucing lengah itulah si tikus mencuri satu-persatu makanan yang ada di atas meja dan membawanya ke tempat persenbunyiannya.

Belum sempat sang tikus menyudahkan misinya, perkara tersebut telah disedari oleh sang kucing. Dengan wajah penuh geram sang kucing mengejar si tikus. Tidak mahu mati dimakan sang kucing, tikus itu berlari sepantas yang mampu untuk menyelamatkan dirinya.

Sayangnya, langkah si tikus tidaklah stangkas langkah sang kucing. Sehingga adegan kejar-mengejar itu pun berakhir dengan tertangkapnya si tikus.

Akan tetapi, walaupun si tikus telah ditawan, dia masih berusaha untuk memboloskan dirinya. Pada hemat si tikus yang cerdik itu, kalau berlawan dari segi fizikal, tidak mungkin dia akan menang, si tikus pun mencari helah. Dan dia berkata kepada sang kucing. “Tolong lepaskan saya. Saya tidak akan mengulanginya lagi.” Sang kucing menjawab. “Apa jaminannya? ” Si tikus tidak mau menyerah begitu saja. ia menjawab. “Bagaimana kalau saya beri tuan sebahagian dari makanan itu. Bukankah tuan juga belum pernah makan makanan itu.?”

Mendengar saja tawaran yang diberikan, dia tidak ingat lagi akan janjinya kepada majikannya. Sang kucing pun menerima tawaran si tikus. Dia melepaskan si tikus hanya kerans si tikus memberinya sepotong ikan masin/kering saja. padahal yang dicuri si tikus lebih dari itu. Maka terlepaslah si tikus dari tawanan sang kucing, si tikus tertawa terbahak-bahak merasa menang kepada si kucing. Sedang si kucing hanya mendapat sepotong ikan masin/kering dan akan menerima omelan dan hukuman dari sang majikan.

Dari cerita di atas memanglah sebuah cerita yang biasa saja, namun apa yang boleh kita simpulkan kadangkala kerakusan akan harta dan kesenangan duniawi boleh membuat kita lupa akan amanah dan tanggungjawab. Memang betul wang atau duit sememangnya tidak bernyawa tetapi wang / duit sangat berkuasa.”

Abad ini, saya merasakan kehadiran kisah sang kucing dengan si tikus. Namun bukan di dalam sebuah cerita dongeng. Melainkan di dunia nyata. Dunia di mana masih banyak tikus-tikus pencuri dan professional juga cerdik pula, dunia di mana tidak sedikit pula kucing-kucing yang loyalitnya rendah dan juga rakus.

Lihatlah disekeliling kita, mungkin anda juga akan menyedari dengan apa yang saya utarakan. Pun begitu, perkongsian ini tidak bermakna untuk menyentuh sesiapa jauh sekali untuk mengwujudkan sentimen memandang serong kepada orang lain, Cuma dalam apa jua yang kita lakukan, dalam keghairahan kita mengejar kebahagian dan kegembiraan duniawi janganlah pulak kita merendahkan nilai yang ada dalam diri kita.

Akhir sekali saya tinggalkan anda semua dengan kata-kata ini. Jangan sedih kerana kita tidak dapat melakukan sesuatu seperti orang lain kerana memang tidak memiliki kemampuan untuk itu, tetapi apa yang kita dapat lakukan, lakukanlah itu dengan sebaik-baiknya. dan jangan sombong jika kita merasa banyak melakukan beberapa hal berbanding orang lain, kerana orang yang tinggi hati akan direndahkan, dan orang yang rendah hati pasti akan ditinggikan.

Salam Hormat
Ima Harlina