Blog baru perkongsian baru..


 

 

Assalamualaikum
Sudah mula datang rindu untuk menulis. Agak lama juga saya meninggalkan tugas menulis dan mengemaskini blog.Walaupun pada awalnya impian saya untuk menulis dan berkongsi akhirnya saya tewas.

Satu waktu dahulu, pada mulanya saya merancang untuk berkongsi setiap hari namun disebabkan ada beberapa komitmen lain, halangan ditambah dengan hati dan keazaman yang tidak kua maka segalanya berlaku tidak seperti yang dirancangkan. Walau bagaimana pun saya yakin perancangan ALLAH lebih baik dari perancangan saya sendiri.Walau bagaimana pun saya bersyukur kerana DIA mengizinkan saya untuk terus berkongsi bersama sahabat semua.

Ini perkongsian pertama saya di blog baru ini. mengapa saya bermula semula tidak sambung perkongsian saya yang lepas? Ya saya ingin bermula semula.Sekiranya dikalangan teman inginkan rujukan dari perkongsian yang lampau boleh dapatkannya di www.terapikehidupan.com/linncomel untuk rujukan

Insya ALLAH apakah alasan saya menulis , kenapa dan mengapa bakal saya kongsikan pada perkongsian seterusnya.