Kaya atau miskin itu adalah pilihan

Category : Bina Kejayaan

Saya menerima banyak email yang bercerita tentang masalah dan kesusahan yang dialami. Seperti kita ketahui setiap kesusahan itu pasti ada jalan penyelesaiannya, malah dari setiap kesusahan yang dialami pasti ada hikmah yang tersembunyi asalkan kita mencari hikmah disebalik setiap perkara yang berlaku

Saya ingin berkongsi satu konsep yang mudah untuk kita sama-sama fahami. Jom kita lihat dan teliti rumput-rumput yang tumbuh disekeliling kita,Jika kita perhatikan baik-baik, pada mulanya rumput hanya bersaiz kecil , dan ianya menjadi panjang dan semakin panjang sehingga warnanya berubah dari hijau dan menjadi kuning warnanya dan seterusnya rumput itu mati. Dan selepas itu akan tumbuh rumput yang baru dan mengalami proses yang sama. Malah proses tersebut sentiasa berulang dan berulang.

Adakah kita ingin hidup seperti rumput tersebut, sedangkan kita sebagai manusia mempunyai peluang untuk berubah dan mengubah kehidupan kita kearah yang lebih baik.Samada sedar atau tidak kita sentiasa mengabaikan diri kita sendiri , malah kita tidak berusaha untuk meneliti dan memperbaikinya kerana terlalu sibuk dengan masalah yang dihadapi. Kita membiarkan emosi negatif menjadi rasa di dalam diri dan minda kita dan ianya sentiasa berulang-ulang, sehingga tanpa kita sedari ianya memberikan efek yang negatif dan seterusnya mencipta satu situasi negatif  kepada kehidupan kita dan juga rangkaian hukum alam.

ALLAH itu Maha Baik, sudah pasti ALLAH tidak menginginkan sesuatu kesusahan dialami oleh kita sebagai hambaNya. Samada positif atau negatif, segalanya bergantung kepada kita sebagai hambaNya,Jom sama-sama kita renungkan hadis di bawah

“Hadis Abu Hurairah r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Allah s.w.t. berfirman: Aku adalah berdasarkan kepada sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku. Aku bersamanya ketika dia mengingati-Ku. Apabila dia mengingatiKu dalam dirinya, nescaya aku juga akan mengingatinya dalam diri-Ku. Apabila dia mengingati-Ku dalam suatu kaum, nescaya Aku juga akan mengingatinya dalam suatu kaum yang lebih baik daripada mereka. Apabila dia mendekati-Ku dalam jarak sejengkal, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sehasta. Apabila dia mendekati-Ku sehasta, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sedepa. Apabila dia datang kepada-Ku dalam keadaan berjalan seperti biasa, nescaya Aku akan datang kepadanya dalam keadaan berlari-lari anak.” H.R. Abu Hurairah.

Jadi sama anda hidup senang atau susah, kaya atau miskin segalanya bergantung kepada pilihan anda sendiri.

Fokus apa yang diinginkan

1

Category : Minda Separa Sedar

Agak lama tidak mengemaskini blog ini,Sekali berhenti menulis amat sukar rasanya untuk memulakan kembali,Alhamdulillah, semangat menulis yang hilang akhirnya datang kembali dengan izin ALLAH. Selepas saya menyelesaikan penulisan ebook Booster Magnet Duit, agak lama juga yang berehat dari menulis samada berkongsi cerita melalui blog, tetapi saya ada melakukan perkongsian melalui group magnet duit psikologi kewangan iaitu salah satu forum tertutup untuk berkongsi ilmu di sana. Sekiranya anda belum lagi menyertai group tersebut anda boleh klik pada link group magnet duit psikologi kewangan untuk menyertainya.

Pernahkah anda bertanya kepada diri anda, apakah yang anda inginkan dalam kehidupan ini ? Apakah anda menginginkan lebih banyak kejayaan ,lebih banyak kekayaan,lebih banyak kebahagiaan,lebih sihat,lebih makmur,lebih damai .Semua ini tentunya menjadi idaman kita semua sebagai manusia,namun bagaimana caranya untuk mendapatkan  apa yang diinginkan?

Ada yang berpendapat untuk berjaya, ,seseorang itu  harus bekerja keras,membanting tulang bekerja lebih masa malah ada yang perlu memilih untuk mengabaikan keluarga demi mengejar sebuah kejayaan. Sedangkan hasil yang diperolehi tidaklah sehebat mana, malah kejayaan yang ditunggu tidak kunjung tiba.Dimana silapnya?

Ini berpunca dari kesilapan fokus.Kebanyakan kita  selalu berfokus pada apa yang tidak diinginkan.,seperti tidak ingin gagal, tidak ingin hidup miskin, .,perkataan yang selalu  diucapkan atau di minda adalah “ saya tidak ingin ……. “ .Jika minda sentiasa di penuhi dengan kalimat “ saya tidak ingin … maka ianya akan  diterjemahkan menjadi sebuah “ Keinginan “ oleh minda separa sedar,dan hasilnya mungkin diri  akan mengalami kegagalan.

Jadi paling penting ubah apa ayang tidak diinginkan kepada apa yang diinginkan. Jika anda tidak ingin gagal, ubah kepada anda inginkan kejayaan. Jika anda tidak ingin hidup miskin, ubah kepada anda inginkan kekayaan. Fokus kepada sesuatu yang positif,insyaALLAH hidup pasti akan menjadi lebih positif.