Month: August 2017
Kita semua hamba
Teringat perbualan saya dengan seorang teman . Teman saya itu bertanya ” adakah setiap kali kita melihat seseorang itu bermasalah, adakah benar dia bermasalah atau kita yang bermasalah kerana kita tidak mampu mengikhlaskannya? ”
Bahagia itu bila…
Agaknya apakah perkara yang paling sukar dalam hidup ini? Mencapai kebahagiaan.
Lebih-lebih lagi bila kita mula membandingkan hidup kita dengan hidup orang lain.
Kadangkala terfikir sukar untuk kita hidup tanpa sedetik pun terbit perasaan dihati, membandingkan hidup kita dengan orang lain?Read More »
Hidup adalah pilihan, pilihlah yang membahagiakan
Alhamdulillah kerana diizinkan ALLAH untuk terus berkongsi cerita bersama sahabat Terapi Kekayaan semua. Saya doakan semoga kita semua dibuka kesedaran dan dicelikkan hati supaya mampu melihat hal-hal positif yang berada disekeliling kita.
Seperti mana yang kita semua tahu tiada yang buruk ALLAH berikan kepada kita tetapi terpulang bagaimana kita memberikan persepsi samada negatif atau positif di atas sesuatu kejadian tersebut.
Ketika kita diuji dengan masalah kesihatan, kita pasti mengeluh bila kita merasakan sakit itu menyusahkan disebabkan sakit kita tidak dapat buat apa-apa, mungkin apa yang dirancang sebelum ini terbengkalai.
Tetapi jika kita mampu melihat hikmah disebalik kesakitan kita pasti mampu dan redha untuk menerima sakit tersebut. Contohnya kita boleh melihat sakit itu sebagai satu peringatan ALLAH bahawa kehidupan ini sementara dan tidak kekal pasti kita rasa bertuah kerana ALLAH sentiasa memberi peringatan kepada kita tentang kematian.Read More »
Pasrah kepada ALLAH
Diri kita dan keinginan boleh diumpamakan busur dan anak panah. Kita adalah busur dan keinginan kita adalah anak panah. Sekiranya kita ingin mencapai target ketika memanah, anak panah perlu dilepaskan dari busurnya. Sama juga seperti kita sekiranya kita ingin mencapai impian atau keinginan maka lepaskan impian melalui doa kita kepada ALLAH.
Selamat menyambut kemerdekaan dan hari raya aidil adha
August 31, 2017
Umum
No Comments
linn
Selamat menunaikan puasa sunat Arafah, selamat menyambut hari kemerdekaan dan Selamat menyambut hari raya Aidil Adha dan Read More »