Apa yang bakal ditinggalkan


Alhamdulillah kerana diizinkan ALLAH untuk mengizinkan diri untuk terus menulis hari ini. Sepatutnya perlu selesaikan perkongsian di blog ini siang tadi tetapi terdapat task yang perlu diselesaikan lebih awal iaitu menyelesaikan penulisan ebook percuma. Insya ALLAH ebook percuma yang bercerita tentang rezeki bakal menjadi milik anda tidak lama lagi.

Bersambung cerita dari perkongsian sebelum ini iaitu mengapa saya ingin terus menulis. Jika dulu ketika mula-mula saya menulis blog iaitu pada tahun 2006 sudah tentu banyak perkara yang saya kejar. Pendek kata banyak perkara yang saya inginkan dalam hidup ini. Alhamdulillah ada yang saya dapat mencapainya dan ada yang gagal. Walau bagaimana pun saya yakin samada saya dapat capai atau sebaliknya itulah yang terbaik untuk saya kerana ALLAH itu Maha Baik dan sentiasa memberikan yang terbaik untuk saya.

Hari ini saya menulis semula kerana saya ingin meninggalkan sesuatu untuk dunia. Makin lama usia makin bertambah itu bermakna jangka hayat saya di dunia makin singkat. Semakin meningkat usia, makin diuji dengan masalah kesihatan. Kehidupan saya di dunia ini mungkin berakhir pada bila-bila masa sahaja. Saya amat berharap semoga perkongsian saya di blog ini bakal memberikan manfaat kepada sahabat pembaca semua. Paling penting apa yang saya lakukan ini mendapat redha ALLAH. Itulah harapan saya.