Memaafkan kunci kejayaan

Category : Bina Kejayaan, Minda Separa Sedar

Agak lama juga tidak mengemaskini blog ini,sehingga ada yang bertanya samada blog linncomel ini adakah masih di bawah jagaan saya.Alhamdulillah saya masih lagi berkongsi cerita melalui blog ini, namun begitu saya akui adakalanya momentum kehidupan tidak seperti yang saya rancangkan. Banyak perkara yang berlaku, banyak pergolakkan emosi yang melanda sehingga mengalihkan tumpuan terhadap tugas dan seterusnya menurunkan kadar produktiviti dan kejayaan saya. Apa pun setiap yang berlaku dan saya hadapi, saya terima dengan berlapang dada dan menganggap ianya satu pembelajaran yang mengajar saya erti kematangan terutama dalam mengawal emosi yang sentiasa diuji.

Jujur saya akui amat sukar untuk meneruskan perjalanan hidup selagi berdampingan dan menjadikan emosi negatif sebagai sahabat, kehidupan terasa lebih mudah jika bibir sentiasa tersenyum dan dapat gembira dengan berlapang dada, bebanan akan terasa lebih ringan jika memaafkan daripada menyimpan kemarahan kepada individu yang menghadirkan emosi negatif. Jadi memaafkan adalah satu penyelesaian , jika ingin hidup lebih berjaya,gembira dan bahagia.

Selain itu membina visi atau matlamat yang betul adalah penting jika kita ingin konsisten mencipta kejayaan, kebahagiaan dan kemakmuran.Adakalanya matlamat sendiri akan menjadi duri dalam daging yang akan mengekang dari terus berjaya. Jika ingin berjaya binalah matlamat yang benar-benar dapat membantu untuk terus berjaya.

Jika matlamat kita untuk berjaya adalah disebabkan oleh faktor wang, maka sukar rasanya untuk kita lebih konsisten berusaha bagi mencapai matlamat, kerana jika kita gagal untuk mencapai matlamat tersebut sudah pasti emosi kecewa , sedih akan muncul seterusnya akan mengekang diri kita dari terus berjaya. Jadi, binalah matlamat yang benar-benar dapat menjadi ‘booster’ supaya kita sentiasa istiqamah dalam berusaha. Semoga kejayaan sentiasa menjadi milik kita semua.

Hidup ini bagai lampu dinding

Category : Renungan

Salam perkongsian untuk semua dan saya mendoakan agar hidup kita sentiasa diberkati dan dirahmati, InsyaALLAH.

Saya tertarik dengan bait-bait lirik lagu yang disampaikan oleh kumpulan Hijjaz, menyatakan hidup ini ibarat lampu dinding…..

PELITA HIDUP

Hidup ini bagai lampu dinding
Yang dinyalakan di malam hari
Apabila minyak sudah kering
Iakan pasti padam sendiri

Demikian juga hidup manusia
Selama hidup di dunia ini
Bila dah cukup umur usia
Putuslah hubungan di sana-sini

Setelah kita tinggalkan dunia
Alam yang lain pula menanti
Apakah kita dapat kurnia
Itu melihat amal dan bakti

Di sana insan cemas dan bimbang
Tak dapat lagi buat alasan
Buruk dan baik akan ditimbang
Kedua-duanya dapat balasan

Hidup ini bagai lampu dinding….yang dinyalakan di malam hari….apabila minyak sudah kering…..ia kan pasti padam sendiri…….

Begitulah hidup kita sebagai manusia…..selama hidup di dunia ini….buruk dan baik akan ditimbang…..semuanya pasti dapat balasan…selagi manusia masih mengingatkan….

Kadang-kadang……kita didatangkan dengan pelbagai perkara yang tidak disangkakan……apakan daya…..manusia kadangkala terlalu mudah lupa…….

Salam Hormat
- Ima Harlina -

Santapan minda

Category : Renungan

Kehidupan ini dipenuhi dengan seribu macam kemanisan tetapi untuk mencapainya perlu seribu macam pengorbanan

Kalaulah anda tidak mampu untuk menggembirakan orang lain, janganlah pula anda menambah dukanya.

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan, tetapi tidak semua perpisahan akan menjanjikan akan adanya pertemuan semula sesudah perpisahan itu.

Jangan abaikan permintaan orang, kalau tidak mahu permintaan anda diabaikan orang.
Jangan sesekali menyalahkan kesilapan diri sendiri kepada orang lain kerana orang yang tidak mengakui kelemahan diri sukar untuk berjaya.

Salam Hormat
- Ima Harlina –