Terapi Rezeki


Rezeki ALLAH berikan kepada kita tidak terbatas tetapi kenapa rezeki liat untuk menghampiri kita. Malah kita berusaha pelbagai cara semata-mata untuk mendapatkan rezeki tetapi tetap sukar untuk rezeki mengunjungi.

Malah ada yang banyak keluarkan duit untuk bersedekah tetapi makin diuji dengan masalah rezeki. Kadangkala rasa diri sangat kecewa dengan ujian demi ujian. Apakah masalahnya? Dimana puncanya. Apakah kunci yang perlu ada untuk menyelesaikan masalah rezeki?

 

Sebenarnya keadaan rezeki kita segalanya bergantung kepada kondisi hati kita.Makin sejahtera hati kita, makin lancar dan mudah rezeki datang kepada kita. Begitu juga sebaliknya jika kotor dan bermasalah hati kita maka sukar rezeki untuk datang. Apa kaitan antara hati dan rezeki ada saya jelaskan di dalam ebook percum ‘terapi rezeki ‘.

Cerita pasal hati atau Qalbu ini, hanya anda yang tahu bagaimana kondisi hati.
Sekiranya masih tidak tahu bagaimana keadaan dan kondisi hati sendiri.carilah masa dan peluang untuk kembali mengembara dan meneroka ke dalam hati. Insya ALLAH anda sendiri tahu apakah jawapannya.

Dengan izin ALLAH saya bakal melancarkan ebook percuma pada isnin 7 ogos 2017. Mohon doa dari sahabat semua, semoga dipermudahkan ALLAH urusan saya ini. Semoga ebook yang bakal saya kongsikan nanti dapat memberi manfaat dan membuka kesedaran baru tentang rezeki.