Alhamdulillah, bersyukur kepada ALLAH kerana diizinkan untuk mengemaskini blog ini. Jujur saya mengaku ini adalah perkongsian pertama saya untuk tahun 2012, Cabaran yang dilalui diawal tahun ini sedikit sebanyak mengganggu kelancaran perancangan saya untuk tahun 2012 ini, Banyak resolusi yang saya rancang untuk jalankan diawal permulaan hari 2012,gagal untuk saya laksanakan.Apapun saya yakin,
setiap masalah dan cabaran yang berlaku mengajar saya untuk lebih matang, lebih sabar dan lebih mengambil iktibar dari pengalaman yang ditempuhi. seperti yang kita ketahui, masalah bukan untuk kita hindari, bukan untuk kita tangisi, tetapi masalah perlu dijadikan cabaran untuk kita selesaikan demi mencapai sebuah kejayaan.
Alhamdulillah, bersyukur saya kepadaNYA kerana masih mampu menghirup udara segar dan menikmati kehidupan di tahun 2012 ini. Bersyukur kerana masih banyak perkara yang perlu saya lakukan, masih banyak lagi perkara yang perlu saya teruskan dengan melakukan apa yang saya inginkan, dan mencintai apa yang saya lakukan. Apa yang penting saya melakukan sesuatu perkara dengan penuh rasa tanggungjawab, penuh dengan rasa cinta dan keazaman.Tidak perlu saya melakukan sesuatu semata-mata untuk menyedapkan mata orang lain yang memandang tetapi di hati saya hanya DIA yang maha mengetahui.
Tidak dinafikan,bagi individu yang menyayangi dan mengambil berat tentang diri kita, pasti ingin kita melakukan yang terbaik demi masa depan kita. Tetapi adakah perlu kita mengorbankan setiap keinginan kita, setiap impian kita kerana semata-mata untuk memuaskan hati orang lain.Pada mulanya mungkin kita tidak pernah kisah,tetapi akan tiba masanya suatu hari nanti kita akan merasa kepenatan, hidup terasa kosong dan tiada arah tuju yang kita inginkan. Hanya kita yang kenal diri kita. Hanya kita yang mengetahui apakah impian kita. hanya kita yang melalui setiap perjalanan hidup kita. Jadi tentukan arah tuju dan haluan hidup kita demi sebuah kejayaan yang kita inginkan.




